ANAK SENGAT |
JATUHKAN TUAN GURU HAJI HADI AGENDA MUSUH ISLAM ANTARABANGSA... Posted: 03 Oct 2014 01:53 AM PDT Aku mula mendengar nama Tuan Guru Hj Abd Hadi di awal 80an. Waktu itu aku masih di sekolah rendah. TgHH adalah fenomena di masa itu.. Pidato beliau mengegarkan hati pendengar. Ia mampu menarik pendengar menjangkau dua atau tiga buah negeri. Aku masih ingat, ayah aku bersama dengan pendokong tegar PAS yang hanya beberapa kerat masa tu sanggup ke Kedah berkongsi minyak dan belanja kereta untuk mendengar pidato TgHH. Surat khabar yang agak terbuka masa tu ialah Bumi dan Watan. Ayah aku menjadi pelanggan tetap surat khabar berkala itu... kalau tak silap dua kali seminggu seperti harakah hari ini. Ada kolum khas untuk tokoh fenomena masa itu.. TgHH.... Haji Hadi yang saya kenali... di kendalikan oleh wartawan yang kalau tak silap namanya ialah Samsuri dan sorang lagi yang aku dah lupa namanya... Aku yang masa tu baru di sekolah rendah mengunting keratan kolum tersebut dan tampal di buku sekolah. Ayah aku juga sering beli kaset yang di keluarkan oleh Gedung Gua entp...GG Edar( kalau tak salah ingatan) Kaset itu terus aku simpan sehinggalah kaset bukan lagi satu kegunaan apabila munculnya teknologi CD. Aku pernah terbaca di perpustakaan Tun Razak di Ipoh sebuah buku berkaitan tokoh tokoh hebat.. antaranya penulis mengambil kenyataan seorang wartawan Perancis yang menimbulkan persoalan ... siapakah lebih hebat antara Hj Hadi dan Khoemeini... sedangkan ketika itu Khomeini adalah pemimpin utama Iran selepas revolusi... TgHH juga menjadi semakin terkenal apaabila wajahnya terpampang di muka depan majalah Asiaweek yang sangat berpengaruh di Asia... Aku semakin mengkaguminya... Setelah bintangnya semakin begemerlapan.. memimpin sebuah gerakan Dakwah siasah PAS sebagai Presiden, beliau semakin di kenali dunia Islam. Anak didik Said Hawwa ini menjadi orang penting dalam gerakan Islam antarabangsa... Ketika dunia Islam berdepan dengan kejahatan musuh Islam di seluruh dunia, TgHH sentiasa bersama pimpinan gerakan Islam dunia mencari jalan penyelesaiannya. Beliau antara orang penting yang menyertai rombongan gerakan dunia Islam menemui pemimpin negara teluk ketika krisis Iraq dan kuwait. Baru baru ini ketokohan TgHH terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi.. Nama TgHH juga pernah mengemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah di tuduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf. Semua rentetaan itu menunjukkan TgHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TgHH kini adalah pemimpin dunia Islam... beliau juga mesti di halang. Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus... Untuk menyekat TgHH... porak porandakan jamaah pimpinannya... alasannya... jamaah sendiri tak boleh jaga. macammana nak pimpin dunia Islam... Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin , mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS. Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan... y ang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam... dalam PAS yang di lihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia... Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau... Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TgHH adalah gelombang yang di gerakkan oleh perisikan rahsia antarabagsa musuh Islam kerana beliau adalah tohoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. Di Malaysia...mereka hanya bercita cita mahu menyekat TgHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TgHH memimpin Umat Islam antarabangsa. Usaha menjatuhkan kepimpinan TgHH sebagai Presiden PAS sedang di lakukan secara tersusun. Ia di rancang dengan teliti dan halus...Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya. Ia adalah strategi munafiqin sejak zaman rasulullah yang menyerang saidatina Aisyah melalui fitnah dalam kisah haditsul ifk untuk melemahkan Rasulullah. Cara munafiq dan musuh Islam tetap sama kerana mereka adalah pewaris perjuangan yang sama.. pelik ke????? |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan