Rabu, 15 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tamrin sah tinggalkan Pas

Posted: 15 Oct 2014 05:05 AM PDT


Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin Ghafar 
 Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin Ghafar


SHAH ALAM - Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin sah meninggalkan Pas yang disertainya sejak 2012 berkuat kuasa hari ini.

Blogger terkenal Shahbudin Husin menerusi posting terbarunya menulis, Tamrin sendiri bertemu beliau pagi tadi dan mahu beliau menjadi saksi pengundurannya sebagai ahli parti itu.

"Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini," tulis Shahbudin.

"Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.

"Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas," ujar Shahbudin dalam posting berjudul 'Sah!! Tamrin ucap selamat tinggal pada Pas'.

Selain Shahbudin, seorang lagi rakan Tamrin turut menjadi saksi surat yang ditandatangani oleh Tamrin.

"Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014  dengan tajuk 'Menarik diri sebagai ahli Pas' itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu dengan ayat, "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas.

"Adalah diharapkan pihak Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih," antara butiran surat itu.

Surat itu tidak mengandungi sebarang alasan mengapa beliau meninggalkan Pas.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Beliau sebelum ini bertindak meninggalkan Umno di samping menyifatkan parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenar dalam membela nasib rakyat.

Hadi: Bajet 2015 hanya cantik pada angka

Posted: 15 Oct 2014 04:59 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
SHAH ALAM - Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak minggu lalu disifatkan gagal menjawab masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, empat masalah utama iaitu struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh; kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat; daya saing ekonomi Malaysia dan kemampanan ekonomi negara, membuktikan kerajaan masih belum ada hala tuju jelas bersabit ekonomi negara.

"Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik.

"Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhaen dalam negara kita ini," jelas Abdul Hadi.

"Penekanan secara tidak bersepadu dalam pendekatan ekonomi hanya akan melemaskan lagi rakyat dalam suasana tekanan sara hidup yang sudah cukup membebankan. Pendekatan fiskal melalui pengurangan subsidi dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) (di mana kami menolak pelaksanaan GST ini) hanya akan terus meningkatkan lagi inflasi dan sara hidup rakyat," tambahnya lagi.

Menurut Abdul Hadi lagi, setelah meneliti intipati bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, kerajaan nampaknya tidak menekankan sektor perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada ekonomi negara.

"... sumbangan sektor perkhidmatan yang substantif iaitu sekurang-kurang 70 peratus dari KDNK negara.

"Namun sasaran kerajaan yang hanya meletakkan 60 peratus sumbangan sektor perkhidmatan dalam tahun 2020 membuktikan kerajaan tidak menekankan atau bersedia ke arah struktur ekonomi yang betul untuk Malaysia," katanya.

Malah ujar Abdul Hadi, Bajet 2015 kerajaan juga gagal memperincikan langkah-langkah ke arah meningkatkan produktiviti negara bagi mengatasi kadar pertumbuhan produkitiviti yang semakin merosot.

"Malah kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia adalah lebih rendah dari kebanyakan jiran-jiran negara Asean yang lain.

"Struktur ekonomi yang mampan dan berdaya saing, sepatutnya mengambil kira elemen-elemen penting pertumbuhan ekonomi seperti input buruh, input modal dan faktor produktiviti keseluruhannya," katanya.

Malah menurut Ahli Parlimen Marang itu, tindakan kerajaan menambah pemberian BR1M dan pada masa sama mengurangkan subsidi akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Tidakkah ini juga akan menghasilkan kesan yang sama seakan inflasi, iaitu mengherot keseimbangan ekonomi negara, dan yang lebih teruk, akan juga mengurangkan produktiviti, menjejaskan daya saing dan meningkatkan lagi inflasi," tegas Abdul Hadi lagi.

196 buah kedai di Uptown Shah Alam terbakar

Posted: 15 Oct 2014 04:46 AM PDT

HARAKAHDAILY 




 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 196 buah kedai di Uptown Seksyen 24, Shah Alam hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Selangorkini, kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 50 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkam barang perniagaan mereka.

Anggota Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Jurucakap bomba berkata, api berjaya dipadamkan sejam kemudian dan kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dijangka melawat lokasi kejadian jam 12.30 tengahari ini. - HARAKAHDAILY

Ahmad Maslan diseru kira semula subsidi

Posted: 15 Oct 2014 04:44 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyeru Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyemak kembali pengiraan subsidi supaya ia tidak mengelirukan rakyat.

Beliau menyatakan demikian merujuk dalam satu pertemuan dengan penjawat awam, Ahmad dilaporkan berkata dasar memberi subsidi kepada semua rakyat adalah dasar yang bodoh.

Ahmad juga dipetik sebagai berkata jika subsidi sebanyak RM24 billion setahun itu tidak diberikan, ia boleh digunakan untuk membina 40 hospital setiap tahun.

Menurut Rafizi, jumlah RM24 bilion yang disebut-sebut itu bukanlah semuanya digunakan untuk memberi subsidi petrol dan diesel seperti yang didakwa.

Katanya, jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah RM13.7 bilion (diunjurkan bagi tahun 2014).

Beliau berkata, baki dari angka yang disebut sebagai subsidi itu adalah anggaran RM5 bilion untuk gas memasak LPG dan RM5 bilion lagi tanggungan BR1M.

Katanya, jumlah RM13.7 bilion ini jika dibandingkan dengan jumlah bayaran faedah hutang yang terpaksa ditanggung setiap tahun tidaklah begitu tinggi.

Tambahnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membelanjakan RM24.4 bilion bagi tahun 2015 hanya untuk membayar faedah dan bunga dari hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

"Sebab itu kami menyeru supaya Datuk Ahmad Maslan berhenti menghina rakyat dengan cuba memberi gambaran seolah-olah rakyatlah punca tempangnya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan sekarang," ujarnya pada sidang media di lobi parlimen bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Katanya, pemberian subsidi petrol dan diesel yang selalu diungkit oleh Ahmad itu tidak sampai separuh dari jumlah faedah dan bunga yang dibayar oleh rakyat kerana Barisan Nasional terus berhutang.

Sewajarnya, kata beliau untuk mengurangkan belanja kerajaan, lebih berkesan sekiranya Ahmad mencari jalan untuk mengurang hutang dan memotong bayaran faedah dan bunga dari hutang-hutang tersebut.

Beliau juga ingin mempersoalkan ke manakah penjimatan dari beberapa siri kenaikan harga minyak sebelum ini.

Katanya, jika alasan Ahmad Maslan adalah menaikkan harga minyak boleh mengalihkan sumber kewangan negara untuk membina hospital dan kemudahan lain, berapa banyak hospital, naiktaraf pengangkutan awam dan lain-lain yang telah dilaksanakan dari penjimatan-penjimatan berikut:

- Apabila Kerajaan Persekutuan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen dalam September 2013, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh September 2013 hingga September 2014 adalah RM4.7 bilion;

- Apabila harga petrol dan diesel dinaikkan lagi 20 sen baru-baru ini, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh Oktober 2014 hingga Disember 2014 ialah RM1.4 bilion

- Mana berpuluh-puluh hospital, sekolah, universiti, bas-bas baru yang telah disediakan oleh Barisan Nasional hasil penjimatan sebanyak RM6.1 bilion ini dalam tempoh setahun yang lalu?

"Malangnya kita tahu wang ini tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terus membiayai keborosan pimpinan kerajaan dan peruntukan-peruntukan yang tidak sampai kepada rakyat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY

MP BN bidas kajian pendapatan rakyat Sabah RM4,000 sebulan

Posted: 15 Oct 2014 04:42 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh menggesa satu Jawatankuasa Khas Parlimen diwujudkan bagi mengkaji semula status kemiskinan penduduk rakyat negeri Sabah.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 menjelaskan statistik yang mengatakan rakyat Sabah mempunyai pendapatan isu rumah RM4 ribu sebulan wajar dikaji semula.

"Kita gesa wujud segera jawatankuasa ini bagi mengkaji semula kedudukan sebenar rakyat Sabah.

"Semua parti perlu terlibat dan kita perlu pergi rumah ke rumah bagi membuat kajian sebenar tentang apa yang Sabah alami terutama soal kemiskinan," ucap beliau di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempertikaikan apabila pengiraan statistik kemiskinan diambil secara menyeluruh sebelum dikira secara purata.

"Pengiraan tidak boleh dilakukan sedemikian, kita perlu membuat kajian di bawah dengan bertemu penduduk.

"Bila kajian tidak dibuat betul-betul, kita tidak akan tahu taraf sebenar kemiskinan itu, mungkin pengiraan dibuat di semenanjung tetapi tidak Sabah, rakyat negeri itu masih miskin walaupun telah lama merdeka," sambung beliau lagi.

Janji p'raya

Ghafur turut menggesa agar Kerajaan BN dengar sendiri rintihan rakyat negeri itu dan tidak hanya bertemu mereka untuk janji-janji pilihan raya.

"Dulu masa pilihnraya umum kerajaan janji hendak bina rumah sebanyak 1 juta unit dengan kadar 250 ribu unit setahun.

"Tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pun rumah dibuat, mana janji-janji sebelum ini," soalnya lagi.

Menurutnya, sewaktu penerangan dibuat beliau memang berpuas hati tetapi melihat kepada pelaksanaannya sekarang, beliau berasa kecewa.

"Saya sebelum ini pernah merasmikan pecah tanah untuk Rumah Generasi kedua Felda dan sekarang saya sendiri yang malu bila tiada rumah yang dibina setelah lama pilihan raya berlalu," katanya. - HARAKAHDAILY

Kalau urus tadbir baik MAS dapat diselamatkan

Posted: 15 Oct 2014 04:41 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Sebelum penstrukturan semula MAS kerajaan disarankan agar mengambil langkah sewajarnya bagi membersihkan penyelewengan yang pernah berlaku dalam syarikat penerbangan negara itu.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan hutang misalnya oleh bekas Pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli dapat diselesaikan.

"Apa yang kita bimbang, apabila kerajaan memutuskan syarikat baru ambil alih sudah tentu hutang lama akan kekal dalam syarikat lama," katanya ketika mencelah dalam perbahasan Bajet 2015 oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin di Dewan Rakyat hari ini.

Sudah tentu, katanya kerajaan akan menanggung kerugian yang lebih besar akibat salah urus tadbir tanpa menyelesaikan masalah lalu.

Walaupun katanya, Khazanah Nasional akan melaburkan sebanyak RM5.1 bilion dan dijangka akan menambah lagi dana sebanyak RM6 bilion belum tentu lagi MAS akan mendapat keuntungan di masa akan datang.

Sehubungan itu, Raja Kamarul Bahrin berkata, urus tadbir yang baik dan telus akan dapat menyelamatkan MAS tidak kira siapa yang mentadbir syarikat itu.

"Tidak kira orang dari mana bulan ke, Marikh ke...kalau urus tadbir baik MAS dapat diselamatkan," katanya ketika berbahas. - HARAKAHDAILY

Royalti: Kelantan tubuh Jawatankuasa Khas Audit

Posted: 15 Oct 2014 04:40 AM PDT

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Khas Audit untuk membuat semakan berkaitan bayaran royalti oleh Petronas kepada Kelantan.

Penubuhan jawatankuasa itu diputuskan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 3 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan diurusetia Bahagian Audit Kerajaan Negeri.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan timbalannya anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga akan mengkaji berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) memandangkan ia dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Penubuhan akta itu dari segi perlembagaan negara memerlukan kajian terperinci dan bukan hanya semata-mata mahu menafikan hak-hak perairan milik kerajaan negeri," katanya selepas persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri berharap kerajaan Pusat sedia bekerjasama bagi memberi ruang kepada Kelantan mendapatkan maklumat akaun Petronas mengenai bayaran royalti petroleum.

Selain itu jawatankuasa berkenaan mengkaji pertikaian sempadan perairan negeri yang menjadi asas kepada kerajaan Persekutuan menafikan hak royalti petroleum milik Kelantan. - HARAKAHDAILY

Ribut: Jabatan Meteorologi nafi khabar angin

Posted: 15 Oct 2014 04:38 AM PDT

SINAR HARIAN

Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin kononnya terdapat amaran ribut kuat di seluruh negara.

Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan, berkata amaran berkenaan yang banyak disebarkan melalui media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari kebelakangan ini adalah tidak benar.

Sebaliknya, MetMalaysia menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang amaran atau nasihat berkenaan cuaca melalui laman web mereka di www.met.gov.my.

Maklumat juga boleh diperoleh melalui akaun Facebook 'malaysiamet' dan Twitter 'malaysianmet', menurut kenyataan berkenaan.

Tambah kenyataan itu lagi, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di talian 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam sehari.  - Bernama

PERMATA lapor polis berhubung artikel portal

Posted: 15 Oct 2014 04:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.
  
Menurut PERMATA, laporan itu dibuat seorang pegawainya di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya hari ini.
  
Agensi itu mendakwa artikel bertajuk 'Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta' yang dimuat naik portal itu pada Ahad lepas, telah memburukkan nama baik pegawai PERMATA yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan agensi itu.
  
Selain itu, PERMATA mendakwa ia juga memburukkan nama penaung program PERMATA yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
  
Agensi itu berharap polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab memuat naik artikel itu.- Bernama

Nik Abduh: Perlu hormati rakan PR

Posted: 15 Oct 2014 04:05 AM PDT


Ahli Parlimen Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  
Ahli Parlimen Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz


ISU Pas dibuli yang ditimbulkan Ahli Parlimen Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz benar-benar mencetuskan kegemparan dalam PR. Beliau bukan sahaja jadi sasaran kritikan rakan-rakan PKR dan DAP malahan dalam Pas sendiri. Beberapa minggu lalu, khabarnya sudah naik kain rentang di Pasir Mas yang mendesak Nik Abduh tinggalkan Pas dan sertai Umno.

Ini kerana ada kenyataannya yang dikatakan bukan sahaja untungkan Umno. Ironinya, Nik Abduh adalah anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sejak lahir, beliau sudah terdidik dengan perjuangan parti itu.

Apa yang meresahkan mereka yang menentangnya, pandangan Nik Abduh kadang kala dianggap pandangan ayahnya. Benarkah begitu? Kepada Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim tokoh muda ini menjawab persoalan itu ketika diwawancara di lobi bangunan Parlimen kelmarin.

Dalam Facebook baru-baru ini. YB melontarkan pandangan bahawa Pas dibuli dalam hubungan dengan PKR dan DAP. Boleh YB huraikan lebih mendalam apa yang YB maksudkan dengan buli?

Saya secara asasnya  mahu buka satu sudut yang jarang dibuka oleh kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat iaitu bagaimana kita harus membina hubungan dalam PR sehingga benar-benar berjaya untuk mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya akan datang ataupun bila-bila masa.

Kita boleh berubah iaitu dibina daripada parti-parti dalam PR dengan hubungan yang dibina atas sikap yang benar. Sebab itu, saya timbulkan bahawa kita perlu ada sikap saling hormat-menghormati. Jangan kita bersikap membina persepsi untuk menganggap kawan kita ini benar atau tidak benar. Itulah asas yang saya cuba perbetulkan.

Pandangan YB ini adakah kerana apa yang berlaku kebelakangan ini khususnya dalam isu MB Selangor ataupun sesuatu yang sudah dipendam lama. Maksud saya, dari sudut pandang YB sendiri mengenai hubungan yang dibina atas nama tahaluf siyasi sejak awal ataupun hanya baru-baru ini.

Saya sebut dibuli, ini adalah satu isu baru dalam tulisan saya. Cuma mungkin orang 'spin'. Yang saya sebut pasal buli ialah cerita Pas dengan Umno. Pas sejak dulu lagi dibuli oleh Umno. Sampai sekarang, isu Kelantan misalnya yang kita sentiasa bangkitkan tapi kita sentiasa ditekan dan dizalimi parti pemerintah.

Cuma apabila timbul isu Selangor, maka saya sebut isu kebelakangan ini. Saya tengok rakan-rakan sendiri sudah mula tujukan kesalahan ini kepada Pas yang pada asasnya tidak benar. Saya sebut dengan jelas, DAP dan kawan-kawan dalam PR jangan jadi macam Umno.

Ertinya isu buli ini bukan isu lama, isu baru. Maknanya, hubungan (Pas dengan PKR dan DAP) sebelum ini dalam PR adalah baik. Dan isu Selangor ini, kita sudah memerintah selama sepenggal dan nak masuk penggal yang kedua adalah baik.

Maknanya, Pas telah menyatakan untuk menyokong kerajaan PKR bersama DAP,  sehinggalah isu Langkah Kajang berlaku. Langkah Kajang inilah yang merosakkan hubungan kita. Dan, kita (Pas) berpendirian bahawa kita ini benar.

Pas sudah betul membuat pendirian. Tapi kerana isu ini dipanjangkan, dibina satu persepsi bahawa Pas telah melakukan kesalahan, melanggar setiakawan dalam PR. Walhal yang saya nak sebut ialah, konsensus asal konvensyen PR ialah apabila tiga parti bersetuju, baru kita boleh 'move'.

Tapi, apabila salah satu parti tak setuju, sebarang projek yang hendak dilakukan tak boleh dibuat kecualilah atas kehendaknya sendiri. Tak bolehlah kita minta kawan kita yang tak setuju ini masuk sama.Maksudnya, mesti konsensus?

Ya. Mestilah mengikut konsensus, barulah boleh jalan satu program yang dirancang dalam PR. Contoh tahun lepas, isu hudud. Awal tahun, isu hudud, kita nak bawa hukum hudud di Parlimen. Tapi, DAP tidak setuju. Kita tidak salahkan DAP, rakan kita.

Memang hak dia untuk tidak bersetuju. Cuma, kita berbahas soal mengapa kita nak bawa. Itu sahaja. Kita tidak kata DAP khianat kerana dia berhak untuk tidak bersetuju soal hudud. Kita nak bawa juga dan kita tidak kacau DAP. DAP tidak setuju dalam Parlimen. Itu bukan khianat kerana hak dia untuk tidak bersetuju.

So, Pas akan cari cara lain. Kita tekankan kewajipan semua MP yang beragama Islam, dari sudut agama mestilah menyokong hudud. Kemudian, kita tekankan hak demokrasi bahawa hudud boleh dijalankan  di Kelantan jika mendapat sokongan majoriti. Itu sistem demokrasi kita. Adapun DAP atau siapa-siapa tak nak sokong, kita tidak anggap mereka pengkhianat.

Begitu juga dengan 'Langkah Kajang', Pas telah nyatakan awal-awal yang kita tidak bersetuju. Jadi, asasnya nak bawa juga 'Langkah Kajang', boleh tapi jangan kata Pas khianat kerana Pas tak bersetuju. Itu sahaja. Hormati. Itu sikap kita dari awal. Dia nak tukar MB, kita kata kita tak setuju. Maka, ia tidak boleh dikatakan 'Langkah PR'.

Ia hanya Langkah PKR. Kalau DAP setuju, maka, kedua-dualah. Kita tarik diri. Itu hak kita sebagaimana DAP tarik diri daripada isu hudud. Tapi, mengapa apabila terjejas, dicuri Adun kita (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin).

Jadi, siapa yang mulakan sikap tidak setiakawan itu? Bukan kita (Pas). Apabila mereka mencuri dalam kalangan Pakatan, maksudnya  khianat. Adun sendiri khianat dan kawan-kawan dalam Pakatan juga telah mengkhianati semangat setiakawan. Jadi, punca isu Selangor bukanlah daripada Pas. Itulah saya tuntut perlu menghormati apa yang telah kita bina iaitu konvensyen bahawa tiga tidak setuju, maka, kita tidak boleh tuduh siapa-siapa. Itu saya maksudkan isu Selangor.

Apa-apa (pandangan) yang YB lontarkan melalui media sosial ataupun kenyataan akhbar sering dikaitkan dengan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Jadi, orang anggap pandangan YB adalah juga pandangan Tok Guru, malahan ada yang anggap Tok Guru sampaikan pandangan beliau yang kontroversi melalui YB. Macam mana YB hadapi keadaan ini sama ada daripada Tok Guru sendiri atau ahli Pas?

Itu pandangan masyarakat,  terutama yang berminat dengan politik. KPI saya mungkin diletak terlalu tinggi kerana ada kaitan dengan ayah saya. Apa-apa yang saya cakap ini, kena (mesti) macam Tok Guru. Itu saya serahkan kepada masyarakat.

Itu saya tak ada apa-apa. Saya dengan ayah saya, ada perkara yang saya bincang. Ada juga yang saya tidak bincang. Dan bukan syarat kena bincang dulu atau tidak bincang. Saya cara saya. Ayah saya ada pandangan dia.

Jadi, adakah tindakan ini memberi kesan atau jadi tekanan kepada YB sendiri?

Saya tidak ada tekanan. Sejak dahulu lagi daripada zaman Pemuda, selama berbelas tahun saya dalam Pemuda, saya sentiasa dikaitkan dengan isu-isu ini. Jadi, saya tidak kisah sama ada saya menang atau kalah dalam parti. Saya nak kritik apa pun, saya tidak pernah tanya ayah saya setuju atau tidak?

Kadang, ayah saya tanya dan saya jelaskan. Seingat saya, saya tidak pernah ditegur. Kadang-kadang, saya bagi pandangan dan dia beri pandangan yang berlainan. Banyak betul dialah sebab dia orang tua dan banyak pengalaman.

Saya ingat kalau saya kira daripada 10 pandangan kami yang berbeza, adalah dua, tiga saja yang saya betul. Baki lagi dialah yang betul. Saya tidak kisah dan dia juga tidak kisah kalau saya salah. Ada ketika, saya berbahas panjang, akhir sekali, dia cakap "Itu pandangan Abduh. Ayah ada pandangan ayah sendiri."

Tapi, kita tengok kes sekarang, pada saya sepanjang boleh kata 20 tahun, hubungan Pas dan kedudukan Pas dalam Pakatan dengan parti-parti lain sejak era Angkatan Perpaduan Ummah, ini kita boleh nilai sebagai perpecahan yang paling teruk dalam Pas.

Bila ada dua pandangan yang berbeza, lebih-lebih lagi apabila dalam muktamar baru-baru ini, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri bercakap secara terbuka dan terang-terangan mengenai hubungan dengan PKR dan DAP, kita dapat lihat  Timbalan Presiden (Mohamad Sabu) beri kenyataan yang berbeza. Dan, dia (Mat Sabu) ada kumpulannya sendiri. Dalam keadaan ini, macam mana YB melihat masa depan Pas dan kedudukan semasa Pas?

Pas sentiasa ada masa depan. Selagi mana Pas pegang perjuangan asalnya iaitu menegakkan syariat Islam,  keyakinan ahli Pas adalah terlalu tinggi. Saya yakin bahawa Pas ada masa depan. Ada dua isu,  yang pertama, isu dengan PR dan yang kedua, isu dalaman dan kedua-dua isu  saling berkaitan.

Dalam isu PR, akhir sekali, kita ada dua pandangan dalam parti. Sebenarnya, isu dalaman perkara biasa bagi sesebuah parti politik. Perbezaan pandangan ini saya sudah kesan lama. Saya anggap ia adalah satu benda yang positif.

Maknanya, ahli Pas diminta untuk berfikir mengenai perjuangan. Kami sentiasa berwacana sama ada dalam mesyuarat atau dalam forum biasa. Dan tidak pelik, kalau Pas lahir lebih daripada dua pendapat. Seperti pernah dibincangkan dalam isu yang kadang-kadang benar atau tidak benar seperti isu pertembungan profesional dengan ulama, bagaimana ia dibawa tetapi akhirnya berjaya diredakan. Jadi, isu ini kita berjaya simpan.

Kita harap ia kekal positif. Cuma, apabila kita masuk dalam PR, ia menjadi satu pakatan yang besar. Sebelum ini, Pas sudah masuk tahaluf, persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang sebelum ini. Kita berjaya cuma terhenti. Terhenti itu bukan bermakna kita gagal. Kita telah sampai tahap kejayaan yang itu sahaja dalam masa itu. Untuk PR ini, adakah sampai ke kemuncak?

Saya kata belum lagi. Kami dalam PR masing-masing mengimpikan satu hubungan yang lebih baik kerana ia telah menggembirakan rakyat Malaysia. Hubungan ini telah menjadi alternatif kepada BN bahawa ada satu keharmonian di peringkat pembangkang yang menggembirakan rakyat Malaysia.

Jadi, hubungan ini kita harus teruskan. Cuma, bagaimana kita harus membina hubungan yang lebih baik. Sebab itu, saya post terbaru, semalam. Saya kata, kita dalam tahap membina Malaysia apabila rakyat mahu mengubah selera mereka kepada PR. Bagaimana hendak membina Malaysia? Malaysia tidak boleh dibina dengan perasaan benci. Apabila kita runtuhkan BN, mestilah kita runtuhkan mereka atas sebab kita benci korupsi, rasuah dan sebagainya.

Tapi, apakah rasa benci itu terbina dengan sendiri. Tidak. Kita perlu bina atas dasar cintakan negara. Bagaimana hendak cintakan negara. Kita hadiahkan sesuatu yang paling tulus dalam diri kita iaitu kita cintakan kebenaran. Apa yang benar, kita taat dan hormatinya. Ini mesti dibina awal dalam PR. Jadi, isu Selangor ini baru. Kes Selangor ini menjadi peluang bagi saya untuk saya sebut apa yang saya inginkan bahawa perlu ada satu sikap penghormatan yang lebih mendalam dalam hubungan sesama kita.

DAP kita hormati perjuangannya. Pas kena hormat. Walaupun kita dilihat berbeza, Umno pukul bahagian inilah. Pas dan DAP tidak akan bertemu. Nasib baik, PKR sebagai jambatan. Itulah yang Umno pukul.

Tapi, kita yakin, kalau kita betul-betul tulus tidak menuduh perkara yang tidak benar, kita mampu untuk ambil alih tempat Umno dan mampu bina negara dengan lebih baik seperti mana kita ucapkan dengan lidah. Kita harus benarkan ia di dalam hati.

Berarak bantah Akta Hasutan esok

Posted: 15 Oct 2014 03:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berarak untuk Keamanan dan Kebebasan bagi membantah Akta Hasutan, anjuran Badan Peguam Malaysia esok turut mendapat sokongan badan-badan perundangan antarabangsa yang menulis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beberapa pemerhati antarabangsa dan diplomat asing juga telah membayangkan mereka akan hadir sebagai pemerhati di program tersebut, kata Presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka persatuan dan badan peguam dari luar negara, seperti Lawasia, Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Perundangan Australia dan ahli badan Peguam Jepun.

Leong (kanan) berkata Majlis Peguam juga mengambil maklum bahawa surat terbuka telah dihantar kepada Najib oleh pelbagai badan perundangan antarabangsa bagi menyokong acara tersebut.

Beliau berkata semua kenyataan dari badan-badan antarabangsa itu terdapat di laman web Badan Peguam Malaysia dan ia termasuk satu kenyataan sokongan dari Lawasia, surat dari Persatuan Peguam Komanwel, Badan Peguam Persekutuan Jerman, Persatuan Peguam Nepal dan Persatuan Peguam Sri Lanka.

Persatuan Peguam Korea, kata Leong, juga akan mengeluarkan kenyataan menyokong protes tersebut.

Protes berarak membantah Akta Hasutan 1948 itu akan bermula di tempat letak kereta Padang Merbok di ibunegara pada pukul 10.30 pagi esok dan dari situ, para peserta akan berjalan ke Parlimen.

Majlis Peguam mengumumkan bahawa ia akan menganjurkannya selepas badan peguam Malaysia meluluskan usul itu di mesyuarat agung luar biasa pada bulan lepas.

Leong berkata Badan Peguam percaya perbahasan, kepelbagaian pendapat dan kebebasan bersuara akhirnya akan mempromosi, memupuk keharmonian, keamanan yang berkekalan, perpaduan dan saling hormat menghormati di kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, katanya, Peguam Malaysia menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan esok dan beliau berhasrat berucap di perhimpunan itu pada kira-kira pukul 12.30 tengahari, mungkin di luar Parlimen.

MP dakwa PERMATA untung anak orang kaya

Posted: 15 Oct 2014 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP PKR dari Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa program prapendidikan kanak-kanak Permata Untuk Negara (PERMATA) memberi keuntungan kepada anak orang kaya dan bukannya golongan sasaran berpendapatan rendah.

Zuraida membangkitkan perkara itu dengan menimbulkan isu anak orang kaya yang sedia terlatih dalam bidang muzik untuk menyertai satu program orkestra PERMATA Seni.

"Kalau kita lihat PERMATA Seni, program orkestra mereka ini diambil dari anak-anak orang kaya yang memang terlatih dalam seni muzik dan digabungkan buat satu pasukan," kata Zuraida.

Menurutnya, program itu sepatutnya menumpukan kepada kanak-kanak dari ibu bapa berpendapatan rendah.

"Kalau PERMATA ini bersungguh-sungguh nak bantu rakyat di bawah - macam Sabah yang kata Sabah pun tiada (program PERMATA) - ia sepatutnya menggilap (bakat) anak-anak miskin dari bawah dan jadikan mereka permata dan bukan ambil anak-anak orang kaya.

"Lenggong (Shamsul) sedar atau tidak program PERMATA ini program 'jalan pintas'?," katanya sewaktu mencelah perbahasan Belanjawan 2015 oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu seterusnya dibidas oleh Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) yang mendakwa Zuraida mendiskriminasikan kanak-kanak.

Diskriminasi miskin, kaya

"Lenggong (Shamsul), saya nak tanya bolehkah kita diskriminasikan anak orang kaya dan anak orang miskin?

"Apalah Ampang ini punya fikiran. Kanak-kanak adalah kanak-kanak.

"Kenapa nak diskriminasikan yang miskin dan yang kaya?" kata Azalina.

MP Pakatan Rakyat pada hari Isnin lalu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat jumlah peruntukan yang diterima PERMATA.

Dalam Belanjawan 2015 yang dibentang Jumaat lalu, kerajaan mempertuntukkan RM711 juta kepada PERMATA, Kementerian Pendidikan, Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan  bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

Pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan RM30,690,100 pada 2015 untuk PERMATA.

MP Sabah tak puas hati syarikat 'rompak' lebuh raya

Posted: 15 Oct 2014 03:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) tidak berpuas hati apabila kontrak lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway di Sabah didakwa diuruskan syarikat-syarikat dari Semenanjung.

Dua syarikat yang dimaksudkan itu adalah UEM dan MMC yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Syed Mokhtar Albukhary.

Menurutnya, senario itu menyebabkan surat layang mendakwa 'Umno merompak' diedarkan kepada orang ramai.

"Di Sarawak, (kontrak) diberi kepada syarikat dari Sarawak.

"Walhal di Sabah, bukan saya reka-reka, ada surat pekeliling menyatakan Umno rompak lagi.

"UEM, MMC adalah syarikat Umno yang diketuai (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary ambil alih semua jalan raya di Sabah," katanya

Bung: Pakatan macam 'sate' di Sabah

Posted: 15 Oct 2014 03:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mengumpamakan kehadiran ahli-ahli politik Pakatan Rakyat di Sabah seperti 'sate'.

Menurutnya, Pakatan Rakyat berpolitik dengan mengamalkan adu-domba di kalangan penduduk Sabah.

"Pembangkang ini macam sate. Ada yang tukang cucuk, ada yang tukang kipas, dan ada yang tukang bakar," kata Bung Mokhtar.

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah ucapan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membahaskan Belanjawan 2015.

Abdul Ghapur dalam ucapannya menggesa agar Putrajaya memberikan lebih tumpuan terhadap negeri Sabah.

"Saya bercakap ini denyutan hati rakyat Sabah. Taruhlah telinga kita di dada mereka," katanya.

Beliau antara lain merujuk kepada gangguan elektrik yang didakwa berlaku hampir setiap hari di negeri itu.

Menurutnya lagi, BN perlu benar-benar memberi perhatian kepada Sabah jika mahu kekal berkuasa untuk tempoh yang lama.

"Kita perbaiki dalaman kita kerana kita mahu BN ini berkuasa sampai kiamat dunia," katanya.

Ahli Umno ceramah di pentas PKR dipecat

Posted: 14 Oct 2014 05:15 PM PDT

MALAYSIAKINI


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemecatan tiga ahli parti itu kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, tiga ahli daripada Maran, Pahang itu melakukan kesalahan berceramah di atas pentas PKR dan mempunyai dua keahlian.

Mereka ialah Mohd Zamri Mohd Sham dari Kampung Sekara, Mohd Khiri Dahlan dari Taman Seri Keramat dan Ahmad Shuhor Awang dari Kampung Senggora.

"Mohd Zamri didapati bersalah kerana berceramah di pentas PKR. Hukumannya dipecat. Mohd Khiri mempunyai dua keahlian iaitu Umno dan PKR. Mengaku bersalah dan dipecat.

"Ahmad Shuhor juga kesalahan sama. Mengaku menjadi ahli PKR cabang Maran. Hukumannya bersalah dan dipecat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

AMK lancar kempen 'Rakyat Hakim Negara' sebagai solidariti pada Anwar

Posted: 14 Oct 2014 05:11 PM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Tinggal lagi dua minggu untuk Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan kes liwat yang dihadapi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Pada 28 Oktober ini, nasib Anwar yang juga Ketua Pembangkang akan diketahui - dibebaskan atau dipenjarakan sekali lagi.
 
Untuk itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini melancarkan kempen selama 14 hari bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar.
 
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemuncak kempen yang bertemakan 'Rakyat Hakim Negara' itu akan diadakan di Putrajaya pada 28 Oktober depan.
 
Antara program kempen itu ialah flashmob, edaran risalah, ceramah di seluruh negara dan juga kempen melalui media sosial.
 
"Siri ceramah ini juga akan dijalankan bersama Anwar Ibrahim di beberapa lokasi di seluruh negara yang akan dimaklumkan kelak.
 
"Kemuncak kempen Rakyat Hakim Negara adalah ceramah perdana yang bakal berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 Oktober," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.
 
Nik Nazmi yang juga Exco Selangor berkata, pihaknya bersedia dengan segala kemungkinanan.
 
"Kita bersedia dengan segala kemungkinan. Ia bukan sahaja kes ini semata-mata tetapi kes ini juga sebagai satu pencetus kepada isu-isu yang kini dihadapi rakyat," katanya lagi.
 
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober depan untuk mendengar rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Ke mana Pak Man akan pergi?

Posted: 14 Oct 2014 05:08 PM PDT

ARIF ATAN 






KUALA LUMPUR: Dasar pembangunan hartanah oleh kerajaan Umno BN yang memusuhi rakyat berpendapatan rendah menyaksikan mereka terus dinafikan hak untuk tinggal di ibu negara.

Pengalaman Harakah sejak tahun lalu berdepan isu pengusiran peneroka bandar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk perkampungan di bawah status tanah rizab Melayu di sekitar Sentul mendapati jabatan kerajaan terbabit tidak adil apabila mengabaikan kebajikan rakyat.

Beberapa agensi kerajaan yang didakwa memiliki tanah didiami penduduk dilihat bekerja mengikut telunjuk kapitalis apabila menghalau mereka tanpa pampasan dan ganti rugi setimpal sebelum tanah terbabit diserahkan sepenuhnya kepada pemaju.

Tindakan paling mudah dilakukan kerajaan apabila penduduk yang sebahagiannya merupakan warga emas diarah berpindah dengan menyewa di unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) jauh dari lokasi perkampungan asal mereka diami.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Puah Seberang, Ahmad Daud Mohd Ali, 52, berkata, penduduk di kawasan  tanah rizab Melayu itu kini diancam pengusiran apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkeras mahu meneruskan projek membina kolam takungan banjir di tanah seluas 3.28 ekar bagi projek Sungai Nadi Kehidupan atau ?River of Life? (RoL).

Pada masa sama, ujarnya, baki 77 keluarga di kampung itu juga menghadapi tekanan supaya berpindah ke PPR bagi memberi laluan kepada projek Lebuh raya Duta-Ulu Klang (Duke) II dengan siri pertama projek itu menyebabkan ramai penduduk dihalau kira-kira 10 tahun lalu.

Kampung Puah Seberang terletak antara Duke dan Sungai Gombak merangkumi keluasan 17.13 ekar yang hanya melibatkan satu lot sahaja iaitu Lot 30022.

Menurut Pak Daud, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai pemilik tanah di kawasan projek terlibat sehingga 2 Oktober lalu gagal memberi sebarang respons terhadap gesaan penduduk untuk bertemu dan berunding.

Ujarnya, orang kampung selama ini hanya difahamkan tanah mereka duduki direzabkan sebagai tanah perkuburan Islam tetapi kemudiannya terkejut apabila pihak berkuasa agama itu memberi kebenaran kepada JPS untuk mengambil tanah kampung terbabit bagi projek RoL.

Surat JAWI kepada JPS bertarikh 2 Oktober 2012 bukti menyatakan JAWI tiada halangan dan bersetuju terhadap permohonan pembatalan sebahagian Tanah Rizab Perkuburan Islam No Lot 30022 Mukim Setapak kampung tersebut.

"Kita nak jumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk selesaikan segera kemelut ini tetapi dia tak jawab pun surat penduduk walaupun tidak kurang daripada enam surat kita hantar sejak dua tahun lepas.

"Orang kampung mahu bersemuka dengan MAIWP duduk sekali semeja dengan PTG (Pejabat Tanah dan Galian), JPS dan DBKL," ujarnya ketika ditemui Harakah, 2 Oktober lalu.

Pihak JPS melalui konsultan Pearl Oriental Solutions, katanya, sedaya upaya memujuk empat daripada sembilan keluarga supaya bersetuju dengan bayaran RM2,000 bagi menganjakkan tapak rumah termasuk surau ke bahagian dalam kampung.

Namun, jika penduduk enggan menerima tawaran itu mereka didesak berpindah ke PPR Taman Wahyu.

"Untuk apa kami kena pindah masuk ke dalam? Cukupkah RM2,000? Rumah apa boleh dibina sekarang ini dengan wang sebanyak itu? Adakah itu satu-satunya penyelesaian atau permulaan kepada ancaman pengusiran?

"Penduduk akan berdepan risiko kalau ikut telunjuk konsultan itu sebab DBKL pasti tidak akan luluskan. Bekalan elektrik dan air juga susah. Bila banjir pula siapa akan bertanggungjawab," bidasnya.

Menurut Pak Daud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Seri Ahmad Phesal Talib dalam dialog dengan penduduk 4 Jun lalu pula gagal memberikan hasil laporan  syarikat konsultan yang dilantik oleh DBKL pada tahun 2010 ketika Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai Datuk Bandar kepada mereka.

"Kami sudah diajak berunding bersama mengemukakan kertas cadangan bagi mewujudkan kampung tradisi warisan Melayu yang kekal dalam bandar tapi sampai sekarang penduduk di tujuh kampung tidak dapat laporan sebenar daripada perunding IZM Consult itu," ujarnya.

Kecewa dengan layan agensi kerajaan terbabit, Pak Daud menganggap cara pentadbiran tanah di negara ini seperti pendekatan rejim Zionis dengan merampas tanah atau paksa pindah dengan memecah dan mengepung penempatan dengan projek.

"Kita ada bukti, ada fakta. Tuntutan penduduk untuk pampasan setimpal diberi kepada kami sudah kami failkan pada peguam. Kalau kamu ambil tanah mesti ganti dengan tanah. Itu perundangan.

"Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mohd Noor Abdullah pun dalam satu wawancara di akhbar 21 September lepas menegaskan supaya ganti balik tanah milik orang Melayu yang hilang," katanya.

Ke mana Pak Man akan pergi?
Jika Pak Daud dan penduduk di sekitar tujuh kampung di Kuala Lumpur diancam pengusiran akibat pelbagai projek pembangunan yang tidak berpihak kepada rakyat, lain pula halnya dengan nasib dialami komuniti miskin bandar di ibu kota.

Rajzuan Ibrahim, 57, atau mesra dipanggil Pak Man bimbang dengan tekanan pihak DBKL supaya mengosongkan tanah yang didiaminya di satu sudut Kampung Periuk iaitu sebahagian Kampung Baru.

Cadangan DBKL agar Pak Man berpindah dengan menyewa unit PPR di Cheras sukar diterima memandangkan faktor kewangannya yang amat terhad selain usia yang semakin meningkat.

"Hendak makan pun susah apa lagi menyewa PPR. Sudah lebih 20 tahun Pak Man hidup mencari rezeki di Kuala Lumpur. Sekarang, untuk menampung hidup saya menternak ayam kampung dan berkebun sayur tapi banyak anak pokok yang musnah dikerjakan ayam pula.

"Mujur ada beberapa NGO yang majoritinya pertubuhan bukan Melayu Islam banyak menghulurkan bantuan berupa makanan dan barangan pengurusan diri. Ringan sikit beban kami," katanya ketika ditemui Harakah, 2 Oktober lalu.

Menyentuh tentang kepekaan institusi kerajaan berkaitan kebajikan Islam, pengalaman beliau yang terpaksa menahan malu pernah terpaksa

Mengulas projek mewah antaranya membina pusat komersial setinggi 56 tingkat di kawasan berdekatan pondoknya, beliau berkata, projek berkenaan hanya menafikan hak golongan miskin bandar, gelandangan termasuk tenaga buruh di sekitar ibu kota untuk tinggal di kawasan tersebut.

Pondok Pak Man juga dikongsi bersama golongan gelandangan kota majoritinya Melayu untuk menumpang teduh termasuk anak kecil berusia enam tahun.

Sehubungan itu, beliau mewakili komuniti tidak berumah merayu dan mengharapkan belas ihsan DBKL untuk membenarkan mereka tinggal di situ.

"Kasihanilah kami. Lagipun, Perdana Menteri masa bulan puasa lepas sudah berjanji nak bina pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah seperti kami ini," tambah Pak Man yang berasal dari Felda Sungai Tiang, Kedah.

Projek Lebuh Raya Rakyat berjalan lancar

Posted: 14 Oct 2014 04:59 PM PDT

ASLANI M 



 


KOTA BHARU: Selepas pelancaran masuk tapak diadakan pada 27 Ogos lalu, kerja-kerja tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai kini siap kira-kira 75 peratus.

Kerja-kerja tersebut membabitkan jajaran sepanjang 3 km di Bukit Bakar, Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, kerja-kerja tersebut berjalan lancar.

Katanya, pembinaan diteruskan secara berperingkat-peringkat termasuk di kawasan tapak milik persendirian.

"Proses pengambilan semula tanah milik yang terbabit dengan jajaran itu sedang dijalankan Pejabat Tanah dan Galian.

"Ia dijangka mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk diselesaikan," katanya menjawab soalan Ustaz Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Projek lebuh raya tersebut diusahakan kerajaan negeri setelah tertangguh sejak 1986 apabila kerajaan pusat tidak senaraikan dalam RMK-5.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer bermula dari Bukit Tiu sehingga Dusun Damar, Kuala Krai membabitkan kos sebanyak RM854 juta dijangka siap akhir 2017.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak 2010 sehingga September lepas Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) mengeluarkan pinjaman sebanyak RM23.7 juta kepada pelajar melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Katanya, pinjaman yang diberi pada 2010 kepada seramai 529 pelajar, 2011 (615 pelajar), 2012 (906 pelajar), 2013 (1,039 pelajar) dan 31 pelajar sehingga September lepas.

Pinjaman tersebut termasuk kepada 222 pelajar yang mengikut pengajian di Universiti al Azhar, Mesir dalam bidang perubatan, pendidikan Islam, tahfiz dan lughah.

Selain itu pinjaman kepada pelajar di Jordan seramai 50 orang, Indonesia (100) dan Maghribi (12). - HARAKAHDAILY

AMK jangan masuk campur urusan PAS gantung dua ADUN - Syarhan Humaizi

Posted: 14 Oct 2014 04:57 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Selangor kesal dengan tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang seolah-olah masuk campur dalam keputusan parti menggantungkan keahlian dua ADUN PAS Selangor.
 
Sehubungan itu ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim menggesa AMK menarik semula kenyataan yang dibuat pada Ahad lalu yang jelas tidak menghormati pendirian PAS yang mahu ahli-ahlinya taat kepada arahan pemimpin parti itu.
 
"Pemuda PAS Selangor ingin menegaskan bahawa AMK Selangor tidak perlu masuk campur urusan dalaman PAS. Ini jelas tidak menghormati semangat setia kawan yang dipupuk selama ini sejak persefahaman Pakatan Rakyat wujud.
 
"Ditambah lagi dengan apa yang berlaku tempoh hari dimana terdapatnya gerakan yang dilakukan oleh DAP yang berusaha gigih membela dua ADUN Selangor yang digantung selama setahun.
 
"Kami mengharapkan AMK Selangor menarik semula kenyataan mereka yag disiarkan dalam portal-portal berita versi internet bertarikh 12 Oktober 2014 yang bertajuk 'AMK kesal dua adun barua digantung", katanya melalui kenyataan media.
 
Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil dua hari lalu mempertikaikan keputusan penggantungan PAS terhadap Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Fahmi berkata, tindakan sokongan itu merupakan satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis jawatan nombor satu itu mengikut amalan dan kebiasaan yang berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
 
Pendirian AMK itu dibidas Syarhan dengan menyifatkan ia sebagai tidak tepat dan lari dari konteks disiplin parti dan aklak berjamaah.
 
"Kami menyokong penuh keputusan PAS Pusat yang sangat bertepatan dalam memperkukuhkan parti. Dua ADUN PAS itu jelas mengkhianati PAS dan tindakan mereka itu telah diterjemahkan dalam Muktamar PAS Pusat baru-baru ini.
 
"Kenyataan AMK sangat tidak berpijak kepada realiti, memalukan serta memperlekehkan usaha PAS mempertahankan kualiti dan ketaatan kepada arahan parti yang selama ini menjadi dokongan setiap ahli dalam PAS.
 
"AMK Selangor perlu perhalusi dengan cermat kata-kata yang boleh membina rakan politik. Bukan bertindak keanak-anakan membelasah rakan politik dengan mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju secara umum kerana setiap komponen Pakatan Rakyat punyai masalah tersendiri . Begitu juga dengan PKR yang popular dengan tindakan 'sepakan tong undi' setiap kali berlangsung mesyuarat agung pemilihan," katanya lagi.
 
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Ahad lalu memutuskan untuk menggantung keahlian Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib) selama setahun. 
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan tatatertib itu diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) Perlembagaan PAS.
 
Namun kedua-dua mereka berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh 15 hari berkuatkuasa pada tarikh penggantungan tersebut.
 
Saari dan Hasnul sebelum ini bertindak melangkaui keputusan parti berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Kedua-dua mereka bertindak menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, sebelum parti mengeluarkan pendirian rasmi.

Shafee kekal ketuai pasukan pendakwaan kes liwat Anwar

Posted: 14 Oct 2014 04:54 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang untuk mengetepikan beliau selaku pendakwa raya.
 
Anwar, 66, sebelum ini pernah memfail permohonan kedua bagi membatalkan kelayakan Muhammad Shafee dengan menggunakan maklumat dari akuan bersumpah bekas ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bagi menyokong permohonan itu.
 
Permohonan pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas, berikutan itu beliau merayu di Mahkamah Persekutuan, tetapi juga ditolak.
 
Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008.
 
Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara dengan kuasa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3)Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dewan Ulama PAS sedang kaji kedudukan tahaluf siyasi Pakatan - Dr Mahfodz

Posted: 14 Oct 2014 04:53 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat melalui jawatankuasa penyelidikannya sedang menjalankan kajian serta penyelidikan mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara parti itu dengan PKR dan DAP.
 
Menurut Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti itu sejak-akhir-akhir ini.
 
Namun jelas beliau, kajian tersebut baru memulakan penyelidikan dan enggan mengulas perkembangan proses itu.
 
"Perkara itu belum ada keputusan lagi, baru mula buat penyelidikan dan itu pun orang lain kita dah tugaskan.
 
"Jadi saya ingat terlalu awallah untuk didedahkan perkara itu pasal baru mula sejak kecoh-kecoh dalam Pakatan Rakyat itulah," katanya kepada Antarapos.
 
Difahamkan Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat dijangka membentangkan hasil kajian dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.
 
Jawatankuasa Penyelidikan itu diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
 
Mahfodz berkata, jawatankuasa itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.
 
"Terlalu awallah untuk saya keluarkan apa-apa kajian  tambahan daripada situ belum dapat dimuktamadkan," katanya.

Tiada ulasan: