Jumaat, 7 November 2014

.

.


Rafizi hendak dedah nama penyimpan harta di Pulau Cayman

Posted: 07 Nov 2014 01:36 AM PST

KENYATAAN                                                                                                   

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mendedahkan nama individu dan syarikat yang terlibat dengan urus niaga menyimpan dana rakyat secara penuh kerahsia di Pulau Cayman yang dianggarkan bernilai RM41 billion.

Katanya, beliau dan pasukan dari National Oversight & Whistleblower (NOW) akan dedah butirannya agar menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu dibawa kembali ke Malaysia.

Katanya dalam satu email kepada blog ini, individu terbabit perlu menerima pentanggungjawab dari keputusan yang salah itu.

Rafizi bercadang akan mendedahkan butiran salinan perjanjian yang ada dengannya di Parlimen pada 10 November Isnin depan jam 11: 30 pagi. Dalam pada itu beliau juga memberi kata dua kepada Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan agar memperbetulkan kenyataanya berhubung perkara itu yang dianggap sebagai bohong.

"Saya akan bawa Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Khas Parlimen kalau beliau tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu," demikian ancam Rafizi seperti ditulis dalam emainya.

Berikut adalah email Rafizi;

DEDAH PERJANJIAN HUTANG 1MDB UNTUK BUKTI MENTERI BERBOHONG

Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB.

Beliau mengulas bahawa dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulay Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

Oleh itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu. Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu.

Saya juga terkejut apabila Dato' Ahmad Maslan terus menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan. Hakikatnya, pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat.

Oleh itu, saya akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 1130 pagi.

Jika Dato' Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana telah berbohong kepada Parlimen.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan. [wm.kl.5:31 pm 07/11/14]

Keputusan Anwar bebas atau dipenjara diketahui masa ditetapkan kemudian

Posted: 07 Nov 2014 12:41 AM PST

TERKINI                                                                                                       

Bebas atau dipenjara masih jadi tandatanya.
Proses pendengaran rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun ke atasnya diputus Mahkamah Rayuan bersabit dakwaan meliwat telah selesai lewat petang ini. Bagaimana pun keputusan rayuan berkenaan akan diputuskan pada tarikh yang akan diberi tahu kelak, demikian menurut Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria yang mengetuai lima hakim mendengar rayuan berkenaan.

Penetapan semula tarikh keputusan itu diumumkan sudah tentu mengecewakan orang ramai terutamanya para penyokong Anwar yang "berderet-deret" ke Istana Keadilan sejak hari pertama proses itu didengar. Proses pendengtaran rayuan itu berjalan selama tujuh hari yang disifatkan satu proses yang lama.

Mereka berharap pemimpin agung mereka itu dibebaskan. Ia menjadi semakin ghairah apabila proses rayuan itu seolah-olah memberi kelebihan kepada mereka apabila pihak pendakwa dilihat kurang mantap dalam hujah-hujah dikemukakan.

Ketua pendakwa swasta Muhammad Shafei Abdullah dikatakan berhujah secara politik sengaja untuk memalukan Anwar sehinggakan ketua pembangkang itu minta agar Shafei memasuki sekolah undang-undang semula.

Dalam pada itu Anwar yang tidak menunjukkan keresahan melalui rayuan itu, yakin dia akan dibebaskan. Kesenggangan mahkamah membuat keputusan itu memberi ruang untuk orang ramai terus berteka teki dengan nasib akan diterima Anwar.

Kaki judi yang mengambil kesempatan menjadikan kes rayuan itu sebagai makenisme judi juga tentu kecewa dengan tindakan mahkamah Persekutuan itu. [wm.kl.4:40 pm 07/11/14]

Tiada ulasan: