Jumaat, 17 Oktober 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tarif air naik: Hadi, puak UG punya pasal

Posted: 17 Oct 2014 02:52 PM PDT

Oleh: WEBMASTER
Akibat sikap terlalu mempertahankan Khalid Ibrahim dalam krisis Selangor, rakyat negeri itu menerima padah apabila perjanjian Langat II yang didedahkan MB Azmin Ali semalam, bakal menaikkan kos air mentah daripada 1 sen per kubik meter kepada 10 sen yang akan dibayar kepada kerajaan Pahang sebaik sahaja loji Langat beroperasi.

Kos air mentah naik 90 peratus, tentulah kos air yang diproses akan melambung. Kerajaan Persekutuan sengaja menaikkan kos membina loji Langat II melalui teknologi sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC). Teknologi tersebut hanya digunakan untuk merawat air dari sungai yang tercemar teruk, iaitu pada tahap empat. Namun air sungai Pahang tidak tecemar dan tidak memerlukan belanja tinggi bagi merawatnya.

Perjanjian tergesa-gesa

Perjanjian air ditandatangani kerajaan BN dan Khalid Ibrahim ketika PKR sedang berusaha keras menukar MB yang dilihat condong kepada BN dalam mengendalikan proses penstrukturan industri air Selangor.

Salah satu daripada dua perjanjian pembinaan loji Langat II ditandatangani pada hari raya kelima Aidilfitri lalu.

Biasanya pegawai-pegawai tinggi di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bercuti untuk seminggu berhari raya. Namun kerana kerajaan BN terdesak untuk meneruskan rancangan Langat II - ketika Khalid Ibrahim hampir digantikan oleh Dr Wan Azizah - perjanjian terpaksa disediakan pada hari  cuti perayaan. Perjanjian tergesa-gesa ini mengandungi pelbagai mark up harga yang biasa dilakukan oleh BN untuk menolong kroni. Projek Langat II yang pada asalnya dianggar bernilai RM2 bilion kini dispekulasikan meningkat kepada lebih RM3 bilion.

Kesemua kos ini akan dimasukkan ke dalam bil air yang bakal ditanggung oleh pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. PKR dan DAP membantah perjanjian yang dilakukan secara senyap-senyap oleh Khalid Ibrahim itu. Namun PAS tidak membantah, malah merekalah penyokong kuat kepada usaha merompak wang rakyat Selangor ini.

Hadi mempertahankan Khalid habis-habisan. Sanggup mencaci Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sanggup tidak lagi bersemuka dengan pemimpin DAP. Puak UG dalam PAS seperti Tantawi bersungguh-sungguh membela Khalid, mewujudkan NGO Gerak 2.0. Anak Nik Aziz, Nik Abduh berhari-hari menyediakan hujah menghentam puak Anwarisme, Erdogan dan siapa sahaja yang pro Pakatan dalam PAS.

Sekarang di manakah mereka? Dulu berucap berapi-api mempertahankan polisi Khalid. Apabila tarif air dikhabarkan akan naik di manakah mereka? Mengapakah mereka tidak meneruskan usaha memberi penjelasan bahawa polisi Khalid Ibrahim adalah yang terbaik buat Selangor?

Inilah kerja konspirasi ahli politik PAS dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyusahkan hidup rakyat Selangor. Mereka bukan anak jati Selangor tetapi akibat campurtangan mereka, rakyat Selangor menderita. Zaharuddin @ Din Ayam menantu Hadi Awang boleh pulang ke Terangganu selepas mendapat laba dan saham dari Kumpulan Perangsang Bhd , Tantawi boleh balik ke Pahang dengan senang hati, abang Raja Petra warganegara United Kingdom yang rapat dengan sepupunya sultan Selangor dan menjadi orang penting di GLC Selangor boleh pulang ke British. Tetapi rakyat Selangor tiada tempat hendak lari dan terpaksa menanggung kos berbilion ringgit daripada kerja-kerja busuk sekumpulan oportunis tersebut.

Inilah akibatnya politik Islam disalahgunakan. Islam mengajar agar pemimpin memimpin untuk kebajikan  umat. Namun politik yang diamal oleh puak UG PAS ini tidak ada ubahnya dengan polisi Umno. Mereka berkomplot merompak duit rakyat melalui kenaikan tarif.

Apa yang diamalkan puak UG ini bukan politik Islam tetapi politik yang mengikut hawa nafsu. Tiada guna Dewan Ulama dan para ustaz PAS bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid tetapi berakhir dengan kenaikan kos.

Rakyat Selangor tidak reda dengan komplot politik PAS yang menyusahkan hidup mereka. Penulis yang merupakan anak kelahiran Selangor, membesar dan menetap di Selangor amat marah dengan cara berpolitik golongan agamawan ini.

Penulis mencadangkan sebagai hukuman Hadi, Tantawi, Nik Abduh perlu mendermakan gaji ahli parlimen mereka ke dalam tabung khas bagi menyerap kenaikan tarif air Selangor. Begitu juga Zaharudin dan abang Raja Petra yang rapat dengan istana Selangor dan didakwa telah menggagalkan usaha PKR menghalang perjanjian Langat II apabila sultan dinasihati agar terus membenarkan Khalid Ibrahim mentadbir negeri meskipun Dr Wan Azizah telah memperolehi majoriti 30 kerusi DUN pada 14 Ogos lalu.

Semua komplot pemimpin PAS ini perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka. PAS Selangor wajar memikul tanggungjawab menggantikan mereka dalam pemilihan parti itu pada tahun hadapan. Sekiranya gagal maka rakyat Selangor tawar hati untuk mengundi pemimpin yang menaikkan kos hidup hanya untuk mempertahankan seorang MB yang dipecat daripada PKR.

Tarif air selangor mungkin naik, kos empangan tinggi

Posted: 17 Oct 2014 02:48 PM PDT

OLEH: Amirulmukminin
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu Selangor diberikan kuasa dalam membuat keputusan berhubung projek Langat 2.

Menurutnya, ini kerana pada masa kini kerajaan Persekutuan tidak membincangkan perincian teknikal projek loji rawatan air itu dengan Selangor.

Sebaliknya penglibatan kerajaan negeri adalah apabila kerajaan Persekutuan memohon untuk mengambil alih tanah di Hulu Langat dan dalam kebenaran merancang.

"Setelah kontraktor dilantik oleh kerajaan Persekutuan, barulah Selangor mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal loji rawatan air Langat 2 untuk fasa pertama. 

"Kerajaan negeri berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan.

"Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi," kata Azmin ketika membahaskan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memetik dua contoh tentang keterlebihan dalam projek tersebut.

Menurutnya, loji itu akan menggunakan teknologi dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).

"Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk. 

"Apakah air yang mengalir di Sungai Semantan yang akan dialirkan ke Selangor berada pada tahap kelas 4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah?" tanya Azmin.

Beliau turut mempersoalkan peningkatan kos sebanyak sepuluh kali ganda apabila Langat 2 beroperasi dengan air daripada Sungai Semantan di Pahang.

"Kerajaan Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per isipadu meter kepada Pahang bagi bayaran air mentah tersebut.

"Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per kubik meter sahaja," katanya.

Menurutnya, peningkatan kos itu akhirnya pasti akan dipindahkan kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih untuk penggunaan air.

Tiada ulasan: