Ahad, 12 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dulu benci, sekarang Cinta kelakar...

Posted: 12 Oct 2014 03:21 PM PDT


Aku tak mampu nak menghuraikan simpulan madah cinta seorang pujangga hebat abad kini, Nik Abduh anak TGNA. Aku sekadar membayangkan cinta seperti gambar berikut :



DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Mungkin hanya Syeikh Hamzah Fansuri sahaja , seorang ulama dan penyajak lampau sahaja yang mampu melakukannya...

Mungkin ada manisnya mengimbau kenangan disuatu ketika dulu, sebelum Nik Abduh pandai bermadah Cinta yang kelakar sangat...

PAS gantung keahlian dua Adun Selangor sokong Wan Azizah

Posted: 12 Oct 2014 01:11 AM PDT

PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

 Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.

Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.

Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) 
ketika hadir di sidang media menyatakan sokongan kepada 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos lalu. 
– Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014 

 Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Keputusan yang diambil tadi memutuskan kedua-duanya digantung selama setahun," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang media hari ini.

 Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata dia sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

 "Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.

 Saari pula berkata dia akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak. – 12 Oktober, 2014. - SUMBER

Pakatan gesa Gani dedah sama ada kes Akta Hasutan kerana tekanan Umno

Posted: 12 Oct 2014 12:03 AM PDT

 – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Oktober, 2014.

OLEH MD IZWAN  
Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan sama ada menerima tekanan daripada Umno atau tidak dalam membuat pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang akhir-akhir ini.

 Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, peguam negara perlu tampil menjelaskan berkenaan pertemuan yang diadakannya dengan pemimpin Umno pada 14 Ogos lepas.

 "Adakah peguam negara bertindak menurut arahan daripada pemimpin Umno?" kata Mohammad atau Mat Sabu, selaku jurucakap PR, pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini.

 PR mendakwa pertemuan yang diadakan tersebut melibatkan ketua-ketua bahagian Umno dan juga Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Setakat ini, Gani belum dilapor membuat sebarang penafian menghadirinya.

 Susulan itu, Mat Sabu meminta Gani mendedahkan senarai nama pemimpin Umno yang menghadiri pertemuan tersebut.

 "Siapakah dan bahagian Umno manakah yang terlibat dalam pertemuan kontroversi tersebut?" katanya.

 Pemimpin PR lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

 Ironinya, Mat Sabu juga berkata, selepas pertemuan tersebut, berlakunya beberapa siri pendakwaan yang bermotifkan politik ke atas pemimpin pembangkang yang dilakukan pendakwa raya.

 "Mengapakah peguam negara baru sekarang mengambil tindakan terhadap laporan polis yang sudah lama dibuat oleh ahli Umno (yang jelas bermotifkan politik) sejurus selepas pertemuan pada 14 Ogos itu?" – 12 Oktober, 2014.~ SUMBER

Jawapan lazim Gani Patail : Tuduhan Mat Sabu itu tidak ada cukup bukti .... Kah! Kah! Kah!

Perlembagaan PAS : Ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS

Posted: 11 Oct 2014 09:59 PM PDT


Presiden PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan malam tadi bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul Aman. 

Beliau juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengiktu perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS.

 Di samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. 

Dato Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah pada masa itu. Beliau sedar tentang apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau telah bertemu Presiden PAS beberapa kali untuk memberikan pandangan dan teguran agar Pas Pusat mengambil tindakan segera, namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat. 

Menurut beliau, buku yang bertajuk " KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH", yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau telah ditemui penulis semasa berkunjung ke Kedah.

 Turut hadir dalam dialog yang diadakan semalam ialah Ustaz Muhammad Husain ( Timbalan Presiden PASMA), Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin( bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis), Ustaz Aziz bin Abbas ( bekas ADUN Negeri Terengganu) serta Saudara Safuan Anang ( LENSA). 

Pada malam esok 11 hb Oktober, majlis pelancaran PASMA Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Hotel Pearl View, Seberang Jaya, Pulau, Pinang. Pada pendengar juga boleh mengikuti siaran langsung melalui WADAH.FM yang boleh diakses melalui TUNEIN RADIO komputer dan handphone. 11 OKTOBER 2014

SUMBER Ucapan Phahrolrazi  : KLIK UTK VIDEO UCAPAN

Bajet 2015: Di mana hak orang Kelantan?

Posted: 11 Oct 2014 04:32 PM PDT

Ahmad Yaakub sekadar mampu senyum kelat saja ketika 
berombongan bawa Hasrat Kerajaan ke Pejabat PM..

Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

 Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan. Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan lebuhraya Borneo sejauh 1000 kilometer lebih. Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuhraya maut.

 Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

 Dato Mustapha Mohd yang juga Menteri penuh dalam kabinet Najib seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius. Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan? Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

 Selain lebuhraya, rakyat Kelantan juga melihat isu Royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya. Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

 SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan mengembeleng tenaga untuk menuntut hak ini. Hak yang dinafikan oleh rejim zalim BN.

 Hj Osama
 Penyelaras SAMM Kelantan

Tiada ulasan: