edyesdotcom |
Taja Artis : Bukan Penjelasan Selebriti Yang Ditagih Tetapi Kumpulan Perubatan Johor Posted: 17 Oct 2014 09:51 AM PDT Kenyataan Media 18 Oktober 2014 Taja Artis : Bukan Penjelasan Selebriti Yang Ditagih Tetapi Kumpulan Perubatan Johor Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menghargai usaha Rozita Che Wan untuk memberikan penjelasan sebagai respons balas kepada isu tajaan rawatan bersalin oleh KPJ Ampang Puteri. Namun begitu, yang dipersoalkan adalah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang menaungi Hospital Ampang Puteri bukanlah Rozita Che Wan. Mengapa KPJ masih berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan asas keputusan memberikan tajaan tersebut. Maka, rakyat Johor tidak menagih penjelasan Rozita Che Wan tetapi jawapan konkrit daripada anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp) itu. KPJ perlu bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana JCorp dan KPJ adalah merupakan syarikat sayap pelaburan Negeri Johor. Malah, sebelum ini beberapa keputusan pelaburan, perniagaan dan promosi yang dilakukan oleh JCorp telah menyebabkan kerugian besar termasuklah Amanah Saham Johor satu ketika dahulu. Sudah pastilah, rakyat negeri ini sebagai stakeholders tidak rasmi mempunyai hak untuk mengetahui asas keputusan tajaan tersebut. Kepada Rozita Che Wan, SAMM Johor tidak berniat mempertikaikan rezeki yang diterima oleh bakal anaknya tetapi apalah salah kiranya Rozita Che Wan mempunyai sedikit jiwa yang besar dan menjadi seorang selebriti yang "Noble" dengan menolak pemberian KPJ ini, sebaliknya meminta KPJ membantu ramai lagi orang-orang susah yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan daripada mereka. Hadzril Rizal Penyelaras SAMM Johor |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan