DIALOG RAKYAT |
- [KEMASKINI] Azmin potong gaji MB, exco, speaker, dan timbalan pada Bajet 2015
- Kumpulan Pemuda Gerakan letak jawatan
- Mana perginya salinan perjanjian penstrukturan air Selangor?
- [EDISI SONGSANG] Harga Minyak Dunia Jatuh, Malaysia Naik!
- ADUAN RAKYAT : Datuk Seri Najib Razak Anak Keturunan Bangsawan, Tidak Pernah Rasa Perit Hidup Dengan Gaji Kami RM1,500 Sebulan di Malaysia
- Harga minyak: Kerajaan patut bersyukur kepada rakyat
- Tulisan hina, wanita muda DAP lapor SKMM
- MCA tidak akan jemput Mkini buat liputan AGM
- MTUC desak KTMB ambil semula pekerja
- Suri rumah kena ikat, penyamun ceroboh banglo MOHD ISKANDAR OTHMAN 3 Oktober 2014 Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0 Kediaman mangsa yang diceroboh tiga lelaki bertopeng dipercayai warga Indonesia pagi tadi. Kediaman mangsa yang diceroboh tiga lelaki bertopeng dipercayai warga Indonesia pagi tadi. < 1 / 1 > GEORGETOWN - Seorang suri rumah menghadapi detik mengerikan apabila banglo yang dihuni bersama lima anaknya diceroboh tiga lelaki bertopeng di Persiaran Sungai Emas 1, Batu Feringghi di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa tidur dalam bilik bersendirian didatangi tiga lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong sayur. Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu mengikat wanita berusia 37 tahun itu dengan tali pinggang anaknya sebelum menggeledah bilik berkenaan. Menurut sumber, keterangan awal dari mangsa menyebut ketiga-tiga lelaki berkenaan mungkin berasal dari Indonesia berikutan bahasa pertuturan mereka. Beliau berkata, mereka hanya mengikat mangsa manakala anak-anaknya tidak diganggu. "Antara barang yang dlarikan ialah cincin berlian, rantai emas, subang emas, kamera, telefon pintar dan tabung," katanya kepada Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan. Menurutnya, mangsa dan anak-anak tidak cedera. Ketika kejadian, anak pengadu sedang tidur dan tidak diganggu suspek. Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. "Pasukan forensik dihantar ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati kediaman mangsa tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). "Unit anjing pengesan (K-9) juga digunakan untuk membantu menjejaki suspek," katanya. Mior Farid berkata, mangsa mengalami kerugiaan kira-kira RM15,000. "Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
- Pemotongan subsidi tidak kena masa
- Kenaikan harga petrol beri kesan kepada petani
- Minyak naik tingkat kos sara hidup rakyat - Ikram
- Selangor, polis terus pelihara ketenteraman rakyat
- Cukuplah 'kenaikan harga minyak tidak membebankan'
- Rakyat tidak lagi tertipu dengan ‘rasionalisasi subsidi’
- Lagi pelajar jatuh siling sekolah
- Orang ramai dilarang berhimpun esok
- Tugas PAS ialah kerja dipenanggah, PKR dan DAP anggap PAS hanya sebagai garam dan perisa sahaja
- Lembu import sempena Aidiladha dijamin selamat dan sihat - Ismail
- Akta Hasutan: Peguam berarak 16 Okt
- Yang tidak berkepimpinan, jangan berkeliaran di Putrajaya lagi
- Subsidi petrol hanya 28 sen seliter, mana pergi lebihan peruntukan?
- Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat
[KEMASKINI] Azmin potong gaji MB, exco, speaker, dan timbalan pada Bajet 2015 Posted: 03 Oct 2014 07:25 AM PDT Oleh Shawaliah HadirGOMBAK: Menteri Besar Selangor Azmin Ali memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), speaker dan timbalan speaker dalam Bajet Selangor 2015 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan. Beliau merasakan kenaikan itu sebagai tidak munasabah ketika rakyat sedang berdepan dengan kos hidup yang semakin meningkat. "Saya ambil pendirian awal gaji menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker akan dipotong kepada tahap munasabah kerana kenaikan kadar 2013 terlalu tinggi dan saya tak boleh berdepan dengan rakyat kerana masalah kos kehidupan tinggi pada masa ini," katanya kepada wartawan selepas sesi turun padang di Bangunan Sultan Sulaiman di sini hari ini. Sebaliknya, beliau berkata, peruntukan belanjawan untuk 2015 bakal memberi tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan. "Bajet (2015) merupakan suatu yang penting yang perlu diberikan tumpuan. "Sebelum ini saya pernah minta belanja mengurus itu tidak terlalu besar dan tidak boleh berkompromi dengan belanja pembangunan. "Tukar bajet 2015 di mana belanja pembangunan ditingkatkan ke satu kadar yang agak munasabah dan belanja mengurus dikurangkan kepada kos yang akan ditetapkan. "Ini mesti dalam bentuk pembangunan tidak dalam bentuk keraian elaun atau gaji. Bagaimanapun, bagi perbelanjaan selain itu masih dalam proses perbincangan untuk dipertimbangkan pendekatan yang sesuai diguna kelak. "Permulaan untuk menunjukkan kekayaan Selangor mesti digunakan untuk pembangunan. "Soal pendidikan, perumahan, kebajikan itu masih dalam perbincangan," jelasnya. Untuk rekod, pada 27 November lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada masa itu menerajui Selangor membentangkan usul kenaikan gaji beliau dan pemimpin lain berlipat ganda dengan alasan ia selaras dengan beban kerja yang dipikul. Di bawah usul yang diluluskan itu, menteri besar akan menikmati gaji baru RM29,250, iaitu dua kali ganda berbanding imbuhannya sekarang. Exco kerajaan negeri pula akan menerima RM20,250 sebulan. Imbuhan untuk 56 ADUN di Selangor pula ditetapkan pada RM11,250 berbanding RM6,000 sebelum ini. Di bawah skim baru itu, Speaker DUN akan menerima gaji bulanan RM22,500 berbanding RM6,109.29 manakala gaji Timbalan Speaker pula diselaraskan kepada RM15,750 iaitu pertambahan 373.3 peratus. |
Kumpulan Pemuda Gerakan letak jawatan Posted: 03 Oct 2014 07:15 AM PDT MALAYSIAKINI Pemuda Gerakan mengesahkan laporan bahawa kumpulan di kalangan anggota jawatankuasa kerjanya (CWC) meletak jawatan beramai-ramai. Ketua pergerakan itu, Tan Keng Liang berkata, beliau menerima lima peletakan jawatan setakat ini. Katanya, beliau terkejut kerana ada media yang melaporkan seramai lapan pemimpinnya meletak jawatan. "CWC Pemuda Gerakan akan meneliti perkara itu dalam mesyuarat kami pada Selasa malam. Keputusan akan dibuat mengenainya," kata Tan kepada Malaysiakini. Katanya, beliau mengarahkan setiausaha agung, William Chang untuk menyiasat peletakan jawatan berkenaan dan menyediakan laporan untuk dibincangkan. Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang sudah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka. Tan berkata, nama tersebut hanya akan didedahkan selepas surat berkenaan dapat disahkan. Laporan The Sun hari ini melaporkan naib ketuanya Clarence Lee, bendahari agung Adrian Ong Ching Woo, timbalan bendahari agung Chan Tzun Hei, dan anggota jawatankuasa pusat Ivanpal Grewal Singh mengemukakan peletakan jawatan mereka. Turut didakwa meletak jawatan adalah dua timbalan setiausaha agung Allan Tang Luan Kang dan Ooi Zhi Yi, serta dua ketua biro Chong Chee Yen dan Chia Gim Tiong. Laporan memetik sumber yang tidak dinamakan itu menyebut, peletakan jawatan berkenaan ekoran pertentangan pendapat berhubung kepimpinan Tan. |
Mana perginya salinan perjanjian penstrukturan air Selangor? Posted: 03 Oct 2014 07:02 AM PDT SELANGOR KINISHAH ALAM: Pengumuman Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bahawa Kerajaan Negeri tidak memiliki salinan perjanjian penstrukturan semula air Selangor mengejutkan. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ,Tony Pua, berkata hanya dengan memiliki salinan itu Kerajaan Negeri boleh membuat keputusan mengenai langkah seterusnya demi melindungi kepentingan rakyat . Menurutnya tidak ada alasan keselamatan negeri untuk tidak mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana ia dikatakan hanya meliputi langkah penstrukturan semula. "Tidak masuk akal bagaimana seluruh kerajaan negeri termasuk ahli Exco di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim langsung tidak tahu menahu kenapa kerajaan negeri tidak memiliki salinan perjanjian tersebut. "Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan perjanjian tersebut dengan segera kepada Kerajaan Negeri supaya pihak negeri dapat mengetahui hak dan tanggungjawabnya," katanya dalam satu kenyataan media. Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan digesa untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, yang ditandatangani tiga minggu lalu sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Katanya, beliau menyokong kenyataan Mohamed Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula dengan Kerajaan Persekutuan didedahkan kepada orang awam. "Adakah bekas menteri besar turut tersalah bawa perjanjian air yang penuh misteri itu ketika membungkus barang-barang peribadinya sebelum keluar dari pejabat MB?," soalnya dalam yang hairan bahawa salinan perjanjian tersebut turut tidak disimpan Setiausaha Kerajaan Negeri. Perjanjian tersebut ditandatangani Abdul Khalid pada 12 September lalu dan dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi. Semalam, Azmin mahu Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya perjanjian itu didedahkan umum dalam masa seminggu.EZY |
[EDISI SONGSANG] Harga Minyak Dunia Jatuh, Malaysia Naik! Posted: 03 Oct 2014 05:35 AM PDT KELAB GREENBOCBN dan Pakatan selar harga RON95 naik ketika harga minyak dunia turun Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat. Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak empat tahun lepas. "Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia. "Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun sebaliknya berlaku di Malaysia. "Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana kerajaan terus naikkan harga minyak. "Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar. Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa. "Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga tinggi," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia. Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel itu katanya adalah kesan sampingan terbaru akibat sikap kerajaan persekutuan yang tidak mengambil berat kebajikan rakyat dan kegagalannya mengurus ekonomi negara. Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar. "Apatah lagi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berpendapatan sederhana dan rendah," katanya. Nik Nazmi berkata, kerajaan Umno dan BN dilihat lebih rela menyakiti mereka yang lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan dengan orang penting. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam laman Facebook miliknya berkata, kerajaan United Kingdom dan India menurunkan harga minyak mereka sejak minggu lalu ekoran penurunan harga minyak dunia, namun tidak di Malaysia. Menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana didakwa gagal menguruskan integriti dan membanteras rasuah di kalangan kerajaan, Lim berkata daripada menaikkan harga minyak, Putrajaya harus fokus kepada pembasmian rasuah secara serius. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. "Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan. "Harap para penasihat seperti Pemandu dan Datuk Seri Idris Jala lebih sensitif dan dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan," katanya. Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran pula berkata, walaupun kerajaan BN mengatakan ia akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan itu hanya sekali setahun sahaja dan tidak akan membantu isirumah untuk jangka masa panjang. "Kenaikan ini akan menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan dan perkhidmatan juga akan turut naik. Ia akan pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, ia juga mungkin menjejaskan sokongan rakyat kepada BN terutamanya di kalangan berpendapatan rendah yang tinggal di desa dan bandar. –TMI |
Posted: 03 Oct 2014 03:39 AM PDT ADUAN RAKYAT : Surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak Anak Keturunan Bangsawan, Tidak Pernah Rasa Perit Hidup Dengan Gaji Kami RM1,500 Sebulan di Malaysia : Masih ingat lagi surat yang dihantar oleh Siti Hajar Aladin pada tahun lepas, September 2013 pada laporan (BERITA SEMASA DI SINI) yang telah mengemparkan dan mendapat liputan meluas di Malaysia pada ketika itu. 12 bulan telah berlalu. Kali ini Berita Semasa ingin kongsikan surat terbuka buat Najib Razak di mana memuatkan luahan isi hati seorang rakyat Malaysia yang dilihat mewakili aspirasi dan harapan majoriti rakyat Malaysia yang mana hanya mahukan realiti kehidupannya hari ini dan…pada masa akan datang benar-benar merasai nikmat apa yang dipanggil tinggal di sebuah negara yang terkenal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan di atas bumi yang bernama yang Malaysia ini jikalau……jikalau diruskan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Insyaallah. Amin Surat Terbuka Buat Pimpinan Najib Razak. Assalamualaikum….Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat. Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu. Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata. Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton. Malaysia Semakin Parah Di Bawah Najib Razak?Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi…rumah saya ada air" (lalu ketawa). Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun. Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an? Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar. Turunlah Datuk Seri, Turunlah….Datuk Najib Tidak Pernah Rasa Perit Hidup Di Malaysia Dengan Gaji Kami RM1,500Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya. Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial. Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU". Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataan memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp….babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula. KLIK SINI : Analisa Dr Bridget Welsh, Najib Belanja RM 57.7 Bilion @ RM4,364 Untuk Setiap Pengundi Sehingga Pilihanraya ke 13. Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita. Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela. Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan". Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah prasarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan. Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama. Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju. Beza Datuk Najib Bangsawan VS Kami Rakyat MarHaenBangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan….secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang. Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja. Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga. KLIK SINI : Berita Rosmah Mansor Boros Shopping Terus Dilaporkan AsiaOne (Singapore) & BruDirect (Brunei) Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara. Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU. SAIFUL ANANG Orang Marhaen P/S : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah…kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap. PP/S : Saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA…tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA. Penulis : Saiful Anang adalah jurugambar profesional terkenal di Malaysia (Candid Syndrome) |
Harga minyak: Kerajaan patut bersyukur kepada rakyat Posted: 03 Oct 2014 03:22 AM PDT Lyn Nasir KUALA LUMPUR : Kerajaan sepatutnya bersyukur kepada rakyat di negara ini kerana mereka sehingga kini masih tidak dapat menumbangkan Umno BN, kata Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai. Beliau membidas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek baru-baru ini yang menyatakan rakyat perlu bersyukur dengan kenaikan harga minyak dan petrol. "Sepatutnya kerajaan yang perlu bersyukur sebab rakyat tak tumbangkan mereka lagi, bukan suruh rakyat bersyukur sebab harga minyak naik," "Hasan selalu buat kenyataan yang langsung tak masuk akal," katanya ketika dihubungi. Menurutnya lagi, rakyat di luar negara pasti mengambil tindakan untuk menumbangkan sesebuah kerajaan jika situasi yang sama berlaku di sana. "Jika berlaku di negara luar, pasti sama ada rakyatnya akan tumbangkan kerajaan melalui pilihan raya atau di jalan raya," ujarnya. Pada 2 Oktober lalu, Hasan berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukan mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api. Hasan dalam kenyataannya juga meminta rakyat agar mengubah sikap supaya 'menghormati pemimpin' dan bersyukur dengan kejayaan negara. Menurut Chan Ming Kai, pemimpin Umno seperti Hasan tidak memahami realiti dihadapi golongan miskin kerana beliau sendiri dikategori sebagai golongan kaya. "Kita bukan kaya macam mereka, semua harga barang naik, minyak dah mula naik. Selepas ni bila barang dikenakan GST, rakyat sudah tidak mampu menampung segala kenaikan dengan pendapatan yang diperoleh sekarang ni. "Inilah jadinya bila kerajaan sendiri boros, rakyat yang terpaksa tampung 'sakit' nya," ujarnya lagi. Harga petrol RON95 dan diesel mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter dengan menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel, RM2.20. Ini berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter. |
Tulisan hina, wanita muda DAP lapor SKMM Posted: 03 Oct 2014 03:16 AM PDT MALAYSIAKINI Tiga ahli wanita muda DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tulisan yang disiarkan dalam laman web yang didakwa menjatuhkan imej mereka. Calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud, Young Syefura Othman dan Jamila Rahim bersama-sama Peguam Gobind Singh Deo dan MP Kulai Teo Nie Ching hadir ke SKMM di Shah Alam petang ini bagi tujuan itu. Tulisan itu bertajuk "Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP" disiarkan dalam sebuah laman web pro-Umno dan manakala satu lagi bertajuk "DAP dan politik onani" dalam Free Malaysia Today. Gobind berkata tulisan itu memberi kesan terhadap ahli DAP dan percaya ia satu kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Laporan telah dibuat dan kenyataan ringkas telah diambil terhadap ketiga pengadu. Saya harap tindakan dapat diambil dengan segera," kata Gobind kepada pemberita. MP Puchong itu menegaskan tulisan itu "biadab dan menjatuhkan imej orang" sekalipun partinya tiada masalah menerima kritikan sesiapa sahaja tetapi bukan dengan cara menghina. "Boleh kritik tapi ada hadnya. Kalau (mereka) dihina dan dicerca sehingga macam ini, ini telah melampaui batasan yang kita boleh terima." "(Tulisan) ini jelasnya biadap dan mempunyai unsur yang menjatuhkan imej orang, memang menyalahi undang-undang," katanya sambil menambah SKMM bersetuju akan mengambil tindakan lanjut. 'Saya tak pernah tukar agama' Menurutnya, DAP berharap dapat menerima maklum balas daripada SKMM berhubung status penyiasatan laporan mereka minggu depan di samping akan memulakan kempen menentang tindakan menghina ketiga-tiga wanita muda itu. Sementara itu, Teo pula mengajak ahli parlimen Pakatan Rakyat dan BN bersama-sama mengutuk tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur seksis. "Arena politik Malaysia kini memang kebanyakan kaum lelaki, jadi kita perlu (menggesa) semua ahli politik dari semua parti bersama-sama kutuk kenyataan seksis ini," katanya Sementara itu, Syefura dan Jamila pula mengutuk tindakan yang menghina mereka dan menggesa SKMM mengambil tindakan segera. "Saya masuk DAP dan saya tak pernah menukar agama saya, saya masih Islam. Saya tekankan benda ini," tegas Jamila yang lebih dikenali "Melati Rahim". "Memang tindakan perlu diambil kerana dia panggil saya macam ini. Dia memalukan saya, keluarga saya dan orang kenalan saya," katanya lagi. Syefura pula mengutuk tindakan itu dianggap mahu menghentikan wanita daripada menyertai politik atau mana-mana parti. "Kami melaksanakan hak kami untuk menyertai apa-apa parti yang sah di sisi undang-undang," katanya. |
MCA tidak akan jemput Mkini buat liputan AGM Posted: 03 Oct 2014 03:13 AM PDT MALAYSIAKINI MCA memutuskan untuk "tidak akan menjemput" Malaysiakini untuk membuat liputan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu hujung minggu depan. Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengesahkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu hari ini. "Anda telah memutarbelit beberapa kenyataan di beberapa temubual media beberapa pemimpin (kata jawatankuasa pusat), jadi mereka kata jangan jemput anda (untuk membuat liputan AGM)," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut laporan berita yang dirujuk oleh jawatankuasa pusat itu. Menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim itu, jawatankuasa itu juga bersetuju untuk tidak menjemput beberapa media online yang lain membuat liputan AGM itu, tetapi beliau tidak menamakan mereka. Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bukan keputusan tetap dan MCA akan mengkajinya semula selepas AGM. MCA akan mengadakan AGM pada 11 dan 12 Oktober ini. |
MTUC desak KTMB ambil semula pekerja Posted: 03 Oct 2014 03:12 AM PDT MALAYSIAKINI Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar mengembalikan semula pekerjaan kakitangannya yang diberhentikan sebelum ini. Memorandum itu dihantar ke pejabat KTM, petang ini. Dianggarkan seramai 70 orang pemimpin kesatuan pekerja dan 100 orang pekerja KTM turut hadir bagi menghantar memorandum kepada Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad. Sebelum memorandum diserahkan, sebahagian daripada mereka yang hadir melaungkan "Hidup KTMB! Bangkit pekerja!" Sebahagian yang lain memalu gendang berselang-seli dengan laungan tersebut. Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan, sehingga hari ini seramai 40 orang pekerja KTMB dibuang kerja dan 16 orang lagi digantung kerja kerana meyertai piket pada 9 Mei lalu. Timbalan Pengerusi MTUC, N. Gopal Krishnam berkata mereka akan berpiket di hadapan Parlimen sekiranya tuntutan dalam memorandum itu gagal ditunaikan KTMB. "Hari ini kita akan hantar memorandum, kalau kita tidak dapat respons yang baik kita akan ambil satu tindakan yang lain seperti kita akan pergi ke parlimen" "Jika tidak selesai juga kita akan pergi ke pejabat perdana menteri kerana KTM ialah satu syarikat GLC (berkaitan kerajaan) di bawah Kementerian Kewangan dan perdana menteri juga adalah menteri kewangan" Tambah Gopal, mereka menghantar surat kepada perdana menteri dan menteri pengangkutan berkenaan hal ini namun belum menerima jawapan. Penyerahan memo ini turut diserikan dengan himpunan membantah pemecatan kakitangan KTMB sebelum ini. Kenderaan yang lalu di jalan berhampiran stesen keretapi Kuala Lumpur itu turut membunyikan hon dipercayai tanda menyokong himpunan itu. Polis turut kelihatan mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan KTMB sepanjang himpunan berlangsung. Memorandum tersebut diterima Pengurus Besar Keselamatan KTMB, Meor Hamdan bagi pihak Ir Nawawi Ahmad. |
Posted: 03 Oct 2014 03:09 AM PDT |
Pemotongan subsidi tidak kena masa Posted: 03 Oct 2014 03:06 AM PDT Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan diminta mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi 20 sen ke atas minyak ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. Katanya, walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak wajar, pemotongan subsidi ketika ini tidak sesuai melainkan negara sudah berjaya stabilkan harga barangan dan perkhidmatan. "Harap penasihat seperti Pemandu dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Idris Jala lebih sensitif serta menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan," katanya melalui Facebook beliau. Katanya, kerajaan juga diminta memperhalusi serta mencari kaedah terbaik supaya bantuan subsidi yang diperuntukkan dirasai golongan sasar. Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin pula berkata, kerajaan patut memastikan rasionalisasi subsidi bahan api diumumkan tidak menjadi penyebab utama kepada kenaikan harga barang atau perkhidmatan. "Pengumuman rasionalisasi subsidi (semalam) mengundang perasaan kurang senang oleh rakyat lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, terdapat banyak lagi kaedah bagi elakkan harga minyak naik, contohnya kaji semula keberkesanan BRIM dan produk 1Malaysia. "Lebih baik harga minyak rendah dan boleh dikecapi seluruh rakyat, berbanding BRIM sekali-sekala, malahan tidak semua rakyat menikmatinya. Apa jaminan pemerintah kos sara hidup tidak akan meningkat kesan daripada kenaikan ini?," katanya. Beliau berkata, kerajaan tidak memerlukan pakar ekonomi yang hebat untuk memikirkan perkara ini tetapi memadai mempunyai pemimpin dan penasihat yang berjiwa rakyat. |
Kenaikan harga petrol beri kesan kepada petani Posted: 03 Oct 2014 03:04 AM PDT Penternak dari Kampung Chempaka, Darwis Ibrahim, 25, berkata, kenaikan harga petrol berkenaan boleh memberi kesan terhadap pengangkutan bahan makanan bagi haiwan ternakan. "Dalam industri ternakan, saya menjangkakan kos makanan haiwan boleh meningkat dalam masa terdekat mungkin dalam tempoh dua minggu lagi berikutan ada kesan terhadap kos pengangkutan. "Keadaan ini akan memberi kesan terhadap jualan haiwan ternakan dan saya mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan semula insentif pengeluaran ternakan," katanya. Darwis berkata, insentif itu penting bagi membolehkan penternak kurang terkesan dengan kenaikan harga petrol. Katanya, biarpun sektor penternakan tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), namun kesan berantai akibat kenaikan harga petrol berkenaan tetap ada seperti pembelian guni makanan haiwan. Sementara itu, Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang berkata, kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen dikira membebankan rakyat golongan kurang berkemampuan. "Kerajaan seharusnya berhati-hati dalam mengumumkan kenaikan harga petrol terutama pada musim perayaan kerana ia melibatkan pengangkutan, sekali gus ada pihak yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan lain. "Kita tidak boleh membandingkan harga petrol dengan negara lain kerana petrol digunakan semua golongan sama ada kaya atau miskin," katanya. Bagi Presiden badan bukan kerajaan (NGO) Royalti (R), Nazri Deraman berkata, kenaikan harga petrol ini mengejutkan dan tidak munasabah kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak. |
Minyak naik tingkat kos sara hidup rakyat - Ikram Posted: 03 Oct 2014 03:00 AM PDT "Ikram bimbang ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain yang menyebabkan rakyat semakin terbeban," ujar Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan. Tambahnya, Ikram juga bimbang rakyat bakal menerima beban kenaikan berganda harga barangan apabila GST diperkenalkan pada April tahun hadapan. Kenyataan penuh beliau seperti di bawah: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kesal dengan pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen seliter. Ini merupakan kenaikan sama seperti yang dilakukan tahun lepas berkuatkuasa pada 2 September 2013. Kenaikan harga minyak seperti biasa dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan pengguna, sekaligus meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat. IKRAM bimbang ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain yang menyebabkan rakyat semakin terbeban. IKRAM juga bimbang rakyat bakal menerima beban kenaikan berganda harga barangan apabila GST diperkenalkan pada April 2015. IKRAM sedar langkah kerajaan menaikkan harga minyak ialah ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20 sen. Namun, pada masa yang sama, terdapat laporan yang mengatakan harga minyak dunia berada di tahap rendah sekarang dan beberapa negara telah menurunkan harga petrol sedangkan Malaysia menaikkan harga. Adalah sesuatu yang menghairankan bila mana kenaikan harga minyak dilakukan dengan alasan untuk merasionalisasi subsidi minyak negara sekiranya laporan di atas benar. IKRAM juga tidak pasti sejauh manakah keberkesanan kenaikan harga minyak ini dalam mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan. IKRAM faham bahawa kerajaan akan menyediakan bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat di samping memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan. Walaupun kenaikan harga minyak ini dikaitkan dengan pengurangan subsidi, namun IKRAM berpendapat kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi negara berkebajikan yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya. Jaminan kerajaan untuk memastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat yang lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat. Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya: 1. Kerajaan pada sepanjang masa terus berhemah dalam mengendalikan kewangan negara dan dilihat berhemah oleh rakyat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani amalan korupsi yang berleluasa. 2. Kerajaan menurunkan cukai kenderaan yang sekarang ini terlalu tinggi tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian sebagai altenatif pilihan lain untuk mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda. Sesungguhnya dua perkara ini begitu menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung keperluan sara hidup mereka sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama keluarga dan masyarakat. 3. Rakyat berusaha mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan, berbelanja secara sederhana dan berhemat dan berbelanja hanya berdasarkan kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing di samping mengelakkan amalan berhutang. Lakukan perancangan kewangan terbaik pada saat menghadapi situasi kesan kenaikan harga minyak ini. 4. Masyarakat perlu menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik. Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan. - HARAKAHDAILY |
Selangor, polis terus pelihara ketenteraman rakyat Posted: 03 Oct 2014 02:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong dan mendukung inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani masalah jenayah di negeri itu. Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau dan pimpinan baharu telah pun diberi taklimat tentang keadaan di negeri itu. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah jenayah di Selangor. "Kita melihat indeks jenayah telah menurun atas usaha yang telah dimainkan PDRM, dan kerajaan negeri akan memberi sokongan dan dukungan kepada PDRM untuk terus menjamin keselamatan rakyat dan memelihara ketenteraman rakyat," katanya dalam kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang disambut oleh Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah, kelmarin. Turut serta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan anggta exco iaitu Zaidy Abdul Talib, Dr Daroyah Alwi dan Amirudin Shari. |
Cukuplah 'kenaikan harga minyak tidak membebankan' Posted: 03 Oct 2014 02:56 AM PDT 1. Kenaikan harga petrol dan penurunan subsidi merupakan bukti kedangkalan pihak pemerintah dalam menangani masalah kegawatan ekonomi dan sumber kewangan kerajaan. Seringkali apabila kerajaan mengalami masalah kewangan, subsidi rakyat yang menjadi mangsa pemotongan. 2. Kerajaan mengatakan bahawa mereka ingin membantu meringankan beban rakyat dengan memberikan BR1M yang mana hanya dapat dimanfaatkan oleh 7.9 juta rakyat. Penerima BR1M hanya meliputi 40% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Bagaimana dengan kesan langsung yang dirasakan oleh 60% lagi rakyat malaysia yang tidak layak menerima BR1M? Apakah kerajaan pasti mereka tidak merasakan kesusahan akibat kenaikan tersebut. 3. Menurut kenyataan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tiada sebab tertentu di atas kenaikan tersebut. Ameerah Negeri Terengganu merasakan kerajaan harus menjelaskan sebab yang munasabah berkaitan kenaikan harga dan pemotongan subsidi tersebut. Ini adalah kerana menurut infomine.com harga petrol pada 1 Oktober 2014 adalah USD 97.14/tong sedangkan pada tahun 1 Oktober 2013 harga petrol adalah USD 108/ tong. Ia merupakan penurunan harga yang agak banyak. 4. Berdasarkan alasan menaikkan harga minyak kerana harga pasaran minyak dunia naik, maka kerajaan sepatutnya menurunkan harga petrol bukan sebaliknya. Ameerah Negeri Terengganu mengharapkan ketelusan kerajaan dalam menangani isu ini. 5. Kami juga mengharapkan kematangan dan kebijaksanaan PM menguruskan aset negara dengan mengemukakan rancangan pengurangan belanja pengurusan dan bukan hanya mengajar rakyat yang sedia tersepit berjimat-cermat. 6. Golongan muda semestinya antara yang paling merasai kesan kenaikan harga minyak. Golongan muda meliputi pelajar, pemegang pinjaman pelajaran, golongan baru mula bekerja dan berkeluarga antara yang paling pasti terbeban memikirkan masa depan. 7. Setiap kali kenaikan harga petrol, kerajaan mengeluarkan kenyataan sama saban tahun "Kenaikan harga minyak tidak membebankan". Janji manis untuk melaksanakan pantauan agar tidak berlaku kenaikan harga barang juga hanya tinggal janji. Kenyataan yang sudah tidak releven dan tidak ingin kami dengar lagi. Cukuplah. Kami menanti kenyataan dan tindakan dari pimpinan yang lebih rasional dan bijak. (*) Penulis ialah Pengerusi Ameerah Terengganu. |
Rakyat tidak lagi tertipu dengan ‘rasionalisasi subsidi’ Posted: 03 Oct 2014 02:54 AM PDT 1. Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen semalam dan bersembunyi disebalik alasan rasionalisasi subsidi kononnya memperlihatkan betapa rasionalnya tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api tersebut. Namun, rakyat tidak lagi tertipu dengan penggunaan frasa 'rasionalisasi subsidi' yang digunakan pihak kerajaan kerana ia tidak pernah menunjukkan suatu tindakan yang rasional dengan mengurangi subsidi tersebut. 2. Saya merasa musykil dengan kenaikan harga bahan api yang dilakukan pihak kerajaan semalam sedangkan beberapa hari yang lalu, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) mengalami penurunan 4% susulan daripada penurunan sebanyak 3.3% pada awal minggu lepas. Trend penurunan harga minyak juga berlaku di beberapa negara yang lain. 3. Laporan daripada US Energy Information Administration menunjukkan Malaysia di antara negara pengeksport minyak terbesar di kalangan negara-negara dunia dan di Asia Tenggara. Malah, Malaysia juga adalah negara penyimpan minyak (oil reserve) yang keempat terbesar di Asia Pasifik dibelakang China, India dan Vietnam. Keadaan ini menunjukkan Malaysia sepatutnya tidak terlalu terkesan dengan perubahan harga minyak dunia. Ironinya, Malaysia sebagai pengeksport utama minyak (net oil exporter) dan penyimpan minyak (oil reserves) berbanding negara Thailand, Singapore dan Indonesia menyaksikan kenaikan harga minyak semalam. 4. Saya mengecam tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Dalam keadaan kos sara hidup rakyat hari ini yang semakin menghimpit, beban kewangan rakyat pula semakin bertambah. Apatah lagi dengan pengenalan kepada sistem pencukaian regresif dan bersikap meluas seperti GST yang sememangnya akan memberikan suatu bentuk tekanan kepada kehidupan rakyat di bawah. Tindakan mengurangkan subsidi bahan api ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit dalam perbelanjaan negara di samping bebanan hutang kerajaan (government debt) yang semakin kronik. Persoalan saya, adakah ini sahaja cara bagi kerajaan berjimat? 5. Lebih menghairankan lagi, kerajaan memohon Penambahan Perbelanjaan (Supplementary Budget) setiap tahun. Walaupun sedar bebanan hutang awam yang ada sepatutnya menjadikan kerajaan lebih teliti dan cermat dalam pengurusan bajet. Namun, meskipun berlaku penambahan perbelanjaan, subsidi tetap juga dipotong pihak kerajaan. 6. Tambahan pula, subsidi kerajaan bukan hanya pada bahan api semata-mata, malah kerajaan juga memberikan subsidi kepada pihak lain seperti TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang berselindung disebalik nama insentif, geran dan sebagainya. TNB menunjukkan keuntungan berbilion ringgit, mengapa tidak dikurangkan subsidi ke atasnya jika pengurangan subsidi ini disifatkan sebagai suatu tindakan yang mustahak? 7. Jelas kenaikan harga minyak ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali malah ia akan memberikan kesan berantai yang akan meningkatkan kadar inflasi dalam negara. Ditambah lagi dengan perlaksanaan GST yang turut akan memberi kesan kepada kenaikan inflasi kelak. Ini akan menyebabkan beban kewangan rakyat terus bertambah dan kerajaan terus memekakkan diri! 8. Realitinya pemborosan dan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan dan fiskal negara telah memangsakan subsidi minyak rakyat yang dinikmati sekian lama. Sekiranya kerajaan berjaya menguruskan fiskal negara dengan baik pasti subsidi tersebut akan dapat terus dinikmati. 9. Saya menyeru kerajaan untuk mengembalikan hak rakyat untuk menikmati subsidi minyak. Renunglah firman Allah وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ﴾(النور: 33) Maksudnya: "dan berikanlah kepada mereka daripada harta Allah yang Dia berikan kepada kamu" surah an-Nuur ayat 33. Renunglah juga firman Allah آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ Maksudnya: "Berimanlah kamu dengan Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah daripada apa yang Allah jadikan kamu sebagai penjaga amanahnya" Surah al-Hadid ayat 7 (*) Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus. |
Lagi pelajar jatuh siling sekolah Posted: 02 Oct 2014 05:06 PM PDT SINAR HARIAN KOTA KINABALU - Seorang murid Tahun 6 koma, selepas dipercayai terjatuh dari siling bahagian luar sebuah bilik darjah di tingkat dua salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Ansip, Keningau kira-kira 131 km dari sini pagi tadi. Sebelum kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, pelajar lelaki yang dikenali sebagai Dylause Dionel dikatakan telah meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pergi ke tandas. Bagaimanapun, selepas mendapati murid berkenaan lambat masuk semula ke kelas, guru kelasnya keluar untuk mencarinya dan mendapati murid itu terjatuh di lantai tingkat bawah bangunan serta mengalami kecederaan. Dengan bantuan guru-guru lain, mangsa segera dihantar ke Hospital Keningau dan pihak sekolah serta merta memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa Dylause. Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata pihak Guru Besar sekolah berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau. Katanya pihak polis Keningau juga sudah mengambil keterangan daripada tujuh rakan mangsa untuk membantu siasatan. "Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Sabah masih menunggu laporan lengkap dari pihak polis dan hospital," katanya dalam kenyataan di sini. Jame juga mahu pentadbiran sekolah agar sentiasa mengingatkan pelajar mereka untuk sentiasa menjaga dan mengutamakan keselamatan sama ada berada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Komisioner Merbin Lisa ketika dihubungi Bernama berkata pelajar berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Keningau dan belum sedarkan diri. "Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan siasatan akan dilaksanakan dari semua sudut," katanya. - Bernama |
Orang ramai dilarang berhimpun esok Posted: 02 Oct 2014 05:04 PM PDT KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman. "Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan. "Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara ini dari masa ke semasa,"katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
Tugas PAS ialah kerja dipenanggah, PKR dan DAP anggap PAS hanya sebagai garam dan perisa sahaja Posted: 02 Oct 2014 04:58 PM PDT Keseluruhan keadaannya, jika diteliti berdasarkan dengan apa yang berlaku sekarang ini, tidak salah jika saya katakan, perjalanan untuk Pakatan Rakyat untuk mencapai impian ke Putrajaya masih jauh dan masih di awang-awangan. Pakatan Rakyat belum lagi terbentuk diatas asas yang 'promising' untuk menjadi kerajaan yang mentadbir Putrajaya memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PKR, tidak menampakan ciri-ciri sebagai pemerintah kerajaan negara. PKR terutamanya masih bergelut dengan masalah dalaman yang serius dan ia tidak mungkin dapat membawa obor perubahan kepada politik negara kita lagi. Masakan parti yang bermasalah dalam kepimpinannya boleh menjadi pilihan rakyat kerana rakyat sedang tercari-cari siapa yang hendak menyelesaikan permasalahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO itu. Kita tidak boleh menggantikan UMNO yang uzur itu dengan sebuah parti yang juga uzur. Kita tidak boleh menggantikan pemain bolasepak yang cedera dengan pemain yang patah kaki dan yang capek. Kita tidak boleh berimamkan seorang yang tidak dapat sujud kerana sakit dengan seorang imam yang mengidap penyakit ceret beret. Kita tidak boleh menyuruh pembuat kasut untuk membuat songkok dan sebaliknya kita tidak boleh meminta pembuat songkok membuat kasut. UMNO dan BN jika diteliti dari sudut kepimpinan, mereka yang sudah hilang arah itu. Mereka sepatutnya diganti, bukannya sekarang, malahan mereka sudah patut diganti lebih satu dekad yang lalu. Tetapi rakyat masih tercari-cari pengganti kepada UMNO dan BN itu. Sejak dua pilihanraya yang lalu rakyat cenderung untuk menukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat, tetapi usaha itu gagal bukan kerana masalah orang ramai dan rakyat tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri tidak bersatu dan berbelah-belah. Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya tempoh hari, maka masalah yang mendatang akan lebih besar lagi. Masalahnya Pakatan Rakyat itu tidak didaftarkan dan tidak ada satu parti di antara tiga parti itu menjadi pemimpin Pakatan Rakyat itu. Mereka bekerjasama di atas dasar sama besar dan sama dalam segala-galanya, walaupun ia tidak menjadi kenyataan. Untungnya pihak BN, UMNO menjadi tunjangnya, maka UMNO mempunyai suara dan pengaruh yang terbesar dalam BN itu. Pakatan Rakyat di sebaliknya tidak dapat berjalan dengan mudah kerana semua parti di dalamnya mempunyai pengaruh yang sama untuk menghadapi UMNO dan BN itu. Ketiga-tiga parti ini hanya bekerjasama untuk mendapatkan undi semasa pilihanraya sahaja, bukannya untuk menonjolkan perjuangan sebagaimana yang mereka laungkan. Mereka terpaksa mengambil hati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat maka tentulah ada pihak di antara ketiga parti itu yang sentiasa terkorban dan dipermainkan oleh rakan-rakannya tentang perjuangan parti itu. PAS merupakan parti yang sentiasa terkorban dalam Pakatan Rakyat. Tidak ada apa-apa tambahan kekuatan kepada PAS dalam Pakatan Rakyat dan salah satu contohnya ialah PAS telah kehilangan satu kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lalu sedangkan DAP telah menambah sembilan buah kerusi setelah satu kerusinya kembali ke pangkuan BN dalam pilihanraya kecil Teluk Intan beberapa bulan yang lalu. Sesungguhnya kita tidak boleh menyalahkan parti seperti DAP untuk menentang perjuangan PAS untuk mendasarkan perjuangannya kepada Islam kerana DAP bukannya parti orang Islam. Memperjuangkan ciri-ciri Islam bukannya perjuangan mereka. Mereka hanya mahu mendapatkan undi dan sokongan orang Melayu dan Islam dan itu adalah kebijaksanaan mereka sendiri. Kita tidak boleh marah kepada parti yang bukan dari pimpinan Islam itu jika mereka tidak mahu bersama dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam itu. Mereka dan penyokongnya akan membuat berbagai-bagai tuduhan seperti PAS sendiri tidak faham Islam dan sebagainya dan bukan sedikit dari pimpinan Melayu yang sekarang menumpukan tenaga untuk memberikan persepsi parti serta pemimpin Melayu dan Islam itu bodoh (stupid). Akhirnya sebanyak mana pun pengorbanan PAS itu, PAS tetap menjadi mangsa dan korban kehendak dan nafsu pimpinan DAP dan PKR. Apabila PAS memberikan pandangan yang berbeza sedikit dengan mereka maka keluarlah kenyataan-kenyataan seperti, Hadi tidak berpendirian, PAS khianati perjuangan Pakatan Rakyat dan PAS flip-flop dan sebagainya. Hanya PAS tidak pandai untuk membalas kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat dari parti rakan-rakan mereka dengan bijaksana. Bagi PKR dan DAP hanya mereka sahaja yang berhak untuk membuat keputusan. Hak PAS hanya lah untuk menerima sahaja apa yang mereka mahukan kerana mereka berpendapat PAS boleh mengorbankan apa-apa perjuangan sekali pun untuk mendapat kemenangan beberapa kerusi dalam pilihanraya umum dan kecil. 'Langkah Kajang' dahulu contohnya, PAS tidak dirujuk dahulu untuk melakukannya. Semasa itu PAS terpaksa memberikan sokongan memikirkan semangat kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu. PAS dikehendaki menyokong sahaja apa yang mereka mahukan tetapi jangan sekali PAS cuba untuk memberikan pandangan yang berlainan dengan mereka. PAS akan dianggap khianat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat (jika ada pun perjuangan). Perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak akan kemana kerana rakan-rakan kongsi mereka akan melakukan 'insubordinations' terhadap setiap kemahuan PAS. Bagaimana PAS mahu memperjuangkan hudud dengan bekerjasama dengan penentang hudud yang tegar? PAS hanya diperguna untuk menjadi 'penjunjung' mereka sahaja. Untuk kepentingan rakan-rakan 'superficial' mereka dalam Pakatan Rakyat, parti itu terpaksa mengalah dan akur terhadap nafsu mereka sahaja. Ibarat kata, PAS itu 'hanyalah parti lilin, menerangi semua orang tetapi ia akan cair begitu sahaja akhirnya. PAS itu jambatan untuk pihak yang berkepentingan untuk menyeberang sahaja, atau hanya dianggap sebagai dahan bongkok untuk laluan kera-kera, monyet-monyet dan tupai-tupai sahaja'. 'Ibarat kenduri besar, PAS akan disuruh masak dan menghidang sahaja sebagai orang penanggah. Makan dan hidangan itu adalah PKR dan DAP. Selepas makan besar, PKR dan DAP akan pulang, dan PAS masih tinggal untuk tugasan membersih dan mencuci pinggan makan DAP dan PKR tadi'. Bagi PKR dan DAP, PAS itu hanyalah sebagai garam. Dalam masakan garam itu penting, dan mesti ada dalam masakan itu. Tetapi garam itu tidak boleh lebih-lebih, nanti lauk dan gulai itu tidak boleh dimakan pula, terlalu masin. Garam itu hanya setakat sesedap rasa sahaja. Raja-Raja Melayu pun dianggap mereka sebagai garam dan perisa masakan semata-mata. |
Lembu import sempena Aidiladha dijamin selamat dan sihat - Ismail Posted: 02 Oct 2014 04:47 PM PDT ANTARAPOS.COM PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Rabu memberi jaminan bekalan lembu hidup yang diimport sempena sambutan Aidiladha Ahad ini adalah sihat dan bersih daripada sebarang penyakit. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jaminan itu diberikan bagi mengelak pengguna berasa khuatir akan tahap kesihatan lembu import terutamanya berkaitan penyakit kuku dan mulut. "Lembu-lembu yang diimport biasanya akan diperiksa tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibawa masuk dan kemudian akan dikuarantinkan selama 10 hari," katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Duta Brazil ke Malaysia, Madam Maria Auxiliadora Figueiredo, di pejabatnya di sini, Rabu. "Kita memang sentiasa pantau lembu-lembu yang dibawa masuk ke negara ini, dan kebanyakan lembu yang gagal dibawa masuk ke sini rata-ratanya kerana menghidap penyakit kuku dan mulut," katanya. Katanya, kementerian turut menempatkan sebanyak 361 pegawai bagi memantau tahap kesihatan dan proses sembelihan lembu-lembu import terbabit. Separuh daripada 25,000 ekor lembu yang disediakan sebagai bekalan sempena Aidiladha pada tahun ini diimport dari Myanmar, Thailand dan Australia. Sementara itu, kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dua hala bidang pertanian antara Malaysia dan Brazil adalah menggalakkan dengan kemungkinan untuk pertumbuhan dalam perdagangan pertanian yang tinggi. |
Akta Hasutan: Peguam berarak 16 Okt Posted: 02 Oct 2014 04:40 PM PDT MALAYSIAKINI Majlis Peguam mengumumkan bahawa perarakan anjurannya bagi membantah Akta Hasutan 1948 akan diadakan pada 16 Oktober. Perarakan tersebut yang diputuskan oleh anggota badan tersebut dalam mesyuarat agung luar biasa bulan lalu digelar 'Perarakan untuk Keamanan dan Kebebasan 2014'. Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong (kanan) berkata peguam itu akan berhimpun untuk perarakan pada jam 10.30 pagi di Padang Merbok, Kuala Lumpur dengan pakaian mahkamah. Katanya, badan itu percaya bahawa keamanan yang berterusan, perpaduan dan sikap hormat menghormati hanya dapat dianjurkan melalui "perbahasan sihat, kepelbagaian pandangan, dan kebebasan bersuara". "Akta Hasutan 1948 adalah bercanggah dan memundurkan nilai ini, dan juga aspirasi untuk Malaysia yang lebih baik. "Saya menyeru seluruh anggota dan peguam pelatih untuk menyertai perarakan dan menyatakan aspirasi serta sokongan untuk Malaysia yang lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini. Badan tersebut sebelum ini menganjurkan perarakan bagi membantah keganasan polis dan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011. Pada 2007, badan tersebut menganjurkan 'Perakarakan Untuk Keadilan' yang disertai 2001 peguam dalam perarakan ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menuntut suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menangani kemerosotan dalam badan kehakiman. Susualn itu, perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes video VK Lingam dan pelantikan hakim. |
Yang tidak berkepimpinan, jangan berkeliaran di Putrajaya lagi Posted: 02 Oct 2014 04:32 PM PDT Harga petrol dan diesel naik lagi hasil dari penarikan balik subsidi bahan api oleh kerajaan sebanyak 0.20 dua hari yang lepas. Belum lagi kita dapat menerima pengenalan GST tidak berapa lama lagi kita dibebankan dengan kenaikan harga bahan api sebanyak 0.20 bagi setiap litre. Kita bukan tidak menerima hakikat yang akhirnya nanti kita tidak akan dapat mengelak dari penarikan kembali subsidi bahan api ini, tetapi ia dilakukan diwaktu subsidi ini perlu dikekalkan buat sementara waktu kerana rakyat sedang dalam kesusahan yang keterlaluan sekarang ini. Dalam keadaan harga minyak dunia sedang dalam keadaan menurun sejak beberapa tahun yang lalu kita menaikan harga 'retail' bahan api ini tidak henti-henti. Ini bukan masalah kita mahu subsidi itu kekal, tetapi ia adalah masalah waktu dan cara harga bahan api ini dinaikkan. Sejak 2009 begitu banyak subsidi telah ditarik balik. Nampaknya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk menambah pendapatan untuk menyelenggarakan negara dengan kadar yang baik dan terpaksa menyelindungi kelemahannya dengan menarik balik subsidi bahan api ini. Kini rakyat bukan meminta tambahan subsidi tetapi sekadar mengekalkan subsidi itu diperingkat yang ada kerana waktu dan ketika ini rakyat sedang berperang dan berjuang untuk mengendalikan kehidupan dalam keadaan yang tersangat sempit ini. Kerajaan sepatutnya buat sementara ini menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit dengan kesempitan ini dahulu, bukannya menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah kerajaan yang boros dan tidak berbelanja dengan telus seperti yang difahami oleh ramai sekarang ini. Apabila kerajaan bermasalah sahaja, maka rakyat terpaksa menanggung kelemahan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sedangkan kerajaan tidak pernah menyedari yang rakyat telah berkorban dengan membenarkan subsidi bahan api ini ditarik balik beberapa kali dalam tempoh setahun dua ini. Yang bermasalah sekarang ini bukannya rakyat, tetapi yang mempunyai masalah sekarang ialah kita mempunyai pemimpin yang bermasalah besar. Pemimpin kita semuanya adalah dari gulungan yang keliru, tidak tahu bagaimana dan cara mana mereka berada diatas sana dan memimpin kita dan negara. Kita tidak ada 'planner' yang baik untuk menyusun dan mengendalikan isu kekurangan pendapatan kerajaan dengan mencari sumber lain selain dari memberikan tumpuan menarik balik subsidi yang sudah begitu besar sejak beberapa tahun yang lepas ini. Najib sepatutnya berhenti buat seketika bercakap bergegar-gegar hendak membawa negara ini kepada sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sedangkan rakyat dibawah ini sedang bergelumang dengan kehidupan yang sempit dan memeritkan ini. Najib lebih mementingkan populariti peribadi beliau dari menangani masalah rakyat yang lebih dari 70 peratus yang berada dibawah purata pendapatan RM3000 sebulan ini. Cerita hendak menaikkan tahap negara berpendapatan tinggi, buat sementara ini masih lagi cerita dongeng Najib 'and geng' yang begitu sarat dengan dongengan itu. Najib sepatutnya bercakap mengikut kadar yang sepatutnya sahaja dan elakkan diri dari hanya berucap tanpa mempunyai asas kukuh untuk mengaku yang negara kita bakal menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Najib nampaknya bukannya memimpin negara dengan bermodalkan kepada kebijaksanaan atau kemampuan untuk membuat perancangan baik untuik rakyat, tetapi hanya bersandarkan kepada populariti beliau di dalam UMNO sahaja. Najib jelas mempunyai lidah yang terlalu pantas dari pemikirannya. Najib sepatutnya sekarang berdiri diatas pentas dan mengumumkan yang beliau tidak lagi berdaya untuk menguruskan negara dan mengaku sahaja yang beliau telah gagal dalam serba serbinya dan mengumumkan apa yang sepatutnya yang beliau perlu lakukan. Jika beliau menyedari keadaan itu, dan mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih dan bersara, maka semua barisan kepimpinan dibawahnya juga sepatutnya turut serta bersara dan memberikan rakyat membuat pilihan yang lain. Kerajaan sekarang tidak sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga bertahan dengan memaksa rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada dalam sebuah negara yang akan lumpuh dalam tidak berapa lama lagi. Najib tidak berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu subjek 'which he knows too little'. Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini. Takkanlah kerajaan sekarang hanya mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara. Kita tidak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara kerana membiarkan Ketua Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran (loitering) di Putrajaya itu hanya untuk mengelirukan rakyat. Tidak boleh kah mereka yang berada di peringkat Dewan Legislatif Negara melakukan sesuatu yang drastik dan berani untuk mencari kepimpinan yang mampu untuk memahami keadaan rakyat yang sangat terhimpit kehidupan mereka ini? Tidak adakah di kalangan mereka ini mengenepikan sedikit masa untuk berfikir untuk membantu rakyat yang dalam keperitan ini? Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam? Najib, Muhyidin dan lain-lain diatas itu patut berkorban untuk rakyat. Berkorban bukan hanya dengan memegang jawatan. Meletakkan jawatan untuk kepentingan negara juga adalah pengorbanan. Elok letak jawatan sekarang daripada di letakkan jawatan mereka ini oleh rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Pemimpin kerajaan (UMNO) sekarang ini jangan mengekalkan kuasa semata-mata disebabkan kekalutan yang sedang berlaku dipihak pembangkang sekarang sahaja. |
Subsidi petrol hanya 28 sen seliter, mana pergi lebihan peruntukan? Posted: 02 Oct 2014 04:28 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR- Ke manakah berbilion-bilion ringgit yang tidak digunakan selepas pemotongan subsidi dibelanjakan? Demikan persoalan dibangkitkan ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata, dengan kenaikan itu kerajaan memiliki lebihan RM1.341 bilion peruntukan subsidi dari Belanjawan 2014. "Selepas kenaikan harga, kerajaan menjangkakan akan menggunakan lebih RM21 bilion untuk subsidi RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk tahun 2014. "Namun dalam belanjawan lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM22.341 bilion untuk subsidi tersebut. Jadi ke manakah baki RM1.341 bilion akan dibelanjakan?" katanya dalam satu kenyataan. Petrol RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter, manakala diesel RM2.20 seliter. Kali terakhir kenaikan harga minyak RON 95 adalah pada 2 September 2013 iaitu sebanyak 20 sen dari RM1.90 kepada RM2.10, manakala diesel dari RM1.80 kepada RM2.00. Ahli Parlimen Kulai itu berkata, dengan penurunan harga minyak dunia, subsidi kerajaan ke atas petrol RON95 hanya 28 sen seliter. Menurut Teo, lebihan dalam bekalan minyak menyebabkan harga minyak menjunam kepada kurang daripada USD100 segelen untuk kali pertama dalam tempoh 16 bulan. "Walaupun sebelum subsidi dikurangkan, kerajaan boleh menjimatkan banyak peruntukan selepas jatuhnya harga minyak dunia. Dengan mengambil kira harga pasaran RON95 iaitu RM2.58 seliter. Kerajaan kini hanya mensubsidi 28 sen seliter. "Jadi, rakyat Malaysia perlu tahu ke mana perginya wang yang tidak digunakan ini," katanya. Mengapa selepas PRK Pengkalan Kubor? Sementara itu, Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong mempersoalkan kenaikan yang dibuat sebaik selepas BN memenangi Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor, hanya seminggu yang lalu. "Jika BN benar-benar menghormati pengundi di sana dan seluruh rakyat Malaysia, mereka perlu berani membuat kenaikan ketika kempen PRK agar penduduk dapat membuat pilihan dan menyatakan pendirian. "Tindakan ini sekali lagi menunjukkan BN tidak berani berdepan dan berterus-terang dengan rakyat," katanya lagi. – Roketkini.com |
Minyak naik, GST: Kenaikan berantai tambah beban rakyat Posted: 02 Oct 2014 04:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Felo Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Mohd Hafiz Jamaludin mempersoalkan tindakan mengejut kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 seliter dengan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di negara ini. Jelasnya pada program Bicara Harakah 'Bajet 2015: Cabaran Rakyat' tindakan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa walaupun daripada Petronas. "Kita tidak tahu kenapa kenaikan harga minyak kali ini dilakukan dengan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. "Ini persoalan menarik dan bukan setakat itu sahaja, tidak ada sesiapa yang mengetahuinya walaupun dari Petronas itu sendiri," jelasnya pada parogram yang berlangsung di MyHarakah Bazaar petang tadi. Beliau berkata, dengan bajet yang akan dibentangkan pada 10 Oktober nanti rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga minyak tetapi dibebani dengan kenaikan berantai. "Rakyat perlu bersedia dengan kenaikan berantai, kita menjangkakan akan ada penarikan subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga barangan lain. "Kerajaan perlu memgambil pendekatan baru dalam membuat struktur baru bagi mencari penyelesaian dalam meringankan beban rakyat," jelasnya. Tambah beliau, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan langkah terbaik, sepatutnya kerajaan perlu memperkasakan sumber baru termasuk sumber pendapatan terdahulu. "Dulu kita megah dalam pertanian dan mineral kenapa ini tidak diperkasakan semula, ia seolah-olah dilupakan begitu sahaja. "Sektor ini tidak diutamakan dan kita tidak tahu ap dasar yang digunakan kerajaan dalam merealisasi sumber pendapatan negara. "Kita perlu melakukan perubahan baru dengan membuat struktur melalui sumber terdahulu dan yang akan datang," sambung beliau. Menurutnya, kegagalan kerajaan meneliti dan hanya tertumpu kepada pelaksanaan GST menyebabkan rakyat terutama golongan miskin bandar terus dihimpit dengan bebanan dalam meneruskan kehidupan. - HARAKAHDAILY |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan