Khamis, 20 November 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Pencuri Lembu Di Tembak Di Gua Musang

Posted: 20 Nov 2014 02:45 AM PST




Berakhir lah riwayat pencuri lembu. Sudah banyak kes lembu yang dicuri di kawasan ladang ni.

Silap pilih dan silap haribulan. Maut menanti.

Warga Singapura Beli Rumah Secara Borong Di Johor?

Posted: 20 Nov 2014 12:07 AM PST



Ramai warga singapura dah membeli hartanah di johor dengan senang dan mudah.

Mana kerajaan? Merempat lah nanti rakyat johor.

Jangan Pilih Lagi Palanivel Sebagai Wakil Rakyat! Titah Sultan Pahang

Posted: 19 Nov 2014 04:42 PM PST


Sultan terkilan ahli Parlimen 'lepas tangan'


CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap 'lepas tangan' berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu.

Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.

"Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?

"Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini," titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu.

Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah mengingatkan Palanivel, sekiranya masalah itu tidak diselesaikan segera, baginda serta rakyat tidak akan memilih beliau sebagai Ahli Parlimen lagi.

"Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu.

"Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri," titah baginda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sultan-terkilan-ahli-parlimen-8216-lepas-tangan-8217-1.26912#sthash.aCMYr2RH.dpuf

Tiada ulasan: