Kelab Greenboc |
- Sultan Pahang Nak Pukul Pihak Yang Keluarkan "Surat Kuning"
- Tengku Puji Umum Jual Tanah Mantapkan PASMA
- [VIDEO] Bung Mokhtar Belasah Astro, Mahu Saluran TV Itu Ditutup
- [BERGAMBAR] Kapal KD Perantau Yang Digunakan Cari MH370 Tenggelam Di Lumut
Sultan Pahang Nak Pukul Pihak Yang Keluarkan "Surat Kuning" Posted: 20 Nov 2014 01:30 AM PST CCameron ighland - Surat Kuning dari Istana : Ini Jawapan Sultan Pahang CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan hari ini baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands. Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah, "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya". "Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda. Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini. Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri. Banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini meragut lima nyawa. Lima yang lain cedera. Beberapa penduduk dipindahkan. Penerokaan tanah haram dikatakan antara punca utama berlaku bencana itu. Dalam pada itu, baginda menggesa peneroka tanah haram menghentikan serta merta aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands. Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka. "The illegal farmers are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem - from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab, terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda. Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut. - BERNAMA |
Tengku Puji Umum Jual Tanah Mantapkan PASMA Posted: 19 Nov 2014 10:30 PM PST Subang - Veteran PAS Pahang, Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid malam ini bukan sahaja bersedia memimpin Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) peringkat negeri, bahkan, mengumumkan untuk menjual seekar tanah peribadi untuk NGO politik berkenaan. Melihat posisi mesyuarat NGO itu minggu lepas, katanya, mengingatkan pengalaman zaman muda memugar sokongan rakyat Pahang pada parti masa depan itu, dulu. "In sha Allah, saya akan jual seekar tanah saya kerana kita perlu gerak dengan apa yang kita ada," ujar Tengku Puji yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Pahang pada sesi mesyuarat bulanan NGO berkenaan. Sebelum itu, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi memberitahu, PasMa mulai dipelawa dialog dengan peringkat PAS Pusat melalui Naib Presidennya Salahudin Ayub, serta di beberapa negeri susulan retreat parti masa depan berkenaan baru-baru ini. "Selepas retreat PAS baru-baru ini, PasMa seakan diiktiraf dan pemimpin parti mula mengaturkan dialog peringkat pusat selepas ini," ujar Phahrolrazi. Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah turut mengarahkan semua ahli tetapnya supaya mengukuhkan organisasi di peringkat negeri dan cawangan. Lebih 50 ahli serta perwakilan negeri masing-masing mengadakan dialog dua hala dengan pemimpin pusat PasMa. -faqar Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Bung Mokhtar Belasah Astro, Mahu Saluran TV Itu Ditutup Posted: 19 Nov 2014 07:35 PM PST Astro menipu kerajaan dan rakyat – Bung KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan. Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu. "Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat. Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, "Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan)." Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama. Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: "Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro." Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut. Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya "rezeki ada di mana-mana" Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.-nmp
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] Kapal KD Perantau Yang Digunakan Cari MH370 Tenggelam Di Lumut Posted: 19 Nov 2014 04:10 PM PST Kapal hidrografi TLDM dalam penyelenggaraan hampir tenggelam di Lumut LUMUT: Sebuah kapal hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalani proses penyelenggaraan di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di sini, dimasuki air sehingga hampir tenggelam malam tadi. Kapal KD Perantau dikesan mengalami masalah pada jam 11.17 malam dan usaha menyelamatkan kapal daripada tenggelam sedang giat dilakukan oleh BNSSB dengan dibantu TLDM. Dalam satu kenyataan, TLDM berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian di limbungan BNSSB yang terletak dalam Pangkalan TLDM Lumut di sini. Kapal KD Perantau adalah kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998. Kapal itu diserahkan ke Limbungan BNSSB untuk menjalani rutin kerja penyelenggaraan pasang-pulih (refit) mulai 10 November lalu. Kapal itu dijangka siap dan diserah kembali kepada TLDM pada 10 Ogos tahun depan. Kenyataan itu menyebut, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor jentera, pam dan peralatan pengukuran sudah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku sebagai prosedur apabila kapal menjalani proses refit. "Sebuah lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu. -BH
sumber foto: BH/NST/Thestar Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan