Roslan SMS Corner |
Penyakit dalam Umno iktibar buat PAS (26/11/14) Posted: 25 Nov 2014 07:11 PM PST Perhimpunan Agung Tahunan Umno bermula semalam dengan perasmian serentak ketiga-tiga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyuddin Yassin. Seperti biasa media saluran perdana TV, radio dan akhbar utama memberi liputan sepenuhnya perhimpunan berkenaan. Yang menariknya Umno yang berusia 68 tahun itu kini berada ditahap keresahan. Umno yang merupakan tunjang BN hari ni bersama kawan-kawannya itu sudah tidak lagi menguasai 2/3 majoriti di Dewan Rakyat. Umno bukan Menteri Besar di Kelantan dan Selangor dan BN tidak juga Ketua Menteri di Pulau Pinang.Umno dan ahli-ahlinya resah dengan prestasi yang ada adakah mereka mampu meneruskan kelangsungan kuasa dan punya masa depan cerah dalam politik Malaysia atau adakah mereka akan berkubur hilang tampuk kuasa. Ramai berpandangan bahawa pegangan kuasa Umno dalam politik Malaysia semakin longgar. Rakyat termasuklah "power bank" Umno iaitu orang-orang Melayu suidah mula hilang keyakinan malah mual dengan perangai pimpinan Umno. Budaya rasuah, sombong dan bongkak terus menular dikalangan pimpinannya.Malah Muhyuddin sendiri dalam ucapannya semalam menyebut: "Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka ".Lantaran itu tuntutan agar Umno diberi wajah baru, agar pimpinan lama digantikan, agar suara anak muda diberi tempat terus-menerus bertiup kencang dan kuat. Itulah nasib Umno hari ini.Barangkali ramai yang tersenyum sinis melihatkan Umno tak-menentu cuba sedaya upaya membetulkan keadaan yang sudah runcing dan agak parah itu. Sudah pasti seteru politik Umno lebih-lebih lagi, benafsu mahu menunggu dan mencuri-curi peluang merampas apa sahaja kuasa yang tinggal di tangan Umno itu. Umno mungkin boleh bangkit kembali, mungkin tidak, terpulanglah pada kebijaksanaan pimpinan dan ahli-ahli fikir mereka.Tetapi sesungguhnya penyakit yang mengidap Umno itu adalah satu contoh penyakit yang biasa bersarang di tubuh parti-parti politik. Kuat antibodi dan ubat-ubatannnya, maka berupayalah ia kebah dan sembuh. Jika tiada rawatan atau tidak dirawat atau tersalah ubat, maut boleh menyapa bila-bila masa. PAS tidak terkecuali.Hari ini jika Umno sakit dan tenat, PAS juga sedang dilanda wabak. Jangan seronok dan gembira melihat musuh kita bersilat merawat sakitnya, sedang kita sendiri juga sebenarnya melalui fasa kecamuk dalaman yang tidak kurang hebat juga.Umno sekuruang-kurangnya tidak guna media untuk serang sesama sendiri. Tetapi dalam PAS pengaruh terhadap media tertentu dieksploitasi sepenuhnya untuk menyerang sesama pimpinan. Umno juga tidak guna parti-parti kerabatnya dalam BN untuk memukul pimpinannya tetapi pimpinan lain dalam PR diguna untuk menyerang pimpinan yang tidak digemari dalam PAS. Malah Umno tidak pun menggunakan NGO untuk kononnya memperteguhkan BN atau memperbetulkan pimpinan dalam partinya, tetapi PAS sudah melihat kelahiran NGO "adu-domba" iaitu Pasma.Kerana itu tumpuan harus diberikan oleh ahli-ahli PAS terhadap kanser yang sedang menyerang tubuh partinya. Dalam rawatan kanser ada yang berjaya dan ada yang gagal. Cepat atau lewat merawatnya adalah penting bagi menentukan kejayaan.PAS melalui fasa ini disaat ia berada ditahap menang yang besar. Jika di dekad-dekad dahulu PAS dengan cuma 1 kerusi Parlimen dan 2 DUN kesemuanya di Kelantan, ia stabil dan tenang, kini parti Islam yang menjadi harapan sebahagian besar umat Islam dalam Negara ini menjadi gegar dan gempar. Tok Guru Mursyidul Am pernah berkata bahawa PAS cuma ada satu nakhoda dalam bahtera besar perjuangannya, suka tak suka perlu akur dan taat pada nakhoda ini. Hari ini jangankan nakhoda itu malah Majlis Syura Ulamak dengan Mursyidul Am pun jika tidak ikut selera mereka mahu dilambung dan dicampak ke laut besar, begitulah keadaannya hari ini.Umno akan terus mencuba pelbaga ubat-ubatan dan dukun untuk merawat penyakitnya. Itu Umno, dan itulah nasib sebuah parti kebangsaan sekular. Tetapi PAS parti Islam. Ia mengharapkan sesuatu yang tidak diharapkan oleh perjuangan siasah dunia yang lain. Kerana itu ahli-ahli PAS perlu bangkit memastikan cita-cita dan hambatan suci ini tidak diganggu gugat dan dipersiakan oleh cita-cita dan agenda peribadi pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan dari PAS.Kita yakin dengan perjuangan PAS. Kita mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit malah nyawa telah pernah dilaburkan oleh mereka terdahulu untuk menegakkan perjuangan memartabatkan seruan Allah swt ini. Kerana itu PAS tidak boleh dibairkan nazak seperti Umno kerana PAS bukan Umno. PAS bersendi pada keikhlasan ahli dan pimpinannya yang istiqamah dan berteras pula pada para ulamaknya yang gerun pada Allah swt.PAS perlu dibersihkan oleh tangan ahli-ahlinya sendiri. Bersih dan kikislah PAS dari kanser, penyakit dan apa sahaja wabak yang cuba merebahkannya. Ia mungkin pahit dan menyedihkan tetapi penting demi kelangsungan perjuangan besar ini. Biar bahtera perjuangan al Quran ini terus tegak gagah belayar menuju destinasinya bersama anak-anak kapal dan nakhoda yang masing-masing bersih dengan satu tekad dan cita-cita yang sama dan kekal istiqamah. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan