Sabtu, 18 Oktober 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Ghapur: "Saya Sudah Di Parlimen 35 Tahun, Saya Bukan Bodoh.."

Posted: 18 Oct 2014 01:15 AM PDT


Pendapatan purata keluarga di Sabah RM4,000 tidak benar

Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat Jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang.

Ahi Parlimen (MP) Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan menentukan purata pendapatan isi rumah sesebuah keluarga di Sabah.

Gesaan oleh Ghapur berikutan desakan oleh MP pembangkang yang mempersoalkan purata pendapatan isi rumah seorang penduduk di negeri tersebut.

"Saya sudah berada di Dewan ini 35 tahun, saya bukan bodoh, mana boleh pendapatan isi rumah boleh bercampur dengan seorang individu kaya berpendapatan RM50,000 ke atas dan menentukan purata pendapatan isi rumah.

"Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang. Cadangan ini bagi melihat sendiri dan sama-sama turun ke setiap rumah bagi mendengar masalah dan mengira purata pendapatan isi rumah rakyat di Sabah," katanya di Parlimen hari ini.

Tambahnya, MP Kinabatangan Bung Mokhtar juga boleh mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

"Saya cadangkan kita pergi rumah ke rumah ambil pengiraan dan dapatkan beberapa pendapatan isi rumah di Sabah. "Tindakan ini bagi memastikan rakyat di Sabah tidak diselubungi keraguan berhubung isu pendapatan tersebut," jelasnya.

MP Segambut, Lim Lip Eng sebelum itu meminta kepastian sama ada statistik perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan isi rumah sebuah keluarga di Sabah secara purata RM4,000.

"Soalnya adakah benar perangkaan pendapatan tersebut dan jika salah beliau meminta penjelasan kenapa perangkaan itu dikeluarkan," ujarnya. -FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Azmin Libas Noh Udang: "Baru 3 Minggu, UMNO 50 Tahun Tak Boleh Buat Apa-apa"

Posted: 17 Oct 2014 05:22 PM PDT


Azmin: "Baru 3 minggu, BN dah 50 tahun gagal"

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin meminta diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Selangor memandangkan baru menggalas tanggungjawab itu selama tiga minggu.

Berbanding 50 tahun Selangor di bawah pentadbiran Umno-BN beliau berkata, parti berkenaan tidak mampu mengangkat kedudukan negeri berkenaan berada dalam kedudukan sekarang,

"Saya menyambut baik, Insya Allah ini satu tanggungjawab.

"Saya telah nyatakan tugas ini adalah satu tanggungjawab dan bukan keistimewaan yang akan saya galas sebaik mungkin.

"Berikan saya peluang membentangkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor Insya Allah malahan saya akan tumpukan salah satu teras utama dalam belanjawan Negeri Selangor ialah soal pendidikan. Itu saya beri jaminan.

"Jadi beri peluang kepada saya. Baru tiga minggu. Umno 50 tahun tidak boleh buat apa-apa," katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mempersoalkan kebolehan Adun Bukit Antarabangsa sama ada mampu meletakkan kedudukan Universiti Selangor (Unisel) pada kedudukan terbaik dalam soal pendidikan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mempersoalkan kedudukan kemasukan pelaburan di Selangor yang kini berada di kedudukan ke-5 sehingga Mei 2014 memandangkan dua tahun sebelum itu berada di kedudukan dua teratas.

Mohamed Azmin sebelum itu dengan tenang menepis kenyataan sinis Noh Omar yang mendakwa beliau menjadi Menteri Besar Selangor diatas linangan air mata orang lain.

Sebaliknya beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya yang menangis selepas kemelut jawatan nombor satu Selangor itu berjaya diselesaikan.

"Selangor Alhamdulillah kita selesaikan cara baik pelantikan Menteri Besar Baru.

"Tiada siapa yang menangis, yang menangis ni belah sana (BN)," jawabnya sekaligus menggamatkan Dewan Rakyat semalam.

Noh turut mengucapkan 'tahniah' kepada Mohamed Azmin yang telah dilantik selaku Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun disambut dengan sorakan 'cemburu' oleh Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan. Mohamed Azmin dilantik secara rasmi menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu. -selangorku









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Minah Saleh Tak Bercoli Di Pantai Port Dickson, Kenapa Macai Tak Bising?

Posted: 17 Oct 2014 05:02 AM PDT


Port Dickson – Tindakan empat wanita warga asing berehat di Pantai Saujana Batu 4, di sini dalam keadaan separuh bogel, tengah hari kelmarin, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan perlakuan melampau wanita terbabit.

"Mereka pada awalnya hanya berbikini dan berenang di pantai. Selepas setengah jam kemudian, mereka naik semula ke pantai dan berjemur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

"Tiga dari mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun, sementara seorang lagi lebih berusia sekitar 50-an. Mungkin mereka anak beranak," katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam Pantai Saujana Batu 4, Latif Ahmad, 61, berkata, dia didatangi oleh empat wanita warga Eropah lengkap berpakaian sekitar jam 12 tengah hari yang ingin menyewa payung.

"Mungkin mereka menginap di salah sebuah hotel sekitar Batu 4 berikutan mereka hanya berjalan kaki ke pantai ini.

"Disebabkan saya tidak faham bahasa Inggeris, saya hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan dengan bantuan orang awam lain, dia dimaklumkan wanita berkenaan ingin menyewa payung dan meminjam kerusi," katanya.

Tambah Latif, dia tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah diberitahu wartawan.

"Jarak antara tandas ini dan lokasi kejadian agak jauh, ditambah pula tempat ini dihalang oleh tandas," katanya.

Katanya, sekitar jam 4 petang, wanita berkenaan memulangkan semula kerusi dan sempat bertanya bagaimana hendak ke restoran segera di Port Dickson," katanya.

Latif berkata, sejak dia bertugas sebagai penjaga tandas hampir dua tahun lalu, ini kali pertama dia mendengar berita mengenai kejadian seperti itu.

"Memanglah tidak ramai pengunjung yang datang ke pantai ini semalam (kelmarin) kecuali pada hujung minggu atau cuti umum, memang pantai ini padat dengan pengunjung," katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, walaupun kes itu terpencil, namun pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

"Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan dan melanggar etika Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Oleh itu, orang ramai diminta bekerjasama dalam hal ini. Sekiranya perkara sama berlaku, orang ramai diminta segera menghubungi MPPD atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut.


Berjemur tanpa coli

Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.

Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

-HM


ULASAN GB

Kalau berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku di Teluk Bahang Pulau Pinang satu ketika dulu, heboh macai-macai UMNO waktu ini menghentam kerajaan negeri.

Bila terbukti yang terlibat ialah bekas pemimpin Wanita BN (Gerakan) macai terus senyap.

Sekarang bila berlaku di negeri UMNO BN sendiri kenapa mereka tak bising?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: