ALHUSSEYN |
- Aidul Adha kepada Semua
- PERSIAPAN MENYAMBUT AIDIL ADHA” 3 OKTOBER 2014 / 8 ZULHIJJAH 1435H
- ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH
Posted: 03 Oct 2014 11:22 AM PDT Selamat menyambut Aidul Adha kepada semua. Tempuh bertenang untuk semua....kita serang lembu dan kambing pulak.....jumpa lepas hari tasyriq. Apa itu hari tasyriq? Abu Ubaid berkata: "Ada dua pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tasyriq: Pertama, dinamakan hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hari itu menjemur daging korban untuk dibuat dendeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban, tidak dilakukan, kecuali setelah terbit matahari." (Lisanul Arab, 10:173). 'Hari Tasyriq' adalah pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ada juga yang menyatakan, bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari, hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu. Hari-Hari Untuk Makan Dan Minum Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyriq, berikut dibawa amalan pada Hari-Hari Tasyriq moga boleh dipraktikkan agar meraih banyak manfaat. Hari-hari Mina adalah hari-hari yang ditentukan sebagaimana firman Allah Ta'ala : وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam beberapa hari Yang tertentu bilangannya…" (Al-Baqarah 2: Ayat 203) Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illah, Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd… Di Hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutnya sebagai hari makan dan minum, serta banyak berzikir kepada Allah. Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda: أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ "Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah." (HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa'i). Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: "Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari untuk makan dan minum dan berzikir." (Imam Muslim r.a.) . Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal : "Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum." |
PERSIAPAN MENYAMBUT AIDIL ADHA” 3 OKTOBER 2014 / 8 ZULHIJJAH 1435H Posted: 03 Oct 2014 09:00 AM PDT : اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). اَشْهَدُ أَنْ لاَ أِلــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ءالِــهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. اَماَّ بَعْدُ أَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوْا الله أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Wahai hamba-hamba Allah sekelian, Di hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan serta keberkatan ini, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh mematuhi segala yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala yang dilarang. Semoga kita tergolong dari kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda:- مَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ "Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu (amal shaleh) yang lebih Aku cintai daripada amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya (dalam Islam), dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amal-amal tambahan (yang dianjurkan dalam Islam) sehingga Aku-pun mencintainya. Lalu jika Aku telah mencintai seorang hamba-Ku, maka Aku akan selalu membimbingnya dalam pendengarannya, membimbingnya dalam penglihatannya, menuntunnya dalam perbuatan tangannya dan meluruskannya dalam langkah kakinya. Jika dia memohon kepada-Ku maka Aku akan penuhi permohonannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku maka Aku akan berikan perlindungan kepadanya." (HR. Bukhari). Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, Sekarang ini kita berada pada hari-hari sepuluh awal Zulhijjah 1435H. Hari ini merupakan hari ke-8 bulan Zulhijjah. Antara kelebihan bulan Zulhijjah seperti Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA dari Ibnu 'Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda: "Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan mengatasi hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid" Menyedari kita masih lagi mempunyai hari-hari berbaki dalam mengejar kelebihan sepuluh hari awal Zulhijjah pada tahun ini, marilah sama-sama kita melakukan amalan-amalan sunat yang mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak sebagai bekalan untuk kita bawa bertemu dengan Allah di akhirat kelak. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Daripada hari pertama sehingga hari ke-9 bulan Zulhijjah kita dituntut memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan kita terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW : Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang." (Riwayat Muslim) Di samping itu, kita dituntut memperbanyakkan amalan-amalan pada malam hari raya Aidiladha seperti membaca al-Quran, mendirikan solat-solat sunat, qiamullail dan bertahajjud, bertaubat memohon keampunan, berzikir membesarkan dan mengagungkan Allah SWT yang telah memberikan nikmat Iman dan Islam dalam hidup kita. Muslimin Mukminin yang dikasihi sekalian, Adapun pada pagi 10 Zulhijjah kita dituntut untuk melakukan amalan-amalan seperti berikut :- 1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya. 2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah. 3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan. 4. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat sunat Aidil Adha. 5. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid, adalah lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh. 6. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. 7. Mendirikan solat sunat Aidil Adha dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan. 8. Melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri atau kambing. Ianya boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Raya Haji dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya." Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا : اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ ۞ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِىَ مَوَٲقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٲبِهَاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٨٩) Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji. dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah al-Baqarah ayat 189) أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Kemuncak ibadah haji adalah melakukan wuquf di Arafah walaupun cuma sedetik. al-Sheikh Zainuddin bin Abdul Aziz dalam I'anatul Tolibin li Syarhil Fathul Mu'in berkata : "Rukun ibadat haji yang kedua ialah wuquf di Arafah iaitu menghadirkan diri di mana-mana bumi Arafah, walaupun cuma sedetik berada di Arafah, samada dia dalam keadaan tidur atau berjalan seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi ". Memandangkan kita umat Islam di Malaysia telah ditetapkan berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab, 1 Zulhijjah 1435H jatuh pada 26 September 2014H bermakna 9 Zulhijjah 1435 adalah pada 4 Oktober 2014 (Sabtu) berbeza dengan negara Arab Saudi 9 Zulhijjah 1435H adalah pada 3 Oktober 2014 (Jumaat). Zulhijjah adalah hari jemaah haji melakukan wuquf di bumi Arafah. Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan ibadah Haji, kita disunatkan berpuasa pada hari Wuquf 9 Zulhijjah. Sehubungan dengan itu, kita sebagai umat Islam di Malaysia yang mampu dan ingin merebut ganjaran pahala untuk berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah 1435H, bolehlah berpuasa sunat pada 4 Oktober 2014 hari Sabtu iaitu hari esok. Perkara ini telah ditetapkan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-167 yang telah bersetuju menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan Imkanur Rukyah dalam penetapan hari raya Aidil Adha di negara ini Malaysia. Sebelum itu, kita cuma berpandukan perisytiharan hari wukuf oleh kerajaan Arab Saudi. Berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah kali-30 pada 20 Ogos 1992 menyatakan : "Kaedah penetapan Aidil Adha di Malaysia yang berdasarkan tarikh hari wukuf di Arafah dipinda kepada kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah kerana kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah lebih sesuai diamalkan di negara ini." Sidang Jumaat sekalian, Tidak ada nas yang jelas menerangkan bahawa hari raya Aidil Adha dan Puasa Sunat hari Wukuf di Malaysia perlu mengikut pengistiharan hari wukuf di Arafah. Perbezaan matlak dan jarak di antara Malaysia dan Arab Saudi menyebabkan umat Islam di Malaysia tidak boleh mengikut keputusan rukyah Arab Saudi. Keputusan Hari Raya Aidil Adha dan Puasa Hari Wukuf ditentukan berdasar keputusan rukyah awal Zulhijjah pada 29 Zulkaedah. Umat Islam di Malaysia perlulah mengikut keputusan rukyah di Malaysia dalam menentukan hari untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Puasa Sunat Hari Arafah. Perkara ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi :- إِذَا رَأَيْتُمْ هِلالِ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعَرِهِ وَأَظْفَارِهِ Apabila kamu melihat Hilal Zulhijjah dan di kalangan kamu yang mahu berqurban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan qurban itu) jangan membuang rambut dan kukunya. (Riwayat Jamaah kecuali Bukhari) اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ |
ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH Posted: 02 Oct 2014 03:59 PM PDT Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini... Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa. Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat. Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah. Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu? Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah. Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO. Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah. Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2. Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor.... Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu.. Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan. Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah . "Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya. Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini. Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...." Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar..... Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama. Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni. Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2. Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2 Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad. Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian. Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya. Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah. Ini bukan kereta Mat Sabu Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan. Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA. Silakah berMUHASABAH. Posted by Pasma Ngo |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan