KUALA LUMPUR: Sebaik pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh kerajaan yang berkuatkuasa tengah malam tadi, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh rakyat negara ini.
Masing-masing menggunakan medium media sosial untuk memberi respons terhadap kenaikan petrol dan diesel itu.
Di dalan laman Facebook, rata-rata penggunanya berlumba-lumba memuat naik status sebaik sahaja mengetahui kenaikan harga petrol.
Majoriti mereka menyatakan tidak puas hati dan lebih daripada itu menghentam tindakan kerajaan yang semakin menekan rakyat.
Tidak kurang juga ada yang memberi respons menyindir kerajaan dengan memuat naik status "terima kasih kerajaan", 'Nasib baik 20 sen bukannya 20 ringgit', "Syukur harga kangkung tak naik" dan bermacam-macam lagi.
Fadhil Saari; " kenaikan harga minyak hadiah malam ini"
Zaleha Said; Yeayy...BN menang rakyat senang. Naik jangan tak naik"
D' Mas Saima; "Naik 20 sen jah...kita patut bangga jadi rakyat kepada BN. Naik lagi lah..."
Abdul Latif; "Hadiah hari raya korban...rakyat terkorban. Terima Kasih BN".
Bukan sahaja status tidak puas hati bahkan gambar-gambar pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya dengan pelbagai caption bernada gurauan senda telah menjadi viral di facebook dan juga whatsApp.
Malahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut terkena tempias apabila akronim BR1M diterjemahkan kepada 'Beratur Ramai-ramai Isi Minyak'.
Ramai juga yang menyifatkan kenaikan harga petrol ini sebagai 'Tragedi Oktober' yang dikaitkan dengan sebuah lagu oleh kumpulan rock yang terkenal suatu ketika dahulu, sambil menggunakan gambar artis berkenaan.
Pada malam tadi juga ramai yang turut mengongsi Pantun Seloka Minyak Naik 20 sen saja, antaranya yang berbunyi ..."minyak naik 20 sen saja, tapi rakyat hidup menderita,nak jimatkan duit di mana, kalau barang semuanya naik belaka.
"minyak naik 20 sen saja,tapi kerajaan jangan lupa, elaun menteri kena potong juga, barulah adil sama-sama"
Namun, bagi mereka yang memberi komen menyokong tindakan kerajaan itu pula menerima kutukan di kalangan pengguna Facebook, apabila menyifatkan kenaikan 20 sen itu ibarat empat biji gula-gula atau dua batang aiskrim poli pong.
"20 sen pun hendak berkira. 20 sen pun beban ke?" muat naik salah seorang pengguna facebook.
Ekoran status itu beliau menerima kecaman hebat malah ada yang menyifatkan beliau masih tidak faham kesan kenaikan harga petrol walaupun nilainya 20 sen.
Statusnya telah menjadi viral di Facebook dan menerima lebih 400 komen dalam masa hampir satu jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan