Jumaat, 3 Oktober 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BAYANGKAN SARAWAK

Posted: 03 Oct 2014 07:30 AM PDT







KOMENTAR

bayangkan
jika minyak sarawak
hanya untuk sarawak
tak perlu dibawa ke semenanjung
bayangkan!

Eksploitasi dua kali

KUCHIING: Lapan puluh peratus daripada 2.6 juta penduduk Sarawak dijangka akan terjejas teruk disebabkan oleh kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, kenaikan itu akan mempunyai kesan ke atas penduduk yang kebanyakannya tinggal di luar bandar berkerja sebagai petani sara diri dan nelayan.
Beliau berkata, kenaikan itu akan memberi kesan ketara dalam kos pengangkutan barangan yang digunakan setiap hari oleh kumpulan ini, yang telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai paling miskin di negara ini.
"Ini adalah harga yang kita bayar untuk pembaziran yang berterusan dan tidak berhenti-henti, rasuah serta kronisme yang diamalkan oleh kerajaan BN," kata Chong pada sidang akhbar semalam.
Beliau dakwa pengurangan berterusan subsidi petrol menyebabkan harga runcit yang lebih tinggi disebabkan oleh "pembaziran, rasuah, dan kronisme".
Perkara ini sangat jelas kerana Malaysia dikurniakan dengan sumber asli yang melimpah ruah, tetapi rakyatnya bersusah payah.
"Oleh kerana pembaziran, rasuah dan kronisme, kita sebenarnya hidup dalam kos sara hidup yang tinggi, tetapi dengan pendapatan yang rendah. Inilah dilema kita," katanya.

KAH KAH KAH
bayangkan!
i rest my case
my lord

------------

RAKYAT TOLAK BRIM

Posted: 03 Oct 2014 06:30 AM PDT






RON95
KEMAMAN - Kebanyakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini lebih sanggup bantuan tersebut dihentikan, berbanding harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kerana kenaikan bahan api itu...



KAH KAH KAH

woit
orang ramai tak nak brim
mereka nak harga minyak murah
rakyat mahu harga barang murah
bukan duit sedekah

orang ramai tak mahu gst
orang ramai tak mahu dicukai

gaji murah
barang mahal
mampoooos akhirnnya
untuk jangan mapoos
keluar ke jalan raya

.
ANAK MUDA
AKHIRNYA DUNIA INI
MILIK KAMU

----------

PENGUMUMAN

Posted: 03 Oct 2014 01:00 AM PDT





BERI TAHU
sidang pengarang tukar tiub
telah menerima banyak cadangan
untuk mewujudkan 
anugerah hasan malek
pada asasnya tt bersetuju
hanya
bila anugerah itu akan
diumumkan masih
belum ada keputusan muktamad

calon 
anugerah hasan malek
wajib datang
 dari cadangan pembaca
yang dinobatkan
wajib dirayakan

sila tunggu
 pengumuan lanjut



-----------

DEMO PETANG ESOK

Posted: 02 Oct 2014 10:30 PM PDT





PETANG ESOK 
DATARAN MERDEKA
JAM 4:00 PETANG

Orang ramai dilarang berhimpun esok

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

"Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan.

"Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara  ini dari masa ke semasa,"katanya kepada Sinar Harian, semalam.


ANAK MUDA BERSEDIA!



KAH KAH KAH

woit 
ini betul ke
atau hanya gempak
dari  kumpulan
muka buku yang revolusiner
dari kumpulan mat face book
muka buku bukanb muka tebal

KAH KAH KAH

------------

SALUT PADA PEJUANG

Posted: 02 Oct 2014 07:55 PM PDT









KOMENTAR

salut
penghormatan untuk pejuang
sosok ini akan terus dingati sejarah
sebagai pemimpin hindraf
pemangkin kemenagan 2008

salut!




Biar saya jadi banduan terakhir

Akta Hasutan, kata Uthayakumar -

Pengasas Hindraf P Uthayakumar (gambar) hari ini dibebaskan dari Penjara Kajang selepas didakwa mengikut Akta Hasutan atas kesalahan mengirim sepucuk surat kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown.
Uthayakumar yang dibebaskan pada jam 9.45 pagi hari ini disambut isteri S Indra Devi bersama kira-kira 50 penyokong Hindraf yang berkumpul di depan pintu penjara sejak awal pagi ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/uthayakumar-harap-jadi-banduan-terakhir-kes-hasutan#sthash.qDFgBYxE.dpuf


----------

PELIK LAGI BODOH

Posted: 02 Oct 2014 07:48 PM PDT





KOMENTAR 
ini betul betul 
kerajaan hasan malek
bodoh lagi bangang
kalau najib ada pengumuan
buat lah pengumuan dulu
kemudian baru naikan

ini rakyat dah marah
baru kata ada pengumuman
akan datanga
nampak nak tipu melayu

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Rakyat diminta bersabar dan menunggu pengumuman  Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 tidak lama lagi berhubung pengurangan pemberian subsidi minyak... 



KAH KAH KAH
woit
semua dah jadi hasan malek
apa sudah jadi
semua makan dedak

KAH KAH KAH

ANAK MUDA
BERSEDIA!

------------

Tiada ulasan: