Rabu, 1 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PRU 2015 - PAS AKAN BANGKIT SEMULA ATAU AKAN meruDOOM?

Posted: 01 Oct 2014 01:58 AM PDT

BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA – El-Haraki
Sebelum kita meneliti pertanyaan -  Apakah PAS akan bangkit semula atau akan merudum pada PRU 2015 nanti, perlu kita lihat dahulu: Apakah Umno/BN semakin kuat?

Saya sekadar membawakan nukilan A.Kadir Jasin untuk kalian sama-sama menilainya sendiri :
11. Dr Mahathir tidak menuntut rasa hormat. Beliau meminta mereka untuk mendengar rintihan rakyat, memperbaiki amalan mereka, kurang rasuah, bekerja lebih keras dan membuat Umno kuat dan dihormati semula. Mereka harus bersama ahli-ahli dan bukan bergayut pada ekor baju menteri. Lihat lagi di sini

Kalau kita kata Umno/BN tidak semakin kuat maka sewajarnya PAS semakin kuat kerana PAS lah yang berdepan dengan Umno satu lawan satu.

Tetapi apakah benar PAS semakin kuat? Apakah PAS  akan bangkit semula atau akan merudum pada PRU 2015? Kita semua tidak pasti jawapannya, sekadar mampu buat spekulasi sahaja.

Kita banyak belajar melalui lakaran sejarah. Bahawa sejak PAS, PKR dan DAP bertahaluf siyasi melalui PR  banyak kemajuan telah dicapai.

Lantaran inilah Umno/BN begitu berhasrat mahu memecah belahkan tahaluf siyasi PR kerana disitulah letaknya kekuatan PR.

Hasrat Umno itu seolah-olah mendapat restu dan kerjasama dari  beberapa kalangan dalam PAS sendiri.Tidak hairanlah dengan adanya suara-suara nakal macam nyamuk halus yg seringkali mengiang-ngiang dicuping telinga menganggu ketenteraman kita.

Semasa muktamar yang baru lalu, tiada pula cadangan untuk keluar dari tahaluf siayasi. Gegak gempita berwayang Cina... Selepas muktamar masih ada yang meneruskan main Wayang Cina - memekak sana sini cakap kononnya kena buli!

Cakap kena buli? Biar aku cakap memang betul PAS kena buli. Bukan oleh rakan tahaluf siyasi tetapi oleh Umno/BN. Cer lihat pencapaian PAS berbanding rakan siyasi dalam PR sepanjang PRU yang lepas-lepas. PAS hanya jadi kuat bila Umno lemah .... Bila Umno kuat, Umno akan buli PAS ....Sebab itu TGNA ingatkan PAS supaya jangan dipatuk dua kali dilubang yg sama.

Kalau PAS turut melakar kejayaan demi kejayaan seperti mana rakan-rakan lain, PR dah lama berada di mercu Putra Jaya. 


PRU 1999 - PAS TERBAIK

Dalam PRU 1999 PAS menang besar dengan menyapu bersih semua 8 Parlimen dan 28 DUN  Terengganu  disamping mengekalkan Kelantan.

Kerusi Parlimen PR : 42
PAS - 28 kerusi 
DAP - 9 kerusi 
Keadilan 5 kerusi

~ PAS menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Antara punca utamanya adalah Pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO pada 1998.Bukan berkaitan dengan isu dasar pentadbiran dan kepimpinan. Isu mata lebam Anwar diheret ke penjara serta kezaliman ke atas Anwar telah meningkatkan sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu lalu membuka lanskap polituk baru di Malaysia.

PRU 2004 - PAS & PKR MEROSOT

Kerusi Parlimen PR : 20 + Bebas 1
PAS - 7 kerusi (-11)
DAP - 12 kerusi (+3)
Keadilan 1 kerusi (-4)
Bebas - 1 kerusi

Peralihan kuasa Umno kepada Abdullah Ahmad Badawi Parti. Keadilan Nasional hampir kehilangan semua kerusinya di Parlimen.PAS kecundang di Trengganu 


PRU 2008 - Umno/BN MEROSOT

Walaupun Pakatan Rakyat tanpa diduga menang besar dengan memenangi 5 buah negeri iaitu Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang , namun PAS masih gagal merampas semula Trengganu dari Umno/BN.

Kerusi Parlimen PR : 82
PAS - 23 kerusi (+16)
DAP - 28 kerusi (+16)
Keadilan 31 kerusi (+30)
 
Kemenangan Umno/BN pada PRU 2004 menjadikan kepimpinan BN berada di Zon selesa yang teramat, sehinggakan setiap ucapan mereka penuh dengan kesombongan dan keangkuhan.  

Teguran demi teguran telah dibuat, namun pada satu ketikanya mereka yang melakukan teguran dinilai sebagai Penghianat kepada parti oleh pembodek kepimpinan.

Rakyat telah bersuara melalui blog dan di internet. Kegagalan pentadbiran dan polisi  menyebabkan rakyat semakin meluat dan marah kepada Abdullah.


PRU 2013 - PAS SEMAKIN MEROSOT

Pakatan Rakyat sekali lagi menang besar dalam pilihanraya iaitu menang 89 kerusi Parlimen dan menguasai Undi Majoriti Kerusi Parlimen sebanyak 52%. Bagaimanapun, PAS terus merosot pencapaiannya dari 23 kerusi kepada 21 Kerusi Parlimen. Kedah jatuh ke tangan Umno/BN.Trengganu terus kekal di tangan Umno/BN. 

Kerusi Parlimen PR : 89 (52%)
PAS - 21 kerusi (-2)
DAP - 38 kerusi (+10)
Keadilan 30 kerusi (-1)

PRU 13 PKR sepatutnya mampu memenangi 3 kerusi parlimen yang ditandinginya menerusi Ketereh, Machang dan Tanah Merah.Tetapi PAS telah menghadiahkan 3 kerusi parlimen itu kepada BN. Cerita Dun Kota Damansara dan Sungai Acheh pun semua orang kampung dah tahu dimana PAS dilihat menikam belakang rakan tahaluf siyasi sendiri.


Kerusi parlimen yang ditandingi PKR kalah, tetapi dun dalam parlimen berkenaan dimenangi Pas dengan majoriti yang selesa.

1) Parlimen Ketereh – BN menang 974 undi
Dun Kok Lanas – BN menang 169 undi
Dun Melor – PAS menang 2489 undi
Dun Kadok – Pas menang 3097 undi

Dua Dun Pas boleh menang dengan 5586 undi, bagaimana pula parlimen PKR boleh kalah dengan 974 undi ?

2) Parlimen Tanah Merah – BN menang 4227 undi
Dun Gual Ipoh – BN menang 1704 undi
Dun Bukit Panau - Pas menang 37409 
Dun Kemahang – Pas menang 14369 
Pas boleh menang di dua Dun dengan 5176 undi, tetapi PKR kalah parlimen dengan 4227 undi.

3) Parlimen Machang – BN menang 805 undi
Dun Pulai Chondong – Pas menang 919 undi
Dun Temangan – Pas menang 1085 undi
Dun Kemuning – Pas menang 1034 undi
Pas sapu bersih tiga dun dalam parlimen Machang dan menang dengan undi 3038 undi, tetapi PKR boleh kalah parlimen dengan 805 undi.

Ini semua maknanya apa kalau bukan kerana rakan tahaluf siyasi sendiri tikam dari belakang? Ini macam pun nak terpekik terlolong cakap PAS kena buli?


PRU 2015 - PAS PERLU MUHASABAH DIRI

Teguran demi teguran telah dibuat, namun pada satu ketikanya mereka yang melakukan teguran dinilai sebagai Penghianat kepada parti oleh pembodek kepimpinan.

Terlalu angkuh pada masa ini setiap gerak kerja semuanya tidak melambangkan agenda parti yang sebenarnya.

Betapa banyak sikap kluk-klek kelaku pemimpin tertinggi? Betapa banyak keputusan dibuat tanpa melalui syura tetapi sendiri-sendiri? Betapa banyak sikap kemunafikan yang dizahirkan ? Telah banyak diperkatakan sebagai contoh yang nyata ialah dalam isu menggantikan MB Selangor.Keputusan berubah-ubah saperti siang berganti malam....

Berselindung disebalik blog dan Fbook  mengkritik pemimpin tertentu yang tidak sehaluan pendapat seperti El-Haraki yang jelas merupakan dari kalangan pimpinan dalaman. Tidak sebagaimana blog ini, Al-Husseyn, Tulang Besi  , Kelab Greenboc (sekadar menamakan dua tiga nama sahaja..) memaparkan pendirian masing-masing tanpa takut dgn menyorok-nyorok. Saya cabar El-Haraki tonjolkan diri kelakianya atau terus mecurut dalam lubang taik!

Aksi PAS sekarang ini, tidak ubah sebagaimana aksi Umno/BN selepas menang besar pada 2004. PAS hari ini telah sedia ada senarai nama-nama pengkhianat parti yang akan disingkirkan.

Yang pertama menerima padahnya ialah Ketua Pengarang Harakah telah dipecat. 

Tiada ulasan: