Rabu, 1 Oktober 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Azmin Umum Portfolio Exco

Posted: 01 Oct 2014 01:31 AM PDT


[Malaysia Kini] Barisan Exco baru Menteri Besar Azmin Ali mengumumkan barisan exco barunya dengan penjenamaan baru beberapa portfolio Exco negeri.

Azmin turut mencantumkan beberapa portfolio untuk tingkatkan prestasi dan jamin produktiviti Exco terbabit.

Beliau memberi contoh Exco kanan Datuk Teng Chang Kim dan Iskandar Ab Samad yang memegang portfolio yang baru dijenamakan dan dicantumkan.

Teng kini memegang portfolio baru iaitu Perindustrian (Industri Kecil & Sederhana) dan Perdagangan di sampig melepaskan portfolio Kerajaan Tempatannya.

"Datuk Teng Chang Kim sebelum ini tumpukan kepada perindustrian pelaburan. Kita rasakan IKS ini sesuatu yang penting untuk jana pertumbuhan ekonomi Selangor.

"Dengan pengalaman dan kepakarannya, beliau ada boleh membantu pertumbuhan negeri," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Sementara itu Iskandar pula mendapat portfolio yang dijenamakan semula iaitu Kehidupan Bandar yang sebelum ini dikenali sebagai Peneroka Bandar.

Berikut merupakan senarai penuh Exco Selangor dan portfolio mereka.

Kewangan, pembangunan tanah, pengurusan sumber alam, majlis tindakan ekonomi selangor dan penerangan: Azmin Ali.

Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan: Datuk Teng Chang Kim.

Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar: Iskandar Ab Samad.

Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna: Elizabeth Wong Keat Ping.

Kerajaan tempatan, pemutihan kilang haram dan pembangunan kampunh baru: Ean Yong Hian Wah.

Hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi: Ahmad Yunus Hairi.

Kesihatan, Kebajikan, hal ehwal wanita dan keluarga: Dr Daroyah Alwi.

Kemiskinan, kerajaan prihatin dan pekerja ladang: V Ganabatirao.

Pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi dan inovasi: Nik Nazmi Nik Ahmad.

Generasi muda, sukan, kebudayaan dan pembangunan usahawan: Amirudin Shari.

Infrastruktur, kemudahan awam dan industri asas tani: Zaidy Abdul Talib. -1/10/14


Dua Adun Tidak Perlu Dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali

Posted: 30 Sep 2014 05:41 PM PDT


[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. 

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit. 

"Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak. 

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut. 

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan. 

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI. 

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS. 

"Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi. 

Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini. 

Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan. -Irwan Muhammad Zain/30/9/14

Tiada ulasan: