Jumaat, 7 November 2014

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Kontroversi SIS: Jauhilah kita dari RUWAIBIDHAH (7/11/14)

Posted: 06 Nov 2014 11:41 PM PST


Saya (bukan Roslan SMS) percaya bahawa setiap individu sewajarnya diberi dan dijamin kebebasan mereka. Mereka tidak boleh dipaksa menerima sebarang fahaman atau anutan, mereka berhak memilih termasuklah memilih untuk tidak memilih apa-apa.
Dalam hal beragama sebagaimana sekiranya Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, sepatutunya peruntukkan ini digunapakai ke atas setiap warga Malaysia termasuk yang beragama Islam. Setiap warga Malaysia yang mencapai umur dewasa sepatutunya berhak memilih mana-mana agama yang disenanginya atau memilih untuk tidak beragama sekalipun.

Memaksa seseorang memilih agama , adalah pencabulan hak kebebasan.
Sebagaimana seorang Kristian boleh menukar agama kepada Islam begitu juga seorang Islam sepatutunya berhak dan diberi kebebasan untuk menjadi Krisitian atas kemahuannya.

Demikianlah juga seseorang perlu dijamin haknya memilih agama atau anutan contoh bagi seorang anak yang bapa nya beragama Kristian dia berhak menukar agama kepada Islam apabila dewasa sebagaimana anak yang bapanya beragama Islam berhak menukar agama kepada Kristian apabila ia dewasa ataupun tidak beragama.
Tiada siapa sepatutnya dikenakan tindakan apabila memilih untuk menukar agama.

Begitu juga kebebasan itu sepatutnya meliputi bab nikah kahwin. Perkahwinan tidak sewajarnya mengakibatkan agama dan kepercayaan seseorang ditukar. Seorang Islam atas semangat kebebasan ini sepatutnya boleh berkhawin dengan seorang Hindu tanpa mana-mana pihak menukar agama dan kepercayaannya apalagi dipaksa berbuat demikian.
Kebebasan seumpama inilah mencerminkan kematangan dan kedewasaan kita dalam berfikir dan berinteraksi sesama masyarakat lebih-lebih lagi yang berbilang kaum dan agam diMalaysia. Konsepn universal ini perlu didik dan disemai dalam masyarakat kita agar Negara kita berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain.

Bolehkah anda menerima kenyataan di atas?
Idea liberalisma bertunjang dari contoh di atas. Perjuangan menuntut hak dan kebebasan mutlak merupakan dorongan dari fahaman liberalisma.

Menurut Sulaiman Nordin dalam "Islam Sekularisma dan Liberalisma" (1995):
"….liberalisma tercetus hasil dari respon terhadap penguasaan Gereja (di Eropah) (di abad ke 15), lantas tuntutan di buat bagi memberi hak kebebasan dari sudut agama, politik, ekonomi dan nilai kemanusiaan."

Menurut Munif, Suhanim, Marzalina "Religious Liberalism in Islam Discourse: An Analysis on Identification" (UUM Sintok):
"Liberalisma yang disokong dan diperjuangkan oleh Sisters in Islam (SIS) bertujuan membawa perubahan dalam pemikiran masyarakat Islam. Tetapi perubahan berkenaan adalah bertentangan dengan fahaman masyarakt Islam di Malaysia"

Islam liberal merupakan suatu fahaman yang sangat berbahaya dan menggugat kestabilan dan keutuhan pegangan Islam dikalangan masyarakat Islam khasnya kebelakangan ini di Malaysia.
Menurut Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri) dalam kertasnya : "Cabaran akidah: Pemikiran Islam Liberal":

"Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah.
Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid.

Bagi merekaagama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa , sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas- nas Syarak secara putus (qat'ie).
Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan."

Berdasarkan kenyataan saya di atas tadi, begitulah bahayanya fahaman liberalisma, yang menjuarakan kebebasan mutlak dan pluralisma yang mendewakan kesaksamaan agama atas nama hak dan kebebasan. Sisters in Islam, merupakan NGO yang memang diketahui umum tersohor dalam bab tuntutan sebegini rupa.
PAS dan beberapa badan serta NGO Islam memang telah lama menuntut agar SIS tidak lagi dibenarnkan menjuarai faham bathil yang sesat itu. Bagaimana mungkin PAS boleh diam apabila SIS NGO yang kononnya Islamik tetapi menentang perlaksanaan syariat Islam, ia menentang penguatkuasaan berhubung hukum murtad malah berjuang agar hak diberikan kepada orang Islam untuk murtad, ia memandang kerja-kerja nahi mungkar sebagai sesuatu paksaan yang di luar kononnya ajaran al Quran.

PAS konsisten dalam penentangan terhadap SIS sehinggalah pernah lulus usul dalam mukatamarnya pada tahun 2009 menuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap SIS.
Tiba-tiba bukan sahaja orang PAS tetapi saya percaya seluruh masyarakat Islam di Malaysia terkejut apabila melihat beberapa orang ahli Parlimen (yang sepatutnya mewakili) PAS, Mujahid Yusoff, Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah, kebelakangan ini begitu bersungguh mempertahankan SIS ini.

Tiada bukit, kononnya SIS membawa fahaman yang dihukum haram oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. SIS kononnya tidak dibawa berbincang sebelum fatwa dikenakana ke atasnya. Bersungguh-sungguh beberapa kerat nama-nama ini menonjol diri mepertahankan SIS dari dipalitkan dengan fatwa berkenaan.

Saya tidak tahu adakah mereka yang berkenaan sedar bahawa bukan sahaja orang-orang PAS malah masyaralat Islam seluruhnya di Malaysia sangat kesal dengan tindakan mereka itu. Apakah agenda mereka menyokong dan mempertahankan SIS sedangkan PAS sudah punya pendirian terhadap NGO berkenaan sejak sebelum mereka menentang fatwa MAIS secara terbuka lagi.
Sekarang ini ekoran isu hangat itu sedang "viral" sepotong Hadis berkenaan "Ruwaibidhah".

Siapakah "Ruwaibidhah itu?
Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya, Rasulullah saw bersabada :

حَدَّثَنَاأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِيشَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَحَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُقُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِأَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُاللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌخَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُفِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُفِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَوَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُفِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

 "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara." Ada yang bertanya, "Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?". Beliau menjawab, "Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas." (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).
Peringatan akan bahaya berbicara tanpa landasan ilmu. Allah ta'ala berfirman (yang artinya), "Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak punya ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, itu semua akan dimintai pertanggungjawabannya." (QS. al-Israa' : 36). Allah ta'ala juga berfirman (yang artinya), "Hai umat manusia, makanlah sebagian yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kalian. Sesungguhnya dia hanya akan menyuruh kalian kepada perbuatan dosa dan kekejian, dan agar kalian berkata-kata atas nama Allah dalam sesuatu yang tidak kalian ketahui ilmunya." (QS. al-Baqarah : 168-169).

Maka barangsiapa yang gemar berbicara atas nama agama tanpa ilmu, sesungguhnya dia adalah agen-agen Syaitan, bukan Hizbullah dan bukan pula pembela keadilan atau penegak Syari'at Islam!
Hadits di atas menunjukkan bahwa jalan keluar ketika menghadapi situasi kacau semacam itu adalah dengan kembali kepada ilmu dan ulama. Yang dimaksud ilmu adalah al-Qur'an dan as-Sunnah dengan pemahaman salafus salih. Dan yang dimaksud ulama adalah ahli ilmu yang mengikuti perjalanan Nabi dan para sahabat dalam hal ilmu, amal, dakwah, maupun jihad.

Ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari menjadi atau menyokong RUWAIBIDHAH itu….

Tiada ulasan: