Ahad, 12 Oktober 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Lakonan wakil rakyat

Posted: 12 Oct 2014 07:05 AM PDT



Sampai bila mereka nak berlakon? Andai rakyat sudah terguris, pru14 nanti, ummat islam wajib tolak la pemimpin macam ni.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Posted: 12 Oct 2014 03:40 AM PDT

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

1. Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan PASMA.

2. Selaras dengan peringatan Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PASMA.

3. Kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.

4. Majlis Syura Ulamak juga memperingatkan ahli-ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam, membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam, menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan perjuangan menegakkan Syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada kebajikan yang sempit.

Dato' Haji Nik Muhammad Zawawi Saleh,
Setiausaha Majlis Syura Ulamak
17 Zulhijjah 1435 / 12 Oktober 2014

PAS gantung keahlian dua Adun Selangor sokong Wan Azizah

Posted: 12 Oct 2014 03:39 AM PDT

OLEH MD IZWAN

PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.


Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.

"Keputusan yang diambil tadi memutuskan kedua-duanya digantung selama setahun," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang media hari ini.

Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata beliau sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

"Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.

Saari pula berkata beliau akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak.

Mustafa berkata tindakan tatatertib tersebut diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan keputusan parti tersebut.

Menjelaskan keputusan tersebut, Mustafa berkata kedua-dua Adun itu tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti. Mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Mustafa berkata Saari dan Hasnul boleh membuat rayuan bertulis kepada setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai "barua". – 12 Oktober, 2014.

Gambar Terkini TG Nik Aziz

Posted: 11 Oct 2014 11:40 PM PDT




Kelmarin kecoh berita yang tg nik aziz meninggal. Alhamdulillah, hari ni tg nik aziz sihat dan dapat menziarahi jenazah arwah imam kob.

Tiada ulasan: