Tukar Tiub |
- APA BOLEH JUAL KITA JUAL
- AMARAN KEPADA ORANG RAMAI
- MINYAK NAIK LAGI
- MENUNGGU PASMA
- SANGKAL MINI COOPER
- BERITA TERGEMPAR BARU MASUK
- OBAMA ISIS DAN PERANG
- ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
- SALUT UNTUK 2506
- KELAS FALSAFAH MALAM INI
Posted: 01 Oct 2014 07:05 PM PDT UPAH UPAH UPAH UPAH KALAU GI HAJI BOLEH UPAH KALAU GI UMARAH LEH UPAH PUASA BOEH UPAH SEMBAHYANG BOLEH UPAH saje nak tanya jangan marah kah kah kah KUALA LUMPUR 1 Okt. - Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) meminta orang ramai untuk menyelidik dan menyemak terlebih dahulu nama syarikat yang menawarkan pakej umrah dengan Kementerian... KAH KAH KAH woit dalam perniagaan jual beli agama ini pun ada tipu kah kah kah sah kapitalis ini islam ke bersunat ke semua sama cari untung maksima KAH KAH KAH -------- |
Posted: 01 Oct 2014 06:28 PM PDT |
Posted: 01 Oct 2014 06:08 PM PDT Harga petrol, diesel naik 20 sen malam iniHarga petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan hari ini menurunkan subsidi minyak dan diesel sebanyak 20 sen, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Menurut KPDNKK, harga petrol akan naik kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 sekarang dan diesel RM2.20 daripada RM2. "Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," kata kenyataan KPDNKK itu. Menurut KPDNKK, langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-petrol-diesel-naik-20-sen-malam-ini#sthash.AuPHgN7z.dpufKAH KAH KAH woit padan muka undi lagi gerombolan ketuanan melayu padan muka KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 01 Oct 2014 07:00 AM PDT MENUNGGU PASMA PAS ni parti biol dan sengal dari dulu lagi. Aku harap PASMA ditubuhkan ni memberi nafas baru untuk aku join. Berkali2 dah mengundi PAS, mmg habis duit dan habuk pun x dapat. Bukan tujuan aku nak dapat habuan drpd PAS. Tahu dah pun mmg x dpt apa2. Tak mungkin PAS mampu bagi dekat seluruh keluarga aku walaupun sepuluh sen sebulan. Bukan juga kerana aku suka ulamak PAS. Atau aku pun nak jadi ulamak. Bukan..bukan dan bukan. Tapi kerana hal nak jatuhkan BN. Ini tujuan utama aku. Tapi kalo Haji Hadi ni terus memimpin PAS, selagi Nik Abduh dok buat kacau daun, selagi Timbalan MB Kelantan ada dok tercokoh buat aku jadi rasa nak bagi penampar jer..dan juga..dan juga.. Lebai Hantu masih dgn cita2 nak PAS menang di Perlis..serta..serta.. majlis ulamak2 kampung dan kiyai2 pondok yg saban hari membuta tuli menyokong tuang presideng... mmg mengecewakan.. Hanya TGNA dan Ustaz Fadhil yg berterusan cool. 2 ikon ini mmg membuatkan PAS hebat. Tapi apakan daya, PAS sudah tiba zaman malapnya. PAS on SURAT UNTUK HAJI HADI Publish | Delete | Spam Anonymous on 9/30/14 ---------- |
Posted: 01 Oct 2014 06:00 AM PDT NOTA jelas kenyataan ini menyangkal kenyataan nik abduh PAS Perak tidak pernah rasa dibuli Sepanjang PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 hingga sekarang, PAS Perak tidak pernah rasa dibuli atau membuli malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi. Walaupun dimomok bahawasanya PAS ini boneka dalam Pakatan Rakyat oleh Umno-BN tetapi pada hakikatnya ianya tidak begitu dan hanya persepsi semata-mata. Walaupun exco daripada PAS pada era pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertahan selama 10 bulan di Perak itu cuma 2 orang termasuk MB, namun semua keputusan yang dicapai adalah hasil permufakatan dan permesyuaratan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dianggotai oleh tiga orang setiap parti. Malahan PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah dua lagi iaitu Menteri Besar ketika itu, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar telah diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan. Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali. Program-program Islam yang dianjurkan oleh exco agama daripada PAS juga tidak pernah dicurigai oleh rakan-rakan komponen hatta exco DAP turut menyokong serta mencadangkan supaya institusi pendidikan islam dimartabat dan diberi bantuan sewajarnya. Sekalipun suara PAS lebih, tetapi tidak pula diambil kesempatan untuk membuli rakan-rakan yang lain. Begitu jugalah kedudukan dalam exco, walaupun suara DAP kelihatan lebih, tetapi PAS tidak pernah rasa dibuli. Semua polisi dan agenda kerajaan negeri adalah berasaskan permuafakatan dalam majlis pimpinan. Kerusi exco PAS kecil kerana sesuai dengan jumlah kerusi yang dimenangi ketika itu. Dalam PRU12, hanya PAS yang mempunyai manifesto tersendiri sekiranya menang negeri Perak, dan sebahagian manifesto PAS sempat dilaksanakan tanpa bantahan daripada parti-parti rakan komponen. Satu perkara yang sangat perlu diketahui, pimpinan DAP cukup menghormati ulama-ulama dalam PAS. Beberapa program telah diatur untuk mempertemukan Adun-Adun DAP dengan Dewan Ulama PAS Negeri bagi memberi ruang kepada ulama PAS menjelaskan serta menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh mereka. Yang terbaru satu persidangan Pakatan Rakyat telah diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit. Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu tetapi tidak sampai ke peringkat mengkritik antara satu sama lain di dalam media. Perbezaan pendapat dapat dimurnikan melalui mesyuarat yang sering diadakan. Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan. Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya. DAP Perak, malahan orang bukan Islam sekalipun tidak pernah kritik dan timbulkan rasa kurang senang terhadap pimpinan PAS sewaktu menyampaikan ucapan dihadapan majoriti bukan Islam di dalam majlis anjuran mereka. Walaupun isi ceramah dikaitkan dengan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta hadis sering diungkapkan, mereka memberi reaksi yang baik. Malahan apa jua proram termasuklah ceramah hari-hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil-wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya. Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya Pakatan Rakyat. Justeru itu, tidak ada sebab untuk PAS rasa terasing dan dibuli. Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS merasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam pertemuan-pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka. Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka. Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah. MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI Ketua Penerangan PAS Perak KAH KAH KAH woit pakai otak sendiri jangan guna nama abah kah kah kah --------- |
Posted: 01 Oct 2014 12:47 AM PDT BARITA TERGEMPAR NAJIB RAZAK DI BANGSA BANGSA BERSATU NEW YORK dalam negara bukan main heboh media kaki bodek buat heboh najib berucap di pbb new york hebat hebat hebat hakikatnya najib hanya bercakap pada kerusi gambar menunjukkan hanya 12 orang dalam dewan ketika najib berucap tak ada pemimpin dunia yang dengar yang jelas kelihatan suami najib yang rambutnya hampir menutup meja perhatikan sekeliling seluruh dewan persidangan kosong wartawan new york times telah bertanya kepada awang adik kenapa dewan kosong duta awang adik telah berkata ' para pemimpin dunia dan perwakilan dunia telah keluar sembanyang asar...' KAH KAH KAH NOTA stesen astro yang membocorkan gambar ini mukin lesen tidak disambung kah kah kah |
Posted: 30 Sep 2014 09:08 PM PDT AWAS! "There can be no reasoning — no negotiation — with this brand of evil. The only language understood by killers like this is the language of force. So the United States of America will work with a broad coalition to dismantle this network of death. - Ucapan Presiden Barack Obama di PBB minggu lalu - Warga Malaysia mengetahui perang sedang berjalan di Syria, Libya, Pakistan, Irag dan Afghanistan. Kita semua mengetahui perang akan membawa kematian, kemusnahan dan kesangsaraan. Perang yang sedang berjalan sekarang ini kelihatan tidak berkesudahan malah dilihat sedang merebak. Kapal terbang - drone - tanpa pemandu - telah bertahun-tahun mengebom Utara Pakistan dan Afghanistan. Rakyat Pakistan sebenarnya sedang diserang hanya serangan ini TIDAK diumumkan sebagai perang saperti di Iraq, Libya atau di Syria. Dalam kancah perang kita melihat bagaimana teknoloji terkini tercanggih terulung terbaik dari fikrah manusia digunakan untuk melakukan kerja terjahat. Perang Dunia Pertama 1914-1918 telah meragut hampir 20 juta nyawa warga Eropah. Perang Dunia Kedua 1941-1945 telah meragut 60-80 juta nyawa. Ini bersamaan 2.6% jumlah warga dunia pada ketika itu. Dalam Perang Dunia Kedua Rusia sahaja telah kehilangan 20 juta rakyat. Jika diambil jumlah 20 juta yang gugur maknanya Malaysia hari ini hampir tak berorang. Ketika perang dunia kedua pecah penduduk Tanah Melayu berjumlah 4.391 juta orang. Dalam perang Jepun ini seramai 100,000 warga telah tewas. Ini bersamaan 2.28% dari jumlah penduduk Tanah Melayu ketika itu. Lalu persoalan timbul – kenapa ini berlaku? Kenapa perang pecah? Apa sebenarnya latar belakang dan sebab musabab yang melahirkan perang. Perang ialah perebutan kuasa. Perang ialah perebutan tanah jajahan. Perang ialah perebutan punca-punca ekonomi. Perang ialah perebutan pasaran. Perang ialah perlawanan antara dua kelas – kelas yang ingin menindas dan kelas yang ingin bebas. Justeru perang dari semenjak zaman berzaman semuanya berasaskan perebutan harta kekayaan. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang kiblatnya bukan kesejahteraan umat tetapi keuntungan maksima maka perang akan terus wujud. Dalam sistem ekonomi kapitalis ini perang ialah rukun imannya. Selagi sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan perebutan punca-punca ekonomi wujud maka bencana perang akan terus wujud. Hari ini kuasa ekonomi dan kuasa tentera masih dimiliki oleh Amerika Syarikat. Bala tentera dan soldadu Amerika kini ditempatkan di seluruh dunia. Amerika memiliki 700 pengkalan tentera - laut darat udara - yang berselirat dikeliling dunia. Justeru Amerika kini sama saperti Rom satu ketika dahulu - sebuah EMPIRE. Bala tentera yang berselirat ini bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional akan terus mendapat keuntungan maksima. Ini untuk memastikan perniagaan kaum pemodal tidak diganggu gugat. Ini untuk memastikan 1% warga dunia – elit politik dan elit ekonomi – terus hidup mewah lumayan manakala 99% menjadi hamba. Dipertengahan September lalu soldadu Amerika telah mendarat di Kota Bahru dan Kuala Terangganu. Ini adalah contoh terbaik dimana kuasa imperial Zionis-Anglo- Amerika telah berjaya memasukan Malaysia kedalam sangkar Amerika. Malaysia kini telah dipetakan dan ditakrif sebagai wilayah bebas untuk soldadu Amerika. Pada ketika ini warga dunia semakian sedar dan sedang melihat bahawa penjenayah dan pengganas utama yang membawa perang ke muka bumi ini ialah Amerika Syarikat. Penjenayah ganas ini sedang dibantu oleh Britain dan Israel. Kuasa Zionis-Anglo-Amerika inilah yang sedang menjadi perosak bumi manusia. Kuasa ini juga musuh rakyat dunia anak semua bangsa. Apakah rakyat Amerika atau rakyat Britian TIDAK sedar akan hakikat ini? Mari kita selami apa yang sedang berlaku di Amerika agar kita dapat memahami apa itu AMERICAN EMPIRE. Dalam Perang Vietnam 1961-1975 – lebih dari 56 ribu soldadu Amerika gugur. Dalam Perang Iraq 36,710 gugur dan cedera. Dalam Perang Afghanistan 20,904 gugur dan cedera. Hingga ke hari ini seramai 57,614 soldadu Amerika telah tewas dalam apa yang dinamakan War on Terror. Perang dan berperang bukan murah. Dari kajian Harvard University Kennedy School of Goverment didapati Amerika telah membelanjakan lebih dari 6 trilion dolar dalam Perang Iraq dan Afghanistan. Jumlah ini sama saperti setiap warga Amerika kecil dan besar membeIanjakan 75.000 dolar. Jumlah 6 trilion dolar ini menjadi lucah kerana dalam masa yang sama 23,052,388 warga Amerika kini hidup papa kendana. Mereka memerlukan 'food stamps' untuk mendapat bantuan makanan dari kerajaan. Ini bermakna 20% dari penduduk Amerika – atau 1 dalam 5 warga Amerika kini dijerut miskin. Ini data resmi tahun 2013 dari U.S Dapartment of Agriculture. Lalu persoalan timbul – apakah Presiden Obama TIDAK sedar akan fakta ini? Apakah Rumah Puteh tidak tahu bahawa kemiskinan sedang melanda Amerika yang dikatakan kaya. Kenapa 6 trilion dolar dimusnahkan dalam perang walhal ramai warga yang hidup papa kedana? Bukankah keadaan sademikian jika diteruskan akan memastikan Amerika menuju kehancuran? Jawabnya bukan Presiden Obama tidak sedar. Mustahil Obama tidak tahu kerana setiap statistik dari jabatan kerajaan semuanya dihantar ke meja Presiden di Rumah Puteh. Jika sudah tahu kenapa perang berterusan. Kenapa perang TIDAK dihentikan dan dana perang ini digunakan untuk memperbaiki keadaan rakyat Amerika yang hidup semakin terdesak. Jawabnya kepada soalan ini ialah Presiden Obama atau sesiapa pun menjadi Presiden di Rumah Puteh tidak lagi memiliki keupayaan untuk menghentikan perang dan menyelamatkan ekonomi dari kehancuran. Wajib juga diberitahu bahawa pada ketika ini Kerajaan Amerika sedang berhutang sebanyak 17.9 trilion dolar. Ini jumlah hutang negara. Hutang negara maknanya hutang rakyat Amerika. Amerika berhutang untuk berperang. Negara Amerika yang kaya ini berhutang dengan siapa? Jawabnya : Amerika menjual bon kepada China, Jepun , Korea dan negara lain. Bon ialah surat aku janji. Ambil duit sekarang dan bayar 10 atau 20 tahun dengan tambahan bunga. Malaysia juga ada menjual bon tapi untuk mengabui mata orang ramai terutama Orang Melayu dan dilihat afdal - Malaysia mengarabkan perkataan bon menjdi sukuk. Sukuk Amerika yang terbanyak ialah dengan Federal Reserve Bank. Jangan silap faham Federal Reserve ini bukan Bank Negara Amerika. Ini ialah sebuah bank swasta yang diwujudkan pada tahun 1903. Bank inilah yang dibenarkan mencetak duit kertas hijau yang dipanggil dolar Amerika. Dolar kertas hijau yang dicetak oleh Federal Reserve ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika untuk belanja perang dan pentabiran. Bunyinya – apa yang saya tulis ini - macam tak masuk akal. Kenapa pula kerajaan benarkan sebuah bank swasta cetak duit dan kemudian kerajaan sendiri pinjam dari bank ini. Memang bunyinya pelik tetapi inilah yang sedang berlaku. Federal Reserve diwujudkan melalui persetujuan Kongres Amerika. Cara ianya berjaya ditubuhkan ialah satu kesah yang tersendiri. Apa yang terjadi hari ini Federal Reservelah yang mengendalikan ekonomi Amerika - sama saperti peranan Bank Negara di Kuala Lumpur. Apa yang berbeza Bank Negara Malaysia dimiliki oleh kerajaan manakala Federal Reserve dimiliki oleh tuan empunya bank yang ada diantaranya dirahsiakan nama dan sahamnya. Selain dari mencetak dolar Federal Reserve memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan kadar bunga untuk bank-bank yang lain. Kuasa yang dimiliki oleh Federal Reserve ini cukup besar. Sebenarnya Federal Reserve ini boleh menentukan siapa yang perlu dinaikkan menjadi Presiden atau siapa yang wajib disokong untuk masuk ke Rumah Puteh. Si Polan yang mencetak duit maka Si Polanlah yang berkuasa. Tidak susah untuk difahami hukum ini. Apa yang berlaku hari ini telah dicium oleh Presiden Dwight D. Eisenhower. Pada 17 Januari 1961 dalam ucapan 'Selamat Tinggal'kepada rakyat Amerika Eisenhower telah memberi ingatan bahawa telah muncul satu kumpulan apa yang dipanggilnya ' military industrial complex' yang telah mula menyerap masuk ke dalam badan politik Amerika. Presiden Einsenhower telah menerangkan 'kumpulan berkepentingan ini' jika tidak ditumpaskan akan membawa malapetaka kepada rakyat Amerika. Einsenhower telah digantikan oleh John F Kennedy. Apa yang amat menarik ialah pada 27 April 1961 – kurang lebih tiga bulan dari ucapan Einsenhower – Presiden Kennedy juga telah memberikan ucapan – Secret Society – di Hotel Waldrof-Astoria New York. Isi kandongan ucapan Kennedy ini tidak ada bezanya dari ucapan Eisenhower. Ditahun-tahun sesudah Perang Dunia kedua ini kabal sulit wujud tetapi kuasa mereka baru mahu menjalar masuk ke dalam badan politik Amerika. CIA – Central Intelligence Agency diwujudkan pada tahun 1948. Hari ini CIA telah bercabang cambah. Lembaga ini hanyalah salah satu dari puluhan lembaga sulit yang menjadi tembok yang mempertahankan kuasa imperial Empire Amerika. Hari ini jelas kelihatan Rumah Puteh hanyalah sebagai 'prop' dalam satu pementasan sandiwara yang memerlukan seorang pelakon berkulit hitam untuk menjadi Presiden. Dibelakang Obama atau sesiapa sahaja penghuni Rumash Puteh ada apa yang dipanggil oleh Presiden Eisenhower – millitary indistrial complex – komplek industri ketenteraan. Justeru ucapan Presiden Obama dua minggu lalu di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ialah ucapan dari tuan empunya kilang senjata yang ingin meneruskan perang. (TT) AWAS! PENGGANAS DUNIA SEDANG BERADA DALAM KEBUN SAWIT ANDA NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melanggan akbar minggun ini sila pukul talipon: 03 -92-21-30-45 |
Posted: 30 Sep 2014 08:39 PM PDT LENSA: 1 OKTOBER 2014 LAPORAN POLIS UGUTAN TERHADAP SAFWAN ANANG, PENGARAH EKSEKUTIF LENSA Pada 30 September 2014 (semalam), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat. Ekoran daripada itu, pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut beliau agar tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut. Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarga Safwan. Sehubungan dengan itu, Sdra. Safwan akan membuat satu laporan Polis seperti butiran di bawah: LAPORAN POLIS UGUTAN TERHADAP SAFWAN ANANG Tarikh: 1 OKTOBER 2014 (RABU) Masa: 1.00 PETANG Balai: IBU PEJABAT POLIS DAERAH DANG WANGI (IPD DANG WANGI) Satu sidang media juga akan diadakan sejurus selepas laporan Polis selesai dibuat. Oleh itu LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan sidang media ini. LENSA juga memohon maaf di atas notis jemputan yang agak lewat memandangkan keputusan untuk membuat laporan Polis ini baru sahaja kami putuskan tengah malam semalam. Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Ahli Sekretariat Pusat LENSA, Sdra. Shah Jabran di talian 017 - 358 2340. Sekian. Terima kasih Syukri Razab Pengarah Komunikasi Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) syukri.lensa@gmail.com019-8013 149 --------- |
Posted: 30 Sep 2014 08:08 PM PDT KOMENTAR salut untuk 2506 dari 2504 Saari beri amaran senario 'lebih teruk dari BN'Elemen progresif dalam PAS ikhlas mendukung nilai demokratik dan tidak melihat diri mereka sebagai alat untuk merampas kuasa kerajaan pusat, kata salah seorang wakil rakyat mereka. ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib memberi amaran sesiapa yang berpendapat sebaliknya mungkin akan menyalahgunakan kuasa selepas mendapat kuasa. "Maknanya, kita guna demokrasi dan pilihan raya tetapi bila kita dapat kuasa, kamu tekan rakyat dan jadi lebih teruk dari BN. "Sesiapa yang cabar anda, anda buat akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan. Ini mentaliti yang saya takuti. "Itu perbezaan di kalangan pemimpin, ahli PAS seperti kami dan mereka yang digelar ulama," kata beliau dalam temubual dengan Malaysiakinihujung minggu lalu. ------------ |
Posted: 30 Sep 2014 07:39 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan