Rabu, 26 November 2014

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Baru Terhegeh Hegeh Nak Pertahan Tanah Rezab Melayu..Baling Batu Sembunyi Tangan...

Posted: 26 Nov 2014 01:59 AM PST





M.Kini Petikan Dari Perhimpunan Umnuuu

Sedutan Ucapan Ketua Wanita Umnuu


TANAH RIZAB MELAYU 

Wanita Umno menggesa Kerajaan Negeri mematuhi dan memastikan semua tanah-tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan diganti WAJIB semula mengikut Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing bagi tujuan mengekalkan pegangan tanah-tanah rizab untuk orang Melayu. 
Saya difahamkan, malangnya, bahawa ada beberapa negeri dimana Tanah Rizab Melayu kian terhapus tanpa gantian wajib. Jika digantipun, tanah gantiannya tidak setaraf terutama dari segi nilai komersialnya. Saya ingin mencadangkan supaya pindaan undang-undang dibuat dengan memberi kuasa kepada Peguam Negara bagi pihak kepentingan umum 'public interest' untuk membuat permohonan terhadap Kerajaan Persekutuan maupun Kerajaan Negeri untuk ganti serupa Tanah-Tanah Rizab Melayu yang telah dilupus tanpa diganti semula. 

Saya juga menyarankan apa juga tindakan untuk menggantikan semula Tanah-Tanah Rizab Melayu dan menambah jumlah Tanah Rizab Melayu sebagaimana kadar ditetapkan dalam perundangan dapat dilakukan sesegera yang mungkin. Jangan lagi bertangguh-tangguh, memberi seribu satu alasan teknikal yang akhirnya kita nanti akan dipersoalkan oleh anak cucu kerana gagal mengurus kuasa dan mewariskan sebuah negara yang induknya berkepentingan Melayu. Jadikan sasaran untuk memenuhi kuota Tanah Rizab Melayu sebagai KPI Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional. 

Saya selaku Ketua Wanita Umno Malaysia menghulur tangan tali persahabatan, tali silaturrahim kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum, tidak kira apa fahaman politik, maupun parti, tidak kira apa agama, maupun bangsa, marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita kecapi. 
Marilah kita balik ke pangkal jalan untuk meluncur kehadapan dan bersatu membina negara yang lebih berjaya dan lebih mulia di bawah kepimpinan Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri kita.

Msinc-Sendiri dah mengaku sapu rezab tanah Melayu,baru ade kesedaran ke mengenai isu ini,masa sapu dulu tak hingat pun..atau saja mahu menarik perhatian dan untuk mewawarkan bahawa Umnu adalah pembela tanah rezab Melayu...yang hilang tu sapa yang kerabat..Anwar Ibrahim ke Lim Guan Eng??....peee...raaaa wanita umnuu...


Shahrizat: Tiada makcik hancurlah 

Tiada ulasan: