Selasa, 11 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Puak UG melaksanakan komplot jahat Umno ....

Posted: 11 Nov 2014 12:15 PM PST


Tektik dakyah palsu digunakan untuk menanam perasaan takut supaya menyokong pihak tertentu ini adalah tektik yahudi.

 Contoh dakyah palsu macam ini yang paling masyhur ialah propaganda pentadbiran George Bush dengan menuduh Iraq di bawah Saddam Hussein memiliki senjata WMD (weapon of mass destruction) untuk menyerang dan menakluk Iraq.

 Lantaran Umno dibawah Najib juga menggunakan khidmat nasihat Yahudi melalui APCO, maka tidak hairanlah Kerajaan BN, UMNO juga turut menggunakan pelbagai proganda palsu ini untuk meraih sokongan. 

 UMNO selalu mempropagandakan bahawa jika UMNO lemah nasib orang Melayu akan tergadai ketangan kaum Bukan Melayu. Orang Melayu mesti menyokong UMNO setiap PRU. Ini adalah contohnya.

 Cerita Nik Abduh mengenai konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Haji Hadi pun jenis yang sama. Alasan-alasan yang dikemukan amat lemah, tidak ada sumber yang kita boleh semak. Macam kelentong george bush sahaja. Dakwaan tanpa semata-mata nak suruh kita percaya membabi buta.

 Bahawa dengan perlantikan Haji Hadi sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Dunia ini sangat digeruni oleh dunia barat?? Bahawa jika anda orang-orang PAS mahukan Haji Hadi tidak jadi Presiden, maka korang ini adalah alat-alat dalang konspirasi antarabangsa yang bersekongkol mahu menghancurkan Islam!

 Apakah puak-puak UG ini anggap hanya presiden seorang itu sahaja pimpinan mereka? Yang lain-lain tu, walaupun Timbalan Presiden sendiri boleh di hina dan dilabel dengan apa juga gelaran?


Ketika Ustaz Dua Nama baca doa laknat kepada 
dua Adun Pas dan menyindir Mat Sabu 

 Sayu hati orang-orang UG tidak terhingga kerana kononnya ulamak-ulamak PAS dikeji dan dicaci oleh orang lain, malah oleh kalangan ahli sendiri….


Apakah mereka turut bergembira bila Timbalan Presiden dan yang lain-lainnya dilabel pelbagai gelaran buruk dan menghina? Jangan lupa ada yang tergamak menggelar Bapa Anjing sewaktu kempen pemilihan Timbalan Presiden sessi 2013/2015.



Hakikatnya agenda puak UG yang bersarang didalam MSU dan DPPP ini bertujuan mewujudkan ketakutan palsu diminda ahli-ahli PAS dan menghasut mereka jadi marah dan menyokong apa jua saranan mereka.

 Agenda jahat Umno mahu musnahkan perpaduan PR untuk terus berkuasa. Matlamat mereka hanya satu... untuk terus kekal berkuasa... 

 Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kepada Pakatan Rakyat lagi.

 Antara tektik mereka yg dianggap berkesan ialah:

1. UMNO akan cuba sedaya upaya agar PAS keluar dari PR... 

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sebagai liabiliti PKR – hingga sanggup gunakan jubo Saifol…. 

3. UMNO yang sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP macam-macam. 

Yang peliknya, kerja-kerja Umno untuk memecah belahkan PR ini giat dilakukan oleh mereka yang berada didalam PAS sendiri.

 Mujurlah ada PasMa untuk menghalang kerja-kerja laknat puak UG ini. Tidak hairanlah kenapa mereka menyerang PasMa dengan pelbagai tuduhan.Jadi, awas dengan permainan puak UG in!

Rahsia Tuang Presideng bawa diri ke London ....

Posted: 11 Nov 2014 03:46 AM PST


Presiden PAS Hj Hadi dilaporkan telah memberitahu Harakahdaily semalam, keadaan kesihatannya tidak berapa baik kebelakangan ini, memaksanya menolak untuk memenuhi jemputan ceramah yang diterima.

 Hadi dilaporkan akhir-akhir ini kerap tidak hadir mesyuarat dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), juga mesyuarat partinya sendiri, sejak krisis menteri besar Selangor berakhir

Kenyataan Hj Hadi itu muncul kebetulan ketika ada laporan yang kata: Hj Hadi tidak pernah hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sejak 20 bulan yang lalu. Tidak sama sebagaimana yang beliau sebut memperkukuhkan Pakatan Rakyat sedangkan hakikatnya jauh berbeza dari apa yang di ungkapkan ketika Muktamar. Klik di sini

Itulah alasannya, dia tidak sihat? Dia ponteng dari menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu tapi boleh pula pergi ke Kota London. Tak sihat tang mananya?

Ada yang mengatakan Hj hadi ke London semata-mata mahu ponteng dari persidangan parlimen.Dia bukan ada program khas tertentu untuk ke sana.Pelajar disana terpaksa mengadakan program untuknya apabila Hj Hadi tiba di sana. Ada kawan yang chek dengan pelajar-pelajar di London....mulut periuk bolehlah tutup....

Benarkah ada yang mengatakan Hj Hadi ke London kerana sengaja nak ikut Setiausaha Politiknya, Dr Samsuri Mokhtar yang ada urusan menghantar anaknya belajar di sana.....??? 

Ada juga yang bagi tahu saya, bila ditanya 'Kenapa Hj Hadi tak mahu datang ke Parlimen?'  Ada yang beritahu, "Sebab dia segang...."    



Aku tergelak bila kawan tu bagi tau begitu.... masuk akalkah alasan tak datang parlimen sebab segan kerana diapit kiri kanannya oleh Anwar dan LKS.....pindahlah duduk tempat lain biar diapit oleh Nik Abduh dan Tantawi pula! Eloklah kalau Pandikar Amin susun semula kedudukan kerusi mereka ini di parlimen supaya Hj Hadi tak ponteng lagi.

 Kalau benar atas alasan kesihatan dia tidak hadir parlimen, macam mana pula dia boleh pergi ke Kota London?

 Apakah Hj Hadi tidak terfikir bagaimana reaksi orang-orang PKR bila dia dengan semborono tuduh Dr Wan Azizah tidak layak jadi MB Selangor? Lupakah dia yang dia sendiri pun pernah jadi MB Trengganu cuma sepenggal?


Saya tahu, ada seorang wakil rakyat PAS yang mengeluh akibat mulut celupar Hj Hadi tersebut. Sebelum ini, Adun PAS ini mudah sekali untuk mendapat sumbangan dana dari orang-orang Tionghua PKR di tempatnya. Bukan sikit-sikit kalau depa bagi, dibandingkan dengan orang kita sendiri yang cakap berdegar-degar bunyinya...

Aku perhatikan orang PAS di tempat aku sendiri ni, bukan main marah kat aku sebab aku, menurut mereka selalu menghina Hj Hadi, Presiden mereka! Aku tak mahu ulas lanjut pasal itu buat masa ini, cumanya baguslah kalau korang ada sikap sayangkan presiden korang macam itu.

Tapi apakah korang tidak terfikirkan, orang PKR pun ada sikap yang serupa juga terhadap presiden mereka, Wan Azizah.Orang PAS ingat bagaimna perasaan orang PKR bila Presiden PAS hina Presiden PKR?


Seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.

"Jika beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin yang kuat?


"Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak," katanya pada satu ceramah di Terengganu.

SUMBER
  Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube                                                                                                                                                             Saya amat tertarik dengan komen Anwar Ibrahim yang menunjukan kematangannya sebagai seorang negarawan sejati. Walaupun isterinya pernah dicemuh dan dihina oleh Hj Hadi, namun beliau tidak menaruh rasa dendam dan masih boleh bersabar dengan karenah Hj Hadi.


  Dilaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang Hadi bercadang membawa PAS keluar PR, dan katanya beliau sering berhubung dengan Hadi.


 "Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," kata ketua umum PKR itu di sini

Tapi percayalah, seperti apa yang pernah Mat Sabu ungkapkan sewatu penggulungan di Muktamar PAS ke-60 baru lalu, "Saya bukan orang pelastik, sedikit sebanyak tersentuh juga perasaan saya..." Anwar juga bukan jenis manusia pelastik!

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) stendad ayam juga?

Posted: 10 Nov 2014 04:08 PM PST

Antara fungsi BAHAGIAN PENYELIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK ialah : 

1) Menjalankan pemeriksaan dan menguruskan permohonan sijil halal. 
2) Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penggunaan logo halal pada bahan-bahan makanan, minuman dan bahan-bahan gunaan lain.

PIAGAM PELANGGAN : Menyelesaikan pemprosesan sijil halal dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan borang.


Tapi apasal Audit kata pengeluaran sijil halal oleh Jakim adalah kurang memuaskan kerana berlaku kelewatan ....

Audit juga mengesyorkan JAIPk mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap syarat pensijilan halal kerana terdapat pengusaha atau pengilang produk halal yang tidak mematuhi syarat pensijilan yang ditetapkan ...

Rumah sembelih ayam Tronoh tak patuh syarat halal

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah sembelihan ayam di Pusing, Tronoh tidak mematuhi beberapa syarat pensijilan halal yang ditetapkan.

 Pemeriksaan Audit bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 15 Mei 2014 mendapati pengusaha tidak menyediakan bekas mengasingkan sembelihan rosak atau tidak halal, keadaan rumah sembelihan yang kotor dan tidak dijaga walaupun mempunyai sijil halal bagi tempoh 22 Jun 2012 hingga 21 Jun 2014, serta pekerja di tempat pemprosesan tidak memakai sarung tangan.

 "Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua) mensyaratkan rumah sembelihan hendaklah bersih dan haiwan yang tidak sempurna sembelihan mengikut syarak mesti diasingkan serta dilabel sebagai tidak halal selain pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah sembelihan mencapai maksimum 2,000 ekor ayam," menurut laporan tersebut.

 Hanya seorang daripada sembilan penyembelih yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Nepal, Bangladesh dan Indonesia, bertugas pada Isnin, Selasa dan Rabu manakala pada Ahad, Khamis dan Jumaat, dua penyembelih bertugas, katanya.

 Berdasarkan jadual penggiliran dan temu bual dengan penyembelih, tidak ada bukti yang menunjukkan penyembelih ditukar selepas setiap jam selain pemiliknya mengatakan pada masa tertentu, bergantung kepada permintaan, syarikatnya pernah menyembelih sehingga 60,000 ekor ayam sehari, menurut laporan itu.

 "Semakan Audit selanjutnya mendapati dua orang penyembelih telah tamat tempoh sijil penyembelihan masing-masing pada 24 Feb dan 3 Mei tahun ini," katanya.

 Selain itu, 22 sijil halal daripada 120 fail permohonan telah lewat dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melebihi lima hari selepas kelulusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal.

 "Semakan Audit mendapat JAIPk telah mengeluarkan surat pengesahan halal sementara yang sah laku dalam tempoh dua bulan kepada pemohon selepas panel pengesahan meluluskan permohonan bagi mengelak rungutan pengusaha yang mahu menggunakan sijil itu sebagai tujuan promosi dan pemasaran," katanya.

 Bagaimanapun, Audit berpendapat pengeluaran sijil halal oleh Jakim adalah kurang memuaskan kerana berlaku kelewatan dan tindakan mengeluarkan surat pengesahan halal sementara oleh JAIPk tidak sepatutnya berlaku kerana akan menimbulkan keraguan daripada aspek status halal premis dan produk. Lawatan Audit pada 5 dan 6 Mei 2014 di dua buah premis di Ipoh iaitu sebuah restoran dan kilang pengeluar produk makanan mendapati pengusaha mempamerkan logo halal yang telah tamat tempoh pada premis dan produk masing-masing.

 Sementara itu, lawatan Audit pada 5 Mei di dua premis pengeluar produk makanan dan bahan gunaan mendapati beberapa ketidakakuran atau kesalahan iaitu stor penyimpanan bahan gunaan utama produk kacang soya terdedah kepada makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas.

 "Pada pendapat Audit, JAIPk hendaklah mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap syarat pensijilan halal kerana terdapat pengusaha atau pengilang produk halal yang tidak mematuhi syarat pensijilan yang ditetapkan," katanya.

 Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati Pengurusan Pengeluaran Sijil Halal oleh Unit Pengurusan Halal JAIPk kurang memuaskan.

 Ini kerana terdapat beberapa kelemahan iaitu pemohon tidak mematuhi syarat kelulusan pensijilan halal, kelewatan mengeluarkan sijil halal di peringkat Jakim, pelanggaran syarat selepas sijil halal dikeluarkan dan risalah berhubung kepentingan sijil halal tidak diedarkan.

 "JAIPk disyorkan untuk mengkaji semula prosedur pengeluaran pensijilan halal supaya dapat dikemukakan kepada pengusaha dengan kadar segera dan Jakim wajar mempertimbangkan memberi kuasa kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk mengeluarkan sijil halal bagi mengelakkan surat pengesahan halal sementara," kata laporan itu. - Bernama

Tiada ulasan: