Ahad, 12 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dua wanita sesat di Bukit Cherok Tokun

Posted: 12 Oct 2014 03:41 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BUKIT MERTAJAM: Dua wanita dikhuatiri sesat ketika mendaki Bukit Cherok Tokun di sini pada malam Sabtu.
 
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat di sini berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila salah seorang wanita terbabit membuat panggilan kecemasan selepas gagal mencari laluan untuk turun.
 
"Salah seorang wanita terbabit membuat panggilan pada pukul 7 malam menyatakan dia dan kawannya mendaki bukit itu dan tidak dapat mencari jalan untuk turun," dipetik Bernama.
 
Beliau berkata, usaha sudah dimulakan untuk mengesan kedudukan kedua-dua wanita berkenaan dengan bantuan penduduk dan Skuad Bomba Sukarela Padang Lalang.
 
Jurucakap itu menambah, setakat ini, identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

Saari, Hasnul perlu rayu keahlian mereka

Posted: 12 Oct 2014 03:33 AM PDT


 
Keputusan Pas mengambil tindakan ke atas dua Adunnya Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin mungkin timbul rasa tidak puas hati sesetegah pihak dalam Pas. Kedua Adun berkenaan juga tentu berasakan tidak adil tindakan dikenakan ke atas mereka.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas hari ini memutus menggantungkan keahlian mereka selama setahun, bagaimana pun keahlian mereka sebagai ahli Pas masih kekal. Mereka mempunyai masa 15 hari untuk merayu kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Kedua mereka digantung apabila bertindak menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB. Sokongan mereka itu dipertikaikan dan menimbulkan kemarahan segelintir ahli Pas khasnya dari Selangor, Terengganu dan Pahang. Ada rasionalnya mereka menyokong Wan Azizah kerana pada mulanya Pas Pusat mengambil pendirian bersetuju Dr Wan Azizah menjadi MB. Bagaimana pun rasoinal mereka dipertikaikan apabila Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengubah keputusan menentang Wan Azizah daripada menjadi MB.

Saari dan Hasnul masih bernasib baik kerana diberikan pelung untuk merayu. Mereka juga harus akur dengan tindakan itu kerana ia juga ada asas untuk dibuat tindakan demikian. Keputusan parti yang tidak melampau perlu dihormati. Dipercayai kalau mereka membuat rayuan keanggotaan mereka dipertimbangkan dan kemungkian tempoh penggantungan dipendekkan.

Pas sendiri harus menimbang dan mengambil kira akan jasa dan peranana kedua-dua Adun berkenaan selama ini. Pas juga akan kehilangan pemimpin dan dua Adun sekiranya mereka mengambil tindakan tidak membuat rayuan atau pun terus keluar daripada Pas.

Pesta Arak: Mengapa Ulama PAS & PERKASA Bantah Di Selangor, Tetapi Tidak Di Melaka?

Posted: 12 Oct 2014 03:27 AM PDT

KELAB GREENBOC



Penguatkuasa pantau pesta arak Jonker Walk, Melaka


Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di Melaka pada 18 Okt ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

"Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'.

Terdahulu, pada istiadat tersebut seramai 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Seramai tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Seramai 21 penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran 'Datuk' antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Sebanyak 16 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14) - Bernama

ULASAN GB

Hari tu tiga orang Ustadz PAS, Nasruddin Tantawi, Khairuddin Aman Razali dan Nik Abduh mewakili Dewan Ulamak PAS bersama-sama dengan NGO PERKASA telah menyerahkan memorandum bantahan Pesta Arak (Oktoberfest) kepada pihak Perbadaran Petaling Jaya. Ia mendapat liputan besar-besaran di media massa pro-UMNO.... Sanggup datang dari jauh, Pahang - Terengganu - Kelantan, untuk membantah Pesta Arak di Selangor.

Di media sosial pula mereka yang menamakan diri mereka geng ulama dalam PAS bersama-sama dengan UMNO menghentam habis Pesta Arak berkenaan apatah lagi selepas berita yang menyatakan beberapa pemimpin (bukan Islam) DAP dan PKR turut serta kerana menyokong bantahan demi mempertahankan hak orang bukan Islam meminum alkohol.

Sekarang bagaimana pula dengan Oktoberfest di Melaka? Tak buat bantahan ker? Mengapa hanya bantah di Selangor?

Di dalam hal arak ini GB sudah pun buat ulasan. Petikan


Mengapa sukar untuk kita berdakwah secara berhikmah dan bijaksana? Mengapa tak boleh dicadangkan terlebih dahulu supaya penganjur memohon permit, memasang papantanda menghalang mereka yg beragama Islam dan bawah umur turut serta dan khusus ditempat tertutup? Al-Quran sendiri menghalang arak secara beransur-ansur.

Bagaimana pula kaedah dalam kita berdakwah?



Pembalakan Sarawak dipersoalkan

Posted: 12 Oct 2014 03:24 AM PDT

 
Pematuhan pengurusan perhutanan yang baik merupakan faktor utama dalam kebolehan Sarawak untuk mengekalkan pengeluaran balaknya.

Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan
LAWAS: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua Awang Tengah Ali Hasan berkata sementara Kerajaan Sarawak berusaha untuk membangunkan negeri dengan menggunakan sumber balaknya, mereka dilempar dengan kritikan dan tuduhan tidak berasas yang mempersoalkan polisi perhutanannya terutama sekali sektor pembalakannya.

"Pengkritik kami risau pembalakan kami akan merosakkan hutan," kata beliau kelmarin semasa upacara pecah tanah Forest Trails and Salt Processing House di SK Ba' Kelalan, Buduk Bui, Ba'Kelalan.

"Kononnya jika pembalakan kami tidak dapat dihalang, ia akan menyebabkan pemanasan dunia."
Awang Tengah yang juga merupakan Menteri Sumber Awam berkata sebanyak 100,000 pekerjaan telah diwujudkan melalui industri pembalakan.

Di samping itu, melalui penyelidikan dan pembangunan yang merupakan keutamaan mereka, industri itu telah berjaya menggunakan teknologi canggih untuk mempelbagaikan pengeluaran produk berasakan kayu seperti papan serpai, venir dan kertas dinding.

"Industri pembalakan telah menyumbang kepada pertukaran asing negeri yang mencapai RM 7 billion setahun," kata beliau.

Awang Tengah berkata pembangunan lain yang wujud hasil daripada aktiviti yang berkaitan dengan pembalakan adalah jalan raya yang boleh digunakan oleh masyarakat pedalaman walaupun jalan tersebut berlumpur.

Pematuhan pengurusan perhutanan yang baik merupakan faktor utama dalam kebolehan negeri itu untuk mengekalkan pengeluaran balaknya dan menjana pendapatan royalti di antara RM500 dan RM700 juta setahun.

Beliau berkata bahawa dengan pendapatan ini, kerajaan dapat meneruskan program pembangunannya tanpa meminta bantuan daripada orang luar.

"Dalam masa beberapa tahun, Sarawak telah membangun dari segi pembangunan sosio-ekonomi melalui aktiviti berasaskan pembalakan," kata beliau.

Pendekatan Najib ke arah ‘democratisation’ lebih datangkan masalah

Posted: 12 Oct 2014 03:22 AM PDT

 
Maka itu pesta arak yang pertama kali diadakan di negara ini adalah suatu provokasi jahat yang boleh menimbulkan kemarahan yang tidak terkawal.

oktoberfest_asia


PETALING JAYA: Awang Selamat hari ini telah bertanya di Mingguan Malaysia kenapa Pesta Arak Oktoberfest diteruskan di tempat letak kereta pusat beli belah 1 Utama Petaling Jaya mulai kelmarin tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat.

"Selain dari itu pemimpin-pemimpin kita termasuk seorang dua menteri juga minum arak. Jika dulu secara terbuka tetapi sekarang secara tertutup. Maka itu kenapakah kita mahu menggemparkan penganjuran Pesta Arak," soalnya.

Menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin jawapan kepada pertanyaan Awang Selamat, betapa demokratik pun tetapi pesta arak tidak pernah diadakan di negara ini sekalipun di zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang membenarkan adanya Bar atau Pub di Parlimen.

"Penganjurannya adalah dalam rangka usaha untuk mencabar tindakan kerajaan di bawah Akta Hasutan 1948 dan jika tindakan diambil maka ini akan menjadi suatu lagi bukti bahawa kerajaan Malaysia tidak bersikap demokratik untuk ditunjukkan oleh pembangkang dan bukan Islam kepada dunia.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganjurkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dengan tujuan untuk membentuk masyarakat berfikiran rasional dan sederhana di negara ini dan menggambarkan kepada dunia liberalisme Malaysia dalam beragama tetapi kepada ukuran Barat dan juga bukan Islam mencegah pesta arak bukanlah suatu amalan sederhana sebab minuman ini diterima sebagai amalan masyarakat antarabangsa," katanya di blog zamkata.blogspot.com.

Tambahnya, orang Umno sendiri yang mewakili Najib dalam mempromokan GMM mahu menunjukan mereka lebih liberal dan lebih progresif dari Najib sendiri sehingga mendatangkan masalah kepada Umno dan negara dengan menganjurkan Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama Abad ini' dengan menjemput tokoh liberal agama dari luar.

"Fahaman akhbar The Star yang diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mempromokan GMM juga telah menyeleweng dari hasrat rakyat setia yang menyokong kerajaan.

"Pendekatan Najib kearah 'democratisation' sebenarnya lebih banyak mendatangkan masalah kepada imej negara, bangsa dan agama dan juga kepada beliau sendiri dan bukannya menyelesaikan masalah sebaliknya mencetuskan masalah," jelasnya.

Ujarnya, pesta Arak yang mungkin akan dituruti oleh pesta lesbian dan gay, pesta dadah, pesta hidup tanpa agama dan sebagainya tentunya akan dapat membantu mempertingkatkan lagi imej Najib sebagai pemimpin Malaysia yang paling demokratik dan liberal di abad ini berikutan dengan populariti yang telah dicapainya di kalangan antarabangsa dengan langkah penghapusan ISA dan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 48," katanya.

Rasuah berstruktur mula wujud

Posted: 12 Oct 2014 03:18 AM PDT


Datuk Mustafar Ali Datuk Mustafar Ali
 
KUALA LUMPUR - Rasuah yang wujud hari ini bukan sahaja dalam bentuk kumpulan atau sindiket tetapi sudah membentuk strukturnya dalam organisasi tertentu di negara ini, sekali gus mampu merosakkan dasar yang dibuat kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, perkembangan terbaharu itu amat dibimbangi kerana masalah rasuah akan menjadi barah dalam masyarakat.

"Bila sudah sampai ke peringkat ini kita takut, sistem yang ada bermasalah dan orang yang ada dalam (organisasi) itu adalah orang yang bekerjasama dengan rasuah," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir menjadi panel di Forum Pengguna IV 2014 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, masalah rasuah berstruktur lebih besar daripada rasuah individu.

"Tidak dinafikan rasuah individu masih banyak, SPRM memandang serius hal ini dan menggunakan semua langkah bagi menanganinya.

"Tetapi bila ada rasuah seumpama ini (berstruktur), semua sistem dan prosedur perlu diperbaiki bagi meminimumkan ruang dan peluang orang yang berada dalam organisasi itu terlibat dengan rasuah," katanya.

Sementara itu, beliau berharap semua ketua jabatan kerajaan terus memainkan peranan dalam memantau pegawai bawahan mereka bagi mengurangkan masalah rasuah kecil (petty corruption).

Tambah Mustafar, rasuah kecil ini juga menyebabkan penindasan berlaku di peringkat bawahan.

"Rasuah kecil ini tidak sebesar jumlah grand corruption (rasuah besar) namun, rasuah kecil itu mampu menggugat ketenteraman awam sehingga menggangu perkembangan sosial masyarakat.

"Rasuah kecil ini selalu melibatkan orang bawahan dan masyarakat umum seperti anggota penguatkuasa dengan penjaja. Walaupun rasuah yang dibuat itu kecil tetapi impaknya cukup besar memandangkan kumpulan peniaga ini ramai," katanya.

Mustafar mengakui, jumlah tangkapan dan siasatan SPRM terhadap penjawat awam masih kecil iaitu dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang daripada 1.5 juta kakitangan awam ditahan SPRM setiap tahun.

"Tetapi yang dikatakan segelintir inilah perlu dihapuskan. Seluruh organisasi terkesan akibat perbuatan mereka, imej jabatan juga tercalar malah melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap jabatan itu," katanya.

'Kenapa saya dipecat dari parti?'

Posted: 12 Oct 2014 03:16 AM PDT


Ah Nee (tengah) ketika sidang media berhubung pemecatan beliau dari parti, semalam. Ah Nee (tengah) ketika sidang media berhubung pemecatan beliau dari parti, semalam.
 
 
SEREMBAN – Bekas Pengerusi Gerakan Bahagian Seremban, Thong Ah Nee mempersoalkan tindakan parti yang memecat keahliannya tanpa memberi alasan kukuh menerusi surat pemecatan diterima awal Ogos lalu.

Beliau yang memegang jawatan akhir itu sejak 2009 berkata, tindakan drastik yang diambil terhadapnya mengundang pelbagai persepsi kerana tiada bukti kukuh dinyatakan melalui laporan diputuskan jawatankuasa disiplin parti.

"Saya memerlukan keadilan di sini. Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehinggakan parti terus mengambil tindakan untuk memecat keahlian saya.

"Kandungan surat pemecatan keahlian juga tidak difahami dan alasan untuk memecat saya tidak dapat diterima," katanya.

Menurutnya, krisis bermula apabila ada pihak mendakwanya terlibat dalam kempen menyokong calon pembangkang pada pilihan raya umum tahun lalu, termasuk aktiviti yang dianjurkan pertubuhan badan bukan kerajaan.

"Saya sudah membalas surat mengenai dakwaan kepada parti pada 15 September tahun lalu, malangnya tiada jawapan langsung diterima daripada pihak berkenaan.

"Setelah hampir lima bulan, saya menerima surat bertarikh 24 Februari 2014 daripada jawatankuasa disiplin parti yang mahu menyiasat dakwaan itu, bagaimanapun saya gagal menghadirkan diri atas kesibukan kerja," katanya pada sidang media di Royale Bintang Resort & Spa, di sini, semalam.

Ah Nee berkata, menerusi surat daripada Setiausaha Agung, Liang Teng Meng yang bertarikh 4 Ogos lalu terus menyatakan pemecatannya sebagai ahli atas sebab tidak menghadiri mesyuarat disiplin.

Malah, katanya, menerusi laporan jawatankuasa disiplin terus menyatakan mempunyai bukti bahawa dia mencemarkan parti dalam pilihan raya umum lalu.

"Apabila menerima surat berkenaan, saya sangat terkejut dan kini saya ingin mengetahui dengan lebih jelas apakah bukti yang mereka ada sehingga menyebabkan saya dipecat dari Gerakan.

"Jika hanya disebabkan tidak hadir dan bersabit dengan dakwaan itu semata-mata, ia tidak benar sama sekali dan saya mengharapkan satu keadilan buat diri saya memandangkan saya sudah menjadi ahli parti lebih 20 tahun," katanya.

Jawatan terakhir yang turut dipegang Ah Nee dalam Gerakan adalah Pengerusi Cawangan Templer sejak tahun 1994 dan Ahli Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 2009

Tiga sukan Road To Rio mungkin digugurkan

Posted: 12 Oct 2014 03:13 AM PDT

SINAR HARIAN


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi bayangan sekurang-kurangnya tiga jenis sukan dalam program Road To Rio mungkin akan digugurkan.
 
Beliau berkata, semua pihak dan persatuan perlu realistik dengan pencapaian atlet masing-masing dan pihak kementerian hanya mahu memberi tumpuan kepada sukan prospek pingat sahaja pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil.
 
"Program Road To Rio akan dibuat semakan semula berdasarkan pencapaian atlet pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini, kita kena ingat Sukan Olimpik dua tahun lagi dan bukan semua sukan boleh meraih pingat.
 
"Jadi saya perlu membuat pemilihan dan keutamaan adalah sukan prospek pingat sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Standard Chartered KL Marathon 2014 di Dataran Merdeka hari ini.
 
Katanya, sebelum bermula Sukan Komanwel pada Julai lalu di Scotland dan Sukan Asia bulan lepas di Incheon, Korea Selatan, sebanyak lima sukan disenarai pendek daripada 11 jenis sukan yang terlibat dalam program Road To Rio.

Namun selepas kemerosotan beberapa jenis sukan pada Sukan Asia September lepas, Khairy berkata terdapat dua atau tiga sukan dalam senarai bahaya dan mungkin digugurkan dalam program Road To Rio.
 
Difahamkan sebelum ini 11 jenis sukan yang terlibat dalam Program Road To Rio ialah akuatik, angkat berat, berbasikal, badminton, gimnastik, hoki lelaki, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan sukan layar.
 
"Selepas Sukan Asia ada dua atau tiga sukan (program Road To Rio) dalam senarai bahaya. Ini bermakna saya tidak berapa 'impress' dengan pencapaian mereka. Saya tidak mahu beritahu sukan apa yang akan digugurkan itu lagi.
 
"Saya mahu dengar apa perancangan mereka (persatuan sukan), kalau mereka buat sasaran tetapi tidak berpijak pada bumi yang nyata dan rakyat juga boleh nilai, saya rasa 'maaf anda dikeluarkan daripada program'," katanya. - Bernama

Mansuh SJKC tidak bantu BN raih sokongan rakyat

Posted: 12 Oct 2014 03:11 AM PDT

SINAR HARIAN


  Datuk Seri Liow Tiong Lai Datuk Seri Liow Tiong Lai
 
 
KUALA LUMPUR - MCA membantah pihak yang mencabar atau mempersoal kedudukan pendidikan Cina dalam negara ini, khususnya desakan agar sekolah jenis kebangsaan Cina dimansuhkan.
 
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata institusi pendidikan Cina telah melahirkan ramai golongan profesional berkemahiran tinggi dan berkualiti yang menyumbang kepada pembangunan negara.
 
"Desakan untuk memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak akan membantu BN meraih sokongan rakyat.
 
"Kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya untuk menjamin kesinambungan kepelbagaian bahasa yang terdapat dalam negara kita", katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 di Wisma MCA di sini, hari ini.
 
Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata, MCA juga akan sentiasa berdiri teguh untuk mempertahan dan memperjuangkan peluang pendidikan yang adil untuk semua rakyat.
 
"MCA sentiasa memainkan peranan utama dalam mempertahankan kesinambungan pendidikan berkualiti dari peringkat sekolah rendah, menengah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi," katanya.
 
Dalam ucapannya, Liow turut merakamkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri kerana memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta kepada SJKC dan RM25 juta bagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dalam Bajet 2015.
 
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 200,000 anak muda dari pelbagai kaum mendapat manfaat pengajian tinggi dari kedua-dua institusi naungan MCA iaitu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman.
 
Melihat kepada pencapaian tersebut, Liow berharap kerajaan dapat meluluskan pembinaan sebuah hospital pakar di Kampar, Perak yang akan dikendali UTAR.
 
Jelasnya, hospital itu selain membantu rakyat turut bertindak sebagai platform untuk memajukan sektor penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang perubatan barat serta perubatan tradisional dan komplementari. - Bernama

Pas sokong hapus Akta Hasutan

Posted: 12 Oct 2014 03:09 AM PDT


Mohamad Sabu Mohamad Sabu
 
 
KUALA LUMPUR - Pas akan menyokong perjuangan Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH) bersama PR dan barisan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan memberikan komitmen penuh dalam membantu gerakan tersebut sehingga Akta Hasutan 1948 yang digubal kerajaan dimansuhkan sepenuhnya.

"Kami akan mengerahkan segala jentera akar umbi di seluruh negara bagi melawan akta ini sehingga ia dihapuskan," tegasnya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

PKR sebelum ini mengumumkan pelancaran kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) ke setiap negeri mulai September lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN:  PKR gerakkan kempen mansuh Akta Hasutan]

Ketika ditanya media tentang perancangan untuk mengadakan demo bantahan, Mohamad bagaimanapun enggan mengulas.

Dalam pada itu, pihaknya turut mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan dan menamakan nama ketua bahagian Umno yang didakwa hadir dalam sebuah pertemuan tertutup 14 Ogos lalu.

Mohamad mendakwa, pertemuan tersebut didakwa turut dihadiri Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

"Adakah Peguam Negara bertindak menurut arahan dari pemimpin-pemimpin Umno? Siapa dan bahagian Umno mana yang terlibat dalam pertemuan kontroversi tersebut?"

"Kenapa (Peguam Negara) baru sekarang ambil tindakan terhadap laporan polis yang sudah lama dibuat ahli Umno?" soalnya.

Dengan itu, pihaknya memberi amaran keras kepada Peguam Negara dalam menasihati kerajaan untuk memansuhkan segera akta terbabit.

Beliau juga turut mendesak Peguam Negara untuk menarik semua kesemua dakwaan di bawah akta tersebut.

Turut hadir dalam sidang tersebut, aktivis pelajar, Adam Adli; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; penganalisis politik, Hishamuddin Rais; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat (Suaram), Yap Swee Seng.

Bajet 2015: 'Beri secupak ambil balik segantang'

Posted: 12 Oct 2014 03:03 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS Perak telah menjangkakan sejak awal lagi bahawasa Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat adalah bersifat mengelirukan rakyat.

"Ibarat 'beri secupak ambil balik segantang' atau 'beri RM1 dan ambil semula RM100' daripada seluruh rakyat," kata Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.

Beliau berpandangan, rakyat mungkin dikhayalkan dengan pemberian yang tidak seberapa berbanding kenaikan yang berlaku termasuklah harga minyak yang dinaikkan sebanyak 20 sen.

Menurutnya, rakyat akan merasai keperitan dengan kenaikan kos kehidupan seharian kesan daripada kenaikan harga minyak dan menjelang perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.

Beliau berkata, ia sudah pasti akan memberi impak yang besar terhadap inflasi ekonomi negara secara keseluruhan.

"Bajet yang dibentang itu juga turut mengelirukan dan mengaburkan mata golongan tertentu termasuklah belia, nelayan serta golongan berpendapatan rendah yang kurang kesedaran politik dan perkembangan semasa," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau seluruh rakyat perlu membuat pengiraan secara logik tentang peningkat drastik yang bakal berlaku pada tahun 2015 yang dijangka sangat mencabar.

Sebagai contoh, ujarnya pekebun getah dan sawit perlu membuat kiraan tentang kehilangan pendapatan akibat daripada penurunan harga komoditi getah dan sawit di mana tiada langkah yang serius oleh kerajaan terhadap permintaan rakyat untuk menetapkan harga lantai RM4/kg berbanding masa ini.

Menurutnya lagi, golongan usahawan khususnya kecil-kecilan perlu mencongak apa yang akan berlaku pasca kenaikan harga minyak serta perlaksanaan cukai GST yang akan menyebabkan modal mereka meningkat dan secara tidak langsung untung semakin berkurang.

Katanya, GST memberi kesan langsung terhadap kenaikan harga barang sebanyak 6% yang ditanggung oleh pengguna.

"Kami sangat mengharapkan agar kekayaan negara daripada pelbagai sumber yang dianugerahkan oleh Allah ini dapat diurus dengan bijak bagi memberi impak yang lebih besar seterusnya nikmatnya diperoleh oleh seluruh rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Saari, Hasnul digantung setahun

Posted: 12 Oct 2014 02:59 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL






KUALA LUMPUR: PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub‎, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.‎

Mustafa berkata, mengikut Fasal 83(4) dan (5) Perlembagan PAS, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 15 hari.

"Mereka masih lagi menjadi Adun kerana kita hanya menggantung keahlian sahaja.

"Kedua-dua mereka tidak dibenarkan menjalankan apa-apa program rasmi di bawah nama parti," jelas beliau lagi.‎

Mereka dikenakan tindakan berikutan mendahului keputusan parti memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dalam isu Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.‎ - HARAKAHDAILY

Saari Sungib yang saya kenal

Posted: 12 Oct 2014 02:55 AM PDT

Oleh Nashita Md Noor

saari sungib


Dalam tempoh berlakunya krisis Menteri Besar Selangor, ada dua keadaan yang buat saya terlopong dan benar-benar terkejut serta sukar menerima kenyataan.

Satunya bila lewat tengah malam saya menerima berita daripada seorang sahabat yang meminta saya menyemak dengan ahli keluarga YB Saari Sungib apakah benar berita bahawa beliau sedang krikital lantaran serangan jantung.

Ini berlaku setelah di siang harinya, iaitu pada 15 September, YB Saari Sungib bersama ADUN Morib YB Hasnul Baharuddin telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka dengan pencalonan Dato' Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR. Mereka menandatangani akuan bersumpah menyokong pilihan PKR.

Mereka kemudiannya dihina dan dikutuk sebagai pengkhianat. Paling teruk mereka dituduh dengan kesat sebagai pengkhianat parti dan mengkhianati sumpah yang mereka lafazkan sebagai syarat ketika bertanding dalam pilihanraya sebagai calon PAS.

Ternyata berita tersebut adalah fitnah semata walaupun turut disiarkan oleh Sinar Harian yang memohon maaf kemudiannya. Ini semua hanyalah usaha segelintir pihak yang sangat memarahi tindakan kedua-dua ADUN ini menggagalkan misi mereka.

Satu tindakan yang amat keji!

YB Saari Sungib masih sihat dan masih berbakti kepada rakyat di kawasannya.

BARUA, ADUN dicuri dan dibeli

Sekali lagi saya benar-benar terlopong bila mendengar ucapan Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang "BARUA, ADUN dicuri dan dibeli" dalam ucapan penutupnya di Muktamar Tahunan PAS di Johor baru-baru ini.

Sukar untuk saya percaya dan terima tuduhan kesat itu walaupun ia keluar dari mulut seorang yang diiktiraf sebagai ulamak dalam dan luar negara.

Mengenali YB Saari Sungib sejak lebih 20 tahun yang lalu membuatkan saya mempunyai pandangan yang jelas akan siapa beliau dan bagaimana prinsip perjuangannya.

Beliau tidak akan tunduk pada kezaliman dan pada mereka yang zalim dan tidak adil, berkhidmat untuk rakyat dan memegang amanah dan tanggungjawab sebaiknya. Ini terbukti dengan keyakinan rakyat Hulu Kelang kepada beliau baik Melayu, Cina, India dan pelbagai agama dan bangsa dan segenap lapisan masyarakat. Ada yang berjanji mereka tidak akan menerima calon lain sebagai wakil rakyat Hulu Kelang sekiranya tempatnya digantikan dengan calon yang lain.

YB Saari Sungib yang saya kenal

YB Saari Sungib, atau panggilan mesranya Pak Abu, yang saya kenal ialah seorang yang sangat berprinsip dan tegas. Berani melawan kezaliman secara terang-terangan. Ini terbukti bila beliau dua kali ditangkap dan ditahan di bawah Akta Zalim ISA.

Bagi ramai aktivis dan penggerak dakwah, perkenalan dengan YB Saari Sungib ialah melalui bacaan dan diskusi dalam siri perjumpaan yang dikenali sebagai 'Usrah', menggunakan siri buku 'Risalah Usrah' tulisan beliau. Saya dan suami juga antara yang memiliki buku ini dan menjadikannya bahan rujukan ketika kami mula berjinak-jinak dan aktif dalam gerakan dakwah ketika belajar di luar negara.

Bila pulang ke Malaysia, siapa sangka yang saya dapat bekerja di pejabat beliau yang dipanggil 'Pejabat Presiden' ketika itu, di tahun 1991, menguruskan hal-hal keahlian dan penerbitan risalah untuk edaran kepada ahli. Bermula dari situlah hubungan kami jadi seperti sebuah keluarga.

Dari situ saya sudah melihat sifat kekeluargaan yang ada pada YB Saari. Ahli keluarga terutama isteri beliau serta kakak-kakaknya turut sama membantu dalam pekerjaan.

Hubungan saya dengan keluarga YB Saari bertambah rapat di era Reformasi, bermula detik 2 September 1998, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Suami saya menjadi orang yang sentiasa bersama YB Saari dalam gerakan Reformasi ketika itu. Kami bergerak hampir ke seluruh negara bersama bagi membentuk gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Ketika YB Saari ditangkap di bawah akta zalim ISA kali pertama, suami saya antara sahabat-sahabat membantu urusan keluarga, juga urusan berjuang bagi pembebasan beliau dan rakan-rakan lain yang juga ditangkap.

2 Jun 2001, ketika dikejutkan dengan penangkapan YB Saari buat kali kedua bersama aktivis Reformasi yang lainnya di bawah ISA, sekali lagi keluarga kami menjadi antara yang bertanggungjawab menjaga urusan kebajikan keluarga para tahanan – perjuangan yang bukan semata kerana kami 'penyokong tegar' YB Saari tetapi demi rakyat tanpa mengira siapa selagi mereka dizalimi dan selagi ada pemimpin yang zalim dan tidak adil.

Ketika inilah, selama dua tahun tepat, keluarga kami begitu rapat. Saya melihat bagaimana seluruh ahli keluarga ini, iaitu anak-anak dan terutama sekali isterinya Puan Aliza, bangun berjuang habis-habisan untuk membebaskan YB Saari kerana amat yakin dengan perjuangan beliau menentang kezaliman.

Walaupun bukan ahli keluarga YB Saari, saya pernah dua kali mendapat peluang melawat beliau ketika merengkok dalam Kem Kamunting. Sifat kasih kasih-sayang sebuah keluarga amat jelas. Pertemuan keluarga setiap minggu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kamunting juga tidak pernah menjadi beban buat keluarga ini bagi memastikan mereka yang di dalam dan di luar terus kuat untuk berjuang.

Hasil daripada perjumpaan tanpa henti dan jemu selama dua tahun ini jugalah yang membuatkan momentum perjuangan rakyat di luar juga terus kuat. Saya rasa amat bertuah dan bangga juga kerana saya menjadi orang yang dipertanggungjawabkan oleh YB Saari untuk menyediakan bahan-bahan bacaan berkaitan dengan tahanan tanpa bicara dan isu-isu politik dalam negara untuk disampaikan kepada mereka yang berada dalam Kem Tahanan Kamunting. Bahan-bahan bacaan itu dibawa oleh para peguam di setiap lawatan, di samping buku-buku lain sebagai bahan bacaan.

Maka tidak hairanlah juga bila sejak merengkok dalam KEMTA beliau berjaya menghasilkan beberapa siri buku tentang kezaliman ISA .

Kami juga bertuah kerana sering diraikan dalam majlis makan bersama keluarga jika ada peristiwa yang penting berlaku seperti di waktu suami saya dibebaskan dari Penjara Tapah kerana kesalahan menyertai perhimpunan aman dan juga ketika mahkamah Tinggi Ipoh memberikan keputusan bahawa hukuman penjara dua tahun ke atas suami saya digugurkan.

Antara pengalaman menarik bersama keluarga ini ialah ketika kami turut sama menguruskan pernikahan anak-anak YB Saari dan Puan Aliza. Jun 2006, keluarga ini melangsungkan perkahwinan 3 orang anak-anak secara serentak. Saya kira itulah majlis perkahwinan yang sangat ringkas. 

Makanan yang ditempah hanyalah Nasi Kukus Ayam Berempah. Itu sahaja dan jemputannya juga tidak ramai. Selesai tanggungjawab sebagai ibu bapa Muslim dan contoh yang ingin diketengahkan ialah bersederhana dan berjimat cermat serta berhemah dalam perbelanjaan.

Saya yakin ini juga yang dapat dilihat dari pengurusan di kawasan yang diwakilinya di Hulu Kelang. Isteri dan anak-anak tetap memainkan peranan penting dalam membantu tugasnya sebagai ADUN Hulu Kelang agar khidmat yang terbaik dapat disalurkan kepada rakyat di kawasannya.

Saya sendiri adalah pengundi untuk kawasan Hulu Kelang dan pasti akan terus mengundinya dalam pilihanraya yang akan datang. Saya yakin penduduk setempat tanpa mengira bangsa dan agama akan terus memilihnya atas rekod cemerlang di kawasannya.

Kemelut krisis Menteri Besar Selangor sudah selesai dengan terlantiknya YAB Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru. Keadaan kembali tenang untuk sebuah kerajaan Negeri juga selesai dengan terlantiknya EXCO yang baharu.

Namun masalah dalaman PAS sebagai sebuah parti yang hebat dan besar masih tidak dapat diselesaikan. Masih tidak selesai lagi tanggapan yang buruk terhadap dua orang ADUN yang terlibat yang masih dilabel sebagai pengkhianat.

Harapan sesetengah rakyat yang meletakkan harapan yang tinggi kepada sebuah parti yang dianggap hebat umpama hancur dan banyak orang merasakan Pakatan hanya menanti saat untuk pecah dan berkecai.

Namun, untuk seorang yang berjiwa besar seperti YB Saari yang saya kenali, beliau tidak akan berundur dan menyerah kalah walau difitnah, dikutuk dan dizalimi.

Beliau akan tetap bersama perjuangan parti yang beliau dukung sepertimana jawapannya kepada media bahawa beliau masih ahli PAS hingga ajal dan tidak akan meninggalkan parti.

Itulah YB Saari yang saya kenali – berjuang demi agama dan rakyat.

Sumber negara: BN hanya tahu kutip cukai dari rakyat

Posted: 11 Oct 2014 11:07 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KU‎ALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Bajet 2015 yang diumumkan kerajaan sebagai bajet menindas rakyat.

Beliau berkata, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat kerana kerajaan sehingga sekarang masih gagal mencari sumber baru selain mengambil cukai dari rakyat.

"Sumber pendapatan tetap sama iaitu dari cukai rakyat, syarikat dan juga sumber petroleum.

"Ia bukan sahaja tidak baik untuk negara ini tetapi turut membebankan rakyat, bukan sekadar cukai tetapi kebergantungan kepada petroleum memungkin subsidi bakal ditarik balik," jelasnya.

Menurut beliau lagi, ketandusan idea mencari sumber baru sebagai pendapatan negara turut membuktikan Barisan Nasional (BN) gagal menjadi kerajaan yang efisen.

Ketika ditanya mengenai petrol RON95 dan diesel yng tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)‎, katanya itu membuktikan ketidakadilan yng berlaku terhadap rakyat.

"Bagi cukai GST walaupun terdapat sejumlah barangan yang tidak dikenakan GST tetapi msih wujud ketidakadilan berterusan terhadap rakyat.

"Petrol RON95 dan diesel tidak dikenakan cukai dan ia turut memberi peluang kepada golongan kaya untuk menikmatinya.

"Jadi apa keistimewaan dan pengecualian terhadap rakyat yang di bawah dalam GST, penarikan subsidi dikatakan ada golongan kaya pakai dan ini sama seperti GST," sambung beliau lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut berpendapat pelaksanaan GST tidak memberi kebaikan untuk orang miskin juga dilihat tidak adil untuk rakyat. - HARAKAHDAILY

Harga minyak naik, subsidi ditarik dari sudut syariah

Posted: 11 Oct 2014 11:02 PM PDT

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH 


KALI ini saf pentadbiran Perdana Menteri Malaysia sudah check mate dengan hujah lapuk iaitu kenaikan harga petrol di Malaysia kerana seiring dengan kenaikan harga minyak dunia.

Hal ini kerana rakyat yang tidak lulus subjek ekonomi asas mahupun perdangan di peringat SPM juga mampu mengakses maklumat bahawa harga minyak dunia sedang mengalami kemerosotan. Maklumat di hujung jari.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan lagi.

Rakyat sama ada yang pekak mahupun tuli telah tahu bahawa harga minyak naik adalah kerana subsidi dihisap kembali oleh kerajaan atas nama rasionalisasi subsidi walaupun kerja buat itu jelas tidak rasional!

Dengan peraturan baru percukaian GST yang bakal menjadi cek kosong kerajaan menaikkan kadar cukai ke atas mana-mana sahaja komoditi barangan harian rakyat, ianya jelas rakyat akan kian tertekan dengan domino kenaikan harga barang dan servis tempatan walaupun wirid selalu kerajaan selepas menaikkan harga minyak berbunyi begini: "peniaga dilarang menaikkan harga sesuka hati".

Hakikatnya ramai yang sudah sedar, kenaikan harga ini disebabkan subsidi yang ditarik keluar daripada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Subsidi adalah ihsan kerajaan. Ia bukan suatu jaminan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan dasar ihsan walaupun istilah ihsan digandingkan dengan keadilan dalam Al Quran (konsep adlu wal ihsan)

Begitu juga rakyat menilai barangan tertentu yang kononnya tidak akan dikenakan GST, tidak mustahil ia akan turut dikenakan GST kerana istilah tidak dikenakan GST adalah istilah ihsan sahaja bukannya peruntukan yang mantap dalam mana-mana undang-undang.

Sedikit berkenaan GST, kerajaan berhujah dalam laman-laman rasmi bahawa daripada 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Hakikatnya penurunan harga 48% barang itu adalah jenis komoditi mewah yang selama ini menerima cukai tinggi. Malah ia bukan barang harian yang diperlukan rakyat. Sistem cukai dahulu hanya terkena kepada barangan yang tidak menjadi penggunaan harian rakyat bawahan.

Kata kerajaan lagi, banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015. Malah dirantau ini dikatakan 6% itulah yang termurah. Adakah ada jaminan angka 6% tidak akan menjadi 7, 8 dan seterusnya?

Dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen harga minyak naik kerana penarikan subsidi. Itu belum diungkit penarikan subsidi gula, minyak masak dan lain-lain lagi tahun lepas.

Rakyat Malaysia telah dilatih untuk menerima banyak kejutan tahun ini. Dengan keganasan di Sabah yang semakin dramatik, tragedi misteri MH370 sehingga membabitkan kepakaran bomoh tercabar, kemudiannya pula tragedi MH17, rakyat Malaysia kelihatan boleh menerima kejutan menurut pandangan Putrajaya. Kenaikan harga minyak mendadak ala-ala kejutan 'kinder joy' ini bukan sahaja menyaksikan kritikan keras pemimpin Pakatan Rakyat, malah tindakan saf pentadbiran Datuk Seri Najib mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman juga daripada Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu.

Apa reaksi pemimpin pro kerajaan:

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. Katanya walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.

Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial

Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah. Hal ini kerana peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial. Jaminan ini adalah ruang lingkup pemerintah jika ditekuni dari perspektif siasah syariyyah. Jaminan inilah yang menghendaki kerajaan berhemah dalam menarik subsidi tertentu kerana ia menghasilkan suatu reaksi negatif sosial.

Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat. Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan. Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini. Mungkin idea Aristotle dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat. Jika dikaitkan dengan konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran, ia kelihatan lebih lunak untuk memahamkan sebuah kerajaan bahawa agenda ihsan adalah agenda besar selepas agenda keadilan.

Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat. Namun dalam konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi. Inilah konsep ihsan yang sering diabaikan oleh kerajaan.

KH. M Shiddiq menyatakan bahawa subsidi adalah suatu bentuk bantuan kewangan (bahasa Arab disebut i'anah maliyah), yang biasanya dibayar oleh pemerintah, dengan tujuan untuk menjaga kestabilan harga-harga, atau untuk mempertahankan pengekalan kegiatan perniagaan, atau untuk mendorong berbagai kegiatan ekonomi pada umumnya.

Dalam sistem kapitalisme, subsidi merupakan salah satu instrumen pengendalian secara tidak langsung. Grossman dalam Sistem-Sistem Ekonomi (1995) menerangkan bahwa dalam sistem Kapitalisme terdapat dua jenis pengendalian ekonomi oleh pemerintah, iaitu pengendalian langsung dan tidak langsung. Pengendalian langsung adalah polisi mengabaikan mekanisme pasaran, contohnya embargo perdagangan dan penetapan harga tertinggi suatu barang. Adapun pengendalian tidak langsung adalah kebijakan yang bekerja melalui mekanisme pasaran, misalnya penetapan tarif serta segala macam cukai dan subsidi.

Islam berbeza dengan kapitalisme. Jika kapitalisme memandang subsidi dari perspekstif campur tangan kerajaan atau mekanisme pasaran, Islam memandang subsidi dari perspektif syariah, iaitu pada bila-bila subsidi boleh dan bila-bila subsidi wajib dilakukan oleh negara termasuk penentuan sektor yang boleh dan wajib disubsidikan.

Pastilah menurut syariah yang terkenal dengan konsep al adli wal ihsan menentang subsidi bilion ringgit untuk syarikat mega seperti TPP sedangkan untuk rakyat bawahan ditarik perlahan-lahan. Ihsan yang ditekan oleh Islam untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, mencegah jenayah, mencegah masalah masyarakat disalah guna dengan mengekalkan subsidi kepada korporat besar tanpa segan silu.

Jika subsidi diertikan sebagai bantuan kewangan yang dibayar oleh negara maka Islam mengakui adanya subsidi dalam pengertian ini. Subsidi boleh dianggap salah satu cara (uslub) yang boleh dilakukan negara, kerana termasuk pemberian harta milik negara kepada individu rakyat (i'tha'u ad-dawlah min amwaliha li ar-ra'iyah) yang menjadi hak pengelola negara.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberikan harta dari Baitul Mal kepada para petani di Iraq agar mereka dapat membangunkan pertanian mereka sekaligus menstabilkan sosial di sana.

Atas dasar itu, boleh negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pengeluar, seperti subsidi baja dan benih bagi petani, atau subsidi bahan mentah dan sebagainya. Boleh juga negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pelanggan, seperti subsidi makanan atau subsidi komoditi harian seperti minyak masak, dan sebagainya.

Subsidi boleh juga diberikan negara untuk sektor perkhidmatan awam (al-marafiq al-'ammah) yang dilaksanakan oleh negara, sebagai contoh:

- perkhidmatan telekomunikasi (al-khidmat al-baridiyah) seperti telefon, pos, fax, internet;
- perkhidmatan perbankan syariah (al-khidmat al-mashrifiyah) seperti pemindahan, simpanan, dan pertukaran matawang asing;
- perkhidmatan pengangkutan awam (al-muwashalat al-'ammah) seperti kereta api, kapal laut, dan pesawat terbang.

Nabi s.a.w., pernah membagikan fai' Bani Nadhir (harta milik negara) hanya kepada kaum Muhajirin, tidak kepada kaum Ansar, kerana Nabi Saw., melihat ketidakseimbangan ekonomi antara Muhajirin dan Ansar. Ia boleh dianggap subsidi Nabi kepada satu kaum sahaja demi menstabilkan sosial di Madinah.

Tokoh ekonomi Islam terkenal seperti Saidina Umar Al Khattab semasa pemerintahannya dikatakan mengisytiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa Ashaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama.

Kembali kepada isu pembohongan kenaikan harga minyak kerana kenaikan harga minyak dunia adalah seolah-olah kerajaan mengajar rakyat bahawa komoditi penting bernama minyak itu harganya bebas ditentukan mengikut pasaran bebas secara mutlak dan sebarang impak global akan terus diterima rakyat tanpa sebarang 'filtration'. Apa pula peranan negara untuk memastikan rakyat tidak menderita kerana menerima impak perubahan harga global? Inilah peranan subsidi untuk mengawal harga. - HARAKAHDAILY

(*)  Penulis ialah Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah.

Azmin: Bajet 2015 ibarat ekonomi kapital kroni bukan ekonomi kapital

Posted: 11 Oct 2014 10:55 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Belanjawan 2015 Kerajaan Persekutuan yang diumumkan semalam bercorak ekonomi kapital kroni dan bukanlah kapital ekonomi seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkannya semalam.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ini berikutan, belanjawan itu tidak menumpukan kepada ekonomi rakyat sebaliknya terus memberikan subsidi besar kepada syarikat kroni mereka.

"Saya melihat bajet ini tak memberikan fokus terhadap ekonomi rakyat seperti yang diumumkan Perdana Menteri kerana ekonomi rakyat memerlukan pendidikan berkualiti, latihan dan inovasi.

"Kalau kita tengok peruntukan Jabatan Inovasi Malaysia RM50 juta sahaja sedangkan subsidi syarikat besar berbilion jumlahnya.

" Jadi, mana fokus kerajaan melihat ekonomi rakyat terus subur dan bagi saya ini bukan "capital economy' tetapi 'crony capitalis economy' yang memberikan keuntungan kepada tauke dan membebankan rakyat," kata Mohamed Azmin ketika ditemui sejurus Belanjawan 2015 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Najib dalam belanjawannya juga tidak menyentuh isu membenteras rasuah, ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam pentadbirannya.

Hal ini berbeza dengan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang dibentangkan sehari sebelumnya yang banyak mengambil kira isu terbabit.EZY
 

MB: Pencemaran diesel, 3 loji utama di Sungai Selangor beroperasi semula

Posted: 11 Oct 2014 10:53 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata semua loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 yang ditutup telah mula beroperasi mulai jam 4.30 pagi ini.

Katanya melalalui laman media sosial jam 10 malam tadi, tahap pencemaran tumpahan hydrocarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5 ppm dan terpaksa ditutup.

syabasci__0022_Layer 7"Pegawai dan pekerja LUAS bersama EXCO YB Elizabeth Wong bertungkus lumus di lokasi loji rawatan sehingga jam 5 pagi ini.

"LUAS masih berada di lokasi untuk memantau situasi dan mengenal pasti punca pencemaran tumpahan hydrocarbon malam tadi," katanya.

Mohamed Azmin berkata, walaubagaimana pun, semua loji rawatan air yang terlibat telah memulakan operasi bermula jam 4.30 pagi ini secara berperingkat.

Beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran diesel di loji berkenaan.

Katanya beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat kenyataan rasmi.EZY

Najib gagal didik rakyat melalui bajet

Posted: 11 Oct 2014 10:50 PM PDT

Oleh AZIZ MUDA 


KUALA LUMPUR: Bajet 2015 sepatutnya digunakan dengan sebaiknya oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk mendidik rakyat tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang sedang berdepan dengan risiko untuk diturunkan penarafan negara oleh badan penarafan antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada awalnya, Perdana Menteri kelihatan seperti sudah insaf dengan keadaan itu, tetapi pembentangan bajet 2015 pada 10 Oktober lalu jelas menunjukkan langkah konsolidasi fiskal hanya "melepas batuk ditangga."

Menurut beliau, menerusi bajet itu perbelanjaan mewah diperuntukkan semacam tidak berdepan apa-apa masalah.

Katanya, perkara itu termasuklah peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM19 bilion, Pan Borneo Highway walaupun sudah sering kali disebut, projekprojek infrastruktur, pelbagai insentif cukai dan beberapa projek lain.

"Ini termasuk juga BR1M yang dinaikkan yang walaupun baik, tetapi sengaja berbelanja besar kerana takut hilang kuasa adalah sangat tidak berfanggungjawab," katanya ketika dihubungi

Dengan tindakan yang dilakukan itu, Dr Dzulkefl y bertanya, apakah Najib mampu mengurangkan defisit fiskal, sekali gus mengelak penurunan penarafan atau Najib sendiri tidak kisah dengan bahaya itu.

Beliau turut bertanya, apakah Bajet 2015 akan mengalami nasib yang sama dengan yang lain dari segi ketirisan dan kebocoran yang akhirnya akan menggagalkan pencapaian program- program yang baik dan dasar yang juga boleh diperbaiki itu.

"Ini sangat malang. Sebab itu kami bentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai penyemak imbang dan wujud persaingan sihat," katanya.

Hutang PTPTN diburu guna CCRIS, hutang kroni dilepas – Rafizi

Posted: 11 Oct 2014 10:48 PM PDT

Oleh Rafizi Ramli


Saya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN. Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat "U-turn" dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.

RAFIZI_HQPada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang.

Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini. Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.

YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?

Di mana suara kasar dan lantang YB Saudara Khairy Jamaluddin dalam perkara-perkara berikut:
1. Hutang-hutang negara yang dimaafkan kepada rakan-rakan rapat Umno/Barisan Nasional seperti Tan Sri Tajuddin Ramli (hutangnya RM600 juta)?

2. Hutang-hutang negara yang tidak dikutip dari pemimpin Umno/Barisan Nasional seperti keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang masih berhutang RM250 juta dengan rakyat apabila projek lembu yang dianugerahkan mereka gagal?

3. Pampasan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional seperti pampasan tol dan subsidi gas kepada penjana bebas?

Saya percaya rakyat umumnya marah apabila kerajaan melalui PTPTN mengambil cara kasar mahu mengutip hutang berjumlah beberapa ribu ringgit dari rakyat biasa, sedangkan tindakan sebegitu tidak pula dikenakan kepada peminjam-peminjam besar dari kalangan kroni yang nilainya berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah peminjam PTPTN ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya YB Saudara Khairy Jamaluddin kekal dengan pendirian awal iaitu menentang tindakan menyenarai hitam peminjam PTPTN dalam CCRIS kerana ada cara-cara lain yang lebih berhemah seperti berikut:

1. PTPTN wajar menetapkan kriteria pendapatan boleh belanja (disposable income) yang mengasingkan di antara peminjam tegar yang mampu membayar tetapi enggan membayar, dari peminjam yang betul-betul tidak mampu.

Contohnya, peminjam-peminjam PTPTN wanita yang surirumah dan mempunyai tanggungan besar sudah tentu lebih sukar membayar berbanding seorang yang telah mengusahakan perniagaan besar.

Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang telah mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya hanya peminjam yang pendapatan boleh belanja (disposable income) bulanan melebihi RM1,000 sebulan (setelah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan) yang perlu ditumpukan oleh PTPTN untuk mengutip hutang.

2. Daripada senarai ini (yang telah mengasingkan peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar), saya cadangkan PTPTN menghubungi mereka dan merundingkan jadual bayaran.
PTPTN sendiri mengakui bahawa PTPTN mempunyai maklumat alamat dan berhubung yang lengkap mengenai peminjam-peminjam ini.

Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama-nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar-akhbar dan media harian sebagai cara untuk mendesak mereka membayar.

Cara ini sudah pun digunakan oleh badan-badan biasiswa seperti PETRONAS, Mara dan lain-lain untuk mengutip hutang pendidikan.

Menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan. Sebab itu saya berpendapat adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan.

* Rafizi adalah Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan

Keputusan fitnah 2 penentu halatuju politik Malaysia

Posted: 11 Oct 2014 10:44 PM PDT

NADIA HANAFI


 JAPAN-MALAYSIA-CHINA-AVIATION-PILOT-OPPOSITION-ANWAR-FILES


KUALA LUMPUR- Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui akhir bulan ini akan menentukan masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia.

Naib Ketua AMK Pusat, Fahmi Fadzil berkata, dalam jangka masa sebelum keputusan mahkamah diumumkan, seluruh media dunia akan memberi perhatian terhadap Malaysia untuk melihat sama ada demokrasi di negara ini semakin sihat atau bertambah tenat.

"Dalam dua minggu setengah yang akan datang ini, tatkala rakyat mendepani hari-hari harga minyak dan harga barang yang semakin naik tetapi gaji terus mendatar, berserta cukai GST yang bakal dimulakan April 2015, masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia akan ditentukan.

"Tatkala Bajet 2015 dan pelbagai Rang Undang-Undang yang mendatangkan kesan kepada nusa dan bangsa akan dibahas di Parlimen, Ketua Pembangkang mungkin akan ditamatkan hayat politiknya, yang secara langsung meneruskan hegemoni kekuasaan puak pemerintah yang bagai belum terjaga dari lena yang mengakibatkan bersuaranya lebih 52% pengundi di PRU13 yang lalu," katanya.

Fahmi juga berkata, AMK telah memulakan kempen di media sosial rasmi AMK serta pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan reformasi dan memperjuangkan masa depan rakyat juga negara.

"Lebih seminggu yang lalu, AMK telah memulakan kempen "countdown" di media sosial rasmi AMK (Twitter: @amkmalaysia dan Facebook: https://www.facebook.com/amkeadilan) serta laman media sosial rasmi pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan semangat Reformasi dan perjuangan sejak lebih 15 tahun lalu yang perlu diteruskan, demi Rakyat dan masa depan negara yang lebih baik.

"Pengumuman mengenai kempen-kempen selanjutkan akan dibuat dalam masa yang terdekat," katanya.

Katanya lagi, kita perlu bersedia, berdoa, bersabar dan terus istiqamah dalam menghadapi saat genting sejarah politik moden negara ini.

"Putrajaya, sedarlah bahawa Rakyat dan Dunia sedang memerhatimu," katanya dalam satu kenyataan media.

Pada 28 dan 29 Oktober depan pendengaran rayuan keputusan penghakiman kes Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim akan diputuskan di di Mahkamah Persekutuan sama ada beliau terus bebas atau dimasukkan ke penjara.

Suhakam Kecewa, Bimbang Ibrahim Ali Tak Dikenakan Tindakan

Posted: 11 Oct 2014 10:39 PM PDT


Oleh: TAN YI LIANG


Ibrahim Ali
 
 
 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dan bimbang tidak ada tindakan yang diambil terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang didakwa membuat panggilan agar Bible bahasa Melayu dibakar.

"Suhakam sepenuhnya memahami dan menghargai sensitiviti isu-isu agama di negara ini, bahawa setiap individu dan masyarakat tanpa mengira perbezaan dalam kepercayaan, menikmati hak asas dalam agama dan kebebasan untuk menganut kepercayaan mereka seperti yang dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk menunaikan komitmen yang dibuat dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang kedua tahun lepas.

Beliau menegaskan, komitmen tersebut termasuklah keperluan untuk memerangi segala bentuk diskriminasi terutamanya agama dan untuk melindungi kumpulan minoriti agama di negara ini.

"Adalah amat penting bagi kerajaan untuk memerangi tindakan termasuk ancaman dan gangguan yang menggalakkan pelampau agama dan kebencian di antara komuniti agama yang berbeza bagi menjamin hak asasi semua orang untuk bebas mengamalkan kepercayaan mereka yang telah diamalkan selama beberapa generasi di negara ini," kata Hasmy.

Beliau berkata di Malaysia, keamanan dalam negara dan keharmonian negara adalah yang terbaik dan dijamin melalui dasar dan amalan sederhana.

Dalam jawapan bertulis pada Rabu untuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim mengenai ancaman untuk membakar Bible pada Januari tahun lepas yang membangkitkan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian.

Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa Ibrahim selepas meneliti konteks ucapannya dan berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam."

'Sekat Laman Web Tawar Cara Pembuatan Bom'

Posted: 11 Oct 2014 10:35 PM PDT

Oleh: CHRISTINA CHIN



 
PETALING JAYA: Penggunaan bom buatan sendiri untuk melakukan jenayah semakin berleluasa dan kewujudan laman web Do-It-Yourself (DIY) serta komponen bahan letupan yang mudah didapati antara punca kes seperti ini meningkat.

Menurut rekod polis, walaupun insiden letupan di Bukit Bintang baru-baru ini melibatkan penggunaan bom tangan, sebanyak 39 kes bom buatan sendiri dilaporkan dalam tempoh dua tahun lepas.

Pakar kriminologi dan kumpulan kepentingan awam menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera bagi meneliti permasalahan itu dengan ada dikalangan mereka mendesak supaya laman web pembuatan bom disekat.

Carian menerusi Google terhadap 'bom buatan sendiri dengan alat perkakasan rumah' merekodkan 478,000 laman web dalam masa 0.31 saat, meliputi apa sahaja dari bom asap sehinggalah bahan letupan yang boleh meragut nyawa.

Malah, laman web tersebut menawarkan langkah demi langkah bagaimana untuk mengeluarkan bahan kimia seperti hidrogen peroksida dan ammonium nitrat dari bahan-bahan berkenaan untuk kegunaan jenayah.

Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM)  Prof. Madya Dr P. Sundramoorthy berkata kesemua maklumat berkaitan bahan letupan boleh didapati menerusi online tetapi mengakui adalah mustahil untuk menyekat Internet.

Selain itu antara punca peningkatan kes sedemikian, katanya, adalah disebabkan penjualan komponen berbahaya untuk membuat bahan letupan tanpa kawalan.

Beliau menggesa polis untuk memperbanyakkan operasi perisikan kerana bahan letupan itu digunakan untuk kegiatan jenayah, keganasan dan melakukan eksperimen.

"Saya pernah membeli soda kaustik untuk meleraikan perabot dengan tiada soalan ditanya walaupun bahan kimia itu adalah barang terkawal. Penjual perlu memastikan pembelian barang itu direkodkan supaya polis boleh memantau tujuan penggunaan bahan kimia itu," katanya.

Aktivis keselamatan, Kapten K.Bala berkata, adalah amat penting untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai bahayanya membuat bahan letupan bagi melakukan eksperimen.

"Ia formula yang salah. Bayangkan kerosakan yang akan berlaku sekiranya seseorang mencubanya," kata beliau.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman web yang memaparkan langkah demi langkah mengenai pembuatan bom.

"Sebelum ini, ia diluar imiginasi kita tetapi hari ini dari rumah anda, anda boleh membuat bahan letupan. SKMM perlu melakukan pemeriksaan yang komprehensif untuk melihat bagaimana kita boleh menyekat laman web yang berbahaya kepada negara," katanya.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi bagaimanapun berkata, mengharamkan atau menyekat mana-mana laman web adalah bersifat sementara kerana ia hanya menyumbang kepada peningkatan kewujudan lebih banyak laman web seperti itu.

"Internet mengandungi pelbagai perkara, baik, buruk dan dahsyat. Anda boleh mencari apa sahaja termasuk membuat bom dan anda boleh menemuinya," kata Mohamed Shahril.

Kerajaan Tetap Lindungi Hak Pendidikan Sekolah Cina - Najib

Posted: 11 Oct 2014 10:33 PM PDT

MSTAR ONLINE


Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA, Ahad.
 
 
 
Dikemaskini KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan terus melindungi dan memelihara hak pendidikan kaum Cina di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tolong jangan bimbang tentang sekolah Cina kerana ia sudah dilindungi bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

"Malah ia juga termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke 61 MCA di Wisma MCA, Ahad.



Jaminan Najib itu mendapat sambutan hangat di kalangan perwakilan yang berdiri sambil memberi tepukan gemuruh.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga meletakkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai contoh terbaik seorang yang mampu bertutur pelbagai bahasa yang wajar menjadi ikutan.



"Liow menyampaikan keseluruhan ucapannya dalam Bahasa Malaysia.

"Dia belajar di sekolah Cina," kata Najib yang sekali lagi mendapat tepukan perwakilan.

Beberapa pemimpin MCA menganggap adalah tepat pada masanya untuk Najib memberi jaminan melindungi hak pendidikan di sekolah Cina.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata, resolusi untuk menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Umno, bulan depan.

Di kalangan pemimpin MCA, kenyataan Mohamad Azli itu disifatkan sebagai menghasut kerana ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komuniti Cina di negara ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tiong Lai mengulangi pendirian parti itu untuk terus mempertahan dan membangunkan pendidikan Cina dan sekolah Cina di negara ini, termasuk melindungi hak setiap kaum yang belajar di sekolah berkenaan.

Najib dalam ucapannya juga meluluskan Pelan Transformasi MCA bawah kepemimpinan Tiong Lai untuk memberi nafas baru kepada parti yang berusia 65 tahun itu.

"Saya menyokong kepemimpinan sekarang. MCA bawah Liow sudah meraih semula hala tuju parti. Masa depan MCA bergantung sepenuhnya kepada perpaduan dalam parti," katanya.

Tiong Lai, 53 dilantik sebagai Presiden MCA Ke-12 pada Disember tahun lalu.

Impian Bajet 2015...

Posted: 11 Oct 2014 05:15 PM PDT



Oleh Alyaa Alhadjri


Mengaku sajalah. Kita rakyat Malaysia suka meminta-minta. Setiap tahun pada masa sebegini, apabila belanjawan negara bakal dibentangkan, pelbagai perkara ada di dalam senarai impian kita. Harapan kita agar kerajaan turut mengambil kira senarai ini bagi perbelanjaan tahun hadapan.

Di sini kami sertakan 10 perkara yang diharapkan bagi tahun hadapan, selain membuat jangkaan tentang apa yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

1) Apa golongan muda mahu: Terdapat berjuta perkara yang diimpikan golongan muda tetapi yang utama sudah semestinya "rumah mampu milik" di lokasi strategik di negara ini.

Apa yang mungkin dibentangkan: Mustahil segala tuntutan dapat dipenuhi. The Star melaporkan rakyat yang membeli rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mampu menjimatkan wang melalui skim tersebut dengan kerajaan memberi subsidi bagi sebahagian daripada faedah pinjaman perumahan.

2) Apa pengguna pengangkutan awam mahu: Sampai ke destinasi yang dituju tepat pada masanya. Ini memerlukan akses bagi mendapatkan perkhidmatan serta rangkaian pengangkutan awam yang baik. Tanpa rangkaian yang baik (serta jadual yang ditepati), kenderaan persendirian akan tetap menjadi pilihan.

Apa yang mungkin dibentangkan: Tumpuan kerajaan akan tetap ke arah meningkatkan fasiliti yang ada sekarang dan The Star memetik seorang penganalisa yang berkata lebih banyak dana diperuntukkan bagi menambahbaik infrastruktur dan rangkaian rel atau keretapi di Malaysia. Laporan itu turut menyebut tentang kerja-kerja yang sedang dijalankan di Kuala Lumpur serta rancangan jalinan tren komuter dari Singapura ke Johor Baru.

3) Apa cikgu mahu: Kurang rungutan daripada ibubapa serta dasar yang berubah-ubah. Mereka mahu lebih masa mengajar murid-murid dan dana bagi menambahbaik fasiliti di sekolah. Latihan juga diperlukan bagi guru-guru meningkatkan prestasi.

Apa yang mungkin dibentangkan: Sektor pendidikan telah diberi peruntukan besar di dalam belanjawan negara tahun lalu tetapi portal berita The Malaysian Insider memetik setiausaha agung Kesatuan Profesyen Perguruan Nasional (NUTP) Loke Yim Pheng memohon kerajaan menumpukan terhadap akses internet di sekolah di seluruh Malaysia.

4) Apa ibu bekerjaya mahu: Tinggal di rumah dan menjaga anak-anak. Tetapi bagi yang bekerja, mereka mahu lebih insentif diperuntukkan bagi pembukaan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.

Apa yang mungkin dibentangkan: Kesinambungan daripada dasar sedia ada yang memberi syarikat, geran sebanyak RM10,000 bagi membuka pusat jagaan kanak-kanak serta perlepasan cukai sebanyak 10%.

5) Apa golongan majikan mahu: Pengurangan kos operasi. Kos yang ditanggung mungkin akan mendapat kesan daripada dasar yang dilaksanakan tahun hadapan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Apa yang mungkin dibentangkan:  Portal The Malaysian Insider melaporkan kerajaan berjanji akan mengurangkan cukai hasil pendapatan peribadi sebanyak satu ke tiga peratus bagi semua pembayar cukai dengan kadar maksima pada paras 26% bakal dikurangkan kepada 24% bermula 2015.

6) Apa golongan pekerja mahu: Kadar gaji minima disemak semula, lebih banyak pendapatan yang boleh dibelanjakan dan kerja yang terjamin bagi mengelakkan kesan kegawatan ekonomi.

Apa yang mungkin dibentangkan: Jumlah tenaga kerja di Malaysia berjumlah 12 juta tetapi hanya 1.7 juta yang meraih pendapatan lebih daripada RM3,000 dan dikehendaki membayar cukai pendapatan. Berbanding langkah jangka panjang memberi jaminan kewangan bagi golongan terbanyak, kerajaan dijangka memperuntukkan bantuan kewangan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

7) Apa industri pertahanan mahu: Kereta kebal besar, kapal besar, senjata besar dan wang besar. Lebih besar lebih baik bagi mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Apa yang mungkin dibentangkan: Segala yang dituntut Menteri Pertahanan, walaupun di masa lalu segala yang diberikan tidak tentu menghasilkan tugasan yang baik.

8) Apa warga Sabah dan Sarawak mahu: Lebih banyak dana dan peruntukan dan lebih banyak dana. Kegunaannya ialah bagi meningkatkan taraf hidup kesemua penduduk dan bukannya sesetengah penduduk sahaja.

Apa yang mungkin dibentangkan: Sabah dan Sarawak dijangka mendapat lebih banyak dana melalui peningkatan royalti petroleum kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Tiada jaminan tentang bagaimana dana ini disalurkan.

9) Apa pertubuhan sivil mahu: Kurang kekangan dan lebih banyak bantuan, bukannya saingan daripada kerajaan. Jika dana kerajaan disalurkan kepada organisasi yang berhak, mungkin dakwaan seperti "Yahudi atau Israel atau Soros yang membiaya" tidak akan kedengaran lagi.

10) Apa wartawan mahu: Bagaimana saya nak mulakan? Sekejap. Tiada siapa peduli? Ok.

Tetapi yang paling utama, tiada siapa mahu harga minyak RON95 dan disel dinaikkan kerana harga barangan lain juga akan meningkat. Kerajaan tidak akan mampu menghalangnya.

Pada bahagian kedua rencana ini, Semut Harian akan membandingkan jangkaan kami dengan apa yang benar-benar dibentangkan Perdana Menteri.   http://bm.theantdaily.com

Penyiasat dijangka Kembali ke Lokasi MH17 April 2015

Posted: 11 Oct 2014 05:11 PM PDT

RAKYATNEWS


Ketua Polis Negara
 


KUALA LUMPUR - Pasukan penyiasat antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka masuk semula ke lokasi kejadian pada musim bunga iaitu April tahun depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu telah diputuskan pasukan penyiasat tiga negara iaitu Malaysia, Belanda dan Australia berikutan siasatan dihentikan akibat musim sejuk yang sedang melanda timur Ukraine ketika ini selain pergolakan yang masih berterusan di sana.

"Pertempuran di sana masih berlaku, terbaru saya difahamkan pagi tadi berlaku kejadian tembak-menembak antara kumpulan pemisah dan pihak berkuasa Ukraine di lapangan terbang di Donetsk, Ukraine," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Bukit Aman di sini, semalam.

Terdahulu, Khalid menyaksikan majlis serah terima tugas antara Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC Datuk Amer Awal kepada Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am KDNKA, DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang dilantik sebagai Pengarah KDNKA yang baharu dengan memangku pangkat Senior DCP.

Amer kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) DCP Datuk Wan Ahmad Najmudin Mohd pula menyerahkan tugas kepada Ketua Polis Perak sebelum ini Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah JPJKK Bukit Aman yang baharu dengan pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).

Khalid berkata pasukan penyiasat tragedi MH17 akan menumpukan kepada lokasi baharu di kawasan nahas pesawat itu membabitkan sebuah ladang ternakan yang terdapat serpihan pesawat yang terbakar.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya akan menahan rakyat Malaysia yang merancang untuk menyertai 'Islamic State' (IS) di Syria dan Iraq kerana perbuatan itu salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata mereka yang terbabit boleh ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) di bawah .

"Kepada mereka yang merancang untuk pergi ke Iraq dan Syria walaupun melalui negara ketiga, kita telah memperoleh butir-butir mereka ini dan telah berkongsi dengan Interpol dan Aseanapol," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tiga rakyat Malaysia telah ditahan polis di Lapangan Terbang KL (KLIA) kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan IS.

Tiada ulasan: