Rabu, 15 Oktober 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tamrin Tun Abdul Ghafar Keluar PAS

Posted: 15 Oct 2014 01:38 AM PDT



[The Malaysian Insider] Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.

Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

Beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno.

"Bagi saya Umno sudah mati," kata Tamrin, anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba.

Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.

GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.

Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini. – 15 Oktober, 2014.

Berkaitan:

Beberapa petikan ulasan daripada media sosial:

Ahmad Lutfi xxxxxx: Terkedu dgr laporan Tamrin Tun Ghafar undur diri daripada PAS 

Syed Mohd xxxx: Cuba lah kita fikir kenapa orang menjauhkan diri dari kita dari kita asyik fikirkan orang tu tak baik dan tak sesuai dengan kita yang baik.. 

Mohamad Jusof xxxx: Datuk Tamrin jgn dipandang lekeh.. beliau banyak membantu PR menang Parlimen Bukit Katil ... di Melaka ... TQ Datuk Tamrin 

Ahmad Saifullah xxxxx: mungkin ramai yang tidak akan meninggalkan Pas tetapi ramai yang tidak akan mengundi Pas jika calonnya pd PRU 14 nanti adlh geng UG.. 

Mohamad xxxxxx: PAS patut sedar kenapa hal2 keluar parti ini berlaku dikalangan ahli2 baru... 

Kasturi xxx: Beliau menyertai PAS kerana menyangkakan PAS For ALL tetapi hakikatnya dia dapat bukan, dia mendapati PAS for ULAMA...

(Kredit GB)

Samun, Rogol Lelaki Dijel 10 Tahun

Posted: 14 Oct 2014 06:28 PM PDT


[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai bertindak bukan hanya melakukan rompakan bersenjata terhadap dua wanita dalam tempoh dua hari, malah
turut merogol salah seorang mangsa selepas melakukan jenayah itu, tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz Azumar Am min Mohd Noor, 26, dijatuhi huku man penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Dia mengaku salah atas dua pertuduhan merompak menggunakan senjata serta satu pertuduhan merogol mangsa yang juga seorang amah.

Berdasarkan pertuduhan rompakan bersenjata, tertuduh mengaku salah melakukan jenayah berkenaan terhadap mangsa, Nur Fatin Mohd Nizam Prushothman,
20, pada 10 Oktober tahun lalu, jam lebih kurang 6 pagi.

Dia mengaku salah melakukan jenayah berkenaan di rumah mang sa di Jalan Sekolah Menengah Tg Intan Zaharah, Dungun, menggunakan sebilah pisau dan merompak sebuah hard disc milik mangsa.

Dia dijatuhi hukuman pen jara tujuh tahun dan satu sebatan. Bagi pertuduhan mengikut Seksyen sama, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku salah merompak menggunakan senjata sebilah parang ke atas seorang amah dan melarikan seutas rantai emas, seutas gelang emas, dua buah telefon bimbit.

Dia mengaku salah melakukan jenayah berkenaan yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM3,000 itu pada 12 Oktober tahun lalu, jam lebih kurang 5 pagi, di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun.

Bagi pengakuan salah itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan.

Dalam masa sama, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku salah merogol mangsa selepas melakukan jenayah berkenaan iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) (b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu.

Untuk kesalahan itu, dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan dua sebatan.

Bagaimanapun, Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad mengarahkan kesemua hukuman penjara yang dikenakan itu berjalan serentak. - 15/10/14


P/s: Lelaki ini sepatutnya menjalani hukuman berasingan bukan serentak. Berdasarkan perbuatannya, dia berhak dihukum begitu.


Guru Didakwa Liwat Pelajar dengan Upah Rm30 Diasingkan daripada Pelajar

Posted: 14 Oct 2014 06:24 PM PDT

Sekadar hiasan.
[Borneo Post] KUCHING: Guru sebuah sekolah menengah di Sri Aman yang didakwa meliwat pelajar akan diasingkan dari para pelajar serta dipindahkan ke tempat lain sementara siasatan dijalankan oleh pihak polis.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, meskipun belum mendapat butiran penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah, namun tindakan itu adalah satu prosedur wajib dalam kes sedemikian.

"Dalam kes seperti ini, guru yang disiasat itu akan dikeluarkan dengan segera dari sekolah tersebut dan ditempatkan di tempat lain agar tidak berhadapan dengan para pelajar.

"Saya yakin dalam masa ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah (Sri Aman) telah mengeluarkan arahan agar guru tersebut ditempatkan di tempat lain buat sementara waktu," ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya, di sini semalam.

Fatimah berkata, Jabatan Pendidikan Negeri akan memutuskan tindakan selanjutnya selepas siasatan selesai.

"Buat masa ini, kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Jabatan Pendidikan Negeri akan turut mengambil tindakan jika didapati bersalah.

"Tetapi jika didapati tidak bersalah, kita boleh tempatkan balik di sekolah, namun bukan sekolah yang sama," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Utusan Borneo pada Isnin lepas berhubung penahanan guru berusia 48 tahun yang didakwa meliwat seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, mangsa membuat laporan polis pada 10 Oktober 2014 yang mendakwa berlaku penderaan seksual ke atasnya oleh guru sekolahnya.

"Suspek merupakan seorang guru sekolah berumur 48 tahun dan mengajar di sebuah sekolah di Sri Aman.

"Kejadian pertama dipercayai berlaku pada bulan Mei 2013 dan sekali lagi pada Ogos 2014," katanya yang dipetik sebagai berkata.

Sabtu berkata, dalam kejadian pertama, mangsa dipercayai diberikan wang RM30 dan RM10 dalam kejadian kedua dengan kedua-dua insiden dipercayai berlaku di sebuah flat di Sri Aman. - Sandy Mark Luna/15/10/14


Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket Bas

Posted: 14 Oct 2014 06:20 PM PDT

Sekadar hiasan.
[Borneo Post] SIBU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Rantau Panjang di sini mendakwa dirinya dirogol seorang pemeriksa tiket bas pada 10 Oktober lalu.

Kejadian itu didakwanya berlaku dua kali, pertama di dalam kereta suspek berusia 30-an dan kali kedua di bilik yang disewanya di Jalan Pedada di sini pada hari sama.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggu rakannya berhampiran sebuah kedai di Jalan Pedada untuk membawanya pulang ke Rantau Panjang sekitar jam 9.30 malam dan secara kebetulan suspek difahamkan datang dengan keretanya.

Suspek dikatakan menghantar mangsa pulang selepas dia merogolnya.

Mangsa tampil membuat laporan polis di sini, kelmarin.

Mangsa dikatakan mengenali suspek kerana dia kerap berulang-alik ke rumah menggunakan bas. -15/10/14


Beg Tangan Hermes Berbau Ganja

Posted: 14 Oct 2014 06:17 PM PDT

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] New York: Pelanggan dilapor mengembalikan beg yang berharga hampir AS$20,000 (RM65,000) setiap satu kepada syarikat pengeluar beg Hermès selepas mengadu aksesori mahal itu berbau ganja.

Beg itu dikembalikan kepada syarikat terbabit dari kedai dan butik di Paris selepas didapat sebahagian beg kulit itu disamak tidak betul hingga menyebabkan dia mengeluarkan bau busuk.

Dipercayai proses menyamak itu boleh menyebabkan beg kulit berkenaan mengeluarkan bau seperti ganja apabila ia dibiarkan panas dalam kereta atau terkena cahaya matahari secara langsung.

Ikon beg Hermès, Birkin, mengambil sempena nama penyanyi dan aktres Jane Birkin, adalah antara beg yang terbabit.

Bagaimanapun, versi kulit buaya beg itu yang berharga sehingga RM193,000 dikatakan tidak terjejas.

Sumber berkata: "Pemilik mengembalikan beg Hermes kepada butik di Amerika Syarikat dengan mendakwa ia berbau ganja.

"Beg itu dihantar ke Paris kerana tidak ada siapa yang tahu cara menangani masalah itu."

Hermès mempunyai reputasi membuat beg terbaik dengan pelanggannya, termasuk selebriti terkenal seperti Victoria Beckham dan Kim Kardashian. -15/10/14


Padah Tiduri Suami Orang

Posted: 14 Oct 2014 06:15 PM PDT


[Harian Metro] Puyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.

Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.

Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang.

Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.

Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.

Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya.

Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya.

Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.

"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu."

Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.-Agensi/15/10/14


Mayat Warga Asing Disangka Patung

Posted: 14 Oct 2014 06:12 PM PDT



[Harian Metro] Petaling Jaya: "Saya sangkakan patung. Rupanya mayat manusia tergantung pada pagar besi," kata saksi kejadian, Hisyam Ali, 34, yang menemui mayat seorang lelaki di Dataran Prima, Petaling Jaya, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, Hisham terserempak 'objek' tergantung di kawasan itu, namun tidak menyangka ia mayat manusia.

"Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum menyangka patung yang digantung pada pagar besi itu.

"Saya menghampiri kawasan itu bagi memastikan kejadian. Namun saya terkejut apabila mendapati ia mayat manusia yang dijerut dengan tali pada leher," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai lelaki warga Nepal berusia 34 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah yang menjadi punca kematian mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. -15/10/14



Peragut Tunggang Basikal Dibelasah dan Dibogelkan Orang Ramai

Posted: 14 Oct 2014 06:10 PM PDT



[Harian Metro] Tumpat: Perbuatan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menaiki basikal dan berkain pelekat meragut seorang remaja menerima padahnya, apabila kain pelekatnya tertanggal ketika dikejar penduduk kampung yang berang dengan tindakannya.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam di tepi jalan dekat simpang Stadium Mini, Pengkalan Nangka, di sini, lelaki terbabit meragut beg tangan remaja perempuan berusia 17 tahun diletakkan dalam raga motosikalnya.

Dia turut mengugut mahu mencederakan remaja terbabit selepas menyambar beg tangan berisi kad pengenalan, telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM200.

Bagaimanapun, nasibnya kurang baik apabila remaja itu meminta tolong penduduk kampung yang kemudian mengejarnya dan sempat memukul hingga cedera, selain kain pelekatnya tertanggal ketika cuba melarikan diri.

Difahamkan, gambar lelaki itu turut tersebar di laman sosial memperlihatkan dia separuh bogel seperti bersantai di tepi jalan dengan hidung dan mulut berdarah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Katanya, suspek seorang penganggur berasal dari Kampung Bukit Payong, Terengganu, meragut mangsa sebelum mangsa meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.

"Dia dikejar tidak jauh dari lokasi dia meragut mangsa dan cedera akibat bergelut dengan orang kampung ketika melepaskan diri.

"Suspek dibawa ke Hospital Tumpat, di sini untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Hasil siasatan lanjut mendapati ujian air kencingnya negatif dadah dan tiada senjata berbahaya digunakan," katanya. -Siti Rohana Idris/15/10/14


Buruh Ladang Warga Asing Diberkas Rogol Anak Jiran

Posted: 14 Oct 2014 06:08 PM PDT



[Borneo Post] MIRI: Seorang buruh ladang warga asing diberkas polis kerana disyaki merogol anak jiran berusia 12 tahun.

Tangkapan ke atas suspek berusia 42 tahun berasal dari Indonesia dilakukan berikutan aduan dibuat bapa mangsa, 31, di Balai Polis Batu Niah kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, berikutan tangkapan itu suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Mengikut kesalahan ini, seseorang tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan," katanya.

Sementara dalam aduannya, bapa mangsa mendakwa sekitar jam 6.30 pagi, 13 Oktober lalu, dia dan isteri keluar bekerja dan meninggalkan anak perempuannya berusia 12 tahun bersendirian di kuarters kediaman mereka.

Sekitar jam 9.40 pagi, bapa mangsa berasa tidak sedap hati pulang ke rumah menjenguk anaknya dan terperanjat apabila mendapati suspek yang merupakan jiran sebelah sedang berada dalam bilik tidur anaknya.

Pengadu mengesyaki suspek melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap anaknya kemudian membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Batu Niah.

Difahamkan mangsa dirogol beberapa kali oleh suspek ketika dia tinggal bersendirian sementara ibu dan bapanya keluar bekerja.

Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa disebabkan objek keras. - 15/10/14


Tiada ulasan: