Khamis, 20 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Vell Paari kata Palanivel perlu segera berundur

Posted: 20 Nov 2014 03:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengarah strategi MIC, Datuk Seri Vell Paari berkata presidennya Datuk Seri G Palanivel perlu segera berundur kerana tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai menteri alam sekitar.

Vell Paari berkata, menteri tersebut yang juga MP Cameron Highlands juga tidak hadir semasa kunjungan Sultan Pahang ke kawasan bencana banjir lumpur.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dilapor menyatakan kemurkaan ke atas Palanivel yang menurutnya tidak berbuat apa-apa selepas tragedi yang sama berulang di kawasan itu.

Vell, yang juga anak kepada presiden MIC, S Samy Vellu, turut membangkitkan beberapa tuduhan berhubung kegagalan Palanivel sebagai ketua parti.

"Kami di dalam MIC sudah lama mengesyaki bahawa Palanivel mengalami satu masalah perubatan yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.

"Malah ketika sultan mengunjungi Cameron Highlands semalam dan semasa kejadian sebelum ini, MP itu tidak hadir. Ini melanggar protokol dan rasa hormat kepada raja.

"Umum mengetahui bahawa presiden MIC itu pelupa dan sering mengalami keletihan yang teruk.

"Keadaannya itu menyebabkan sesetengah pihak mempengaruhi dan mengambil kesempatan ke atas presiden dan menguasai parti.

"Ini perlu berakhir. Tanda-tandanya semakin jelas," kata Vell dalam kenyataannya.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Sultan Pahang murka kerana Palanivel tidak melakukan tindakan drastik untuk mengelakkan tragedi itu berulang, selepas kejadian pertama tidak sampai setahun lalu.

"Apa yang beliau lakukan? Tiada apa... rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikan kepada rakyat?," titahnya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Sultan Ahmad Shah turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan mengundi parlimen itu lagi sekiranya isu berkenaan tidak ditangani.

"Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan pada kawasan sendiri terlebih dahulu.

"Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri," titahnya lagi.

Kejadian banjir lumpur terbaru di Cameron Highlands mengorbankan lima orang termasuk seorang remaja 13 tahun.

Pada Oktober lalu, banjir di Lembah Bertam mengorbankan empat nyawa.

Raja Bomoh 1Malaysia didakwa dera amah [TONTON VIDEO]

Posted: 20 Nov 2014 02:58 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic


PETALING JAYA: Raja Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zain didakwa mendera amahnya yang juga warga Indonesia.

Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.
 
Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan didera oleh Ibrahim sejak setahun lalu.
 
Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Ibrahim sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.
 
Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.
 
"Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.
 
"Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah," katanya.
 
Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya di mana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu.
 
Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. 
 
Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya.
 
Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut.
 
 

Pembantu Khalid berhak terima pampasan - Abu Hassan

Posted: 20 Nov 2014 02:54 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic


SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berpendapat pemberian pampasan dibolehkan kepada mana-mana kakitangan, meskipun mereka memilih untuk meletakkan jawatan secara sukarela.

Bagaimanapun katanya, ia tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur tertentu.
 
"Formulanya berdasarkan gaji terakhir dan selama mana mereka berkhidmat. Oleh itu perlu ada pengiraan tertentu yang boleh digunakan sebelum pembayaran dilakukan. 
 
"Ia mengikut peraturan, sebagaimana di dalam (persetujuan) khidmat masing-masing apabila menjadi pegawai kepada sesuatu organisasi atau jabatan. Ia juga berdasarkan peraturan-peraturan tertentu," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Abu Hassan diminta mengulas kewajaran meluluskan peruntukan pampasan bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Kesemua mereka meletak jawatan secara sukarela akibat pertukaran pucak pimpinan negeri kepada Menteri Besar Selangor baru, Azmin Ali.
 
Dikhabarkan bekas Ketua Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima hampir RM700,000 sementara setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz menerima sejumlah RM400,000 manakala setiausaha politiknya pula, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000.
 
Jumlah pampasan itu mencetuskan kontroversi kerana ia melibatkan nilai yang besar, apatah lagi diluluskan di kala penghujung khidmat Khalid, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah MBI ketika itu.
 
Selain Khalid, peruntukan berkenaan turut diluluskan oleh dua lagi ahli lembaga pengarah MBI, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Pegawai Kewangan Negeri.
 
Terdahulu Khusrin berkata tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan berkenaan gagal mematuhi kesemua prosedur yang ditetapkan.
 
Beberapa hari lalu Azmin percaya wujud unsur penyelewengan di dalam isu pampasan tersebut berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negeri.

PBT Sabah diminta patuhi bahasa kebangsaan

Posted: 20 Nov 2014 02:52 AM PST


SINAR HARIAN

Gambar Hiasan Gambar Hiasan
 
 
KOTA KINABALU - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasakan peraturan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

Beliau berkata beliau akan memantau perkara itu secara serius bagi memastikan peraturan berkenaan dilaksanakan sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti bangsa Malaysia.

"Selama ini memang kita telah menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu di premis perniagaan atau tempat awam. Bagaimanapun kita juga tahu masih ada penggunaan bahasa kebangsaan yang tidak tepat.

"Oleh itu saya meminta PBT memeriksa dan menguatkuasakan peraturan penggunaan bahasa kebangsaan di premis perniagaan dan tempat awam. Kita akan pantau dan saya akan sentiasa melihat perkara ini sebagai keutamaan kita di PBT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Pemartabatan Bahasa Kebangsaan' anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah di sini hari ini. Hadir sama Pengarah DBP Sabah, Asmiah Ajamain.

Terdahulu dalam ucapannya, Hajiji berkata Sabah perlu muncul sebagai negeri yang secara nyata memancarkan citra budaya dan bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan sejajar dengan gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan kepada semua pihak untuk bersama-sama memajukan bahasa kebangsaan agar ia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di dunia. - Bernama

Sebutir telur yang memalukan

Posted: 20 Nov 2014 02:49 AM PST


 
SEKIRANYA semua berlapang dada, terus ketawa dan tidak berbuat apa-apa, dalam masa 10 tahun lagi, kita mungkin terpinggir di negara sendiri. Jangan terkejut jika pendatang asing menjadi tuan di tempat kita.

Juga, sekiranya pihak berkuasa kita tidak bertindak tegas, berkhayal dan asyik lena dalam kealpaan, orang kita sendiri akan hidup dalam ketakutan, menjadi kuli batak, dan diperkotak-katikkan makhluk-makhluk asing. Alangkah ngerinya!

Harap-harap bayangan ngeri ini tidak terjadi. Tetapi kemungkinan untuk terjadi tidak boleh ditolak bulat-bulat. Hakikat di hadapan mata ialah pendatang asing telah melimpah di negara berdaulat ini.

Hendak tahu berapa bilangan pendatang asing yang kini mengasak setiap sudut di negara kita? Menurut Datuk Richard Riot, ada 6.7 juta pendatang asing yang kini mengisi pasaran kerja di tempat kita. Begitulah ramainya!

Satu lagi fakta yang disebut oleh Menteri Sumber Manusia ialah daripada begitu ramai pendatang asing yang masuk ke sini, hanya 2.1 juta mempunyai permit sah. Ertinya kira-kira 5 juta orang duduk di keliling kita, tanpa permit @ Pati.

Setiap saat kita dikelilingi – dan diawasi! – oleh berjuta-juta pendatang tanpa izin. Secara peribadi tiba-tiba sahaja saya berasa hidup dalam bahaya. Tidakkah anda juga berasa yang sama?

Entah di mana silapnya, pintu masuk ke negara kita selalu dibolosi Pati. Pintu masuk rasmi dikatakan dikawal rapi dengan alat pengesan serba canggih, tetapi Pati tetap juga bolos. Setiap hari beribu masuk secara haram. Agaknya alat mereka lebih canggih sehingga pihak berkuasa kita gagal mengesan.

Tambahan pula selain pintu-pintu masuk rasmi seperti lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan, ada sekian banyak pintu-pintu masuk tidak rasmi – lorong tikus, lorong buaya, lorong babi tonyok, lorong depan, lorong belakang – setiap detik berjaya dibolosi makhluk asing.

Ternyata dan telah terbukti, setelah masuk ke negara makmur ini, Pati dan bukan Pati terus ligat mengambil kesempatan yang ada. Mereka ligat macam gasing, sebab pihak berkuasa kita lembap, lambat macam siput babi. Bukti kelembapan boleh dilihat depan mata, antaranya:

Pertama: Kes Cameron Highlands adalah contoh klasik. Setelah sekian lama dibiarkan, baru kita disedarkan ada lebih 10,000 pendatang asing – termasuk Pati – menguasai kawasan tersebut. Setelah keadaan menjadi begitu parah, baru ada tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa. Kenapa selama ini semua tidur?

Kedua: Tapak perniagaan di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur kini dikuasai oleh pendatang asing. Pihak berkuasa mengeluarkan permit kepada peniaga tempatan – kebanyakannya Melayu – untuk berniaga di kawasan berkenaan.

Tetapi dari begitu banyak permit dikeluarkan, hanya satu dua yang masih diusahakan oleh pemegang permit asal. Sebahagian besar permit disewakan atau dijual kepada pendatang asing. Dulu kawasan tersebut milik Melayu, kini sudah menjadi milik pendatang.

Mengapa tidak ada tindakan pihak berkuasa ke atas mereka yang menyalahgunakan permit? Mengapa biarkan kawasan itu dikuasai pendatang asing? Satu demi satu kawasan kita dirampas, pihak berkuasa kita terus leka!

Ketiga: Banyak kawasan setinggan dikuasai oleh pendatang asing, termasuk Pati. Mereka aktif dan kreatif. Pantang ada tanah kosong mereka dirikan penempatan. Penduduk tempatan kompelin, tetapi pihak berkuasa tidak ambil berat, atau buat-buat tidak nampak.

Malah, pernah terjadi tanah sah milik persendirian dijadikan kawasan setinggan, dan pihak berkuasa tidak berani merobohkan. Setiap kali aduan dibuat, jawapan yang diberikan tetap sama: "Kami sedang menyiasat". Benda sudah jelas di hadapan mata, apa lagi hendak disiasat? Pemilik sah menderita, pendatang asing ketawa. Di mana pihak berkuasa?

Keempat: Pendatang kulit hitam dari Afrika terlalu biadab. Mereka membuat kacau di banyak kawasan perumahan, mabuk dan memekik waktu malam. Mereka masuk ke pusat hiburan, membuat kacau. Pusat hiburan yang sepatutnya tutup jam 12, terus dibuka hingga ke subuh untuk melayani Pak Hitam.

Mereka berani kencing sambil menunjukkan kemaluan tanpa segan. Aduan selalu dibuat tentang perangai tidak senonoh Awang Hitam. Tetapi mereka tetap keras kepala. Masa sudah tiba untuk penguat kuasa kita bertindak.

Buktikan bahawa kita juga ada telur. Atau, apakah pihak berkuasa kita memang sudah tidak bertelur?

3,005 orang sokong hapus Akta Hasutan

Posted: 20 Nov 2014 02:46 AM PST


Khalid Abdul Samad Khalid Abdul Samad
 
 
KUALA LUMPUR - Seramai 3,005 orang menandatangani petisyen bagi memohon Dewan Rakyat mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan semua pendakwaan di bawah akta itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, petisyen itu telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen, hari ini.

Katanya, kandungan petisyen mewakili suara rakyat yang membantah penggunaan berterusan Akta Hasutan yang didakwa zalim, kolonial dan tidak demokratik.

"Akta Hasutan adalah undang-undang zalim yang digubal penjajah British untuk menindas rakyat. Akta ini mempunyai tafsiran terlalu luas dan amat mudah disalahguna.

"Ia boleh dan sedang digunakan untuk menjenayahkan apa-apa ucapan bersifat demokratik termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin atau parti politik pemerintah. Adalah memeranjatkan bahawa walaupun janji telah dibuat kepada rakyat untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun penggunaannya meningkat secara berleluasa," katanya.

Katanya lagi, turut membimbangkan ialah pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan dilakukan Peguam Negara dan mensasarkan mereka yang mengkritik kerajaan.

"Oleh itu, kami memohon supaya Dewan Rakyat mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan Akta Hasutan, menggugurkan semua pendakwaan dan membebaskan mereka yang dipenjara di bawahnya serta memastikan tiada gantian undang-undang yang sama dengan Akta Hasutan," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau juga telah meminta kebenaran Pandikar Amin untuk membahaskan mengenai pemansuhan Akta Hasutan di Dewan Rakyat, 24 November ini.

Katanya, satu perarakan juga akan diadakan pada hari tersebut dari Padang Merbok ke Parlimen sebagai sebahagian daripada kempen menyokong pemansuhan Akta Hasutan.

Pelarian didakwa dianiaya di pusat tahanan M'sia

Posted: 20 Nov 2014 02:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pelarian yang berusaha mendapatkan suaka didapati dipukul, kelaparan dan diperguna oleh pihak berkuasa di dua pusat tahanan Malaysia, di tengah-tengah dakwaan amalan rasuah oleh kakitangannya.

Pendedahan oleh Al Jazeera melalui pendedahan berjudul "Malaysia's Unwanted" itu menunjukkan pelarian dirantai dan digari, dan ada yang tidak menjamah makanan untuk beberapa hari.

Wartawan rancangan "101 East" Steve Chao menemui keadaan dahsyat dan salah layanan terhadap pelarian oleh pihak berkuasa negara ini.

Beliau juga mendakwa bahawa pejabat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) – yang bertanggungjawab membantu pelarian – sebaliknya terlibat dalam rundingan korup.

Chao mendakwa pelarian diletakkan dalam sel yang padat hampir 24 jam sehari.

Beliau juga mendapati terdapat kanak-kanak ditahan – suatu yang bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung hak kanak-kanak; dan menemui wanita ditahan selepas beberapa jam melahirkan anak.

Di Malaysia, pelarian tidak mendapat pelindungan undang-undang kerana negara ini tidak menandatangani konvensyen PPB yang mengiktiraf pelarian.

Ini bermaksud mereka boleh ditahan pada bila-bila masa dan dimasukkan ke pusat tahanan.

Kuala Lumpur antara negara yang mempunyai populasi terbesar pelarian dan pemohon suaka, sekitar 150,000 orang.

Peguam: Zunar ditanya siapa Najib, siapa Rosmoh

Posted: 20 Nov 2014 02:35 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kartunis politik Zunar antaranya disoal berhubung watak-watak yang dimaksudkannya dalam buku satiranya, yang dikaitkan dengan kes pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguamnya Latheefa Koya (bawah) berkata, perkara itu antara soalan diajukan polis ketika soal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini, selain tujuan dan niatnya melukis dan menerbitkan karya itu.

"Saya ingin memberitahu beberapa soalan menarik yang ditanya oleh polis, antaranya ialah apakah tujuan kamu melukis dan menerbitkan buku ini?

"Siapakah Anwar yang kamu maksudkan ini dan siapakah yang kamu maksudkan dalam karakter kartun seperti Fernando, Azizan, Tun M, Najib, Rosmoh, AG, Hakim Zabidin dan Doktor Rosman," katanya kepada media di depan IPD itu.

Menurut Latheefa, Zunar disiasat bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu, katanya, dilakukan berdasarkan dua laporan polis yang dibuat di Putrajaya dan di balai polis Tun HS Lee.

Tak jawab semua soalan

Kartunis atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque hari ini dipanggil buat kali kedua berhubung siasatan sekitar penerbitan buku Konspirasi Memenjarakan Anwar dan Pirate of the Carry-BN.

Tiga pembantu Zunar sebelum ini ditahan dan dibawa balai polis Putrajaya kerana menjual buku itu dan seorang pengendali laman webnya juga dipanggil polis untuk siasatan .

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam memberitahu, sebanyak 44 buah buku Zunar dirampas setakat ini.

Sementara itu, Latheefa berkata, beliau tidak melihat sebarang unsur jenayah dalam karya Zunar (kanan) kerana ia tidak diharamkan.

"Jadi kalau buku ni tak diharamkan kenapa kamu nak siasat?" soalnya.

Beliau juga menyifatkan polis "tidak ada kerja" dengan menyiasat buku-buku itu.

Sementara itu, Zunar yang kelihatan tenang berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya hari ini.
 

Jika fakta salah, sudah tentu kami dipenjara

Posted: 20 Nov 2014 02:30 AM PST


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) pads Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club, Petalung Jaya, malam tadi. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) pads Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club, Petalung Jaya, malam tadi. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
PETALING JAYA – "Jika apa yang saya dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebut mengenai (1MDB) tidak betul, sudah tentu kami berdepan dengan tindakan termasuk kemungkinan dimasukkan ke penjara," kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

"Sehingga kini tiada satu pun tindakan undang-undang atau saman yang dikenakan terhadap beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu susulan daripada pendedahan penyelewengan," katanya pada Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas seorang mahasiswa dari sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan yang menyertai forum tersebut berkata, dia meragui angka dan fakta yang dibentangkan oleh kedua-dua ahli Parlimen PR itu.

Keraguan itu timbul selepas pendedahan yang dikatakan memburukkan imej kerajaan itu membabitkan pihak pembangkang sahaja tanpa mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebelum beliau dan rakan PR lain mendedahkan kepada umum dakwaan penyalahgunaan dana awam itu, mereka akan memastikan fakta itu sahih, tidak memfitnah dan mempunyai kepentingan umum.

"Saya dan YB Tony Pua, peranan kami adalah, setelah semak betul-betul dan kami yakin maklumat itu tepat, maka kita bawa kepada rakyat dan juga media.

"Dalam dunia hari ini maklumat mudah diperolehi, tidak seperti dulu di mana maklumat disembunyikan.

"Sekarang ini dengan internet, segala maklumat dan budaya baharu di Malaysia, budaya 'whistleblowing' bahawa orang akan bagi maklumat kerana merasakan ia  tanggungjawab sivik mereka untuk bagi maklumat ini," ujarnya.

Sementara itu, Tony Pua menegaskan segala angka dan fakta yang didedahkan mengenai dakwaan penyelewengan diperolehi daripada laporan kewangan," dakwanya.

MCA jangan 'kambing hitamkan' Umno

Posted: 20 Nov 2014 02:27 AM PST


Syed Ali Alhabshee 
 


KUALA LUMPUR - Tindakan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa perwakilan Umno berhati-hati ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Umno kali ini disifatkan sebagai satu tindakan lucu dan menyibuk.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan ahli politik MCA itu tidak wajar kerana Umno sama sekali tidak pernah  mencampuri urusan Perhimpunan Agung parti itu.

"Setiap pemimpin dan ahli-ahli Umno tahu apa yang mereka perlu buat untuk memperkukuhkan parti.

"Tidak perlu ditunjuk dan diajar oleh mana-mana parti komponen lain. Jangan jadi seperti ketam mengajar anak, perjuangan sendiri pun bermasalah tetapi mahu mengajar orang lain pula," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dakwa Syed Ali lagi, MCA jangan merasa terlalu hebat, sebaliknya perlu sedar dan cermin diri sendiri.

"Kekalahan teruk BN di dalam dua siri PRU lalu bukan berpunca dari Umno,  sebaliknya berpunca daripada penolakan sepenuhnya orang Cina terhadap MCA kerana mempunyai pemimpin yang lemah.

"Umno tiada masalah, bahkan Umno berjaya mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap BN.

"Umno telah berjaya menjadi benteng kukuh untuk memastikan survival BN terus bertahan. Adalah tidak bertanggungjawab  sekiranya MCA menyalahkan Umno kerana mereka gagal meraih sokongan kaum Cina," katanya.

Dalam perkembangan yang sama Syed Ali mengingatkan  MCA supaya  jangan sesekali menjadikan UMNO sebagai "kambing hitam" demi menutup kelemahan sendiri.

"MCA perlu bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa mereka berterusan ditolak oleh bangsa Cina. Jangan jadi parti yang bodoh sombong," katanya

Gagal laksana gaji minimum, syarikat didenda

Posted: 20 Nov 2014 02:25 AM PST


Wakil sebuah syarikat penyimpanan rekod Regelia Records Management Sdn Bhd keluar dari mahkamah selepas dikenakan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini. Syarikat tersebut didenda kerana gagal membayar gaji pokok kepada empat pekerja warga asingnya sebagaimana ditetapkan dalam perintah gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (National Wages Consultative Council Act 2011). Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin memerintahkan syarikat berkenaan membayar denda itu selepas ia mengaku bersalah terhadap kesemua 12 pertuduhan. - Foto Bernama Wakil sebuah syarikat penyimpanan rekod Regelia Records Management Sdn Bhd keluar dari mahkamah selepas dikenakan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini. Syarikat tersebut didenda kerana gagal membayar gaji pokok kepada empat pekerja warga asingnya sebagaimana ditetapkan dalam perintah gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (National Wages Consultative Council Act 2011). Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin memerintahkan syarikat berkenaan membayar denda itu selepas ia mengaku bersalah terhadap kesemua 12 pertuduhan. - Foto Bernama
 
 
 
SHAH ALAM - Sebuah syarikat penyimpanan rekod didenda RM12,000 Mahkamah Majistert Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan gagal melaksanakan gaji minimum kepada empat pekerjanya, Ogos lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin terhadap Regalia Records Management Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Syarikat itu yang diwakili Pengurus Besar Sumber Manusia mengaku bersalah gagal membayar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM900 pada April, Mei dan Jun lalu kepada empat pekerja warga asingnya.

Kesalahan itu dilakukan di No 6, Jalan Astaka U8/84, Bukit Jelutong Business And Technology Centre, Shah Alam dekat sini pada 13 Ogos lalu.

Pendakwaan di buat mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Pegawai Pendakwa Jabatan Buruh Selangor Siti Nur Alifah Hairudin bertindak mewakili pendakwaan.

Kos Majlis Perkahwinan Selepas Gelombang GST 6%. Pelamin, Katering, Fotografi, Pakaian, Khemah Naik Harga?

Posted: 19 Nov 2014 10:45 PM PST




kahwin gst



Majlis Perkahwinan Selepas Gelombang GST 6%. Pelamin, Katering, Fotografi, Pakaian, Khemah Naik Harga?  : Sekarang ini sudah menjadi trend apabila satu demi satu proses asimilasi telah masuk dalam upacara perkahwinan orang Islam. Jikalau dahulu, cukup salam cium tangan suami selepas mas kahwin diserahkan, sekarang ini tidak lagi. Lebih "advance", apabila mesti ada adegan suami cium dahi isteri walaupun di dalam masjid dan surau sekali pun.

Yang memandang pun meleleh air liur. Kemudian ada pula upacara baling bouquet kepada kalangan yang dibelakangnya. Siapa yang dapat tangkap, besar kemungkinan giliran si dia selepas itu. Tepuk dahi Berita Semasa melihat situasi ini. Selepas itu, ada pula pintu gerbang.

Realitinya hari ini dilihat ramai yang berlumba-lumba untuk membuat majlis pernikahan dan majlis perkahwinan yang paling susah dan paling sukar atas nama mahu glamour ataupun bahasa halusnya, atas nama kepuasan diri. Katanya majlis kahwin mereka hanyalah sekali seumur hidup.

KLIK SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia Hanya 1.8% 
Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati?

Tetapi adakah trend ini akan sedikit terencat apabila tibanya gelombang GST bermula April 2015 kelak? Kita boleh perhatikan yang mana semakin ramai hari ini yang "berlumba-lumba" melangsungkan perkahwinan sebelum daripada tempoh pelaksanaan GST bagi mengelakkan kos perbelanjaan mereka semakin bertambah selepas ini. Berdasarkan tinjauan dan semakan yang Berita Semasa lakukan, dijangka kumpulan yang sentiasa bersama-sama menjayakan setiapa kali diadakan majlis perkahiwnan sudah bersiap sedia untuk menaikkan kos dan caj yang dikenakan kepada keluarga pengantin selepas pelaksanaan GST kelak. Antaranya ialah

Kenaikan Kos Majlis Kahwin di Malaysia Selepas GST 6%?

 

Kos Pelamin GST
  • Penyedia katerer akan naik harga
  • Penyedia khemah akan naik harga
  • Penyedia pakaian pengantin akan naik harga
  • Penyedia pelamin akan naik harga
  • Penyedia kad kahwin dan cenderamata akan naik harga
  • Jurugambar dan jurumekap juga akan naik harga
Nasihat Berita Semasa kepada pasangan yang ingin berumah tangga, ukurlah baju di badan sendiri, ikutlah kemampuan. Yang penting nikahnya. Janganlah sampai berhutang sana sini atas nama mahu mengadakan majlis perkahwinan gilang-gemilang yang merupakan adat dan budaya itu. Usahlah lari dimasukkan beberapa acara lain sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan sehingga menambah beban kos perbelanjaan anda. Mudah majlis perkahwinan anda itu.

Apa kata pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, keluarga pengantin mahupun pasangan sudah lama mendirikan rumah tangga menjelang gelombang GST tidak lama lagi?

Banjir kian teruk, UMT umum cuti bencana

Posted: 19 Nov 2014 10:36 PM PST

SELANGOR KINI


KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini mengumumkan cuti bencana bagi pelajar dan kakitangannya setelah ia dilanda banjir awal pagi tadi.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata sehingga kini para petugas di bahagian keselamatan UMT masih berusaha menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang terperangkap di kompleks kuliah dan bangunan lain.

10356166_10152798368937052_5582041365626468417_n"Ada antara mereka yang tiba di universiti sejak awal pagi. Jadi mereka kini berada dalam kompleks kuliah dan tidak boleh turun. Namun jumlah sebenar mereka masih belum diketahui.

"Bagi mereka yang datang ke universiti selepas itu, semuanya telah berpatah balik setelah mendapati UMT ditenggelami air," katanya dipetik Bernama.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 30 orang pelajar dan kakitangan telah berjaya dipindahkan ke asrama pelajar.

Ibrahim berkata pintu masuk utama ke UMT telah dinaiki air setinggi 0.63 meter setakat 10.30 pagi tadi dan ia kian meningkat.

"Saya dimaklumkan paras air meningkat agak cepat di mana ketika banjir awal pagi tadi, ketinggiannya hanya mencecah 0.4 meter.

"Kira-kira 12 petugas di bahagian keselamatan kini sedang memantau tahap keselamatan warga universiti dan semuanya berjalan lancar setakat ini," katanya.

Pelajar dan kakitangan dinasihati agar berhubung dengan pentadbiran universiti untuk mengetahui perkembangan semasa banjir.

Sementara itu, Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, setakat ini kawasan Kuala Nerus paling terjejas teruk sementara daerah Setiu, Marang, Besut, Hulu Terengganu pula dalam keadaan amaran peringkat merah.

"Banyak kawasan yang tak pernah dinaiki air pada tahun-tahun yang lalu telah ditenggelami air.
"Kita menjangkakan dengan keadaan hujan lebat yang berterusan, bencana banjir akan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, semua Bilik Gerakan Banjir Kawasan telah diarahkan mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir masing-masing 24 jam.

Mereka dikehendaki membuat pemakluman laporan keadaan semasa secara berkala kepada Bilik Gerakan Banjir Negeri.

"JK Operasi Banjir PAS Terengganu akan terus turun ke medan pagi ini untuk pemantauan secara dekat situasi dan perkembangan semasa serta menyalurkan bantuan yang diperlukan," katanya.EZY

Minyak: Bukan kerajaan bagi subsidi, rakyat terpaksa bayar lebih

Posted: 19 Nov 2014 10:34 PM PST

Oleh: NAEEM RAFFI


SHAH ALAM: Pemberian subsidi bukan satu jenayah dan menerima subsidi jugak bukan suatu dosa, kata Pengarah Pendidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.

Kenyataan itu merujuk kepada sikap kerajaan yang teragak-agak menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah pasaran dunia jatuh 20 peratus, sejak dua bulan lalu.

"Malangnya di negara ini, tanggapan kepada (memberi) subsidi itu tidak ubah seperti jenayah dan (rakyat) terima pula seperti satu dosa.

Demo Bantah Minyak Naik Depan Parlimen (11)"Untuk menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat pemberian subsidi itu perlu. Lihat sahaja di negara maju, kerajaan salurkan subsidi yang begitu besar untuk pertanian bagi menjadikan sektor itu mampu bersaing," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa rakyat terus memberikan tekanan dan mendesak Kerajaan Pusat menurunkan harga petrol.

Pada 18 November lalu, kerajaan menurunan RON97 kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.75 seliter sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel Kerajaan Persekutuan hanya RM2 bilion bagi tahun 2015 apabila unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong bagi tahun 2015.

harga-minyak-naik-20-senKatanya, jumlah subsidi itu adalah penjimatan RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.

Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter dalam usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi.

Justeru, pihaknya berpandangan kerajaan wajar menurunkan harga petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi hasil penjimatan ekoran harga minyak pasaran dunia yang semakin turun.

Sehubungan itu, Rafizi akan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember ini jika harga petrol RON95 dan diesel tidak diturunkan, yang mana PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember ini.

dr dzul close 01Mengulas lanjut, Dr Dzulkifly berkata demontrasi bukan pilihan utama, namun ia adalah langkah yang munasabah jika kerajaan terus berpeluk tubuh meminggirkan kebajikan rakyat.

"Kalau turun ke jalanan berdemontrasi itu langkah terakhir buat rakyat, saya kira ia sangat munasabah jika cara diplomasi yang diambil menemui jalan buntu apabila kerajaan masih pekak dan tidak peduli rakyat.

"Kerajaan menanggung subsidi yang kurang dan jika harga minyak mentah dunia terus turun tetapi harga jualan petrol negara ini terus kekal (RM2.30 seliter-RON95 dan RM2.20 seliter-diesel), bukan kerajaan yang beri subsidi kepada rakyat, sebaliknya rakyat yang membayar lebih kepada kerajaan," katanya.-NFN-

7 resolusi dilulus Konvensyen SAM Tahfiz Aliran Sains

Posted: 19 Nov 2014 10:31 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Konvensyen Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 meluluskan tujuh resolusi bagi mendokong hasrat pengintegrasian al-Quran dan sains ke arah kemenjadian guru.

Tujuh resolusi itu dibacakan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Luar Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Asmadi Mustakim.

Antara kandungan resolusi berkenaan adalah guru perlu mempunyai kesediaan untuk melaksanakan sistem pendidikan integrasi dan holistik berlandaskan ilmiah serta menubuhkan pusat latihan keguruan bagi melahirkan murabbi idaman.

jais1"Guru perlu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif serta pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran juga pembelajaran (PnP).

"Sistem pendidikan integrasi dan holistik diperlukan untuk memberi nafas baru kepada sistem konvensional berorientasi keikhlasan dan kasih sayang.

"Kuruikulum tahfiz perlu diperkasa dan ditambah nilai melalui pengintegrasian al-Quran serta sains juga perkaitannya dengan kehidupan di luar bilik darjah," katanya.

Selain itu, Mohd Asmadi berkata, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi dan isi kandungannya di dalam penjayakan PnP yang berkualiti serta menjadikan pendidikan tahfiz sebagai wadah penyatuan ummah juga pencetus inovasi kepada pembangunan tamadun.

Yunus HairiTurut hadir dalam majlis penutup itu adalah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembanguna Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Yunus pecaya pasukan guru sedia ada mampu untuk mengorak langkah bagi merealisasikan impian itu memandangkan sekolah tahfiz aliran sains mula mendapat perhatian masyarakat.

Konvensyen selama tiga hari yang berlangsung sehingga hari ini itu disertai 155 orang guru seluruh Malaysia.-NFN-

Abai kucing, pemilik pusat jagaan didenda RM800

Posted: 19 Nov 2014 10:14 PM PST

SINAR HARIAN

kucing
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang pemilik pusat jagaan kucing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengabaikan kebajikan 17 ekor kucing sehingga empat daripadanya mati, April lepas.
 
Majistret Zura Syazween Hamizan mengenakan denda berkenaan selepas Norhazlin Ibrahim, 39, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
 
Turut menerima nasib sama, pekerjanya Helmy Jazman Sulaiman, 27, yang turut didenda RM300.
 
Mahkamah juga memerintahkan Norhazlin, dipenjara lapan hari manakala Helmy Jazman pula dipenjara tiga hari sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan tetapi kedua-dua mereka membayar denda itu.
 
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama mengabaikan kebajikan terhadap kesemua haiwan itu hingga menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan yang tidak munasabah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pusat jagaan di alamat Lot 6, Jalan 8/1 Kampung Melayu Subang, pada pukul 11.30 pagi, 3 April lalu, mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953.
 
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Haziah Musa daripada Jabatan Veterinar memaklumkan punca kematian haiwan berkenaan disebabkan jangkitan virus dan kekurangan zat makanan dalam tempoh yang lama.
 
Katanya, walaupun Norhazlin memberikan ubatan kepada kucing-kucing itu tetapi tertuduh sepatutnya merujuk masalah haiwan berkenaan kepada pegawai veterinar yang bertauliah.
 
"Laporan juga menunjukkan pemilik itu gagal menyediakan tempat tinggal yang baik kepada 200 ekor kucing lain yang turut di bawah pusat jagaan itu, selain kelihatan kurus dan lemah," katanya.
 
Dalam rayuan, Nohazlin bagaimanapun berkata, perkara itu adalah di luar kawalannya kerana kebanyakan kucing yang dihantar ke pusat jagaan itu berpenyakit dan cacat.
 
"Saya hanya melakukan apa yang termampu dengan peruntukan sedia ada kerana pusat jagaan hanya mengenakan bayaran serendah RM50 seekor (kepada kucing) yang dihantar orang ramai.
 
Dengan peruntukkan yang agak terhad itu, segala kemudahan cuba disediakan termasuk makanan, ubat-ubatan, dan tempat tinggal kucing-kucing berkenaan selain kos menggaji dua pekerja untuk membantu menguruskan penyediaan keperluan itu," katanya. - Bernama

Yuran murah punca taska tidak berdaftar dipilih

Posted: 19 Nov 2014 10:10 PM PST

SINAR HARIAN


Persekitaran Taska yang kondusif merangsang perkembangan kanak-kanak. Persekitaran Taska yang kondusif merangsang perkembangan kanak-kanak.
 
 
PUTRAJAYA - Yuran lebih murah dan jarak dekat adalah antara faktor ibu bapa menghantar anak-anak ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) tidak berdaftar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.
 
Dalam sesi taklimat kepentingan taska berdaftar dan sesi dialog bersama ibu bapa di sini hari ini, Mei Fun berkata, ibu bapa boleh memaklumkan kepada kementerian mengenai taska atau rumah pengasuh yang tidak berdaftar bagi membantu mereka mendaftarkannya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
"Bertanyakan mereka tentang pendaftaran, supaya pengusaha (taska) melihat ibu bapa prihatin tentang isu pendaftaran," katanya.
 
Taska perlu berdaftar dengan JKM  mengikut peruntukan di bawah Akta Taska 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.
 
Mengikut Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, nisbah pengasuh hendaklah seorang pengasuh kepada tiga kanak-kanak di bawah umur satu tahun, seorang pengasuh kepada lima kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun dan seorang pengasuh kepada 10 kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun.
 
Terdapat empat kategori taska iaitu Taska Di Rumah (menerima kurang daripada 10 kanak-kanak), Taska Di Institusi, Taska Di Tempat Kerja dan Taska Komuniti (menerima 10 kanak-kanak atau lebih).
 
Sehingga Oktober tahun ini, terdapat 3,479 taska yang berdaftar di seluruh negara dengan 13,710 pengasuh yang menjaga 66,497 kanak-kanak.
 
Mei Fun berkata, dalam gerakan pemutihan taska tidak berdaftar yang dimulakan awal tahun ini, sebanyak 1,176 taska tidak berdaftar telah dikenal pasti namun hanya 286 taska tampil untuk berdaftar dengan JKM sehingga Oktober lepas.
 
"Itu hanya satu anggaran. Saya percaya banyak lagi taska dan rumah pengasuh yang tidak berdaftar yang tidak dapat dikesan," katanya.
 
Mei Fun berkata, kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan taska dan pengasuh adalah latihan, pengalaman, sikap dan komitmen.
 
"Setiap ibu bapa perlu memahami bahawa setiap perkhidmatan yang ditawarkan perlu diberikan ganjaran yang sewajarnya.
 
Perlu diingat, tidak semestinya murah itu tidak baik dan tidak semestinya yang mahal adalah baik. Oleh itu, kita mesti memastikan ia sekurang-kuranya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah akta dan peraturan serta kualiti penjagaan adalah memuaskan," katanya.
 
Mei Fun berkata, pada tahun ini sebuah taska telah dilak, sebuah lagi taska telah dikenakan kompaun dan sebuah taska telah didakwa di mahkamah dan dikenakan denda.
 
"Tindakan penguatkuasaan oleh pihak jabatan akan menimbulkan masalah dan menyusahkan ibu bapa. Atas faktor ini, saya sekali lagi menyeru agar ibu bapa untuk menggerakkan usaha bagi memastikan semua pengusaha taska untuk mendaftarkan taska masing-masing," katanya.

Berdasarkan statistik JKM, sebanyak 16 kes kematian di taska dan rumah pengasuh telah dilaporkan dalam tempoh 10 bulan pertama pada tahun ini dan punca kematian yang biasa dilaporkan ialah tersedak susu, paru-paru berair atau jangkitan kuman.

Daripada 16 kes kematian itu, sebanyak 10 kes berlaku di taska tidak berdaftar. - Bernama

Berkhidmat sebagai pelatih politik

Posted: 19 Nov 2014 09:48 PM PST


Muhammad Amin (tengah) selepas menyempurnakan perasmian laman web www.amanjayainternship.com, semalam. Muhammad Amin (tengah) selepas menyempurnakan perasmian laman web www.amanjayainternship.com, semalam.
IPOH - Seramai 32 mahasiswa dalam kalangan anak jati Perak akan dipilih bagi menyertai Program Amanjaya Internship II anjuran bersama Pemuda BN Perak dan Sukarelawan Pemuda BN (BNYV).

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, program yang diadakan sejak tahun lalu itu memberi peluang kepada penuntut untuk berkhidmat sebagai pelatih politik kepada Adun BN di Perak.

"Program ini merupakan lanjutan daripada Amanjaya Internship dan diadakan untuk tahun ini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa," katanya selepas merasmikan pelancaran laman web www.amanjayaInternship.com di sini.

Beliau berkata, melalui program berkenaan setiap daripada pelatih yang terpilih akan didedahkan secara dekat dengan skop kerja atau bidang tugas seseorang Adun.

"Itu adalah objektif utama kita selain dapat mengeratkan silaturahim antara mahasiswa, Adun dan rakyat," katanya.

Beliau berkata, program yang akan dijalankan selama sebulan itu akan bermula pada Disember depan.

"Mereka yang terpilih akan ditempatkan di setiap pusat khidmat Dun BN dan difahamkan program itu akan bermula pada Disember depan hingga Januari 2015," katanya.

Warga asing tak dibenar pandu kenderaan komersial

Posted: 19 Nov 2014 09:40 PM PST

SINAR HARIAN


  Datuk Seri Liow Tiong Lai Datuk Seri Liow Tiong Lai
 
 
BENTONG - Kerajaan tidak pernah meluluskan lesen memandu kenderaan perdagangan kepada warga asing dan menjadi kesalahan kepada warga asing yang didapati memandu kenderaan komersial.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap warga asing dan juga pihak terbabit yang menggaji pekerja asing untuk memandu kenderaan komersial.

Menurutnya, tidak ada lagi kelulusan untuk pemandu asing memandu kenderaan komersial sama ada lori atau bas meskipun ramai yang memohon tetapi tidak ada lagi kelulusan.

"Jadi tidak ada lesen tidak boleh bawa kenderaan komersial dan kalau tidak ada kelulusan memang langgar akta seterusnya tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya selepas Majlis Graduasi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Khai Mun di Dewan Perhimpunan Cina, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan masih terdapat warga asing yang tidak gentar dengan pelbagai operasi dilakukan pihak berkuasa apabila masih terus memandu kenderaan perdagangan.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R Ramakrisnan berkata, kebiasaannya lebih ramai pemandu warga asing ini akan bekerja pada waktu malam iaitu dari jam 8 hingga 9 malam bagi menghantar pelbagai barangan termasuk gas memasak dan sebagainya.

Menurutnya, selain tidak mempunyai lesen memandu kenderaan barang (GDL), pelbagai kesalahan peraturan lalu-lintas turut dilakukan termasuk ketiadaan lesen cukai jalan dan tiada kelulusan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom).

Tiong Lai berkata, pihak kementerian memandang serius perkara itu yang jelas melanggar undang-undang negara seterusnya pihak terbabit khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan akan melakukan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak berkuasa terbabit perlu melakukan siasatan menyeluruh dalam usaha membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengikut standard operasi yang ditetapkan dengan hanya menahan pekerja yang tidak mempunyai permit bagi memastikan ia tidak menjejaskan industri pertanian di tanah tinggi itu.

Transgender bertentangan Islam

Posted: 19 Nov 2014 09:38 PM PST


Datuk Hamidah Osman Datuk Hamidah Osman
 
 
IPOH - Isu transgender dibimbangi menjadi titik tolak kepada penerimaan amalan-amalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini selain bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, apa yang berlaku kini amat mengelirukan malah larangan tersebut jelas jika dilihat dari aspek agama Islam.

"Bagaimana kita hendak mengaku Malaysia negara Islam sedangkan transgender iaitu perbuatan luar tabii dibenarkan dalam undang-undang negara," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, kerajaan perlu tegas dalam isu ini dan mengkaji semula perlembagaan serta undang-undang untuk diselaraskan kembali.

Hamidah berkata, umat Islam perlu bangun untuk mempertahankan undang-undang larangan kepada transgender ini.

Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan istilah transgender tidak wujud sebagai mewakili golongan tertentu sebaliknya ia hanya satu perasaan yang dibuat-buat.
Harussani berkata, hakikat tersebut turut diakui oleh pakar-pakar psikologi yang mengakui tidak wujud istilah sedemikian.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Perkembangan Wanita Gugusan Manjoi, Selamah Mohd Din secara peribadi berpendapat golongan ini perlu diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Katanya, dia kurang pasti sama ada golongan ini berminat untuk menyertai persatuan-persatuan wanita yang ada namun sekiranya ada mungkin boleh dipertimbangkan.

"Mereka datang dengan cara baik, kita layan dengan baik. Cuba usahakan untuk bimbing mereka ke jalan yang benar. Jika dibiarkan mungkin mereka terus hanyut dan melakukan perkara yang tidak elok.

"Perkara-perkara ini mungkin sukar untuk diterima oleh ahli persatuan malah perbuatan mereka salah di sisi agama Islam. Apa yang penting doakan mereka agar dapat berubah dan bersyukur dengan apa yang ALLAH jadikan," katanya.

Tiada ulasan: