Khamis, 23 Oktober 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mangsa Rogol, Hidup Bebas Insaf Selepas Hamil

Posted: 23 Oct 2014 12:56 AM PDT


[Sinar Harian] SABAK BERNAM - "Bayangkan saya hamil sewaktu saya tingkatan tiga, macam mana saya nak rahsiakannya daripada ibu bapa sedangkan perut makin membesar," kata Suriyani (bukan nama sebenar), 21.

Suriyani yang kini menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkata, peristiwa lima tahun lalu itu masih segar di ingatan setelah disahkan hamil selepas dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah jirat Cina.

Menurutnya, kejadian itu menjadi titik hitam dalam hidupnya selepas dia bersama rakan-rakannya berhibur sambil meneguk minuman keras sebelum dia dipelawa seorang lelaki menaiki sebuah kereta.

"Saya tak sedar apa yang berlaku waktu tu kerana mabuk, sebaik sedar saya dah berada di kubur Cina. Ketika itu rasa dunia ini kelam selepas dirogol dan dibiarkan di kubur," katanya kepada Sinar Harian.

Suriyani memberitahu, sebulan selepas kejadian itu, dia mula merasakan perubahan pada dirinya akibat sering kali ke tandas kerana mengalami muntah yang teruk terutama ketika sedang belajar di dalam kelas.

"Saya merahsiakan kehamilan ini hingga kandungan berusia sembilan bulan sebelum seorang guru kaunseling menegur saya dan meminta saya berdiri sambil menyuruh saya memegang perut.

"Saya hanya menangis dan memberitahu saya mengandung sembilan bulan sebelum dia membawa saya berjumpa dengan pengetua yang baru dua hari melapor diri di sekolah berkenaan," katanya.

Menurut anak bongsu dari tujuh beradik itu, ibu bapanya hanya mengetahui dia hamil setelah dia dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan pada 13 Mac 2010 dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki dua hari selepas itu.

"Memang ibu bapa saya amat kecewa selepas mengetahui saya lahirkan anak luar nikah, tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur, cuma mereka tak putus-putus beri perangsang kepada saya untuk teruskan hidup," katanya.

Bagaimanapun, sikapnya yang suka berfoya-foya dengan rakan-rakan masih diteruskan selepas habis berpantang hinggalah dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan pindah ke sebuah sekolah baharu.

"Saya mula pergi kelab malam dan minum arak sejak tingkatan satu lagi. Semuanya kerana pengaruh rakan-rakan. Saya rasa segala tekanan hilang setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan," katanya.

Menurutnya, dia hanya bersekolah selama dua minggu di sekolah baharu sebelum dia dibawa ibu bapanya menjalani rawatan pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam.

"Pada mulanya memang saya tak nak datang ke sini kerana tak bebas, tapi selepas tinggal beberapa minggu, saya rasa seronok dan jiwa semakin tenang selain tekad untuk berubah," katanya.

Selepas keluar dari pusat perlindungan wanita itu, Suriyani kemudiannya belajar di sebuah sekolah aliran agama swasta dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setahun lewat daripada rakan-rakan seusianya.

"Saya insaf dan bergaul dengan rakan-rakan yang baik di sekolah agama dan kemudiannya menyambung pengajian di sebuah IPT di Melaka dan berhenti sebelum menyambung pengajian peringkat asasi dan ijazah di kolej sekarang," katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarganya dapat menerima dirinya, malah anak yang dilahirkannya itu yang kini berusia lima tahun dijaga baik kakak sulungnya.

"Saya berharap walaupun anak saya bukan anak sah taraf, dia boleh jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti.

"Saya sebenarnya malu dengan diri sendiri bagaimana nak bagi tahu dia adalah anak saya, sedangkan dia menganggap saya makciknya, saya harap dia dapat memaafkan kesalahan yang saya lakukan," katanya. -23/10/14


"Panggil Saya Jokowi" - Presiden Indonesia

Posted: 22 Oct 2014 11:30 PM PDT



[Mstar] JAKARTA: Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil dengan nama gelarannya sebelum ini - Jokowi.

"Lebih aneh jika saya dipanggil Encik Widodo atau Presiden Widodo.

"Justeru, cuma panggil saya Jokowi, atau Presiden Jokowi jika anda tetap mahu menggunakan gelaran rasmi saya," katanya.

Beliau ditanya media mengenai panggilan yang sesuai untuknya selepas mengangkat sumpah jawatan Isnin lalu.

Malahan, beliau merasakan janggal apabila ada orang menyapa hanya dengan Joko.

Bermula sebagai tukang kayu dan peniaga perabot, Jokowi mula dikenali apabila menjadi Datuk Bandar Solo sebelum menjadi Gabenor Jakarta.

Penampilannya yang bersahaja, tanpa protokol dan mudah didekati menjadikan Jokowi tokoh yang disengani ramai sehingga berjaya dalam pilihan raya presiden, Julai lalu.

Situasi sama pada isterinya, Iriana apabila gelaran Wanita Pertama Indonesia yang diterima tidak akan mengubah dirinya menjadi 'orang lain.'

Ditanya pula pengalaman malam pertama mendiami Istana Presiden iaitu kediaman rasmi pemimpin nombor satu republik itu, kata Jokowi, dia tidur lena dan semakin selesa di kediaman rasminya itu.

"Saya pernah menetap di bangunan lama di Solo.

"Istana Presiden ini juga bangunan lama dan saya tak ada masalah," katanya. -23/10/14



Video Hajah Rosmah Senggol Haji Najib Jadi Viral di Laman Sosial, Dikritik Umum

Posted: 22 Oct 2014 07:31 PM PDT




[Keadilan Daily] KUALA LUMPUR 22 OKT: Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral di
laman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.


Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.

Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.

Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.

Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan tindakan Rosmah berkenaan sangat memalukan kerana sanggup memperlakukan Najib sedemikian rupa di hadapan umum.

Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi 'buah mulut' rakyat Malaysia.

Salah seorang pengguna facebook, Terence Yeoh berkata, "tiada apa yang terkejut, rakyat Malaysia sudah tahu siapa 'bos' sejak dulu lagi".

Murni Sootchi pula menyatakan: "punya lah kuat singgung…sekarang tahulah kita macam mana PERMATA dapat peruntukan RM711 juta dalam Bajet 2015″.

Pengguna bernama Bigbosman Bos Buat turut membidas kelakuan Rosmah itu dengan berkata, "apa yang big mama menyasak kat situ..lepas itu buat perangai…menjatuhkan maruah PM je.. kampungan betullah…".

Sarif Sharifuddin pula mempersoal – "agaknya di rumah macam mana yer…(Rosmah)", tulisnya di facebook.

Ada juga yang memberi jolokan Rosmah sebagai 'queen control', 'contoh wanita mithali, 'Malaysia first lady', selain menyifatkan tindakan Rosmah itu sebagai 'memalukan
Malaysia'. - Lyn Nasir




Tiada ulasan: