Rabu, 26 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PasMa menentang Majlis Syura Ulama dan mahu jatuhkan Presiden PAS?

Posted: 25 Nov 2014 06:35 PM PST


Semalam dalam pertemuan rasmi PAS Pusat dengan PasMa Pusat telah dimaklumkan bahawa persepsi majoriti ahli PAS ialah bahawa kewujudan PasMa adalah untuk dua (2) faktor iaitu :

a) Menentang Majlis Syura Ulamak; dan
b) Mencatur usaha menjatuhkan Presiden PAS.

 Secara peribadi aku nak tergelak bila dimaklumkan perkara tu sbb nampak ketidakcerdikan segelintir mereka dan betapa mudah menerima berita tanpa usul periksa.

 a) Menentang Majlis Syura Ulamak (MSU)

 Aku amat tak faham dgn tuduhan ni. Bagi aku tidak ada siapa pun yang menentang MSU tetapi sebaliknya mahu MSU diangkat dan diletakkan di tempat paling tinggi yang hendaklah dihormati. Sejak kewujudan MSU di dalam PAS, sebenarnya tidak pernah ada, tidak pernah berlaku MSU diperhati, dibincang, dikritik melainkan sekarang. Kenapa? Ini yang perlu dilihat dan dikaji serta diteliti. Kenapa sekarang MSU dibincangkan dan diperbualkan? Mesti ada sebab.

 Semua ahli PAS termasuk yang menjadi kepimpinan PasMa menghormati dan menyanjung institusi MSU. Yang disanjung dan dihormati ialah Institusi MSU. Isu timbul apabila MSU membuat keputusan yang pelik yang tidak wajar dan tidak munasabah. Itu puncanya. Apabila itu berlaku maka keseluruhan MSU akan diperhati, diperkatakan dan adakalanya seperti dipertikai.

 Dulu2 sejak kewujudan MSU tidak ramai tahu siapa ahli MSU. Tidak ramai ambil tahun apa itu MSU. Tidak ramai tahu apa tugas MSU. Tiba2 bermula krisis Selangor, MSU menjadi perhatian.

 Selalunya ulamak akan mengambil masa yang lama dalam membuat sesuatu keputusan atau fatwa atau nasihat. Ulamak akan mengkaji, meneliti dan bermesyuarat serta ber"tabaiyun" dalam melakukan sesuatu. tetapi sekarang dilihat terlalu cepat membuat keputusan dan menghukum.

 Contohnya dalam isu kewujudan PasMa. MSU tidak pernah memanggil kepimpinan PasMa untuk mendapatkan gambaran sebenar. Inilah "tabaiyun". Kenapa MSU tidak memanggil PasMa mendapatkan gambaran jelas sblm mengeluarkan "nasihat". Tidakkah "tabaiyun" itu dianjurkan Islam? Kenapa cepat membuat keputusan tanpa proses sewajarnya.? Bagaimana boleh MSU menghukum tanpa dipanggil memberikan keterangan? Adakah konsep ISA digunakan? Hukum tanpa bicara?

 Apabila ini berlaku maka akan timbul rasa tidak puashati drpd pihak2 tertentu malah menyebabkan PasMa mendapat perhatian kerana org ramai hendak tahu apa itu PasMa sehingga MSU mengeluarkan "nasihat" melarang menyertai program PasMa.

 Tidak timbul isu menentang MSU. Tidak timbul isu menentang ulamak. Apa yang berlaku hanya berselisih pendapat. Tidak bersetuju dengan kaedah bukan menentang ulamak. Tidak setuju dengan pendapat ulamak bkn menentang ulamak.

 Adakah kewujudan 4 Mazhab di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah juga nak dikira menentang ulamak? Imam Shafi'e tidak bersetuju dengan pendapat Imam Hanafi, adakah itu menentang ulamak? Itu letak duduknya. jangan mengadu domba menjadi setan sehingga tak ketahwan punca.

 b) Menjatuhkan Presiden.

 Jawatan Presiden bukan hak milik kekal seseorang. Perlembagaan memperuntukkan semua jawatan eksekutif dlm PAS bermula Presiden, Timbalan Presiden dan seterusnya hanya setakat 2 tahun. Kemudian akan dipilih semula. Ianya suatu yang dibenarkan di dalam Perlembagaan PAS malah tidak bercanggah dengan syarak. Jika tiada org bertanding jawatan Presiden maka yang seorang dicalonkan akan menang tanpa bertanding.

 Presiden yang ada sekarang tidak dipilih melalui muktamar sebaliknya hanya menang tanpa bertanding. Jika ada pertandingan dan beliau menang, maka seluruh ahli PAS akan terima. Jika ada org lain bertanding dan dia kalah, adakah itu suatu kesalahan?

 Jika pertandingan jawatan Presiden dianggap menjatuhkan Presiden, kenapa pertandingan jawatan Timbalan Presiden, jawatan Naib Presiden tak dikatakan menjatuhkan Timbalan Presiden, menjatuhkan Naib Presiden?

 Jawatan dalam parti bkn hak milik kekal sesiapa. Semuanya bergantung kepada perwakilan. PasMa bukan jentera parti. PasMa bkn ejen mana-,mana pimpinan. PasMa tidak pernah menyatakan sokongan kepada mana-mana pimpinan tertentu.

 PasMa tidak terlibat dlm menentukan kepimpinan PAS. Itu semua hak perwakilan untuk memilih. Jika ada kawasan mencalonkan individu lain sebagai presiden, itu hak kawasan tersebut, dan menjadi hak perwakilan untuk memilih atau tidak. Tidak ada kena mengena dengan PasMa. Jika ada kawasan mencalonkan seseorang untuk jawatan Timbalan Presiden menentang Timbalan Presiden sedia ada, itu hak kawasan tersebut & hak perwakilan untuk memilih.

 Jika sebelum2 ini ada pertandingan dalam setiap jawatan kecuali Presiden, tidak ada istilah menjatuhkan, kenapa apabila disentuh jawatan Presiden terus muncul istilah menjatuhkan Presiden? Itu semua hak kawasan & perwakilan yang menentukan bukan PasMa.~ ذوالحزم شاريف

Berikut adalah catatan MK mengenai perjumpaan diatas ~

Dato Pahrol dan Ust Taib : Bila MSU mesyuarat utk buat kptusan haramkn pasma?

Ust Idris :   Tiada ...Cuma bincang 2 .. 3 orang pastu keluar  SURAT ARAHAN .

Dato Pahrol dan Ust Taib  :  Atas hukum apa MSU keluar arahan haramkan PasMa tanpa dipanggil untuk penjelasan?

Ust Idris : .....(TIADA JAWAPAN )

Dato Pahrol : Ada arahan PAS PUSAT untuk haramkan?

Salahuddin : TIADAAA..... 

Jadi jgn cakap banyak meh kita ngeteh tutup cerita . Pasni kita jumpa MSU pulak . Ahli pas serata pakat jadi meroyan dah dgn org PasMa . Sapa nak minta maaf? Jawab aku tarak pasai . Itu mmg fe'el org pas - MK

Tiada ulasan: