Kelab Greenboc |
[BERGAMBAR] Hakim Tangguhkan Keputusan Di Hari Lain Posted: 07 Nov 2014 01:24 AM PST Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula hari ini di Mahkamah Persekutuan. Ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menyambung hujahnya yang dijangka memakan masa selama kurang 30 minit dan kemudian diikut dengan jawapan balas oleh pihak pendakwa, Shafee Abdullah yang menurutnya beliau akan mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk memberikan penekanan di beberapa sudut pendakwaannya. Selepas itu 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes ini akan membuat keputusannya. Namun belum dipastikan samada keputusan itu akan dibuat petang ini atau pada hari yang lain. LAPORAN LANSUNG 3.48pm: Shafee membangkitkan satu kes mahkamah berhubung ikatan dokumen yang hilang Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas. Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian. Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama. Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar. 3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan". Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan. 3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi. Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998. Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1. Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza. Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan. Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya. 3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. 3:30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar. Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful. Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima. "Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar)," kata Gopal. Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan). 3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat. Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah. "Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik. "Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan. "Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan," katanya. 3:20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar. Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya. 3.14pm: Persidangan mahkamah bermula. Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana (dikatakan) memberi keterangan tidak konsisten. 3.07pm: Anak perempuan Anwar, yang juga MP Lembah Pantai dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut hadir. 2.55pm: MP Bukit Katil dan naib presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin, barisan exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Shuhaimi Shafiei, MP Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan MP Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy San. 2.48pm: MB Selangor Azmin Ali turut hadir. Shafee tiba di mahkamah dengan barisan pasukan pendakwaan. Mahathir memberitahu pemberita bahawa beliau duduk berdekatan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika solat Jumaat. 2.38pm: Gopal Sri Ram tiba bersama pasukan pendakwaan, dengan R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, J Leela dan Latheefa Koya. 2.10pm Anwar bersama 30 orang penyokong berarak ke Istana Kehakiman sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. Setibanya di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Anwar bersalaman dengan penyokongnya sebelum masuk ke mahkamah. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Tak Dapat Tanduk, Telinga Pun Nak Dipulasnya.... Posted: 06 Nov 2014 09:45 PM PST Shafee mahu Anwar disabit hina mahkamah Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II. Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini. Beliau memetik dua laporan yang disiarkan Malaysiakini dan satu lagi yang disiarkan portal The Malay Mail Online. Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir dalam laporan Malaysiakini bertajuk 'Go back to lawschool'. Beliau bagaimanapun tidak membacakan laporan The Malay Mail Online. Shafee mendakwa Anwar sebelum ini menyeret Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke ruang skandal dengan kenyataannya dan kini membuat perkara sama ke atas Mahkamah Persekutuan. Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu. -mk
ULASAN GB Amat jelas di dalam proceeding di Mahkamah Persekutuan bahawa kredibiliti dan reputasi pendakwa yang dilantik Peguam negara bagipihak Saiful telah hancur musnah apabila para peguambela Anwar berjaya mendedahkan banyak kepincangan hujah-hujah Shafee. Sekarang apabila berhadapan dengan kemungkinan Anwar bakal dibebaskan petang ini, Shafee & Peguam Negara cuba untuk mencari jalan lain... tak dapat tanduk, dapat pulas telinga pun tidak mengapa... GB sudah mengulas semalam, petikan: Pertama, ia tiada kaitan dengan penghinaan mahkamah. Tetapi Shafee yang merasa "terhina" kerana Anwar menempelaknya supaya belajar undang-undang semula sedangkan hujah Anwar adalah betul. Berikut sebahagian kenyataan Anwar: Peguam Negara dan Shafee berhempas pulas untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi kesemua usaha untuk melawan Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap tewas juga. Walaupun pada awalnya peguambela gagal menegnepikan Shafee sebagai peguam pendakwa, tetapi rupa-rupanya ada hikmah. Proceeding di Mahkamah Persekutuan mendedahkan "kebodohan" Shafee. Malah Shafee cuba untuk merendahkan dan mencemarkan reputasi orang lain seolah-oleh macamlah beliau seorang mempunyai reputasi yang baik. GB juga sudah ulas hal ini. Petikan. Semalam beliau menyerang Dr.Osman dari Pusrawi, hari ini beliau menyerang Dr. McDonald, tetapi tidak berani memanggil mereka untuk menjawab hujahnya. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan