Khamis, 23 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dirgahayu Tuanku, Ketua Agama Islam Pahang

Posted: 23 Oct 2014 09:00 AM PDT

Potrait KDYMM Sultan Pahang sewaktu 
kecil bersama Nendanya (datuk) iaitu 
KDYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, 
Sultan Perak Ke-30. Comel kannnnnnnnnn

Alhamdullilah, tuanku Sultan Pahang hari ini sudah genap 84 tahun umurnya. Rakyat Pahang tentu seronok dapat sama-sama meraikan hari keputraan baginda dengan bercuti hari ini.Jatuh pula pada hari Jumaat yang semulia hari dalam pandangan Islam. 

Jumaat merupakan penghulu segala hari seolah-olah turut sama memuliakan sambutan keputraan baginda tuanku, Ketua Agama Islam Pahang yang mahir dalam agama Islam dan boleh bercakap mengenainya. Begitu juga baginda menyanjung tinggi agama Islam dengan sepenuh hati.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap".

 "Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini". Demikian itulah titah tuanku  di sini . Ingatlah pesanan itu, wahai semua yang melata diatas muka bumi!

Hamba rakyat jelata berasa amat bersyukur kerana dapat menikmati sedikit juadah yang ala kadarnya malam tadi selepas membaca Yaasin, bertahlil dan menadah tangan mengaminkan untuk kesejahteraan tuanku di mesjid dan surau .....

Ketika Doa Khutbah Jumaat, hari ini, rakyat akan angkat tangan lebih tinggi lagi untuk mengaminkan doa kesejahteraan tuanku , insya' Allah. Malam ni, Kuantan ada pertunjukan bunga api macam tahun lepas tak? Atau hanya buat macam pada keputeraan ke 81, sambut di UK  ?

Dirgahayu tuanku!

Tiada ulasan: