Selasa, 11 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bung: Kenapa 'raba' badan penumpang?

Posted: 11 Nov 2014 04:09 PM PST

MALAYSIAKINI



 


MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kaedah pemeriksaan ke atas badan penumpang ke atas penumpang di pintu pelepasan penerbangan.

Katanya, pemeriksaan di pintu keluar itu sepatutnya menggunakan seperti di negara maju.

Namun, Malaysia masih lagi melakukan pemeriksaan dengan tangan memeriksa badan penumpang.

"Apa ini raba-raba? Kalau orang Sabah kita panggil meramas.

"Saya gelilah kena raba-raba ini. Kalau perempuan yang raba lain sikit," kata Bung sewaktu berucap di Dewan Rakyat.

Menurutnya, polis yang melakukan pemeriksaan badan itu juga tidak mempunyai cara yang seragam apabila memeriksa penumpang.

"Berapa kos kita melatih polis ini untuk meraba-raba. Lain polis lain cara merabanya.

"Cara meraba pun lain-lain... Ada yang meraba keras, ada yang meraba lembut," katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar syarikat Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) memasang mesin pengimbas badan untuk tujuan itu.

"Saya minta MAHB belajar dari kesilapan, kesilapan ini boleh melemahkan kita pada masa depan.

"Kalau negara lain boleh beli mesin pengimbas badan, tapi tempat kita domestik pun tiada.

"Saya gelilah kena raba-raba ini. Raba sana raba sini lama-lama naik nafsu syahwat.

"Jadi yang dipertua, belilah mesin pengimbas, mesin untuk periksalah," katanya lagi.

Bung menghentikan ucapannya apabila Speaker Dewan, Datuk Ismail Mohamed Said mencelah ucapannya.

"Yang Berhormat (Kinabatangan), yang meraba-raba ini minta cepat sedikit," kata Ismail kepada Bung.

JPA ancam tarik biasiswa Fahmi

Posted: 11 Nov 2014 04:06 PM PST

MALAYSIKINI


 


Aktivis Fahmi Zainol berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

JPA juga tidak senang dengan kenyataan "negatif" dan "provokatif" terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan "Umbrella Revolution" Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

"Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini," surat Ruziah itu dipetik.

Sementara itu, Fahmi ketika ditanya tindakannya jika diminta membayar balik biasiswa itu menjawab:

"Saya akan bagi alasan bahawa saya tidak menghina kerajaan. Tetapi saya keluarkan fakta dan sejarah.

"Kerajaan sepatutnya ambil (perhatian) untuk penambahbaikan, bukan berbuat demikian ."

Beliau juga memberitahu Malaysiakini, walau apa pun yang berlaku, perjuangannya melalui aktivisme mahasiswa berbaloi.

" Saya rasa berbaloi untuk generasi yang akan datang. Saya ada kuasa waktu ini dan saya perlu bertindak.

"Insya-Allah saya akan disoal di akhirat nanti, waktu ada kuasa kenapa tidak lakukan apa-apa dalam menentang kezaliman," katanya.

1MDB gagal bayar hutang RM317 juta, bukti kewangan nazak

Posted: 11 Nov 2014 04:35 AM PST

1mdb feat

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini membayar pembeilan tanah bernilai RM317.3 juta meskipun beberapa kali diberi tempoh lanjutan, membuktikan syarikat itu menghadapi masalah kewangan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, 1MDB baru-baru ini sekali lagi terlepas tarikh akhir ketiga untuk membayar pembelian tanah kepada Tadmax Resources Bhd.

"Selepas membayar deposit 10 peratus pada Februari 2014, 1MDB tidak mampu membayar baki transaksi, walaupun lanjutan tarikh akhir dibuat dari 20 Ogos hingga 30 September kepada 10 Oktober dan terakhir 31 Oktober," kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian merujuk dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah gagal memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannnya.

Kata Ahmad Maslan, kedudukan kewangan 1MDB juga tetap kukuh.

"Apa yang gagal dinyatakan termasuk keengganan menjawab soalan saya adalah hakikat bahawa 1MDB terdesak hingga terpaksa melanjutkan, menyusun dan membiayai semula hutang RM6.17 bilion sebanyak dua kali tahun lalu," ujarnya.

Menurut Pua, hutang IMDB jelas dinyatakan melalui Penyata Kewangan 2014 yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat minggu lalu.

"1MDB memohon menambah tempoh pembayaran pinjaman RM6.17 bilion kepada enam bulan dari tarikh asal iaitu pada 22 November tahun lalu, dan hanya membayar sebanyak RM670 juta sehingga Mei tahun ini.

"Kesukaran 1MDB membayar semula pinjamannya membuktikan bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan, dan merupakan sebab mengapa kerajaan menganugerahkan kontrak berbilion ringgit kepada mereka," kata Pua. -Roketkini.com

Datuk Hattan, Ramli MS puas hati

Posted: 11 Nov 2014 04:33 AM PST


Datuk Hattan, Ramli MS puas hati
 
 
SELAKU pengetua AF2014, Datuk Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 49, memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi selepas program tersebut berakhir.

"Akhirnya terlepas segala beban yang saya pikul selama program ini berlangsung.

"Saya sangat bersyukur ianya berakhir dengan lancar seperti yang dirancang," ujarnya ketika ditemui di 'post party' AF2014.

Ditanya mengenai kemenangan Firman malam itu, beliau juga tidak menjangka gelaran juara itu berpihak kepada pelajar kelahiran Sabah ini.

"Saya tidak fikir siapa yang menang atau kalah malam ini. Sebaliknya, setiap peserta memberikan yang terbaik untuk konsert akhir ini.

"Bagi saya, semuanya pemenang dan tiada yang 'pengalah' (kalah)," tegasnya.

Beliau turut memuji komitmen pelajar yang mematuhi syaratnya agar tiada lagu Seberang dinyanyikan sepanjang program ini berlangsung.

Dalam pada itu, ketua Juri, Datuk Ramli MS, turut berpuas hati serta memuji persembahan kesemua pelajar pada malam itu.

"Biarpun ada sedikit kesilapan yang berlaku namun mereka telah mencuba sedaya upaya untuk konsert final itu. Saya yakin dengan ilmu yang sepanjang berada di akademi ini, mereka mampu pergi lebih jauh," katanya.

Malah dua lagi juri, Raja Azura dan Amy Search, turut berkongsi pendapat yang sama.

Dihoskan  Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Muse, Final Af2014, menyaksikan turut pelajar yang berasal daripada Melaka,  Mohd Razman Abd Aziz atau lebih popular dikenali sebagai Aman, menyandang gelaran naib juara.

Membawakan dua buah lagu berjudul Mewangi (Akim Ahmad) dan Without You ciptaan sepenuhnya oleh Awi Rafael, Aman berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta sebuah kereta Perodua Myvi, pakej percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Tempat ketiga pula disandang Ikhwal Hafiz Ismail, 22, (Ewal) yang membawakan lagu Matahari (Hafiz Suip) dan Kembalikan Semula ciptaan DJ Fuzz dan lirik, Adeep Nahar.

Sementara itu, Syamila Nuhair Zainordi, 21, atau Nuha, mendendangkan lagu ciptaannya sendiri, Pertama Kali dan Beribu Sesalan, terpaksa berpuas hati dengan kedudukannya di tempat keempat. Selain memenangi wang tunai RM15,000, dia juga dipilih sebagai penerima anugerah khas D'Herbs yang melayakkannya menerima lagi wang tunai berjumlah RM10,000.

Nasib kurang menyebelahi pelajar yang diserap masuk, Adeline Joyce Masidah atau Adel, 21, yang hanya mampu meraih tempat kelima, meskipun persembahannya cukup memukau menerusi lagu I Have Nothing dan Hati ciptaan Kuncidemak.

Selain persembahan mantap kesemua pelajar, malam kemuncak AF2014 turut dimeriahkan dengan persembahan Bunkface, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Mas Idayu.

AF kembali tahun depan

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk meneruskan lagi program realiti ini, berdasarkan peratusan penonton AF2013 dan AF2014 yang semakin meningkat. Malah katanya, maklum balas yang diterima menerusi undian SMS juga amat menggalakkan berbanding tahun lalu.

"Matlamat utama kami adalah untuk melahirkan bintang berbakat besar ke dalam industri seni tanah air.

"Ternyata usaha Astro membuahkan hasil apabila ramai artis popular seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, dan ramai lagi lahir daripada Akademi Fantasia," katanya.

Tambahnya, setiap pemilihan peserta akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu bagi melahirkan bintang yang benar-benar berbakat.

Siasat segera dalang isu doping Chong Wei

Posted: 11 Nov 2014 04:30 AM PST

HARAKAHDAILY


DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa supaya suatu siasatan segera terhadap dalang di sebalik isu doping yang membabitkan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Beberapa bulan yang lalu, sampel A didapati positif terdapat kandungan bahan yang dilarang dan sampel juga B juga menunjukkan keputusan yang sama.

DPPWP melalui ketua pemudanya Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kes ini bukan sahaja mala petaka kepada Chong Wei malah rakyat Malaysia keseluruhannya.

Yang berikut kenyataan penuh DPPWP:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati di atas musibah yang telah menimpa ke atas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei telah disahkan positif dalam ujian antidoping kerana menggunakan bahan yang terlarang jenis 'dexamethasone'

Ini merupakan suatu malapetaka yang menimpa bukan sahaja kepada ikon sukan kesayangan tanah air tetapi juga turut dirasai bersama keperitannya oleh jutaan rakyat Malaysia. Justeru, DPPWP memohon jasa baik pihak yang bertanggungjawab seperti BAM untuk menyiasat latar belakang kejadian ini.

Datuk Lee Chong Wei telah beraksi atas pentas badminton di dalam mahupun di luar negara lebih seratus kali sepanjang karier beliau. Dan sepanjang itulah juga, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam ujian doping yang diadakan. Tiba-tiba, negara dikejutkan dengan kegagalan ujian doping Datuk Lee Chong Wei. Tanpa membuat sebarang spekulasi, DPPWP berharap kerajaan segera membuat siasatan yang mendalam bagi menangani isu ini.

DPPWP juga berharap tidak ada pihak saling menuding jari menyalahkan di antara satu sama lain. Biarlah pihak yang berwajib sama-sama menyiasat dan mencari punca di atas insiden yang mengaibkan ini. Jadikan ia sebagai iktibar. Biarlah ini merupakan insiden yang terakhir buat atlet negara dengan harapan tiada lagi insiden yang berulang selepas ini. DPPWP yakin insiden ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada altet negara yang lain yang sememangnya jujur dalam memartabatkan dan mengharumkan nama negara. Pihak yang berkenaan seharusnya sentiasa menjaga kebajikan para atlet bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Ia bukan sahaja mengaibkan negara malah turut memberi kesan kepada mental, maruah dan reputasi Datuk Lee Chong Wei. Bahkan dalam pengakuan beliau kelmarin, beliau menegaskan bahawa tidak pernah menggunakan bahan terlarang itu dalam sebarang kejuaraan yang disertainya.

DPPWP bersama rakyat Malaysia seluruhnya berdiri teguh di belakang Datuk Lee Chong Wei menyokong segala usaha demi memastikan nama beliau dibersihkan. Bagi DPPWP, Datuk Lee Chong Wei sentiasa dan akan terus menjadi wira dan ikon tanah air dalam bidang sukan. – HARAKAHDAILY

Saksi: Ahmad Sarbaini buntu babitkan nama rakan

Posted: 11 Nov 2014 04:27 AM PST

SINAR HARIAN

Kelihatan isteri kepada Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, Masiah@Maziah Manap bersama anaknya selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian di mana Allahyarham itu ditemui mati tiga tahun lalu, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama Kelihatan isteri kepada Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, Masiah@Maziah Manap bersama anaknya selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian di mana Allahyarham itu ditemui mati tiga tahun lalu, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Pegawai syarikat logistik Wan Zainalabidin Wan Zaki, yang kerap berurusan dengan kastam, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berada dalam keadaan serba salah dan buntu kerana membabitkan namanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Wan Zainalabidin, 44, eksekutif kanan operasi eksport logistik Syarikat Schenker Logistik (Malaysia) Sdn Bhd, berkata, beliau ada menerima panggilan daripada Ahmad Sarbaini pada pukul 8.55 malam, 4 April 2011 dan daripada nada suara Penolong Pengarah Kastam Selangor itu, kedengaran seperti beliau dalam keadaan serba salah.

Wan Zainalabidin yang juga rakan kepada Ahmad Sarbaini berkata, melalui perbualan itu, Ahmad Sarbaini menyatakan bahawa beliau baharu keluar dari pejabat SPRM dan ada menyebut nama Wan Zainalabidin kepada SPRM.
 
"Apabila ditanya mengapa beliau (Ahmad Sarbaini) menyebut nama saya, Ahmad Sarbaini menyatakan dia jadi buntu dan tersebut nama saya. Ahmad Sarbaini juga ada menyatakan kepada SPRM yang saya ada bagi dia RM50 sebulan," katanya.
 
Wan Zainalabidin memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes tuntutan saman RM8 juta yang difailkan balu Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap, 53, bersama anaknya, Shahril Ahmad Sarbani, 30, terhadap SPRM dan lapan lain berhubung kematian Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, pada 6 April 2011.

Wan Zainalabidin berkata, rakannya itu ada menelefonnya pada keesokan hari (5 April 2011), lebih kurang 11 pagi dan meminta supaya tidak mengaku memberi wang RM50 kepadanya jika dihubungi pihak SPRM, namun belum sempat bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara itu, Ahmad Sarbaini meletakkan telefon.
 
"Saya ada berjumpa dengan Ahmad Sarbaini pada pukul 5.15 petang, hari yang sama (5 April) dan dalam perjumpaan itu, Ahmad Sarbaini sekali lagi menyatakan dia buntu dan berada dalam keadaan tertekan sehingga menyebut nama saya kepada  SPRM kerana hanya nama Schenker Zainal yang dia ingat dan nama itu berada dalam telefonnya," kata Wan Zainalabidin ketika disoal peguam Ho Kok Yeaw, mewakili keluarga Ahmad Sarbaini.
 
Wan Zainalabidin, yang bekerja selama 21 tahun di Schenker sejak 1990, berkata, selain kerap berurusan dengan Ahmad Sarbaini bagi urusan kerja harian, mereka juga banyak berbincang mengenai hal agama seperti urusan mandi jenazah.
 
Di awal prosiding, rakan sekerja Ahmad Sarbaini, Azman Jusoh, 48, memberitahu mahkamah, Ahmad Sarbaini pernah menceritakan pengalamannya sewaktu ditahan SPRM ketika disoal siasat berhubung dakwaan rasuah.
 
Azman yang juga Penolong Kanan Pengarah Kastam II Negeri Perak berkata, Ahmad Sarbaini pernah memberitahu kepadanya bahawa dia diejek, diherdik serta diugut secara psikologi oleh beberapa pegawai SPRM di pejabat SPRM, Jalan Cochrane.

"Arwah diejek dan diherdik atas sebab memakai seluar uniform Jabatan Kastam dan antara kata-kata pegawai berkenaan adalah dia tidak layak memakai uniform itu atas kesalahan yang dilakukan dan ada juga melakukan provokasi dengan menyanyikan lagu Jabatan Kastam dengan nada mengejek," kata Azman yang juga pasangan beregu Ahmad Sarbaini dalam permainan tenis.
 
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Kamaludin Md Said akan bersambung esok.
 
Pada 4 April lepas, Masiah dan anaknya, Shahril memfailkan saman dengan menamakan SPRM, kerajaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.
 
Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya selain mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati.
 
Pada 26 September 2011, Mahkamah Koroner memutuskan tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.
 
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.
 
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama

Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan?

Posted: 11 Nov 2014 04:21 AM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut.

"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar.

Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya.

Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh tersebut.

"Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar yang dilakukan terlepas begitu sahaja.

Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna kenderaan semata-mata.

Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang lain.

"Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya.

"Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Drama tempatan: Pemuda PAS sokong cadangan Rosyam

Posted: 11 Nov 2014 04:17 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia menyokong cadangan Datuk Rosyam Nor agar diadakan perbincangan meja bulat antara penggiat drama tempatan dengan pihak RTM.

Pengarah DACS, Salman Saleh berkata, ianya bertujuan mencari jalan keluar berhubung isu RTM yang tidak lagi membeli drama tempatan untuk di siarkan dirancangan TV1 ataupun TV2, sejak Januari lalu, seperti didakwa pelakon terkenal itu.

"DACS juga berharap RTM fokus bahawa ianya adalah 'tulang belakang' kepada penggiat drama tempatan.

"Jika RTM tidak membantu mereka siapakah yang akan memastikan hasil seni mereka disiarkan melalui rancangan-rancangan di televisyen?" soalnya.

Selain itu beliau berharap semua penggiat drama tempatan bergerak secara gabungan termasuk dengan mewujudkan persatuan yang kuat bagi memastikan hasil seni mereka terbela dan sebagai pendesak kepada kerajaan apabila berlaku isu-isu berbangkit kelak.

Rosyam sebelum ini membuat keluhan ekoran perkara itu dengan mempersoal adakah drama yang dikeluarkan tidak berkualiti, atau berlaku lambakan industri tersebut sehinggakan RTM tidak lagi sanggup mengambilnya dan adakah pengusaha drama tempatan telah meletakkan satu harga yang tinggi sehinggakan RTM tidak mampu membelinya.

Setelah pendedahan dibuat oleh Rosyam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan tampil membuat penjelasan.

Ahmad Shabery berkata, RTM terpaksa berbelanja lebih berikutan menyiarkan perlawanan Piala Dunia yang bermula pada 12 Jun 2014 sehingga 14 Julai 2014 yang lalu.

RTM menurutnya, telah membawa hampir 57 perlawanan secara langsung, tertunda ataupun ulangan yang di siarkan dan terdapat beberapa perlawanan yang bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petangnya.

Beliau juga menjelaskan, tragedi pesawat MH370 dan MH17 juga menyebabkan RTM terpaksa memberikan perhatian penyiaran ataupun telah membelanjakan satu peruntukan ke atasnya.

Mengulas alasan itu, Salman berkata RTM sebenarnya telah lari daripada peranan sebenar mereka di dalam membantu penggiat drama tempatan.

"Sebagai contoh isu Piala Dunia, apakah tujuan RTM bersaing dengan Syarikat Penyiaran Swasta dan berbayar ketika itu?

"Sedangkan RTM sedar kos bayaran penyiaran yang terpaksa dibayar untuk tujuan tersebut yang sepatutnya boleh membeli drama tempatan tersebut.

"Rakyat Malaysia menerima hakikat kejadian yang menimpa terhadap MH370 dan MH17 yang lalu, RTM telah menyiarkan berita-berita terkini bagi tujuan maklumat rakyat yang simpati dengan kejadian tersebut.

"Tetapi kami sedikit hairan RTM menjadikannya sebagai antara penyebab kegagalan untuk membeli drama-drama tempatan selama ini," katanya. - HARAKAHDAILY

Persempadanan semula: Jangan jadikan teka-teki

Posted: 11 Nov 2014 04:12 AM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang selama ini gagal melaksanakan tugasnya, kini berpeluang untuk memperbaiki imej dan kredibiliti mereka dengan tidak menjadikan tarikh proses persempadanan semula sebuah permainan teka-teki sebagaimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri (dahulu dan sekarang) kepada tarikh pilihan raya umum (PRU).

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengulangi seruan kepada SPR supaya mengumumkan rancangan keseluruhan bagi persempadanan semula seawal yang mungkin supaya orang awam digalakkan menyertai proses itu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Keterbukaan SPR dalam hal ini menjadi amat penting memandangkan orang ramai hanya mempunyai 30 hari di bawah undang-undang yang sedia ada untuk mengambil bahagian dalam proses ini," ujar Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Walhal, menurut kenyataan itu, orang ramai sepatutnya diberi sebanyak masa yang mungkin untuk meneliti cadangan SPR yang akan memberi kesan terhadap keputusan PRU14 dan PRU15.

Tambahan lagi, kata Bersih 2.0 jikalau cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah tidak adil dan melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan, maka pengundi berhak untuk membantah cadangan tersebut dan SPR harus memberi masa dan ruang yang sewajarnya untuk memudahkan penglibatan pengundi dalam proses itu.

Bersih 2.0 juga mengingatkan SPR agar tidak menjalankan proses persempadanan semula itu pada musim perayaan yang akan datang kerana 25 Disember merupakan cuti perayaan Krismas, diikuti dengan cuti Tahun Baru pada 1 Januari dan Tahun Baru Cina pada bulan Februari.

"Jelas bahawa sekiranya persempadanan dijalankan ketika tempoh-tempoh ini, ia akan mengganggu penglibatan pengundi, dan SPR akan dilihat sebagai berniat jahat dalam menafikan penyertaan umum," ujar kenyataan itu lagi.

Dalam keadaan sebegini, SPR mestilah menanggung segala tanggungjawab bagi apa-apa pergolakan politik yang terhasil.

Bersih 2.0 memberi amaran kepada SPR agar tidak menjalankan proses persempadanan semula ini secara tergesa-gesa kerana persempadanan yang bakal dilakukan ini akan memberi kesan dalam penentuan keputusan PRU14 dan PRU15 akan datang.

"Demokrasi bukannya permainan untuk mengejutkan pihak yang bukan berkuasa," tambah Bersih 2.0 lagi. - HARAKAHDAILY

Mahathir terus desak Umno Selangor dirombak

Posted: 11 Nov 2014 03:57 AM PST

KL TODAY


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berundur daripada jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada calon yang lebih sesuai dan berkemampuan.

Beliau berkata, jika seseorang itu telah menjadi pemimpin terlalu lama dan gagal membawa kejayaan, individu tersebut perlu memberi laluan kepada calon lain.

"Saya juga meletak jawatan untuk memberi laluan kepada orang lain. Jika seseorang itu tidak dapat membawa kejayaan, dia perlu menyerahkannya kepada orang lain dan menyokong individu itu.

"Itulah cara untuk memimpin. Jika seseorang itu ingin memimpin untuk seumur hidup, itu akan menjadi masalah," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Ketika ditanya sama ada Noh juga perlu meletak jawatan, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai kepimpinan Umno Selangor.

Pada 5 November lalu, Dr Mahathir menerusi blognya berkata, kepimpinan Umno Selangor perlu disusun semula selepas pemimpin yang ada tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU).

Pakar ekonomi ramal harga minyak dunia akan kekal rendah untuk dua tahun

Posted: 11 Nov 2014 03:55 AM PST

KL TODAY


 


Kerajaan wajar memanfaatkan aliran harga rendah minyak mentah dunia dengan mengapungkan harga petrol RON95, mengikut harga pasaran.Sebelum ini, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan berhasrat berbuat demikian, di samping menyediakan dasar subsidi petrol yang lebih khusus kepada kumpulan berpendapatan rendah dan berikutan kejatuhan harga minyak semasa, mengapa tidak dilakukannya sekarang?

Ketua Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Research, Suhaimi Ilias mengunjurkan kejatuhan harga minyak dunia sekarang ini akan kekal untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

"Melihat kepada keadaan ini, lebih baik apungkan harga runcit RON95. "Dengan berbuat demikian, harga minyak akan menjadi rendah dan ini merupakanperkhabaran baik untuk rakyat daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, kali terakhir harga minyak mentah jatuh ke tahap sekarang ialah pada 2010, dengan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$79 setong dan Brent pada AS$88.

Ketika itu, RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter sebelum dinaikkan kepada RM2.30 seliter sekarang, termasuk subsidi kerajaan sebanyak 28 sen seliter.

Pada RM2.30 seliter, ahli ekonomi menganggarkan tanpa subsidi, harga minyak mentah dunia akan berlegar sekitar AS$84.80 setong.

Hari ini, harga minyak mentah Brent AS$82.34 setong dan WTI pada AS$78setong.

Pada hakikatnya kerajaan sedang melakukan usaha terbaik untuk membantu keperluan rakyat dan pada masa yang sama memastikan kemampanan ekonomi negara.

Ini terbukti daripada sasaran mekanisme subsidi minyak akan datang yang bakal diperkenalkan pada Jun tahun depan, serta pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas RON95, diesel, gas petroleum cecair, berkuat kuasa mulai April akan datang.

Suhaimi berkata, walaupun mekanisme subsidi ini adalah idea yang baik, ia akan mengambil masa yang lama untuk menjadi kenyataan disebabkan pihak berkuasa perlu menjalankan ujian perintis untuk program itu.

Eddie sedih kerana terpaksa ceraikan Raja Azmi

Posted: 11 Nov 2014 03:53 AM PST

KL TODAY

 


Pemain bass, Mohd Eddie Ghazali, 46, yang juga suami kepada Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengakui dia berasa amat berat hati untuk melepaskan produser filem penuh sensasi itu pergi daripada hidupnya."Sedih… Itu yang boleh saya katakan tentang perasaan saya ketika ini. Dalam waktu yang sama, saya juga tidak mahu kehilangan dia dalam hidup saya. 

"Tapi, apa boleh buat. Saya sudah berusaha tapi ini sajalah jalannya (bercerai). Apa yang saya lakukan ini bukanlah di atas kehendak saya, tapi demi kebaikan Raja Azmi, saya terpaksa lakukan," katanya seperti yang dilaporkan di portal murai.com

"Seperti saya, mereka juga sedih terutama ibu bapa saya. Kalau boleh mereka tak mahu tengok saya dengan Raja Azmi bercerai dan mengharapkan agar kami dapat bersatu semula.

Lagipun kedua-dua ibu bapa saya memang amat menyenangi dan menyayangi Raja Azmi. Tapi, oleh kerana ini (bercerai) adalah kehendak Raja Azmi sendiri, maka mereka pun terpaksa akur dan meminta saya melepaskan Raja Azmi secara baik.

"Dalam waktu yang sama, mereka masih mengharapkan agar kami dapat kembali. Dan, suatu hari, kalau ditakdirkan kami rujuk balik sebagai suami isteri, mereka juga masih mahu menerima Raja Azmi sebagai menantu mereka," katanya.

Raja Azmi mendirikan rumahtangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. Mula berkenalan pada 15 Februari tahun lalu sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15 Julai tahun yang sama, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah yang bertemakan garden wedding.

Menurut Raja Azmi lagi, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya tetapi akhirnya dia terpaksa akur bahawa perceraian adalah satu-satunya jalan yang tinggal.

Kemelut Raja Azmi dengan Eddie bermula selepas wujudnya perselisihan faham di antara mereka yang berpunca daripada Raja Azmi sendiri apabila keluar dari rumah dengan tidak meminta izin suami.

Mengakui bersalah di dalam hal ini, namun Raja Azmi akui tidak dapat menerima cara teguran Eddie terhadap dirinya yang disifatkannya sebagai sedikit keterlaluan serta melukai hati kecil wanitanya.

Sejak tercetusnya perselisihan tersebut, Raja Azmi dan Eddie berpisah rumah sejak hujung bulan Ogos yang lalu sehinggalah ke saat ini. Beberapa perbincangan untuk memulihkan rumahtangga mereka telah dilakukan, namun ia menemui jalan buntu.

Raja Azmi telah pun memfailkan perceraiannya dengan Eddie di Mahkamah Syariah Hulu Kelang dan lafaz cerai mereka bakal dilakukan di mahkamah syariah pada petang ini.

-murai.com

Ahli Parlimen PR dicabar sertai kursus BTN

Posted: 11 Nov 2014 03:48 AM PST



Razali Ibrahim
 
 
KUALA LUMPUR - Bosan dengan tohmahan pembangkang kononnya Biro Tata Negara (BTN) menganjurkan kursus berunsurkan perkauman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semalam mencabar Ahli Parlimen Pas dan DAP menghadiri kursus berkenaan.

Menurut Razali, sehingga kini, kursus BTN sudah dihadiri lebih sejuta peserta dan agak mustahil untuk menyembunyikan tuduhan itu jika benar ianya wujud dalam kursus anjuran kerajaan itu.

"Kita buat kursus yang melibatkan hampir satu juta orang pada 2013...boleh sembunyikan rahsiakah hendak latih setuja orang ini?

"Zaman sekarang mana boleh sembunyi (kandungan kursus), program tengah jalan orang sudah boleh tweet," katanya menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2015 Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini, malam semalam.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen Sepang-Pas, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Beruas-DAP, Ngeh Koo Ham mencelah penggulungan Razali dengan mendakwa mereka menerima aduan mengatakan kursus BTN menyerapkan sentimen perkauman.

Razali kemudian mencabar mereka mengemukakan bukti tetapi Ngeh pula meminta timbalan menteri itu memberikan silibus kursus anjuran BTN.

Bagaimanapun timbalan menteri itu menempelak ahli-ahli parlimen pembangkang yang kerap memutar belit penjelasan kerajaan dengan menyatakan sebaliknya di luar Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Razali menegaskan seseorang itu akan bersikap perkauman tanpa perlu menghadiri kursus BTN.

Beliau memberi contoh seperti mana yang dilakukan Ahli Parlimen Seputeh-DAP, Teresa Kok sebelum ini yang dengan sengaja menerbitkan video satira Tahun Baharu Cina.

"Seputeh tidak perlu pergi ke BTN tetapi boleh buat video perkauman," katanya.

Penyelidikan tidak dikomersial bukan pembaziran

Posted: 11 Nov 2014 03:44 AM PST

SINAR HARIAN

Idris Jusoh
 
 
KUALA LUMPUR - Penyelidikan universiti tempatan yangtidak dikomersialkan bukan merupakan satu pembaziran.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penyelidikan yang tidak dikomersialkan itu dianggap sebagai peningkatan ilmu secara lebih mendalam mengenai bidang-bidang kajian yang dilaksanakan sesebuah universiti.

"Baru-baru ini ada surat khabar mengatakan bahawa penyelidikan tak guna. Itu satu kenyataan yang tak berapa kena, kerana ada juga penyelidikan untuk meningkatkan ilmu universiti...pengetahuan meningkatkan taraf pengetahuan
universiti.

"Ini kerana penyelidikan di universiti ini bukan ke arah pengkomersialan semata-mata, kerana peningkatan ilmu itu mustahak dan pada masa yang samabukannya semua kajian boleh dikomersialkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengkomersialan Teknologi MTDC (Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia) di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah peneraju, kerajaan dalam pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini, telah memperuntukkan RM50 juta untuk usaha penyelidikan di universiti melalui rangkaian penyelidikan swasta-awam.

"Melalui inisiatif ini, syarikat-syarikat berpeluang berkongsi cabaran dan masalah teknikal mereka dengan penyelidik universiti dan institut penyelidikan.

Para penyelidik pula akan menilai masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada syarikat.

"Program ini merupakan contoh cemerlang mengenai perkongsian strategik dan inovatif yang akan menggalakkan kerjasama di kalangan ahli akademik, industri dan kerajaan dengan memanfaatkan potensi dan kekuatan masing-masing," katanya.

Sebanyak 500 orang, terdiri daripada ahli-ahli akademik, penyelidik, usahawan, penggubal dasar, pakar dalam bidang teknologi dan pengurus danamenghadiri persidangan dua hari anjuran MTDC.

Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dianugerahkan hadiah buku inovasi MTDC bernilai RM51,500 bagi setiap universiti. - Bernama

SPRM Disaman RM8 juta Oleh Balu Ahmad Sarbaini

Posted: 10 Nov 2014 11:49 PM PST

KELAB GREENBOC


 
Balu Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta terhadap SPRM

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap (gambar), 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -BERNAMA/astroawani


Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf


Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam.
-mk

Chong Wei sudah lama ambil dadah itu, kata Razif Sidek

Posted: 10 Nov 2014 11:35 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Bekas pemain negara, Razif Sidek mendakwa Datuk Lee Chong Wei sudah lama mengambil dadah (yang dijumpai dalam ujian doping) dan sanggup mengupah seorang doktor untuk tujuan itu.
 
Ujarnya, ramai pegawai termasuklah pemain-pemain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengetahui perkara itu namun didiamkan kerana ia melibatkan jaguh nombor satu negara.
 
"Sebelum ini susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh. Kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah lama.
 
"Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai tahu perkara ini. Malah, perkara ini turut mendapat pengetahuan daripada pemain-pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.
 
"Saya difahamkan dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.
 
"Bukankah saya cakap sebelum ini? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu, tetapi kisah ini telah dimaklumkan kepada saya oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri," ujarnya.
 
Chong Wei kini dikenakan penggantungan sementara dan hukuman sebenar akan diumumkan selepas Panel Pendengaran Doping Persekutuan bandminton Dunai (BWF) selesai bersidang pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi.
 
Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway.
 
Kelmarin, keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang.
 
Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Selepas guru, jurutera pula hadapi tuduhan bocorkan soalan UPSR

Posted: 10 Nov 2014 11:31 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KEMAMAN: Selepas dua guru didakwa berhubung kebocoran kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini di Negeri Sembilan, hari ini seorang jurutera pula dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.
 
P. Prem Kumar, 34, yang bekerja di sebuah syarikat pemprosesan bahan kimia di sini didakwa atas lima pertuduhan membabitkan kebocoran kertas soalan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil, Sains dan Matematik pada September lalu.
 
Tertuduh yang berasal dari Ipoh, Perak hadir di mahkamah kira-kira pukul 11 pagi dengan ditemani bapanya, mengaku tidak bersalah atas kelima-lima pertuduhan tersebut.
 
Mengikut kertas pertuduhan, Prem Kumar didakwa menyimpan beberapa helaian muka surat kertas soalan Bahasa Tamil, Matematik dan Sains melalui telefon pintar jenis iPhone 5  pada pukul 1 petang, antara 9 September dan 15 September lalu.
 
Kejadian didakwa berlaku di Kilang Malay Sino Chemical PT 4406 di Kawasan Perindustrian Telok Kalong di sini.
 
Setiap pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih tujuh tahun.
 
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
 
Hakim Rofiah Mohamad  membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 8 Disember ini.
 
Pada 5 November lalu, dua guru sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban  atas enam pertuduhan memiliki kertas soalan peperiksaan UPSR secara tidak sah di dalam telefon pintar mereka, September lalu.
 
Subbarau @ Kamalanathan, 34, yang mengajar di SJKT Ladang Batang Benar menghadapi lima pertuduhan manakala P. Murugan, 36, yang bertugas di SJKT Ladang Lenggeng berdepan dengan satu pertuduhan.

Sembilan Pejabat Perwakilan Malaysia Tak Patuhi Peraturan Urus Aset, Stor

Posted: 10 Nov 2014 11:28 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sembilan pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan pengurusan aset dan stor yang ditetapkan Kementerian Luar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, pengauditan dijalankan di 10 pejabat perwakilan Malaysia, namun hanya satu pejabat yang mematuhi peraturan itu iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania.

Sembilan pejabat yang gagal mematuhi peraturan itu ialah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria; Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa, Kanada; Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea dan Kedutaan Besar Malaysia di Algires, Algeria.

Pejabat yang lain ialah Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia, Brazil; Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela; Kedutaan Besar Malaysia di Dili, Timor Leste; Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo, Bosnia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver, Kanada.

"Kesemua sembilan pejabat perwakilan itu belum mematuhi sepenuhnya peraturan berkaitan urusan pendaftaran aset, pelabelan aset, penyimpanan aset, pemeriksaan aset, penyelenggaraan buku log kenderaan rasmi dan pelupusan," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan kementerian meningkatkan pemantauan bagi memastikan urusan tersebut dilaksanakan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

Kementerian perlu memastikan setiap pejabat perwakilan mematuhi aspek penting berhubung pengurusan aset dan stor seperti mendaftar dan melabel aset, menyimpan aset dengan teratur, melaksanakan pemeriksaan serta pelupusan aset dengan sempurna.

"Bagi tujuan tersebut, pegawai yang terlibat dengan pengurusan aset perlu diberi latihan dan pendedahan yang secukupnya," menurut laporan itu.

Selain itu, laporan itu juga memaklumkan keselamatan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Dili, Timor Leste perlu diberi perhatian disebabkan terdapat kerosakan teruk pada pagar kedutaan itu.

Laporan itu menyebut, pihak kedutaan telah menghubungi pemilik bangunan berhubung kerosakan tersebut, namun sehingga pengauditan selesai dijalankan pada September 2013, tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Pihak audit berpendapat tindakan segera perlu diambil pejabat perwakilan dan kementerian dalam memastikan bangunan hak milik kerajaan diberi perlindungan sewajarnya bagi menjaga imej kerajaan Malaysia di luar negara.

Teguran Tun M : Pemimpin Umno Semacam Memekakkan Telinga

Posted: 10 Nov 2014 11:26 PM PST



Oleh Abu Hassan Adam


Teguran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir khususnya dan beberapa orang pengkeritik lain mengenai 'ketempangan' UMNO kini seolah-olah tidak dipedulikan. Malah ramai juga pemimpin yang cuba menafikan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu. Cuma yang tidak dinyatakan oleh mereka secara terang-terang ialah bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir (M) itu sebagai kenyataan pemimpin tua yang sudah 'nyanyuk'.

Tun M telah menyatakan dalam Blognya bertarikh 5 November 2014 tentang perubahan yang perlu dilakukan dalam UMNO Selangor. Selanjutnya beliau menyatakan,
'Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula.
Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur'

Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Tun M itu telah pun disuarakan oleh DS Najib sendiri yang beliau merasakan begitu 'penat' melayan kerenah yang berlaku di UMNO Selangor ini. The Malaysian Insider bertarikh 1 November 2014 telah memuatkan kenyataan DS Najib dibawah jodol, ; 'Tired' Najib wants Selangor UMNO to grab back state from Pakatan'. Selanjutnya beliau menyatakan,' "I feel so tired. It is such a big embarrassment when BN is mentioned as the opposition," katanya di Konvenyen UMNO pada tarikh berkenaan.

Dua kenyataan dan teguran yang dibuat oleh dua orang pemimpin lama dan baru ini seolah-olah seperti slogan yang banyak terdapat di kawasan masjid-masjid yang berbunyi,'

SEMBAHAYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHAYANGKAN'. Lebh kurang begitulah mesej yang hendak disampaikan oleh kedua-dua pemimpin ini. Walaupun ada peribahasa Inggeris ada menyatakan tentang, 'don't kill a messenger' namun ramai pemimpin UMNO, khususnya di Selangor yang mengambil sikap 'confrontational' terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin ini.

Kenyataan Setiausaha UMNO Selangor, Saudara Johan Abdul Aziz sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysiakini bertarikh 8 November 2014 dibawah tajuk, " Selangor UMNO says Dr M disparaging the party' telah membidas kenyataan Tun M dengan menyatakan bahawa Tun M tidak sepatutnya membuat tuduhan sedemikian dengan tidak mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Selanjutnya beliau menjelaskan,

"Don't keep putting forward this corrupt image about Umno. If there is corruption, then arrest all the Umno people….To me, it is wrong that Tun talked about corruption. If he has evidence - and he is the former prime minister - then bring it to the authorities….I think this does not give a good image to the party because he too is an Umno member,"

Tetapi soalnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh lama yang amat berpengalaman dalam parti UMNO pun pernah kata tentang persoalan rasuah yang melibatkan UMNO. Kata Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li ), ' Corruption is the biggest problem. If we can get rid of some or most then ( the problem) is resolved…. Projects are too expensive and the costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional cost'.

51% rakyat Malaysia mungkin kata begitu. Setuju sangat dengan pandangan Ku Li yang mengatakan bahawa rasuah dan penyelewengan adalah merupakan masalah besar dan sekiranya masalah ini dapat diatasi maka banyak masalah akan dapat selesai. Sebahagian besar rakyat sudah lama tahu mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin. Dan salah satu sebab yang menyebabkan mereka mengundi pembangkang dalam PRU 13 adalah berpunca daripada keadaan itu.

Suasana seperti itu juga yang ditakuti oleh DS Najib dan Tun M. Lantas mereka menyarankan agar UMNO amat perlu membuat perubahan. Dan antara saranannya ialah agar pemimpin lama dalam UMNO yang dikira sudah 'luput tarikh' harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda yang berpotensi untuk menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin. Lagi pun para pemimpin yang 'sudah luput tarikh' harus sedar bahawa cara 'berpencak' pada Kurun ke 21 adalah amat berbeza dengan 'sepak terajang' pada Kurun ke 20. Justeru mungkinlah pemimpin UMNO lama sudah agak letih dan penat untuk berpencak di pentas Kurun ke 21.

Terus terang aku katakan bahawa ramai yang menyokong pembangkang bukan disebabkan mereka tidak bersetuju dengan dasar UMNO ( BN) tetapi mereka tidak menyukai perangai ramai pemimpin UMNO (BN) yang rasuah dan terlibat dalam berbagai penyelewengan. Lebih daripada 51% rakyat Malaysia kini yang agak meluat dengan perangai dan sikap sebahagian besar pemimpin UMNO (BN) yang memerintah negara ini.

Para pemimpin UMNO (BN) seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan mata apabila isu rasuah dan penyelewengan ini diperkatakan oleh rakyat. Seolah-olah bukan mereka yang terlibat dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat. Mereka dapat menafikan apa yang mereka telah lakukan.

Oleh kerana mereka berkuasa, maka mereka dapat menggunakan jentera kerajaan untuk 'tolong' menidakkan apa yang telah mereka lakukan. Mereka amat 'bijak' menggunakan 'ilmu' yang mereka pelajari untuk melakukan penyelewengan dan rasuah sehingga terlalu sukar pihak berkuasa untuk menuduh kegiatan jahat mereka.

Lebih 51% rakyat Malaysia tahu apa yang mereka lakukan. Jikalau tidak masakan 51% rakyat menentang UMNO ( BN ) dalam PRU 13 yang lalu. Sudah jelas di mata rakyat ada perbuatan-perbuatan sumbang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu dan bermuka tebal. Mereka 'tergamak' menafikan perbuatan terkutuk mereka. Dan sebaliknya ada pula yang terus menuduh orang yang melaporkan perbuatan terkutuk mereka.

Yang anihnya, pemimpin sedemikian masih ada yang mahu 'mengikut'nya. Pengikutnya terus menerus mengangkatnya menjadi pemimpin. Bukan itu saja, malah terus dilantik memegang jawatan dalam kerajaan. Dan yang empunya diri yang terpalit, tidak pula segan silu menerima jawatan yang ditawarkan.Apakah rakyat Malaysia yang sebegini sudah hilang pertimbangan langsung dan sudah tidak dapat menilai sesuatu yang baik dengan yang buruk. Apakah sudah dikaburi agaknya mata mereka yang sudah tidak dapat melihat dengan jelas, membezakan antara keburukan dan kebaikan.

Jikalau keadaan sebegini berjalan terus menerus, maka aku tidak tahu ke manalah agaknya akhirnya 'destinasi' negara ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ku Li, 'Projects are too expensive and the costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional cost'. Maknanya sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan adalah terlalu mahal dan dibahu rakyatlah diletakkan bebanan untuk menanggung kos –kos tambahan. Lantas kesimpulan yang dibuat oleh Ku Li itu ialah, kerajaan seharusnya memerangi rasuah dan penyelewengan ini dengan sekeras-kerasnya dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak. ( Kerajaan kata mereka mengurangkan harga subsidi minyak).

Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya membincangkan isu rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan sebagai agenda penting dan bukan sebagai 'pesta' untuk memuji dan memuja pemimpin. Tidak juga PAU itu dijadikan sebagai pentas 'Maharaja Lawak' dimana para badut mempamerkan 'kebolehannya' untuk berlawak jenaka.

Persidangan Agung UMNO adalah pentas untuk membincangkan tentang nasib bangsa Melayu menghadapi Kurun ke 21.

Saya hanya mahu selamatkan kerajaan Pakatan Selangor

Posted: 10 Nov 2014 11:23 PM PST

Oleh Saari Sungib

Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.

Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.

Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.


Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut:

1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.

2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.

3. Namun keadaan ini berubah secara yang amat menggusarkan saya setelah TSKI dipecat daripada PKR. Perubahan yang jelas itu adalah DAP menjadi padu dengan semua 15 Adun dan 13 daripada PKR (tidak termasuk TSKI kerana dipecat daripada PKR) menolak TSKI. Namun tiada sebarang arahan mahupun pendirian daripada PAS, sama ada pimpinan Selangor mahupun pimpinan Pusat.

4. Saya bertanya pimpinan PAS Negeri Selangor dan juga beberapa pimpinan PAS Pusat tentang perkara ini. Namun tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua pimpinan negeri mahupun Pusat.

5. Keadaan menjadi bertambah gawat apabila TSKI mengumumkan pada 11 Ogos, 2014 beliau mendapat sokongan majoriti Adun di Dewan Negeri Selangor.

6. Reaksi saya pada masa itu adalah TSKI berbohong. Mana mungkin setelah semua Adun DAP dan PKR iaitu 15 campur 13 itu sudah jadi 28. Angka itu pun belum lagi dicampur dengan seluruh atau mana-mana daripada 15 Adun PAS.

7. Apabila masa berlalu dan tiada sebarang arahan daripada PAS Negeri Selangor mahupun PAS Pusat, maka mulalah saya dengar kata-kata yang berupa jangkaan atau tekaan pimpinan PAS Pusat sedang memikirkan satu formula baru pembentukan kerajaan baru di Selangor.

8. Semakin lambat PAS Pusat membuat ketetapan dan arahan tentang kedudukan 15 Adunnya, semakin deras sangkaan dan tekaan yang saya dengar daripada beberapa Adun PKR dan DAP dan juga daripada penyokong PAS dakwaan TSKI memiliki sokongan majoriti ada asasnya.

9. Ini berlaku dengan gabungan TSKI sebagai Adun bebas bersama-sama 15 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno untuk menjadikan 28.

10.  Dengan gabungan ini, iaitu 28 DAP-PKR dan 28 terdiri daripada Adun bebas (TSKI), 15 PAS dan 12 Umno akan membolehkan TSKI mengadap Tuanku Sultan Selangor memohon agar dibubarkan Dewan Negeri Selangor.

11. Mengimbau kehilangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2009 kerana dua Adun PKR dan seorang Adun DAP menjadi Adun bebas dan menyokong BN, menjadikan saya amat berazam untuk tidak berulang di Selangor. Saya fikir sekiranya saya menyokong untuk bersama 15 Adun daripada DAP dan 13 Adun daripada PKR maka bilangan kami adalah 29. Ini akan menjadikan gabungan TSKI hanya 27.

12. Pada ketika itu saya berazam apa saja yang saya lakukan untuk menggagalkan usaha untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor adalah bertepatan dengan amanah dan mandat rakyat Selangor yang memberikan 44 kerusi Dewan Negeri pada PRU 13 (bilangan tersebut menjadi 43 setelah TSKI menjadi Adun bebas)

13. Di atas keazaman untuk menyelamatkan PR Selangor, memenuhi amanah dan mandat rakyat Selangor dengan  amanah 43 kerusi yang begitu kukuh dan berpandukan kepada keputusan Muktamar sejak 2008 untuk PAS bersama dan terus mengukuhkan PR, maka saya pada 14 Ogos, 2014 menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menolak TSKI dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

14. Saya begitu yakin apa yang saya lakukan tidak melanggar mana-mana ketetapan atau arahan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. Bahkan tindakan yang saya lakukan itu dianggap oleh rakan daripada PKR dan DAP, yang memang sekian lama menjadi rakan dalam PR, sebagai tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor. Bahkan ada di kalangan mereka menegaskan tindakan saya menyelamatkan usaha pembinaan sejak 1999 melalui Barisan Alternatif satu kerangka demokrasi yang tegak di atas sistem demokrasi dwi-parti yang bakal memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Di atas penjelasan di atas, sukar saya memahami mengapa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah sedangkan rakan-rakan PR, iaitu PKR dan DAP menganggap tindakan saya adalah tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor.

Apatah lagi, Alhamdulillah di bawah nama PR, pada hari ini, parti kita PAS terus memainkan peranan memacu kesejahteraan dan kemajuan Selangor bersama-sama PKR dan DAP  di atas nama kerajaan PR Selangor.

Dengan penjelasan di atas, saya meminta jasa baik dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulama PAS untuk menarik balik keputusan penggantungan keahlian selama setahun ke atas diri saya yang dibuat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Demikian juga di atas nama kebenaran dan keadilan, saya merayu Majlis Syura Ulama PAS mengisytiharkan saya sebagai tidak bersalah.

Sekian. Diterang dan dihuraikan atas nama kebenaran dan keadilan. Kepada Allah kita berserah.

* Saari Sungib ialah Adun Hulu Klang.

Kolej, Universiti Tempatan Lubuk Ganja

Posted: 10 Nov 2014 11:02 PM PST

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
 
EKSKLUSIF  PETALING JAYA: Pengedar ganja yang berpangkalan di beberapa kolej dan universiti tempatan dilaporkan telah menjadikan 'institusi pengajian tinggi' sebagai sarang terbaharu untuk kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.

Mereka didakwa melakukan pengedaran di kalangan pelajar, sehingga menjadikan bahan terlarang itu mudah diperolehi.

R.AGE, sebuah portal berita dan gaya hidup remaja milik The Star, membongkar isu ini apabila wartawannya menyamar sebagai pelajar di beberapa kampus sekitar Lembah Klang dan berhubung dengan seorang pengedar ganja berusia 20 tahun.

"Saya mendapat bekalan daripada seorang pengedar di luar kampus dan kebiasaannya saya membeli bahan terlarang itu untuk rakan-rakan yang lain," kata pengedar itu yang juga seorang pelajar Ijazah Sarjana - dia membekalkan ganja kepada rakan-rakan di kolej dan universiti sekitar Lembah Klang dengan harga bermula serendah RM50.

Seorang lagi pelajar yang sering menghisap ganja di tempat letak kereta universitinya mendakwa kebanyakan kolej dan universiti terkemuka di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengedar.

"Anda hanya memerlukan seorang pengedar. Pelajar lain akan membeli dan mengedar ganja di kalangan rakan-rakan.

"Semuanya mengenai persahabatan dan perkongsian. Ia budaya yang kami amalkan di dalam kolej pada hari ini. Kami semua membeli ganja dan menghisapnya bersama-sama," kata pelajar terbabit.

Tinjauan di empat kolej lain turut membongkar jalan cerita yang sama dengan kebanyakan mereka berkata dadah mudah didapati.

Ganja mudah diperolehi di kolej dan universiti tempatan pada hari ini.

"Walaupun kita membantu rakan-rakan untuk mendapatkan ganja dari pengedar di kampus, mereka tidak tahu dari mana kami memperolehinya. Ia adalah perkara yang tidak ditanya dikalangan kami," kata seorang lagi pelajar.

Malah, situasi sama turut berlaku di Pulau Pinang kata, seorang ejen hartanah yang baharu sahaja menamatkan pengajian di sebuah kolej.

Katanya, ganja di sana lebih segar kerana negeri itu hampir dengan Thailand.

"Adalah menjadi kebiasaan bagi pengedar di Pulau Pinang untuk berhubung terus dengan pengedar di Thailand," katanya.

Profesor Bersekutu Perdana University Graduate School of Medicine, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, beliau melihat peningkatan 'mengejut' di kalangan pesakit muda yang mendapatkan rawatan berkaitan isu ganja ketika ini.

"Amalan membenarkan (ganja) di Amerika Syarikat (AS) seolah-olah memberi gambaran kepada golongan muda bahawa ganja tidak merbahaya tetapi sebenarnya ia tidak benar.

"Apa yang mereka tidak ketahui adalah penggunaan ganja hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan, bukannya untuk sosial," kata Dr Andrew.

Beliau berkata, kajian terbaharu mengesahkan pengambilan ganja secara berlebihan selama beberapa tahun boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius, termasuk gangguan psikosis.

"Saya amat terkejut bagaimana bahan larangan ini mudah didapati pada hari ini. Beberapa pesakit saya memberitahu terdapat juga tawaran perkhidmatan penghantaran ke rumah," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata ganja kebiasaannya dibawa masuk dari Thailand melalui pintu sempadan utara dan Indonesia melalui Johor.

"Mereka membawa masuk ganja menggunakan bot nelayan kecil melalui hutan paya bakau, jadi operasi menjejaki mereka amat sukar," kata Wan Abdullah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Malaysia, Izhar Abu Talib berkata penagih ganja merekodkan sebanyak 20% kes pemulihan yang mereka tangani dengan majoriti kes melibatkan pelajar.

Seorang pegawai di Kementerian Pendidikan berkata, mereka tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu buat masa ini.

Seorang pelajar memberitahu R.AGE bahawa rakannya yang kerap berurusan dengan jumlah ganja yang banyak berdepan risiko dihukum mati sekiranya tertangkap.

MH370: Kenyataan 'Deklarasi Hilang' Cuma Pendapat Peribadi - MAS

Posted: 10 Nov 2014 10:58 PM PST



 
 
 
KUALA LUMPUR: Spekulasi media baru-baru ini berhubung dengan deklarasi bahawa MH370 telah hilang cuma luahan pendapat peribadi, kata Malaysia Airlines (MAS).

Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.

"Jaminan yang diberikan kepada kita ialah, operasi pencarian dan menyelamat akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.

"Apa-apa maklumat mengenai MH370, operasi dan perkara berkaitan pesawat yang hilang hanya akan dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)," kata syarikat penerbangan itu.

Pengarah MAS Airlines, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa MAS sedang menunggu bagi Penerbangan MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.

"Malaysia Airlines berharap kami dapat merungkaikan tragedi ini dan kami menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kami serta kerajaan Australia dan China atas bantuan yang sangat berharga semasa krisis," katanya.

Syarikat penerbangan itu turut berkongsi kesedihan dan kesengsaraan anggota keluarga dalam menangani dan melalui situasi ini, "oleh itu kami memberi jaminan kepada mereka bahawa usaha menjejaki pesawat dan mendapatkan rakaman data penerbangan tetap menjadi keutamaan."

"Setiap pihak yang terlibat dalam operasi yang kompleks ini menaruh keazaman yang sama seperti keluarga penumpang untuk mencari jawapan terhadap banyak persoalan.

"Berhubung dengan tahap pampasan yang disediakan selaras dengan Konvensyen Montreal, atau rejim perundangan yang serupa, syarikat penerbangan itu telah menjelaskan bahawa pembayaran ditentukan oleh undang-undang untuk mengambil kira penumpang yang terbukti sahih dan keadaan keluarga serta akan dinilai dengan sewajarnya," kata MAS.

MAS dan syarikat insurans tetap akan memastikan bahawa pampasan yang adil dan munasabah akan dibayar kepada keluarga semua penumpang MH370 selaras dengan undang-undang apabila anggota keluarga bersedia untuk membincangkan isu itu.

"Kami mengulangi bahawa syarikat penerbangan akan mematuhi komitmen yang telah kami buat, kesejahteraan ahli-ahli keluarga sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami akan terus berkomunikasi mengenai maklumat terkini apabila memperolehnya," kata MAS.

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 14 anak kapal.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika berada di ruang udara antara Malaysia dan Viernam pada 1.20 pagi.

Pesawat Boeing 777 itu kemudian berpatah balik ke arah Selat Melaka dan dipercayai penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Lelaki Menyerupai Perempuan Atau Sebaliknya Dilaknat Allah

Posted: 10 Nov 2014 10:54 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

"Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Melainkan, katanya, golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.

Pencen untuk askar meninggal, rugi RM12 juta

Posted: 10 Nov 2014 07:19 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Kementerian Kewangan terus membayar pencen kepada veteran tentera walaupun sudah meninggal dunia, menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hampir RM12 juta.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2013, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) membayar RM11.94 juta pencen untuk 3,786 orang veteran yang meninggal dunia antara 2011 dan 2013.

Menyedari perkara itu, jabatan itu cuba mendapatkannya kembali tetapi hanya berjaya mengumpulkan RM1.69 juta atau 14.2 peratus.

Laporan siri ketiga itu, terakhir untuk tahun ini, dibentangkan di parlimen pagi ini.

Laporan itu berkata, JHEV patut sentiasa menyemak status terkini penerima pencen dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengelakkan perkara itu berlaku.

Belanja RM663j, Internet masih perlahan

Posted: 10 Nov 2014 07:17 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas RM663 juta wang pembayar cukai digunakan untuk memperkenal jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi, pelajar akhirnya masih terbelenggu dengan sambungan Internet perlahan.

Malah, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, projek 1Bestari Net, yang termasuk persekitaran pembelajaran maya (VLE), juga jarang digunakan pelajar dan guru.

Mengikut kontrak, sebanyak 9,191 sekolah akan dibekalkan dengan jaringan jalur lebar antara 4Mbps sehingga 20Mbps.

Sebilangan kecil sekolah, sebanyak 698 buah, dirancang dilengkapkan dengan jalur lebar berkelajuan minimum 2Mbps sehingga 4Mbps.

Bagaimanapun, audit di 46 sekolah mendapati 41 buah (89.1 peratus), hanya mendapat kemudahan jalur lebar berkelajuan antara 0.2Mbps hingga 3.62Mbps.

Laporan menyebut, kelajuannya terlalu perlahan untuk menyokong VLE jika melibatkan penggunaan 30 hingga 40 pengguna pada satu-satu masa.

Tiada ulasan: