DIALOG RAKYAT |
- Adakah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan benci Al-Quran, soal Asri
- Seperti Jokowi, UMNO Juga Harus Keluar Daripada Kepompong Bangsawan
- Exco mahu MAIS ketat syarat lulus program
- Kes Beng Hock: Polis Fokus Saat Akhir Sebelum Kematian
- Tak Puas Hati Dipercayai Punca Kereta Pegawai Kastam Dibakar
- Polis Tak Takut - KPN
- SPRM tumpas pembalakan haram di Sarawak
- NGO harap PBB bersuara pada k'jaan M'sia
- 'Angin siklon kerana maksiat berleluasa?'
- 'Fokus isu anjing, bir buat M'sia ketinggalan'
- 'Masalah kami prasarana, bukan Robin Hood'
- Isu Royalti Terengganu : Bagaimanakah Kesudahannya ?
- Ambil Tindakan Tegas ,Yang Memperalatkan Anak Anak kecil !
- Membangun Bersama Islam: Islam mentadbir, bukan ditadbir
- Tanah runtuh: Setiap keluarga dapat RM300
- MB: 2 kali lawat dalam 24 jam, tekad bantu ringan beban rakyat
- MB: Bantuan baik pulih ribut di Pandamaran diumum esok
- Guna MyKad beli minyak, betapa celarunya kerajaan
- Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba, Terburu-Buru. Guru Tidak Dapat Habiskan Silibus Belajar. Respon Guru, Pelajar & Ibubapa?
- 'Cukup-cukuplah... Tun M jangan kacau Najib'
- Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun?
- Janin Dalam Sampah - "Pesta" Senyap Yang Menjadi-jadi
Adakah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan benci Al-Quran, soal Asri Posted: 23 Oct 2014 07:22 AM PDT OLEH MD IZWAN Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya dan minta Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii tidak membenci Al-Quran. – Gambar fail The Malaysian Insider, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam. Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah" kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri. "Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah. "Allah yang sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian Insider. Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut. "Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat? "Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya. Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau. "Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah," katanya. Semalam, Razlan berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan saja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini. Selain itu, katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam. "Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekeh orang Islam di seluruh Malaysia. "Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanis (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan. Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis: "Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?" Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan "tidak haram menyentuh anjing" selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza. Selepas itu Asri menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan "fatwa mengampu" demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. "Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," kata Asri. – | |||
Seperti Jokowi, UMNO Juga Harus Keluar Daripada Kepompong Bangsawan Posted: 23 Oct 2014 05:10 AM PDT shahbudindotcom. Indonesia baru saja menerima secara rasmi Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presidennya yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhiyono. Beliau mengangkat sumpah pada 22 Oktober lalu dan sekaligus mencatat sejarah sebagai presiden pertama yang datang daripada orang kebanyakan. Sebelum menjadi Gabenor Jakarta, Jokowi hanyalah seorang jurujual perabot. Kejayaannya melaksanakan banyak pembaharuan di kota Jakarta, kerap turun padang, selesa menyantuni golongan miskin dan selalu memakai baju yang sama, merupakan antara resepi kejayaannya mengungguli 53 peratus undi dalam pilihanraya presiden yang lalu. Sebelum Jokowi juga, semua enam presiden Indonesa sebelum ini datangnya sama ada daripada golongan keluarga ahli politik terkenal, ahli perniagaan mahu pun elit ketua tentera. Tetapi Jokowi tidak termasuk dalam semua kriteria itu. Belia hanya orang biasa yang bukan daripada keluarga dan keturunan siapa-siapa. Sementara rakyat Indonesia kelihatan berbangga dengan perlantikannya serta berharap dapat mengaplikasi lebih banyak kejayaan sebagaimana yang pernah dilakukannya ketika menjadi Gabenor Jakarta, media-media antarabangsa juga memuji Jokowi. Banyak media antarabangsa yang merasakan perlantikan Jokowi sebagai peluang terbaik untuk Indonesia melangkah lebih gagah ke hadapan kerana ia membuktikan kejayaan manusia biasa mencapai cita-citanya berdasarkan kebolehan, daya fikir serta merit di sebuah negara yang berpenduduk kira-kira 250 juta orang jumlahnya. Tetapi di Malaysia, apa yang berlaku? Kerajaan BN yang hanya memenangi 48 peratus undi popular dalam pilihanraya 2013, bukan saja tidak habis-habis dengan gelora dan caca-marbanya, malah masih terkepung dengan keinginan menonjolkan golongan tertentu saja sebagai ketuanya. Menjelang PRU 14 yang akan diadakan sebelum Mei 2018, sudah banyak diperbualkan ketika ini mengenai pengunduran Timbalan Perdana Menteri, Munyiddin Yassin daripada parti dan kerajaan. Dengan usianya sudah menjangkau 68 tahun berbanding Najib yang berusia 61 tahun, Muhyiddin bukan saja dianggap sudah tua, malah mungkin sudah letih untuk terus mengejar impian menjadi Perdana Menteri. Beliau dikatakan sudah cukup gembira dapat bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri saja. Muhyiddin diperbualkan secara meluas akan digantikan oleh Hishammuddin, sepupu Najib yang mendapat tempat ketiga dan hampir kecundang dalam pemilihan Naib Presiden UMNO pada penghujung 2013 lalu. Selain Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Apdal yang selesa memenangi jawatan tersebut, Hishammuddin hanya berbeza sembilan undi saja dengan Mukhriz Mahathir yang berada di tangga keempat dan pertama kali menyertai persaingan kerusi nombor tiga UMNO itu. Tidak seperti Indonesia yang sudah melangkah jauh dengan menobatkan orang kebanyakan sebagai ketua negaranya, UMNO jika terus berkuasa, jawatan utamanya masih lagi berlegar di kalangan kelompok bangsawan saja. Najib yang merupakan anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri, bukan rahsia lagi lebih cenderung memilih sepupunya, juga anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri sebagai penggantinya. Meskipun tidak dinafikan kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri adalah hak dan kuasa Perdana Menteri dan jika perlantikan itu dibuat sebelum pemilihan UMNO yang seterusnya, pastilah Timbalan Perdana Menteri akan menang secara percuma jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tidak ada mana-mana pemimpin yang mahu menggantung diri dengan sedia mencabar seseorang yang sudah ditunjuk itu. Itulah yang biasa dilakukan oleh UMNO sebelum ini, kecuali Anwar yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah menang jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 1993. Selepas Anwar, semua Timbalan Presiden UMNO dijadikan Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu dan mereka akhirnya mendapat jawatan itu tanpa mengeluarkan walau setitik peluk pun. Jika benar Muhyiddin akan berundur sebelum atau selepas PRU 14 akan datang dan jika benar juga desas-desus dan khabar angin bahawa Hishammuddin akan dilantik sebagai pengisinya, bermakna Najib juga cuba memberikan jawatan nombor dua dan mungkin bakal pewarisnya dalam parti dan kerajaan secara percuma kepada sepupunya itu. Sekali lagi walaupun ianya merupakan hak dan kuasa Najib tetapi dalam dunia berasaskan keterbukaan, kompetetif dan merit sekarang ini, jika benar Najib mahu melantik Hishammuddin sebagai pengganti Muhyiddin, ianya adalah langkah ke belakang yang bakal menjadi cemuhan dunia dan ditolak secara senyap oleh majoriti rakyat. Walaupun beberapa Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dilantik atas kedudukan undi ketiga sebagai Naib Presiden UMNO, era itu seharusnya sudah menjadi dinasour. Dunia, zaman dan pemikiran rakyat sudah banyak berubah. Berdasarkan merit dan kompetetif tadi, jika Muhyiddin mahu berundur, penggantinya mestilah dipilih daripada Naib Presiden yang mendapat undi paling tinggi dan bukannya yang ketiga, kedua atau mengikut selera Perdana Menteri. Dan sekiranya amalan itu tidak mahu dilakukan, seharusnya biarlah diadakan pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO terlebih dahulu dan siapa yang menang barulah layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. | |||
Exco mahu MAIS ketat syarat lulus program Posted: 23 Oct 2014 05:06 AM PDT MALAYSIAKINI Hal Ehwal Agama Selangor Ahmad Yunus Hairi mahu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperbaiki kelemahan dan memperketat syarat kelulusan program yang menyentuh sensitiviti Islam demi menjaga kemaslahatan umat Islam di negeri itu. "Saya cadangkan supaya MAIS perlu lebih bertegas dengan mengenakan syarat lebih ketat mengikut syariat Islam. "MAIS juga perlu meneliti perkara lain yang memungkinkan penganjur mengambil kesempatan dengan kelulusan yang diberikan," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini. Laporan itu juga menyebut, beliau yang juga pengerusi jawatankuasa adat Melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi percaya sekiranya kelulusan itu diperketat perkara seumpama itu tidak akan berulang. ADUN Sijangkang itu mengulas kontorversi acara "Saya Mahu Sentuh Anjing" di Bandar Utama, Petaling Jaya, didakwa bertujuaan membantu khususnya umat Islam mengatasi persepsi negatif terhadap haiwan itu, Ahad lalu. | |||
Kes Beng Hock: Polis Fokus Saat Akhir Sebelum Kematian Posted: 23 Oct 2014 04:55 AM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara setelah kes dibuka semula berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan koroner dalam inkues asal. "Antara fokus kita dalam mengkaji semula siasatan ini adalah apa yang berlaku di Plaza Masalam itu, saat-saat terakhir sebelum mayat ditemui, siapa dia berjumpa dan dengan siapa dia bercakap. "Kita juga akan lihat latar belakang keseluruhan kes itu, laporan penyelewengan dan salah laku yang melibatkan si mati, itu antara fokus kita," katanya pada sidang media di Pasukan Gerakan Am di sini, Khamis. Menurut Khalid, pasukan khas yang dibentuk itu juga akan melihat semula ulasan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kes tersebut. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan semula kes Beng Hock selepas mahkamah memutuskan bahawa ia bukan disebabkan bunuh diri atau pembunuhan. Mahkamah Rayuan pada 5 September mengenepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Beng Hock 5 tahun lalu, dengan memutuskan "seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya". Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam adalah pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (DAP). Beliau sebelum itu dipanggil SPRM merekodkan keterangan atas dakwaan salah guna dana awam ke atas majikannya. | |||
Tak Puas Hati Dipercayai Punca Kereta Pegawai Kastam Dibakar Posted: 23 Oct 2014 04:52 AM PDT Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Abd Rahim Abdullah berkata, insiden dipercayai berlaku ekoran ada pihak tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan tugas pegawai berkenaan. "Namun kes masih dalam siasatan dan keterangan daripada jiran mangsa juga telah diambil," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Khamis. Beliau berkata, pihaknya juga menolak laporan yang mengatakan kebakaran berpunca daripada 'molotov cocktail' walaupun botol plastik dan kesan minyak tanah dijumpai di lokasi kejadian. "Kita masih menyiasat kes itu bagi mengesan pihak yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan," katanya. Mangsa berkata kejadian itu hanya disedarinya selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang jiran yang ternampak api sedang marak pada kereta di depan rumahnya. | |||
Posted: 23 Oct 2014 04:49 AM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. "Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut). "Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis. Menurut Khalid, kegiatan jenayah di Kuala Sepetang memang wujud tetapi tidak sampai ke tahap dikuasai oleh kumpulan mafia. "Kita tak nafikan berlaku jenayah di Kuala Sepetang tapi bukan sampai wujud mafia dan sebagainya" katanya. Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan. "Saya percaya masih berlaku penyeludupan ini tapi tak seperti apa yang digambarkan...begitu teruk keadaannya. "Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya. Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga. Laporan tersebut mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan tersebut. Katanya, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut. | |||
SPRM tumpas pembalakan haram di Sarawak Posted: 23 Oct 2014 04:05 AM PDT MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan aktiviti pembalakan haram di Sarawak melibat nilai rasuah RM300 hingga RM10,000 setiap transaksi dan menahan seorang pegawai kanan polis yang disyaki menerima rasuah. Suruhanjaya itu juga menyita lebih kurang 30 akuan bernilai RM18 juta daripada 10 pemilik syarikat balak yang terbabit. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata pegawai kanan polis yang ditahan itu ialah ketua bahagian siasatan jenayah sebuah IPD di Sarawak, yang dipercayai menerima rasuah bernilai RM16,000. Beliau berkata, pegawai kanan polis itu ditahan pada 20 Oktober dan akan direman sehingga 26 Oktober sebelum dituduh ke mahkamah. "Dalam pemerhatian SPRM selama sembilan bulan, kerajaan Sarawak telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM43 juta. "Dalam setahun, kerugiannya dianggarkan tidak kurang daripada RM100 juta. Walaupun nilai rasuah ini dilihat kecil namun impak terhadap perlakuan ini amat besar," katanya. Tak temui penglibatan Taib Mahmud Dalam sidang medianya, Mohd Shukri berkata pihaknya turut menyiasat sama ada kemungkinan penglibatan bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam kes tersebut. Bagaimanapun Mohd Shukri menegaskan pihaknya tidak menemui sebarang penglibatan Taib dalam kes tersebut. "Setakat ini, tidak ada nama Taib Mahmud terlibat (dalam kes ini)," katanya apabila ditanya oleh pemberita. Mohd Shukri juga berkata SPRM turut menahan sembilan individu yang terdiri daripada pengurus besar syarikat pemilik syarikat, pengurus kem dan pemegang saham syarikat. Beliau berkata, SPRM telah mendakwa seorang ke mahkamah semalam dan empat orang akan dituduh pada hari ini. Sementara itu, Shukri berkata, semenjak 2009 hingga September 2014, SPRM menerima 400 maklumat berkaitan aktiviti pembalakan haram. "Berdasarkan maklumat ini, SPRM telah membuat perisikan, pemantauan dan pemerhatian di 12 lokasi di beberapa daerah Sarawak, termasuklah Kuching, Limbang, Sibu, Miri, Kapit dan Ulu Baram. "Daripada pemerhatian, kita mengesahkan memang terdapat pembalakan haram di Sarawak," tegasnya. Beliau berkata, operasi bersepadu yang dinamakan "Ops Tukul" ini mula dijalankan pada 20 Oktober dengan kerjasama polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Jabatan Hutan Sarawak. "Selain kerugian nilai wang, berlaku juga kemusnahan alam sekitar di Sarawak, kerosakan kawasan tadahan air, penjejasan kehidupan liar. "Malah ada pembalak haram menebang pokok bernilai tinggi yang dilarang seperti pokok berlian dan pokok ketapang," katanya. | |||
NGO harap PBB bersuara pada k'jaan M'sia Posted: 23 Oct 2014 04:01 AM PDT MALAYSIAKINI Kumpulan NGO hak asasi manusia merayu agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan bersuara pada kerajaan Malaysia berhubung tindakan pihak yang cuba mengusir masyarakat Orang Asal dari kawasan Empangan Baram di Sarawak. Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga badan tersebut – Jaringan Orang Asli SeMalaysia (Joas), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Sungai Antarabangsa (International Rivers) – membangkitkan mengenai sekatan ke tapak projek tersebut yang dimusnahkan pihak berkuasa. Sekatan di laluan utama itu didirikan oleh masyarakat Kenyah, Kayan dan Penan bagi menghalang pembalak dan pemaju empangan – syarikat Sawarak Energy (SEB) – daripada memasuki kawasan tersebut. Rayuan berkenaan diserahkan semalam kepada wakil khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Victoria Tauli- Corpuz. "Rayuan itu untuk meminta agar beliau meningkatkan kesedarannya dengan kerajaan Malaysia mengenai tindakan mereka yang mahu menghapuskan hadangan itu," kenyataan itu dipetik. Tindakan untuk merempuh sekatan itu disetai kira-kira 50 orang anggota polis dan 10 kakitangan Jabatan Perhutanan. Menurut gabungan badan hak asasi tersebut, empangan berkenaan akan menenggelamkan 26 buah kampung, 400 kilometer tanah persegi dan menyesarkan antara 6,000 hingga 20,000 orang dari kawasan itu. | |||
'Angin siklon kerana maksiat berleluasa?' Posted: 23 Oct 2014 03:59 AM PDT MALAYSIAKINI Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, NGO pro-Melayu itu turut mengaitkannya dengan pesta arak Oktoberfest dan acara mempromosi umat Islam menyentuh anjing. "Apakah yang membuatkan (angin) puting beliung ini berminat untuk menjengah negara kita yang selama ini tidak pernah diminati dan jauh sekali untuk singgah. "Sebelum ini kita hanya mendengar ianya sering mengunjungi Laut Cina Selatan, kalau singgah pun ke negara Filipina dan negara Vietnam. "Apakah kerana adanya kemaksiatan yang berleluasa seperti pusat judi, pelacuran, pesta arak dan pesta memegang anjing antara menjadikan daya penarik?," kenyataan itu dipetik. Kenyataan itu merujuk kepada program kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Ahad lalu yang mencetus kemarahan di kalangan masyarakat Islam konservatif. Pesta arak Oktoberfest yang dimaksudkan itu pula merujuk kepada acara minum bir selama tiga hari anjuran Carlsberg Malaysia, bermula 11 Oktober yang turut dihadiri sekumpulan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat. Pesta arak tersebut menerima kritikan kerana penganjurannya didakwa tidak menghormati sensitiviti umat Islam. PERKASA Selangor mengaitkannya dengan angin puting beliung yang membadai Pendang, Kedah pada 14 Oktober lalu sehingga merosakkan lapan buah rumah serta dan menumbanggkan beberapa batang pokok. Seminggu kemudian, satu lagi kejadian angin puting beliung melanda Pandamaran, Klang yang merosakkan 30 buah rumah. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian yang jarang berlaku itu antara lainnya disebabkan beberapa faktor termasuk kelembapan udara yang tinggi, kepekatan udara pada tahap yang rendah serta keadaan cuaca yang tidak stabil. | |||
'Fokus isu anjing, bir buat M'sia ketinggalan' Posted: 23 Oct 2014 03:51 AM PDT MALAYSIAKINI Disibukkan dengan politik remeh seperti pesta bir dan acara menyentuh anjing boleh menjejaskan persaingan serantau Malaysia, kata kolumnis Bloomberg. William Pesek berkata, Malaysia boleh ketinggalan di belakang Indonesia, yang dilihat akan membangun cepat bawah presiden barunya Joko Widodo atau Jokowi. Pesek menambah, kebangkitan Jokowi memanjat ke puncak kuasa daripada "tiada siapa-siapa" dengan sendirinya menunjukkan Indonesia cenderung kepada persaingan dan meritokrasi. Malaysia sebaliknya, yang "secara teknikalnya sekular", menggunakan agama untuk mempertahankan kuasa ketika menangani isu Oktoberfest dan sama ada orang Islam patut dibenarkan menyentuh anjing. "Kegagalan Malaysia amat mengecewakan kerana ia sangat tidak perlu," katanya. Katanya, Malaysia patut segera merobohkan halangan persaingan dan bukannya melayan "isu-isu sampingan". "Malaysia patut ingat bahawa globalisasi membolehkan semua ekonomi berkembang cepat. "Jika negara mereka enggan menjadi terbuka dan menjadi meritokrasi sebenar – tempat yang sosok seperti Jokowi boleh naik ke tampuk kuas melalui peti undi – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina akan mencuri pelaburan dan industri. "Kemudian masalah yang mereka tumpukan hari ini tidak akan nambak begitu besar," katanya. | |||
'Masalah kami prasarana, bukan Robin Hood' Posted: 23 Oct 2014 03:49 AM PDT MALAYSIAKINI ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling menyatakan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berturut-turut Utusan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan haram dikawal mafia di Kuala Sepetang, Perak. Beliau malah menegaskan masalah utama Kuala Sepetang bukan jenayah, sebaliknya kemudahan infrastruktur dan prasarana awam. "Selepas (laporan) mafia bermaharajalela, sekarang Robin Hood berkuasa, saya tidak pasti apa laporan lagi yang akan dibuat oleh Utusan Malaysia. "Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan. "Penduduk-penduduk di Kuala Sepetang juga berasa tuduhan Robin Hood ini tidak masuk akal," kata beliau. Utusan melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas sejak Sabtu lalu dengan tajuk "Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela" . Penduduk lapor polis Sehari selepasnya pula dengan tajuk "Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang", dan hari ini sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk "Robin Hood Berkuasa?" Ia menceritakan kegiatan jenayah yang berlaku di bandar kecil yang popular dengan hasil laut dan pelancong di samping memberi fokus seorang lelaki 60-an yang dikatakan dalang. Lelaki itu bagaimanapun dilapor menderma sebahagian hasil kegiatan jenayahnya kepada golongan miskin, malah dianggap seperti 'wakil rakyat' di situ. Digambarkan seperti mafia, Utusan melaporkan kumpulan itu kebal daripada tindakan penguatkuasa walaupun menteri dalam negeri sudah mengeluarkan arahan gempur habis-habisan. Ketua Kampung Kuala Sepetang semalam melaporkan kepada polis Perak dan mendakwa laporan tersebut tidak benar. The Star turut melaporkan pemangku timbalan ketua polis Perak Datuk A Paramasivam menafikan artikel tersebut dan berkata Kuala Sepetang adalah bandar yang aman serta perkataan 'mafia' itu terlalu kasar. | |||
Isu Royalti Terengganu : Bagaimanakah Kesudahannya ? Posted: 23 Oct 2014 03:42 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat Selama 22 tahun setengah rakyat Negeri Terengganu menikmati hasil bumi Allah yang berharga iaitu petroleum, tetapi akhirnya dirampas oleh Kerajaan Persekutuan pada September 2000 tanpa sebab-sebab yang jelas. Rakyat Terengganu dibayar 'saguhati' atas nama Wang Ehsan yang hanya melibatkan segelintir rakyat, tidak meliputi kesemuanya. Terengganu terus dinafikan hak oleh kerajaan Persekutuan dengan menganugerahkan medan minyak P037 Bertam yang diumumkan penemuannya pada 30 Oktober 2012 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, kepada kerajaan negeri Pahang. Walaupun mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menegaskan kawasan medan minyak yang terletak di luar pantai antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik negeri Terengganu, namun Umno yang menjadi 'partinya' sendiri mengkhianati negeri Terengganu. Kezaliman ke atas rakyat Terengganu berterusan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa laporan jawakuasa khas menyatakan bahawa tiada hasil minyak yang ditemui dalam lingkungan tiga batu nautika dari Pantai Timur termasuk di Kelantan. Hasil kajian ini menguatkan dakwaan Kerajaan Pusat bahawa negeri ini dan Kelantan tidak layak menerima royalti 5% daripada PETRONAS seperti di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Persoalannya, sekiranya Terengganu tidak layak, apakah puluhan bilion ringgit yang diterima oleh Terengganu sebagai royalti itu adalah silap bayar? Najib sendiri yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini pernah menyerahkan cek bernilai RM800 juta kepada Terengganu menjelang PRK Kuala Terengganu di dalam satu majlis khas sebagai bayaran royalti kepada Terengganu. Adakah itu dikira pecah amanah, atau pemberian apa? Jika dikira dari sudut perundangan, jelas menunjukkan Terengganu khususnya dan Kelantan dianiaya oleh Kerajaan Pusat. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang merupakan bekas Pengerusi PETRONAS dan orang penting yang terlibat di dalam perjanjian awal petroleum ini menegaskan bahawa Terengganu sememangnya layak menerima royalti seperti yang telah termaktub di dalam Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974. "Tidak kira di mana punca (petroleum), sama ada jumpa dalam negeri (di darat) atau pun luar kawasan (perairan) negeri, tidak kira tiga bat nautika atau atas bumi, asalka jumpa minyak di kawasan (negeri) termasuk perairan, kita bayar lima peratus," katanya. Menurut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, penyerahan royalti ini kepada negeri Terengganu khususnya adalah muktamad dan tidak boleh ditarik balik dan kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan PETRONAS buat selama-lamanya. Surat cara penyerahan telah dibuat di Kuala Terengganu pada 22 Mac 1975. Untuk rekod, nama 'bayaran royalti' diberikan PETRONAS pada 16 September 1987, merujuk kepada bayaran tunai hasil petroleum tersebut. Menurut beliau lagi, Kerajaan Pusat tidak ada kuasa menafikan atau menghapuskan hak Kerajaan Negeri Terengganu melainkan Kerajaan Negeri Terengganu sendiri bersetuju untuk tidak menerima royalti. PAS Terengganu mendesak agar Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman agar bersunggh-sungguh menuntut hak rakyat Terengganu mendapatkan kembali royalti petroleum. Pelbagai bukti dan fakta sahih yang telah dikemukakan dan jelas menunjukkan Terengganu telah dinafikan hak untuk mendapatkan bayaran royalti ini. Sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya agresif membuktikan bahawa beliau cakna dan mengambil berat untuk memperjuangkan nasib Terengganu. PAS Terengganu bersedia bersama-sama di dalam hal ini demi memperjuangkan hak rakyat Terengganu. Kesimpulannya, Kerajaan Pusat telah merampas hak royalti petroleum daripada dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri. Pencabulan hak dan kedaulatan Kerajaan Negeri Terengganu ini berlandaskan kepada keputusan politik BN dan bukan berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan. Kita menuntut dan akan perjuangkan hak ini hingga ke akhirnya! (*) YB Ustaz Saiful Bahri Mamat Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu | |||
Ambil Tindakan Tegas ,Yang Memperalatkan Anak Anak kecil ! Posted: 23 Oct 2014 03:39 AM PDT Semalam saya didatangi oleh seorang anak kecil dalam lingkungan 9-10 tahun mengutip derma. Beliau datang jauh dari Utara dengan Ustaznya. Jam sudah hampir sepuluh malam. Saya tengok anak ini letih dan lapar. Saya pelawa makan, tetapi ditolak. Anak ini cuma mahu wang kerana bimbang kutipan dermanya tidak mencukupi dan dimarahi Ustaz. Mengapa kita biarkan anak ini membuat kerja yang sebegitu? Jika dari sekolah tahfiz dan rumah anak yatim, bukan begitu caranya kita mencari sumber kewangan. Saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan nama agama dan kebajikan untuk mengutip derma dan mengeksploitasi anak-anak ini. Terharu sungguh mendengar kisah anak semalam. Tercabar sifat kebapaan dan kemanusiaan saya melihat anak ini. Aduh!!! | |||
Membangun Bersama Islam: Islam mentadbir, bukan ditadbir Posted: 23 Oct 2014 03:33 AM PDT Firman Allah yang bermaksud: Berkata Nabi Sulaiman, "Wahai Tuhanku! ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak ada taranya, Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurnia. Lalu Kami permudahkan permohonannya dan Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang dikehendaki. (Surah Shod: 35-36 ) Saya memulakan perutusan ini dengan memetik dua ayat Al-Quran yang menceritakan tentang Nabi Allah Sulaiman a.s. yang sentiasa memohon maghfirah keampunan daripada Allah SWT ketika mana memegang tampok pemerintahan. Dasar yang dibawa oleh Nabi Sulaiman ialah 'dasar sifar dosa' dengan meninggikan syiar 'Islam' iaitu patuh menyerah diri kepada Allah SWT, ini kerana hanya dengan dasar ini sahaja akan membuahkan keberkatan serta kemakmuran kepada sesebuah pentadbiran. Dengan itulah, Allah telah mengurniakan kepadanya pemerintahan yang makmur serta dikagumi kekuasaannya oleh pemerintah lain ketika itu. Inilah juga hasrat dan impian saya ketika memacu pentadbiran kerajaan Kelantan dengan berbekalkan sedikit pengalaman ketika bersama YB Tok Guru mentadbir Kerajaan sebelum ini. Hakikatnya, pembangunan Negeri Kelantan yang berteraskan Islam telah kita laksanakan sejak dua dekad lalu. Pendekatan aqidah Islamiah adalah kunci utama yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri ini. Bagi saya, melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, ia berupaya membawa ke arah pengukuhan dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan. Ini kerana pendekatan aqidah adalah pra-syarat utama dalam membangunkan diri dan masyarakat dan sudah tentulah masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang berjaya pasakkan aqidah yang kukuh dalam jiwa dan pemikiran mereka. Dalam konteks kuasa politik, sesebuah kerajaan hendaklah sedia melaksanakan cara-cara pentadbiran yang menurut lunas-lunas ajaran agama Islam. Barulah kerajaan tersebut dilihat telah mengambil kira matlamat pentadbiran berteraskan agama iaitu dengan memenuhi maqasid al-syariah. Di sebalik maqasid itulah akan berlaku jagaan dan jaminan terhadap lima keperluan asasi, iaitu terjaganya agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta. Manakala aspek kedua yang diberi perhatian oleh saya selaku yang diamanahkan sebagai peneraju Kerajaan, saya ingin pastikan penerapan prinsip pentadbiran kerajaan berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan. Apa jua kerja yang kita lakukan mesti diletakkan gambaran dosa pahala dihadapan dan kerja yang dilakukan adalah berteras masuliyah atau tanggungjawab kita serta dilakukan dengan penuh itqan atau berkualiti. Setiap kali kita lakukan kerja, setiap itulah kita telah melakukan ibadat kepada Allah. Dasar Membangun Bersama Islam yang telah terbukti berjaya mendidik minda bukan sahaja rakyat negeri ini bahkan seluruh masyarakat Malaysia. Islam yang menjadi teras di dalam pentabiran kerajaan tidak lagi dilihat sebagai agama yang disebut-sebut di masjid atau madrasah semata-mata, tetapi ia dibawa ke meja pentadbiran. Islam dilihat mampu mentadbir dan bukan ditadbir, Islam dilihat sebagai syariat yang memerintah dan bukannya syariat yang diperintah. Kini dasar Membangun Bersama Islam terus diperkukuh dengan pelancaran Pelan Strategik Merakyatkan Membangun Bersama Islam pada 6 Mei 2014 yang lalu agar dasar ini hidup di hati-hati rakyat dengan memastikan berlakunya nilai keberkatan, kemakmuran dan kebajikan. Justeru pelan 'merakyatkan' ini adalah suatu perancangan program bersepadu untuk memastikan persoalan teras cara hidup warga Kelantan agar bertambah mantap berpandukan prinsip hidup beragama. Fokus utama kerajaan ialah membudayakan aktiviti solat sebagai tiang agama. Ia boleh dijayakan menerusi aktiviti yang menggalakkan amalan solat berjemaah, menyegerakan bersolat seawal waktu walau di mana berada serta meningkatkan penghayatan dengan syiar-syiar yang membantu orang ramai sentiasa mengingati solat. Selain itu aspek meningkatkan amalan kebersihan dengan objektifnya bagi mewujudkan Kelantan Bersih (Kelantan Go Green) serta melahirkan masyarakat cakna kebersihan dan amalan kebersihan sebagai budaya unggul juga diberi keutamaan. Kerajaan negeri juga amat menitik beratkan pembangunan komunikasi massa dan kerajaan negeri melalui Urusetia Penerangan akan mempertingkatkan usaha bagi melaksanakan jaringan komunikasi kepada rakyat. Buletin-buletin yang telah dikeluarkan seumpama Buletin Darulnaim, Fajar Islam, Serambi serta sebaran VCD maklumat berkaitan program-program kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat dengan pelbagai cara yang sesuai. Saya juga di sini ingin mempertegaskan demi kesejahteraan rakyat dan keberkatan negeri kita, bahawa: Pertama, kerajaan terus komited untuk memastikan tahun 2015 sebagai tahun pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Pelaksanaan Qanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan kita dan kita ingin didik seluruh rakyat agar menerima dan menggemblengkan tenaga untuk menjayakan pelaksanaannya. Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Kedua, kerajaan negeri akan tetap meneruskan dengan segala ruang yang ada bagi memastikan tuntutan royalti minyak dan petroleum akan mendapat hasilnya dan hak rakyat Kelantan dikembalikan. Semoga segala usaha yang telah diperjuangkan oleh pemimpin kerajaan negeri sebelum ini, NGO dan seluruh rakyat diberi ganjaran besar oleh Allah SWT dan akan usaha ini akan berjaya nanti, insya-Allah. Rencana di atas ialah perutusan Menteri Besar Kelantan sempena Sambutan Tahun ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan, semalam. | |||
Tanah runtuh: Setiap keluarga dapat RM300 Posted: 22 Oct 2014 04:35 PM PDT Oleh: HAFIZAN TAIB BUKIT BERUNTUNG: Kerajaan Negeri hari ini bersetuju menyalurkan bantuan wang tunai RM300 kepada setiap keluarga mangsa tanah runtuh di Pangsapuri Teratai, di sini, kata Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya , di sini, hari ini. Beliau mengunjungi mereka selepas mengadakan lawatan di kawasan kejadian di pangsapuri Teratai berhampiran sekolah berkenaan. Dalam kunjungannya, Azmin sempat bertanya khabar dan berkongsi kesedihan yang dialami mangsa terbabit, selain menegaskan Kerajaan Negeri akan memantau kawasan berkenaan dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR), IKRAM dan bomba. Azmin turut menyampaikan ucapan ringkas di sekolah itu yang juga dihadiri Exco Kerajaan Negeri iaitu Dr Daroyah Alwi, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei; ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong serta Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengambil langkah proaktif membantu semua mangsa dengan keperluan asas sejak hari kejadian semalam. "Antara barangan keperluan dibekalkan termasuk tilam, bantal, makanan dan beberapa keperluan lain untuk semua termasuk warga emas serta bayi. Setakat ini dilaporkan 158 keluarga sudah didaftarkan di pusat penempatan sementara di sini. "Semua mangsa perlu terus ditempatkan di pusat penempatan sementara selepas JKR menarik semula kenyataan bahawa keadaan di sini didapati selamat pagi tadi," katanya. Mohamed Azmin berkata, berdasarkan laporan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), JKR dan IKRAM masih terdapat pergerakan tanah di kawasan kejadian. Sehubungan itu, katanya, pemantauan akan terus dijalankan pihak berkuasa dan tempohnya dianggarkan dalam satu hingga tiga minggu. "Kerajaan Negeri pentingkan keselamatan penduduk. Buat masa ini kita belum boleh benarkan penduduk kembali ke rumah. "Pada masa sama, pihak pengurusan sedang berusaha membawa masuk blok konkrit untuk menahan tebing supaya tanah tidak runtuh. Jika usaha ini berjaya, penduduk boleh kembali ke rumah masing-masing dalam masa terdekat," katanya. Kejadian tanah runtuh di pangsapuri Teratai, petang semalam dianggap terburuk setakat ini dengan penduduk di blok K dan L dipindahkan ke pusat penempatan sementara iaitu tiga sekolah berhampiran. Kali pertama kejadian hampir sama berlaku pada 2009.-NFN- | |||
MB: 2 kali lawat dalam 24 jam, tekad bantu ringan beban rakyat Posted: 22 Oct 2014 04:31 PM PDT Oleh: LIZAWATI MADFA HULU SELANGOR: Dua kali lawatan dalam tempoh 24 jam ke kawasan bencana tanah runtuh di sini bukti pentadbiran baru Kerajaan Negeri mengambil berat masalah rakyat. Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersama anggota Exco dan wakil rakyat lain sentiasa bersedia menghulur tangan dan meringankan bebanan rakyat. Untuk itu, katanya, pentadbiran Kerajaan Negeri rela turun padang bagi mendengar sendiri keluhan rakyat. "Dalam tempoh 24 jam, saya dan anggota Exco sudah dua, tiga kali turun ke sini, kita mahu tunjukkan pentadbiran baru ini menghormati rakyat. "Kita bukan sahaja duduk di dalam pejabat, tetapi turun dan dengar masalah rakyat," katanya dalam ucapan di hadapan lebih 100 hadirin. Beliau berucap demikian ketika menghadiri majlis makan tengah hari bersama penghuni blok kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Teratai di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 , di sini. Turut serta dalam lawatan kali ini ialah Exco Negeri, Dr. Daroyah Alwi dan Ean Yong Hian Wah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong serta Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Pada masa sama, Mohamed Azmin meminta semua mangsa bersabar menanti lampu hijau sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. "Buat masa sekarang, kita akan mengadakan laluan air dan membina penghadang 'sheet pile' antara cerun Blok L dan K selain memasang 'sensor' bagi mengesan sebarang pergerakan air bawah tanah. "Satu laporan akan disiapkan pada Jumaat, sebelum sebarang keputusan dibuat. "Perkara utama bagi kami ialah keselamatan para penghuni," katanya kepada pemberita. Semalam, Mohamed Azmin berkesempatan melawat mangsa kejadian tanah runtuh di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya. Petang ini, beliau dan anggota Exco akan ke Pandamaran pula bagi melawat kawasan mangsa kejadian ribut di beberapa pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kejadian yang berlaku selama kira-kira 30 minit itu menyaksikan pusaran angin terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dua pangsapuri di Pandamaran Jaya. EZY | |||
MB: Bantuan baik pulih ribut di Pandamaran diumum esok Posted: 22 Oct 2014 04:29 PM PDT Oleh: Naeem Raffi PANDAMARAN : Kerajaan Negeri akan mengumumkan bentuk bantuan membaik pulih kerosakan kediaman dalam kejadian ribut di sini, seawal tengah hari esok. Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya akan meneliti laporan penuh daripada Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) terlebih dahulu sebelum keputusan bantuan dapat diputuskan dalam mesyuarat exco pagi esok. "Pejabat Daerah dan MPK perlu mengemukakan laporan seawal pagi esok untuk dibentangkan dalam mesyuarat exco dab kita akan teliti apakah keperluan yang sewajarnya diberikan kepada mangsa. "Keputusan kita, kerja membaik pulih ini perlu dilakukan segera," katanya. Mohamed Azmin berkata demikian ketika melawat Pamgsapuri PKNS di Pandamaran Jaya di sini, petang tadi. Beliau turut melawat Pangsapuri Permai Indah, Kampung Pandamaran dan Jeti Sungai Aur yang terkesan teruk dalam kejadian jam 2 petang semalam. Hadir sama Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abd Samad, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Adun Pandamaran, Tan Pok Shyong. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian puting beliung itu berpunca dari ketidakstabilan atmosfera. Kejadian yang berlaku selama 30 minit itu menyaksikan pusaran angin terbentuk sejurus hujan melanda sebelum menerbangkan bumbung beberapa kawasan kediaman di wilayah itu. Kejadian turut mengakibatkan beberapa kawasan di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran rosak teruk dengan kes pokok tumbang dan beberapa buah rumah dilaporkan rosak. Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata bumbung lima pangsapuri PKNS yang rosak akan siap sepenuhnya menjelang Jumaat depan. "Tindakan proaktif dari PKNS sejak petang semalam membaik pulih bumbung yang terbang ditiup angin amat dipuju dan kerja membaik pulih dijangka siap Jumaat ini. "Tetapi bagi Pangsapuri Permai Indah ada sedikit masalah kerana Jawatankuasa Penduduknya tidak ada kemampuan kewangan untuk baikpulih bumbung kerana kosnya tinggi. "Jadi Kerajaan Negeri akan tanggung kos tersebut dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat exco esok," katanya.EZY | |||
Guna MyKad beli minyak, betapa celarunya kerajaan Posted: 22 Oct 2014 04:24 PM PDT Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun kerajaan cuba mengawal pembelian minyak melalui penggunaan MyKad, namun ia tetap boleh disalahgunakan. "Kerajaan kata nak kawal subsidi dengan penggunaan MyKad kumpulan sasar berpendapatan bawah RM4,000 akan dapat menikmati subsidi. "Adakah kerajaan boleh beri jaminan boleh kawal jika mereka yang berpendapatan tinggi yang bawa rakan mereka yang layak menerima subsidi membeli minyak? "Sudah tentu sukar kerana pekerja stesen minyak bukannya hanya boleh mengawal seorang pelanggan tetapi mereka perlu berdepan lebih ramai pelanggan dalam satu masa," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurut beliau lagi, cadangan tersebut turut membuktikan kerajaan mempunyai fikiran yang celaru dalam mencari pendapatan negara untuk menyelesaikan hutang. "Kerajaan hanya berfikir dengan penarikan subsidi akan mengurangkan perbelanjaan negara termasuk untuk membayar hutang. "Kerajaan sekarang benar-benar bercelaru dalam menyelesaikan hutang-hutang yang semakin bertimbun, bila ini berlaku pelbagai cadangan yang timbul walaupun pelaksanaannya tetap gagal seperti penggunaan Mykad," sambung beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan subsidi merupakan hak yang harus dinikmati seluruh rakyat negara ini, selain mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan pengangkutan awam. "Subsidi hak rakyat dan tidak boleh diambil walaupun kerajaan mengatakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara. "Sepatutnya yang perlu dilakukan kerajaan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan mereka yang merugikan seperti acara pelancaran sesuatu projek, program yang tidak mendatangkan faedah. "Kita sedia maklum sebelum ini kerajaan telah berbelanja besar dengan pelbagai program, ini sepatutnya kerajaan elak sekarang bukan ambil dari rakyat," katanya lagi. Mahfuz yang tidak menolak bahawa kerajaan akan menarik sepenuhnya subsidi minyak dan menjualnya mengikut harga pasaran biasa. "Kita kena ingat jika keseluruhan subsidi minyak ditarik balik dan mengatakan GST tidak dikenakan itu hanya sementara sahaja, sudah pasti selepas subsidi tiada maka GST akan dikenakan pada minyak RON95 termasuk diesel sekali," kata beliau. - HARAKAHDAILY | |||
Posted: 22 Oct 2014 04:22 PM PDT Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba, Terburu-Buru. Guru Tidak Dapat Habiskan Silibus Belajar. Respon Guru, Pelajar & Ibubapa? : Ujian bertulis peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 telah pun melebuhkan tirainya minggu lepas. Walaubagaimanapun, Berita Semasa menerima banyak aduan yang mengatakan ramai pelajar Tingkatan 3 yang menjadi "bahan eksperimen" pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak mendapat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini apabila berlaku ketidaktentuan format dan tarikh peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini. Ada yang mengatakan, ada kalangan guru yang tidak dapat menghabiskan silbus pelajaran sebelum peperiksaan PT3 2014 bermula dek kerana kekangan masa. Sehinggalah pada Jun 2014, barulah pelajar Tingkatan 3 dimaklumkan perlu menduduki penilaian instrumen kajian kes dan ujian lisan pada bulan Julai dan Ogos 2014. Dan juga Berita Semasa juga difahamkan yang mana beberapa sekolah dibenarkan memilih set soalan mereka sendiri. Walaubagaimanapun rata-rata guru mengatakan sistem PT3 Tingkatan 3 jauh lebih baik berbanding PMR. Cuma daripada aspek bebanan kerja akan semakin bertambah apabila guru-guru perlu menjalankan tugasan pegawasan dan menanda kertas peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini. Dan Berita Semasa juga berpandangan, PT3 ini mampu menilai lebih awal tahap kecenderungan pelajar ke arah mana sebenarnya sepertimana yang diamalkan kepada anak-anak muda di negara Jerman sana. KLIK SINI : Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai 2014 : Beban Guru Berkurang 80%. Kualiti Pelajar? Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 : Siapa Yang Untung?Walaubagaimanapun yang untung disebalik pelaksanaan PT3 secara terburu-buru ini pastinya :
PT3 ini masih lagi peperiksaan. PBS baru dikira sebagai pernilaian berterusan. Berita Semasa difahamkan agak kelam-kabut juga pelaksanaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini. Untuk tahun 2014 ini sahaja sudah beberapa kali format terpaksa diubah untuk PT3.
Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 : Keputusan & Hasil Eksperimen Ini?Itu sebablah, bagi sesiapa yang berjaya dapat cemerlang dalam peperiksaan PT3 2014 ini Berita Semasa boleh katakan wajar diberikan pujian kerana mampu melahirkan anak muda berfikiran kreatif dan kritis berbanding PMR yang lebih banyak "mengajar" pelajar untuk menghafal kerana diselitkan beberapa soalan Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTS) di mana tiada lagi soalan objektif untuk mereka "menembak". Dan Berita semasa tidak hairanlah kelak apabila mereka-mereka ini menduduki peperiksaan SPM 2016 kelak, lebih canggih jawapan dan pandangan yang bakal dilontarkan dek kerana sudah dilatih lebih awal "critical thinking" ini. PBS masih lagi berjalan seperti biasa. Betul guru-guru di Berita Semasa? Sekarang habis PT3, PBS tetap diteruskan di mana sekarang sudah tiada lagi Program Lepas PMR.
Berita Semasa tetap gemar dan suka konsep PT3 ini. Mengalakkan anak-anak muda berfikir di luar kotak. Tetapi, dek kerana pelaksaan yang agak carca merba, terburu-buru dan permulaan yang banyak "glitches here and there". Walaubagaimanapun, harapan Berita Semasa tetap tinggi mahukan sistem dan pelaksaan PT3 Tingkatan 3 ini akan bertambah baik daripada masa ke semasa. Dengan harapan apabila ditukar menteri, polisi tidak berubah lagi untuk melakukan eksperimen baru. | |||
'Cukup-cukuplah... Tun M jangan kacau Najib' Posted: 22 Oct 2014 04:17 PM PDT Dr Mahathir SHAH ALAM - Malaysia perlu mengambil peluang sebaiknya selepas berjaya memperoleh kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengembalikan kelantangan semasa zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, Mahathir perlu memainkan peranannya membantu negara dalam menyatakan pendirian terhadap Kumpulan Negara Islam (IS) yang menjadi kebimbangan dunia. "Sekarang ini kita sudah mendapat kerusi di UNSC, silalah kembalikan kelantangan seperti zaman Mahathir. "Beliau boleh mainkan peranan di peringkat antarbangsa. Menjadi suara kami...menjadi suara umat Islam untuk menentang ketidakadilan," katanya pada Wacana Sinar Harian ke-32 bertajuk 'Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan?, di sini, semalam. Dalam nada berseloroh, Maszlee berkata: "Tun Mahahthir pun, cukup-cukuplah serang Datuk Seri Najib. Tinggalkan kepada PR untuk buat kerja itu." Sementara itu, ketika diminta mengulas lanjut mengenai hujahnya itu, Maszlee berkata, kerusi UNSC itu merupakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan negara sebagai wakil kepada seluruh manusia yang tertindas di seluruh dunia. "Ini (UNSC) satu peluang besar buat Malaysia bukan hanya menjadi wakil negara tapi juga menjadi wakil kepada manusia yang tertindas di seluruh dunia serta menjadi suara kepada golongan yang ditindas berhadapan dengan kuasa-kuasa yang zalim. "Juga menjadi suara kepada Islam kerana sedikit sebanyak kalau Malaysia memainkan peranan yang aktif seperti Turki, ia akan beri harapan kepada anak-anak muda kita bahawa memang kita juga konsisten dalam memperjuangkan nasib orang-orang yang tertindas terutama umat Islam," katanya. Mengulas soal kedudukan bekas Perdana Menteri itu, Maszlee menambah, Mahathir memiliki keistimewaan tersendiri serta dipandang tinggi oleh pemimpin dunia. "Sebenarnya keistimewaan Mahathir ialah kelantangannya. Di peringkat antarabangsa suara beliau memang relevan dan beliau dilihat tinggi oleh negara-negara luar. "Kita berharapkan supaya hari ini sama ada Datuk Seri Najib (Perdana Menteri) atau Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman), gunakan peluang atau kedudukan dalam UNSC untuk mengembalikan kelantangan pendirian Mahathir," katanya. Menurutnya, pendirian itu meliputi segala keganasan yang berlaku di dunia terutama melibatkan negara Islam seperti di Syria. "Isu Syria tak jelas apa pendirian kita. Sokong ke tak sokong Bashar (Presiden Syria, Bashar Al-Assad) yang bunuh rakyatnya? Kenapa kita tak kecam? "Malah kita undang wakil Bashar untuk berucap pula. Mungkin ada yang akan kata ini bunyi pembangkang. Tidak. "Ada (juga) pemimpin pembangkang yang duduk jumpa Bashar sekali. Ini apa cerita?," soalnya. | |||
Posted: 22 Oct 2014 04:02 PM PDT Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah Steroid ! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun? : Dalam dua hari terakhir sudah mula kedengaran yang mana ikon sukan badminton negara iaitu _______________ telah gagal dalam ujian doping (doping test). Yang mana pada ketika itu masih lagi menunggu sampel B bagi memastikan samada ikon badminton negara Malaysia ini disahkan positif steroid atau tidak. Nampaknya sukan badminton negara sedang berdepan tempoh perit dalam sejarah sukan tersebut. Sebelum ini terpalit dengan kes bookie dalam sukan badminton negara memabitkan percaturan permainan dan pemain yang SPRM sedang siasat taruhan dalam badminton negara. Berita terbaru membabitkan kegagalan dalam ujian doping (doping test) pula… Dan dalam pada masa yang sama Berita Semasa telah difahamkan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin telah mengamuk sebaik sahaja dimaklumkan yang mana rakan baik beliau itu telah gagal dalam ujian doping (doping test) yang dilakukan terhadap ikon badminton negara ini. KLIK SINI : Isu Kritik FAM : Khairy Jamaluddin (Menteri KBS) + Tengku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) VS Siti Nurhaliza + Pemimpin FAM? Sebelum itu, ada lagi cakap-cakap yang mengatakan Datuk Nicol David yang selebriti sukan adalah figura yang gagal dalam ujian doping tersebut. Nicol David baru sahaja menang kejohonan besar Terbuka Us (US Open ) sekaligus Nicol David berjaya memecahkan 3 tahun berturut-turut. Tahniah Berita Semasa ucapkan….Dan bersama-sama ini, Berita Semasa ingin sahkan yang mana Nicol David bukanlah selebriti sukan yang dimaksudkan dengan berita yang menggemparkan sukan negara ini. Ini kerana berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi terus dari MSN mengatakan bukan Ratu tetapi Raja. Sekali lagi Raja……….Berita terkini yang Berita Semasa terima, sample A (melalui ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen) adalah positif dadah. Identiti Pemain Badminton Gagal Ujian Doping & Positif Dadah : Lee Chong Wei?
Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini yang dibawa oleh China Press (yang boleh anda semak pada koleksi gambar di bawah ini) mengesahkan Datuk Lee Chong Wei gagal ujian doping (doping test) dan disahkan positif dadah melalui pengesahan pihak BAM, sekaligus bakal berdepan dengan hukuman gantung daripada menyertai mana-mana kejohanan selama tempoh 2 tahun. Sebelum ini, sukan Malaysia digemparkan dengan pingat emas sukan Wusyu ditarik balik dek kerana dikesan positif dadah yang mana Berita Semasa difahamkan beliau ada mengambil ubat kurus. Adakah kecedaraan yang dialami Lee Chong Wei menyebabkan "supplemen" yang diambilnya mempunyai bahan terlarang, steroid. Mungkin? Ini kerana Berita Semasa sama sekali berpandangan Datuk Lee Chong Wei tergamak mengambil doping dadah dengan sengaja hanya kerana kemenangan. Samada tidak sengaja melalui supplement ataupun……."diperdajalkan". Ehemmm…. Entahlah…..hati kecil Berita Semasa kuat mengatakan yang mana Khairy Jamaluddin seperti kena sabataj. Mungkin? Semoga Khairy Jamaluddin tabah menghadapi ujian demi ujian yang dihadapinya ketika ini. Apa kata anda pula? | |||
Janin Dalam Sampah - "Pesta" Senyap Yang Menjadi-jadi Posted: 22 Oct 2014 03:53 PM PDT KELAB GREENBICSeorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut terkejut apabila menemui satu janin yang tersangkut di perangkap sampah, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian. Katanya, hasil siasatan awal mendapati janin terbabit berusia lingkungan lima hingga enam bulan tetapi jantina masih belum dapat dipastikan. "Janin yang ditemui ini sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat. "Polis masih menyiasat keturunan janin terbabit dan usaha mengesan saksi ataupun ibu kepada janin berkenaan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurut Munusamy, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dengan sulit. Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -hm ULASAN GB Kes buang bayi akibat dari perzinaan kian menjadi-jadi. Ia seumpama "pesta senyap" yang tidak ramai mengambil berat terhadapnya, tidak seperti isu anjing dan arak. Kita tertanya-tanya, mengapa begitu "selective" di dalam isu-isu sebegini... |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan