Jumaat, 10 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Intipati Bajet 2015 yang dibentang hari ini

Posted: 10 Oct 2014 07:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10.

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015.

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan.

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan.

* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan.

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014.

* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014.

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Oktober 2014.

* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini.

* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus.

* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014,  3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009'

* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus.

* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK.

* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara.

* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini.

* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion.

* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Hasil kutipan daripada GST pada 2015 dianggarkan sebanyak RM23.2 bilion.

* Kerajaan mengecualikan beberapa barangan daripada GST berjumlah RM3.8 bilion.

* Pemansuhan SST akan menyaksikan kehilangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

* Kerajaan akan mempunyai baki hasil berjumlah RM5.6 bilion selepas ditolak RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion.

* Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti  BR1M.

* Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanya berjumlah RM690 juta.

* Bajet 2015 digubal berfokuskan kepada Ekonomi Keperluan rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama
  
* Kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan
  
* Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion bagi PKS
  
* Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan (RISE) dengan peruntukan RM10 juta
  
* Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport (SEF) berjumlah RM300 juta.

  
* Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta
  
* Platform Akaun Pelaburan (IAP) akan diperkenalkan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta
  
* Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan Pelaburan Kerajaan akan disenaraikan dan diurusniagakan di ETBS
  
* Perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018
  
* Kelab Perlindungan dan Ganti Rugi luar negara akan ditubuhkan di bawah Exim Bank, menawarkan perlindungan liabiliti pihak ketiga pada kadar premium yang berpatutan
     
 * Insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun
  
* Insentif 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang menguruskan kawasan perindustrian di kawasan lain
      
* Bagi industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi, elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus akan disediakan ke atas RM4 juta perbelanjaan pertama bagi tempoh 2015-2017.
  
* Bagi industri lain, elaun modal automasi 200 peratus akan disediakan ke atas RM2 juta perbelanjaan modal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2020.
  
* Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer yang bernilai RM5.3 bilion akan dibina.

* Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sejauh 276 kilometer dengan kos pembinaan RM5 bilion akan dibina.
  
* Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur - Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan RM1.6 bilion akan dibina.
  
* Menaik taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu, dan Gua Musang-Tumpat dengan peruntukan RM150 juta.

* Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya dengan kos pembinaan RM23 bilion.
  
* Projek LRT 3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang dengan anggaran kos RM9 bilion.
  
* Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dengan nilai pelaburan RM69 bilion untuk mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan
  
* Dana Mobiliti Mapan berjumlah RM70 juta akan disediakan di bawah SME Bank untuk membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik.
  
* 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* Peruntukan RM200 juta bagi MyCreative Ventures pada 2012.
  
* Peruntukan RM100 juta bagi Dana Industri Kandungan Digital.

* Kira-kira 354 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus susulan pelaksanaan GST
  
* Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan pengguna bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
  
* 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan pada 2015 susulan pelaksanaan GST
  
* Bagi 2015, pembayar cukai dengan golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
  
* Cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula pada 2015 di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
  
* Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan tahun depan.
  
* Pada 2016, kadar cukai pendapatan syarikat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 19 peratus.
  
* Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang GST.
  
* Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan
  
* Elaun Modal Dipercepatkan bagi pembelian peralatan dan perisian ICT.
  
* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan CBP akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi pelbagai subsidi kepada RM40.5 juta pada 2014.
  
* Peruntukan bagi subsidi telah meningkat 14 kali daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.
  
* Kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum tidak lama lagi.
      
* Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000.
  
* Kira-kira 354 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus susulan pelaksanaan GST.

* Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan pengguna bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
  
* 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan pada 2015 susulan pelaksanaan GST.
  
* Bagi 2015, pembayar cukai dengan golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
  
* Cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula pada 2015 di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
  
* Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan tahun depan

* Pada 2016, kadar cukai pendapatan syarikat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 19 peratus.
  
* Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang GST.
  
* Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan
  
* Elaun Modal Dipercepatkan bagi pembelian peralatan dan perisian ICT.
  
* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan CBP akan diberikan potongan cukai tambahan.
  
* Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi pelbagai subsidi kepada RM40.5 juta pada 2014.
  
* Peruntukan bagi subsidi telah meningkat 14 kali daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.
  
* Kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum tidak lama lagi.
      
* Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000.

* Usahawan ekspatriat syarikat permulaan akan mendapat pas kerja setahun.
  
* EKUINAS akan menerima RM600 juta untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.
  
* Sehingga kini, EKUINAS  telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai RM2.3 bilion dalam pelbagai sektor.
  
* Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara sebagai pusat kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera.
  
* Merancakkan lagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dengan peruntukan tambahan RM30 juta.
  
* Skim Usahawan Permulaan Bumiputera juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
  
* Program pra-eksport akan diperkenalkan bagi 60 syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi untuk meningkatkan penjenamaan, persijilan antarabangsa dan kaji selidik pasaran bagi produk Bumiputera.
  
* Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan RM200 juta bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam, bagi menyediakan pembiayaan dan kredit antara RM50,000 dan RM1 juta mulai Januari 2015.
  
* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menggunakan sumber dalaman berjumlah RM1.8 bilion bagi pembiayaan untuk memberi manfaat kepada 346,000 Sahabat AIM

* Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang.
  
* LGM akan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM6.4 juta sebagai modal kerja kepada 64 koperasi pekebun kecil bagi membeli getah terus daripada 442,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
  
* Peruntukan RM41 juta bagi pekebun kecil untuk penanaman baharu dan penanaman semula.
  
* Pengecualian duti eksport bagi minyak sawit mentah dilanjutkan sehingga Disember 2014
  
* Sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk membina 80,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia.
  
* Had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM8,000 bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah.
  
* Skim Pembiayaan Sewa-Beli akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.
  
* Jabatan Perumahan Negara akan mendapat peruntukan RM644 juta bagi membina 26,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat.
  
* Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membina 12,000 unit "Rumah Mesra Rakyat", 5,000 unit "Rumah Idaman Rakyat" dan 20,000 unit "Rumah Aspirasi Rakyat" di tanah persendirian.
  
* Kerajaan akan melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman sehingga Disember 2016.  
  
* Kerajaan akan menaikkan had harga rumah daripada "Skim Rumah Pertamaku" kepada RM500,000.
  
* Kad kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.
  
* Program Penyelenggaraan Perumahan Awam akan mendapat peruntukan RM40 juta.
  
* RM100 juta akan diperuntukkan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta.
  
* Cukai keuntungan ke atas pelupusan harta tanah akan ditaksir secara sendiri oleh pembayar cukai mulai 2016.
  
* Had kelayakan minimum pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan kepada RM120,000 daripada RM80,000 dan had kelayakan maksimum kepada RM600,000 daripada RM450,000 tahun depan.
  
* Wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 bagi penjawat awam dimansuhkan.- Bernama

Kedudukan Ibrahim Ali Kini Tergugat - James Masing

Posted: 10 Oct 2014 03:47 AM PDT


:Oleh: RAHMAH GHAZALI dan MARTIN CARVALHO





Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Kedudukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kini tergugat dan tidak selamat, malah beliau akan berdepan dengan penguatkuasaan undang-undang jika terus membuat kenyataan tidak sensitif terhadap agama lain, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Masing.

"Beliau (Ibrahim) kini dalam keadaan tergugat dan ini harus dijadikan amaran kepadanya.

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan agama yang tidak sensitif kerana Kerajaan akan mengambil tindakan terhadapnya jika dia melakukannya sekali lagi," kata James kepada The Star, Jumaat.


Walaupun mungkin terdapat pertimbangan undang-undang mengapa Ibrahim tidak dituduh di bawah Akta Hasutan, James, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, berkata Presiden Perkasa itu tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja.

"Berdasarkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik dan pemimpin sebuah pertubuhan hak Melayu, kenyataannya adalah sangat tidak patut bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Apa yang dia lakukan adalah tidak sihat untuk kesejahteraan negara kerana ia boleh membawa kepada kewujudan pandangan ekstremis pada masa akan datang," katanya.

Dalam jawapan bertulis pada Rabu untuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim mengenai ancaman untuk membakar Bible pada Januari tahun lepas yang mencetuskan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian.

Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa Ibrahim selepas meneliti konteks ucapannya dan berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Boros punca ketagihan ‘bajet tambahan’

Posted: 10 Oct 2014 03:23 AM PDT

 
Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan 'tidak pernah gagal' memohon 'bajet tambahan' setiap tahun sejak 2009.


Najib PutrajayaPETALING JAYA : Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berhenti membelanjakan sumber pendapatan dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mendakwa, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan 'tidak pernah gagal' memohon 'bajet tambahan' setiap tahun sejak 2009.

"Saya boleh memahami keperluan YB (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memohon bajet tambahan sejak tahun 2009 disebabkan krisis ekonomi.

"Negara memerlukan berbelanja secara 'suntikan fiskal' untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi 'counter-cyclical' berdasakan teori Keynesian," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sesi pembentangan Bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

Dzulkefly berkata, 'kesedapan dan 'ketagihan' memohon 'bajet tambahan' sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga kini telah mencecah hampir RM20 billion setiap tahun.

"Hentikan tabiat ini..Stop the overspending!. Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan kabinet, memohon 'tambahan' kerana tidak menampakkan defisit fiskal (nisbah KDNK) yang lebih tinggi sebab 'pungutan cukai lebih baik' kononnya.

"Trik lama ini YB dan PM UMNO-BN dahulu telah lama guna. Tetapi YBlah yang paling 'cemerlang' dalam penggunaan kaedah ini! Ya, rakyat tidak tahu! Tetapi kami Pakatan Rakyat tahu!," katanya.

Beliau menambah, penambahan dan pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah perkara yang bukan rakyat nantikan.

"Tetapi yang dimahukan dan dihajati rakyat adalah segala sumber khazanah serta aset negara ini diurus-tadbir dengan penuh amanah dan kebertanggungjawaban.

"Birokrasi pengurusan negara serta sistem penghantarannya mesti bebas rasuah, ketirisan dan kebocoran dari atas sehingga ke bawah," katanya.

Enam kereta bernilai RM500,000 musnah dalam serangan kebakaran

Posted: 10 Oct 2014 03:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN: Enam buah kereta bernilai kira-kira RM500,000 musnah dalam serangan kebakaran di tempat letak kereta terbuka bertentangan Dewan Undangan Negeri di sini.
 
Dipercayai kebakaran berlaku pada pukul 12.40 pagi Jumaat.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata polis menemui satu botol plastik di tempat kejadian, yang dipercayai diisi dengan minyak.
 
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau benda letupan.
 
Pemilik kenderaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menjelang beberapa jam pesta arak Oktoberfest, penganjur masih belum dapat kelulusan

Posted: 10 Oct 2014 03:13 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
KUALA LANGAT: Penganjur pesta arak Oktoberfest 2014 - Carlsberg Malaysia - masih belum memenuhi syarat yang ditetapkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), walaupun ia bakal berlangsung dalam masa beberapa jam lagi seperti yang dijadualkan.
 
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas perkembangan berhubung kontroversi pesta berkenaan memaklumkan bahawa sehingga kini penganjur masih belum mendapat kebenaran daripada polis dan kastam, iaitu antara syarat yang ditetapkan MBPJ sebelum kelulusan diberikan.
 
Azmin bagaimanapun enggan mengulas ketika diajukan soalan sama ada pesta tersebut akan menjadi 'haram' sekiranya tetap dilangsungkan tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan.
 
"Saya tak mahu adilinya. Biar mereka laluinya mengikut semua proses. Penganjur mesti mematuhi semua syarat yang ditetapkan kastam, polis dan PBT.
 
"Sehingga semalam saya dimaklumkan MBPJ mereka (penganjur) belum dapat kelulusan. Jadi sebelum dapat kelulusan MBPJ, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kedua-dua agensi terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Turun Padang di Dewan Seri Jugra, pagi tadi.
 
Pesta yang telah mula berlangsung sejak 24 September lalu itu bakal menuju sambutan kemuncaknya malam ini.
 
Ia dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.
 
Sebelum ini, pesta berkenaan telah berlangsung di Hotel Subang dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.
 
Dalam perkembangan berlainan, Azmin memaklumkan kerajaan negeri akan mempertingkatkan perbelanjaan pembangunan sehingga hampir 50 peratus dalam bajet negeri 2015 yang akan diperincikan di dalam sidang dewan akan datang.
 
"Saya telah minta pandangan Exco, pegawai kewangan dan perbendaharaan negeri untuk rangka satu pendekatan baru iaitu mengurangkan perbelanjaan mengurus dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan.
 
"Di Selangor, kita akan perkenalkan satu dasar ekonomi dan pembangunan yang adil dan menyeluruh. Insya-Allah perbelanjaan pembangunan akan ditingkatkan hampir 50 peratus," katanya lagi.

Belanjawan PR: Revolusi desa sebagai sektor ekonomi negara

Posted: 10 Oct 2014 03:10 AM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat mencadangkan Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Salah seorang jawatankuasa Belanjawan Pakatan rakyat Dr Dzulkefly Ahmad berkata peranan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangun sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.

"Kayu ukur yang khusus akan dilaksanakan terutama dari segi kandungan teknologi projek bermatlamat untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan,"katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak bandar satelit terutama diluar Lembah Klang dengan memindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar satelit ini.

Selain itu, Revolusi Desa katanya perlu juga menekankan program perumahan desa bagi menyediakan rumah yang boleh disewa atau dibeli oleh penduduk desa pada kos yang berpatutan.

"Dibantu oleh skim insentif dari kerajaan kepada pemaju dan institusi kewangan untuk menggalakan pemaju turut membangunkan perumahan di kawasan itu," katanya.

Menghuraikan rancangan utama Revolusi Desa, katanya, menaiktaraf mutu perkhidmatan pendidikan di desa baik dari segi infrastruktur hinggalah kepada mutu tenaga pengajar perlu dilaksankan.

"Pembinaan sekolah berasrama penuh dan separa penuh yang baru di kawasan desa agar sekolah yang lebih bermutu dapat dimaksimakan kemahiran melalui kerjasama dengan sekolah tempatan,"katanya.

Sehubungan itu, turut ditekankan dalam merealisasikan Revolusi Desa termasuklah intensif pelepasan cukai kepada koperasi atau syarikat yang berjaya menggabungkan guna tanah desa bagi menjalankan aktiviti pertanian bernilai tinggi.

Bagitu juga fungsi FAMA perlu disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan keluaran ekonomi desa serta naik taraf kemudahn infrastruktur dan jaringan telekomunikasi di kawasan desa.

Justeru katanya, menghidupkan ekonomi desa juga selari dengan prinsip pentadbiran Pakatan Rakyat yang telah dimuatkan dalam dokumen sebelum ini seperti Buku Jingga dan manifesto rakyat. - HARAKAHDAILY

Kaki godam ATM kini cuba nasib di utara

Posted: 10 Oct 2014 03:04 AM PDT


Rakaman CCTV sebuah bank di Bayan Baru merakamkan gelagat dua suspek dipercayai dari Amerika Latin cuba menggodam CPU ATM. Rakaman CCTV sebuah bank di Bayan Baru merakamkan gelagat dua suspek dipercayai dari Amerika Latin cuba menggodam CPU ATM.
 
 
GEORGETOWN - Cubaan dua lelaki warga asing yang mahu menggodam sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Tengah, Bayan Baru pada 25 September lalu gagal.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian jam 11.50 malam sehingga jam 12.50 malam itu dilakukan dua suspek dipercayai dari Amerika Latin.

Beliau berkata, polis percaya dua lelaki itu adalah ahli sindiket sama yang terlibat dalam kejadian menggodam beberapa ATM di Johor, Selangor dan Melaka bulan lalu.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu oleh kakitangan bank berkenaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua lelaki berkenaan cuba membuka bahagian atas ATM berkenaan dan menggodam unit pemprosesan komputer (CPU) mesin berkenaan namun gagal," katanya ketika ditemui media selepas program 'High Profile Policing' di Lorong Kulit di sini pagi semalam.

Sebelum ini media melaporkan, sindiket dianggotai warga Amerika Latin dipercayai menggodam wang berjumlah RM1.271 juta dari bank di Johor, Melaka dan Selangor.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di semua bank di negeri ini terutama yang pernah digodam.

Dah nak banjir semula, bantuan tahun lepas belum dapat

Posted: 10 Oct 2014 02:59 AM PDT

KHAIRIL ABDUL RAHIM 






KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa kerajaan negeri Pahang melunas dan menyelesaikan segera janji pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir tahun lalu.

Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, ini disebabkan masih ramai yang merungut belum mendapat wang tersebut sedangkan cuaca di daerah ini kini sering hujan lebat yang mungkin menyebabkan mereka ditimpa bencana banjir sekali lagi.

Katanya, jika kerajaan gagal satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat.

"Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi.

"Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya duit banjir sumbangan kerajaan Emiriyah Arab (UAE) sebanyak USD10 juta yang dijanji untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir penghujung tahun lalu," katanya.

Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan  ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air Sungai Kuantan naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar.

Dalam kejadian tersebut buat pertama kali pusat bandar Kuantan lumpuh ditenggelami air, harta benda awam dan persendirian musnah serta tiga jiwa turut terkorban.

Shukri berkata, Rakyat tidak suka terus dimomokkan dengan janji manis kerajaan. Meskipun mereka bukanlah lapar sangat dengan wang tersebut tetapi soal integriti menguruskan sumber kewangan yang diperoleh.

"Bagaimana dalam satu kawasan perumahan yang sama-sama meredah banjir ada separuh yang dapat dan separuh lagi kempunan?

"Kasihan mangsa, ada yang beratur panjang, berebut-rebut sehingga tiga kali beri nombor akaun bank. Ada yang sampai bertumbuk di Komplek Penyayang, semuanya mengharapkan duit banjir, tetapi senyap sunyi sehingga kini," ujarnya.

Shukri berkata, kerajaan berjanji untuk memberi dua kali wang bantuan banjir iaitu RM750 daripada kerajaan negeri dan jumlah yang sama oleh bantuan Emiriyah Arab.

Tambahnya, wang bantuan kedua itu kononnya dimasukkan terus ke akaun mangsa yang berdaftar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun ramai mangsa yang mengadu belum menerimanya sama ada bantuan pertama mahupun bantuan kedua. - HARAKAHDAILY

PAS T'ganu tangguh sertai Majlis Perundingan Rakyat

Posted: 10 Oct 2014 02:56 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu memutuskan untuk menangguhkan penyertaan buat sementara waktu dalam Majlis Perundingan Rakyat (MPR) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Pesuruhjayanya, Saiful Bahri Mamat berkata, keputusan tersebut dibuat setelah meneliti laporan ke atas perjalanan majlis tersebut daripada wakil PAS yang telah turut serta dalam beberapa siri program tersebut.

Sebelum menyertai semula ke dalam majlis itu, PAS Terengganu katanya mendesak menteri besar untuk mengambil serius beberapa tuntutan.

Ianya termasuk memberi perakuan tandatangan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dalam borang-borang permohonan oleh rakyat bagi diproses permohonan mereka oleh badan-badan kerajaan terutamanya kepada permohonan bantuan pendahuluan kemasukan ke IPTA atau IPTS.

Katanya, sikap 'double standard' yang diamalkan oleh badan-badan atau jabatan-jabatan kerajaan ini menyusahkan dan tidak langsung dilihat mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak.
    
PAS negeri juga mendesak peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang diluluskan secara adil kerana mereka telah dibuktikan menang secara sah dalam PRU yang lalu hasil daripada pilihan rakyat setempat.

"Amatlah tidak wajar kami wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini dinafikan hak peruntukan pembangunan sebagai wakil rakyat.

"Sebalilknya secara tidak demokrtarik pihak lain pula yang diberikan kuasa mengawal peruntukan pembangunan itu. Sedangkan pada tahun 1999 ketika pemerintahan PAS, peruntukan pembangunan wakil rakyat itu diagih secara adil kepada semua wakil rakyat sehinggalah royalti dirampas ketika itu," katanya dalam satu kenyataan.
   
Selain itu, mereka turut mendesak agar kerajaan Terengganu menyelesaikan terlebih dahulu masalah pengambilan tanah penduduk di Kg Banggol Donas Manir dan juga perampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Jalan Santong, Paka yang belum selesai sehingga kini yang melibatkan kepentingan rakyat yang sepatutnya diselesaikan seberapa segera.

Menurut Saiful, tiga permintaan tersebut kesemuanya memenuhi semangat majlis yang ditubuhkan oleh Menteri Besar iaitu berunding bagi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri Terengganu.

Ianya juga selaras dengan penekanan Menteri Besar dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang mana salah satunya ialah Transformasi Politik iaitu mahu mendengar dan melibatkan rakyat dalam membuat keputusan.

Ia juga bertepatan dengan salah satu daripada lapan prinsip asas kepada gagasan TTB ini iaitu "inklusif" di mana Menteri Besar berjanji akan meraikan suara takyat dalam pembangunan serta prinsip intergriti yang mana Menteri Besar juga menekankan perlunya pembersihan luar dan dalam, katanya.

"Sehingalah tarikh pembentangan Bajet 2015 nanti, jika masih tiada pelaksanaan terhadap tuntutan kami ini, maka kami menganggap Menteri Besar memilih untuk tidak mahu memberikan hak yang sepatutnya kepada rakyat dan rakyat akan melihat ketidakikhlasan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar dalam melaksanakan TTB cipataan Menteri Besar sendiri," katanya.
- HARAKAHDAILY

Isu Uber: PERS1M akan lapor SPRM

Posted: 10 Oct 2014 02:50 AM PDT


SPAD digesa serah tanggungjawab pada PERS1M
 
 
SHAH ALAM - Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkhidmatan 'teksi' Uber.

Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, laporan tersebut akan dibuat bagi menguatkan lagi desakan terhadap pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang mendalangi perkhidmatan tersebut.

Mengulas mengenai perincian laporan tersebut, Kamarudin menjelaskan, ia masih dalam proses perbincangan dan bakal didedahkan kelak.

"Sebelum ini, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memantau dan mengambil tindakan atas syarikat tersebut.

"Namun, jawapan yang kami terima amat mengecewakan. Menurut pihak SPAD, permasalahan ini bukan masalah mereka dan ia di luar bidang kuasa mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam laporan berasingan, pihak PERS1M telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul berhubung kewujudan perkhidmatan 'teksi palsu' tersebut, semalam.

Katanya, laporan tersebut dibuat bagi menggesa pihak berkuasa mengharamkan perkhidmatan Uber ke atas pelanggan yang menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi.

Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandar raya di serata dunia.

Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia pada Februari pada tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara atas talian.

Bulan lalu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

[ARTIKEL BERKAITAN: Operasi buru pemilik 'teksi sapu' Uber mulai 1 Okt]

Mengulas perkara sama, Kamarudin menambah, pihaknya kini sedang mempertimbangkan cadangan penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, memorandum tersebut hanya akan diserahkan selepas membuat laporan kepada SPRM.
Namun katanya, ia masih dalam perancangan oleh PERS1M dan persatuan pemandu teksi yang lain.
"Saya percaya Perdana Menteri kita tidak tahu perkara sebenar mengenai perkhidmatan Uber. Hal ini patut lebih diperjelaskan lagi kepada beliau.

"Pihak berkenaan tidak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan untuk menangani permasalahan ini. Kami rasa hal ini patut dibawa ke peringkat atasan supaya tindakan diambil dengan lebih cepat," tegasnya lagi.

Bajet 2015: Petrol, diesel, LPG dikecualikan GST

Posted: 10 Oct 2014 02:46 AM PDT


Najib Tun Razak - Foto Bernama Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjelaskan, bahan api seperti petrol RON95, diesel dan Liquefied Petroleum Gas (LPG) dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diperkenalkan bagi memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat.

"Bagi meringankan beban rakyat setelah GST diperkenalkan, kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol R0N95, diesel, dan LPG diberikan pelepasan GST.

" Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran tidak perlu membayar GST bagi pemberian RON95, diesel,dan LPG," katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, sebentar tadi

Terdahulu baru-baru ini kerajaan telah mengurangkan subsidi petrol R0N95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol R0N95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Sementara itu, GST akan dilaksanakan pada April 2015.

Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat : Potong Bajet JPM, Kemaskini CGT (RM3 Bilion), Cukai Warisan Harta, Kenaikan Gaji 2015-2020 (15.9% Setahun)

Posted: 09 Oct 2014 09:41 PM PDT

 


belanjawan 2015



Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat : Potong Bajet JPM, Kemaskini CGT (RM3 Bilion), Cukai Warisan Harta, Kenaikan Gaji 2015-2020 (15.9% Setahun) : Seperti tahun pembentangan Bajet Malaysia sebelum ini, Pakatan Rakyat seperti biasa akan bentangkan Malaysia Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat untuk dijadikan Belanjawan alternatif menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia sebentar sahaja lagi.

Seperti kebanyakan negara-negara lain, pembangkang akan turut serta bersama-sama bajet alternatif mereka juga. Sudah menjadi kelaziman di pembangkang di negara lain. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengingatkan kepada kerajaan Malaysia supaya berjimat cermat ketika membelanjakan wang negara dan duit rakyat supaya tidak terus tiris dan bocor sehingga menggangu huhat ekonomi negara pada masa akan datang.

 Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat : Intipati & Isi Kandungan Penting?

 

  1. Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangunkan sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.
  2. Mewujudkan lebih banyak bandar satelit utama di luar Lembah Klang dan dipindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar-bandar satelit ini.
  3. Kerajaan Persekutuan wajar menaikkan pembiayaan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM3 bilion berbanding jumlah sekarang sebanyak RM180 juta. bagi membolehkan SJKP meluaskan khidmat jaminan kredit bukan sahaja kepada institusi kewangan tetapi kepada pembeli-pembeli rumah kali pertama sehingga ke nilai RM400,000. Had harga kediaman yang layak dijamin juga perlu ditingkatkan dari jumlah sekarang iaitu dari RM100,000 ke RM400,000 memandangkan sukar untuk mendapatkan rumah mampu milik di bawah paras harga RM100,000 sekarang ini.
  4. Bank Negara Malaysia wajar membenarkan semula Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) ditawarkan kepada pembeli kali pertama untuk mengurangkan halangan kewangan memiliki rumah. DIBS boleh digunakan untuk memastikan bayaran-bayaran pentadbiran seperti yuran guaman juga dimasukkan di dalam pakej pembiayaan. Selain itu, Kerajaan Persekutuan sewajarnya memansuhkan setem duti ke atas pembelian rumah pertama oleh pembeli kali pertama untuk mengurangkan kos keseluruhan memiliki rumah.
  5. Pakatan Rakyat, kami mencadangkan penurunan secara beransur-ansur kepada bajet JPM daripada RM10 bilion pada 2015 dan seterusnya kepada RM5 bilion setahun dalam masa beberapa tahun.
  6. Pengurangan drastik terhadap peruntukan kepada PEMANDU (RM39 juta) dan Talentcorp (RM78 juta).
  7. Mengkaji semula peruntukan kepada Program Latihan Khidmat Negara (RM668juta). Fokus akan diberikan untuk pengutamaan kepada aspek keselamatan, akauntabiliti dan nilai untuk wang.
  8. Konsolidasi agensi-agensi tertentu yang dilihat bertindih perlu dilaksanakan. Konsolidasi ini dijangka mampu memberi penjimatan yang signifikan terhadap perbelanjaan negara. Kami telah mengenalpasti agensi-agensi yang mempunyai fungsi yang bertindih dalam pengurusan hal-ehwal inovasi, produktiviti dan keusahawanan. Ini termasuklah, Unit Inovasi Khas (RM106 juta), Agensi Inovasi Malaysia (RM20 juta), Malaysia Industry Group for High Technology (RM20 juta), Malaysian Productivity Council, MPC (RM37 juta) dan yang terkini, Malaysian Global Innovation dan Creativity Centre, MAGIC (RM50 juta).
  9. PETRONAS membuat laporan tahunan kepada Parlimen mengenai prestasi dan kedudukan kewangannya.
  10. Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM3 bilion. Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal pun akan meningkat tinggi. Pakatan Rakyat mencadangkan CGT diperkenalkan untuk mencukai keuntungan di atas urusniaga melibatkan saham, bon dan termasuk opsyen saham seperti ESOS.
  11. Di negara-negara lain, kerajaan mengenakan Cukai Warisan Harta (inheritance tax) ke atas pemindahan aset di kalangan golongan-golongan kaya. Sebarang perpindahan aset baik secara pemberian hadiah atau akibat kematian akan dikenakan cukai warisan harta. Malangnya Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk cukai yang mencukai keuntungan hasil dari pewarisan harta di kalangan golongan kaya.
  12. Jika dilihatkan kepada keupayaan United Kingdom memungut GBP2.7 bilion (bersamaan RM14 bilion) dari Cukai Warisan Harta dalam tahun 2011, Pakatan
    Rakyat percaya pelaksanaan Cukai Warisan Harta di Malaysia juga boleh memungut cukai yang tinggi. Maka, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya Cukai Warisan Harta diperkenalkan bagi sebarang pewarisan atau pemindahan aset bernilai RM5 juta ke atas.
  13. Mewujudkan mekanisme nisbah perkongsian gaji/upah pekerja dari keseluruhan ekonomi negara supaya rakyat Malaysia mencapai kenaikan gaji secara purata 15.9% setiap tahun di antara tahun 2015 hingga 2020 untuk mencapai sasaran ini. Ia bukanlah satu sasaran yang terlalu sukar untuk dicapai kerana kenaikan tahunan nisbah perkongsian gaji/upah pekerja dari keseluruhan ekonomi negara bagi di antara tahun 2008 hingga 2013 sudah pun mencecah 8.7%.
Apa pandangan dan respon anda melihatkan syor dalam pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat kali ini?

Nafi peluang ke universiti tempatan, kerajaan gadai masa depan pelajar

Posted: 09 Oct 2014 09:32 PM PDT

_UFI6432

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengecam sikap Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan yang tidak mahu menjawab soalan berhubung kes pelajar cemerlang yang dinafikan tempat di universiti tempatan.

Ahli Parlimen DAP Beruas Ngeh Khoo Ham berkata, tindakan Kamalanathan itu bukan saja tidak wajar, malah membuktikan bahawa beliau tidak layak bergelar menteri.

"Kamalanathan berkata bahawa pengambilan ke universiti adalah berdasarkan meritokrasi tanpa mengira bangsa, agama atau jantina. Dia langsung tidak mengambil kira keadaan sebenar yang berlaku.

"Jika benar pengambilan pelajar adalah pada 60 hingga 70 peratus seperti yang disebut, mengapa ramai pelajar dengan CGPA 4.0 tidak termasuk dalam peratusan itu?

"Bila ditanya mengapa terdapat senarai panjang kes pelajar cemerlang tidak mendapat tempat, dia menganggapnya sebagai tidak benar dan enggan memberi penjelasan.

"Kelakuan sebegini menggambarkan seolah-olah dia sendiri tidak berpendidikan," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, dalam sidang Dewan Rakyat, Kamalanathan memberi maklum balas kepada soalan ahli parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Sin mengenai bilangan pelajar yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam.

Bagaimanapun, apabila Sim bertanya soalan tambahan mengenai bilangan ramai pelajar cemerlang yang tidak mendapat kursus seperti yang dipilih, Kamalanathan sekadar menjawab 'tidak benar'.

Dalam sidang media sama, Sim menyatakan beliau terkejut dengan sikap menteri BN itu.

Sim berkata, beliau telah menerima 254 aduan mengenai masalah pengambilan pelajar semenjak bulan Ogos.

Daripada jumlah itu, 54 pelajar cemerlang tidak mendapat kursus pilihan mereka dan 52 lagi tidak mendapat tempat.

Beliau memberitahu, seorang pelajar yang mengadu mendapat CGPA 3.96 dan 10A dalam SPM tapi tidak mendapat tempat di semua pusat pengajian tempatan.

"Ini amat mengejutkan, bagaimana kejadian boleh berlaku saban tahun tanpa sebarang alasan munasabah.

"Masalah begini bukan saja dihadapi oleh bukan Bumiputera, tapi kepada seluruh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Tak jadi masalah kalau dia tidak mahu menjawab soalan saya, tapi dia berhutang kepada ramai pelajar di luar sana yang kecewa," ujarnya. -Roketkini.com

MIC akan terima keputusan ROS

Posted: 09 Oct 2014 09:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


MIC akan menerima keputusan siasatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) berhubung dakwaan segelintir anggota parti yang mendakwa wujud salah laku dan penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan parti tahun lepas, kata Presidennya Datuk Seri G Palanivel.
  
Beliau berkata ini termasuk mengadakan semula pemilihan parti bagi menggantikan pemilihan di Melaka pada 30 November 2013.
  
"Ia terpulang kepada ROS, mereka yang sedang menyiasat kes itu. Jadi ROS akan putuskan sama ada perlunya pemilihan parti atau tidak. Kita (MIC) akan ikut keputusan mereka," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu, di ibu pejabat MIC, di ibunegara semalam.
  
Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan beserta anggota MIC dilaporkan telah mengemukakan aduan rasmi kepada ROS pada 10 Januari lalu dengan memberi sebab mengapa pemilihan semula perlu diadakan.
  
Sebelum itu, Mohan juga telah mengemukakan memorandum kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.
  
Pemilihan MIC tahun lalu telah menyaksikan pertandingan lapan pemimpin kanan bagi merebut tiga jawatan naib presiden, manakala 88 calon merebut 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) termasuk dua calon wanita.
  
Seramai 1,452 perwakilan terlibat dalam pemilihan itu untuk memilih barisan kepimpinan MIC baru bagi penggal 2013-2016.
  
Baru-baru ini Mohan juga mendakwa bahawa ROS sudah menamatkan siasatannya terhadap dakwaan salah laku dalam pemilihan MIC itu dan penemuan siasatan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
  
Dalam pada itu Palanivel yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar mahukan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC menguatkan sayap masing-masing dengan menumpukan terhadap isu ekonomi, pendidikan, pertanian, sekaligus memastikan anggotanya didaftarkan sebagai pengundi berdaftar.
  
Palanivel juga menegaskan, selepas ini hanya kuil yang mengemukakan laporan kewangan lengkap akan diberikan peruntukan dan beliau mendakwa kebanyakan kuil gagal berbuat demikian.   Bernama

'Seorang penumpang pakai topeng oksigen'

Posted: 09 Oct 2014 09:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mayat seorang penumpang pesawat MH17 didapati memakai topeng oksigen, kata pendakwa Belanda berkata pada hari Khamis, dan ia menimbulkan persoalan sama ada semua mereka dalam pesawat itu maut serta-merta apabila ia terhempas di timur Ukraine pada bulan Julai.

The Guardian UK melaporkan bahawa Wim de Bruin, seorang jurucakap pejabat pendakwa Belanda berkata, penumpang warga Australia itu tidak memasang topeng di muka tetapi di lehernya.

Laporan itu menyatakan bahawa pejabat pendakwa Belanda sedang menjalankan siasatan jenayah berhubung nahas tersebut.

"De Bruin berkata pakar-pakar forensik Belanda memeriksa topeng itu "untuk mengesan cap jari, air liur dan DNA dan ia tidak mendapat sebarang hasil. Jadi ia tidak diketahui bagaimana atau bila topeng itu berada di leher mangsa."

"De Bruin berkata mayat-mayat lain yang ditemui di tempat nahas, ditemui tidak memakai topeng. Beliau juga berkata beliau tidak tahu di mana mangsa warga Australia itu duduk."

Jakim antara Ulil Abshar dan Karen

Posted: 09 Oct 2014 08:58 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


ULASAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang kita mengadakan diskusi tentang cabaran fundamentalisme agama minggu depan.

Alasannya, penganjur mengundang Ulil Abshar Abdalla, sarjana dan pendiri Jaringan Islam Liberal (JIL) yang kontroversi.

Diskusi pada pagi 18 Oktober bertajuk 'Cabaran fundamentalisme agama abad ini' dianggap medan Ulil Abshar menyebarkan faham Islam liberalnya.

Maka, Jakim berhujah panjang lebar betapa bahayanya pemikiran lulusan Universiti Harvard ini, menantu kiyai Mustofa Bisri, seorang tokoh Nahdhatul Ulama (NU) Indonesia.

Ketua pengarah Jakim berkata Malaysia hanya berpegang kepada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan sebarang usaha sebaliknya "boleh memberi ancaman dan menggugat pegangan akidah umat Islam" dan "perlu dihalang dan disekat."

Jakim berpandangan, diskusi itu nanti akan menyebarkan "liberalisme agama" sedangkan Ulil Abshar termasuk "dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai autoriti dan boleh membawa implikasi buruk sehingga menimbulkan keresahan awam."

"Penampilan pihak-pihak ini ke Malaysia bukan sahaja boleh merosakkan hukum syarak secara halus malah bahaya, dan dikhuatiri boleh menggugat persoalan akidah," Jakim dipetik sebagai berkata semalam.

Jabatan agama ini juga telah memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan berharap diskusi berkenaan disekat.

Zulkifli Noordin, bekas tokoh Perkasa dan bekas wakil rakyat PKR, dikatakan telah membuat aduan polis berhubung acara tersebut.

Beliau mahu penganjurnya Islamic Renaissance Front (IRF) disiasat polis dan tokoh muda Indonesia itu diberikan status 'persona non grata' (dilarang masuk).

Nasib Ulil Abshar, katakan beliau dihalang ke negara ini nanti, lebih malang daripada Karen Armstrong, sarjana pro-Islam yang dilarang bukunya beberapa tahun dulu oleh KDN.

Karen, pengkaji fundamentalisme agama yang tersohor melalui 'The Battle for God', dianggap tokoh yang kuat simpatinya pada umat Islam, khasnya selepas paparan negatif Islam di Barat sejak tragedi 11 September 2001.

Daniel Pipes, tokoh pengkritik aliran radikal Islam, menyifatkan Karen dan seorang lagi sarjana besar, John Esposito, sebagai "two of the West's leading apologists for radical Islam."

Seperti nasib 'The Battle for God' Karen, karya Esposito -- 'What Everyone Needs to Know About Islam' (terbitan Oxford University Press) juga diharamkan di Malaysia pada Jun 2006.

Waktu itu, Abdullah Ahmad Badawi melancarkan gagasan Islam Hadhari dan ketika agamawan Umno ini dikelilingi penasihat-penasihat progresif 'tingkat empat'!

Mengulas pengharaman bebal kerajaan Malaysia itu, Karen menulis di akhbar The Guardian (Julai 2007): "... I arrived in Kuala Lumpur to find that the Malaysian government had banned three of my books as 'incompatible with peace and social harmony'.

"This was surprising because the government had invited me to Malaysia, and sponsored two of my public lectures.

"Their position was absurd, because it is impossible to exert this type of censorship in the electronic age."


Pengarang buku 'A History of God' dan 'Muhammad: A biography of the prophet' (dua lagi bukunya yang diharamkan di sini pada 2005) menyindir begini:

"In fact, my books seemed so popular in Malaysia that I found myself wondering if the veto was part of a Machiavellian plot to entice the public to read them."

Namun, tindakan bebal ini bukan hanya terkhusus pada kajian fundamentalisme Karen.

Seingat saya, sekurang-kurangnya ada dua lagi buku mengulas gejala fundamentalisme Islam (kedua-duanya pengarang Muslim) diharamkan sewaktu dunia sedang berminat memahami gejala ini, khususnya dalam konteks radikalisme agama.

Kita tertanya-tanya kenapa kajian atau kupasan tentang fundamentalisme agama, termasuk Islam, diharamkan sedangkan isu ini topik utama dunia dalam tempoh beberapa dekad mutakhir.

Gejala fundamentalisme bukan terkhusus pada Islam. Malah, semua agama termasuk Kristian dan Hindu juga mewarisi trend seumpamanya.

Buku Karen itu 'The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam' mengupas fundamentalisme tiga agama besar ini.

Ia sangat mendalam dan mengasyikkan bagi peminat kajian politik gerakan Islam ala PAS, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) atau Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

(ii)

Utusan Malaysia, Umno dan Dr Mahathir Mohamad pernah berperang dengan gerakan dakwah dan gejala fundamentalisme sejak lewat 1970-an.

Tetapi tidak lama selepas tokoh Umno ini meninggalkan kerusi teratas kepemimpinan negara, birokrasi agama kita bertukar sebuah gerakan dakwah fundamentalis pula!

Seolah-olahnya birokrasi agama ini dan kerajaan terkena sumpahan Firaun.

Gara-gara takut takhtanya digoncang seorang anak muda (kemudian dikenali sebagai Musa), raja Mesir ini memerintahkan agar semua bayi lelaki dibunuh.

Tetapi dia tidak sedar anak kecil yang ditemui di tepi sungai itulah pemuda yang dicari-carinya. Lalu anak kecil ini dimanjai dan dibesarkan di istana gahnya sendiri. Mimpi ngerinya menjelma sebagai Nabi Musa.

Barangkali perlambangan tadi tidak serasi dengan isu fundamentalisme yang kita bahaskan di sini.

Tetapi sumpahan Firaun itu masih tepat untuk menunjukkan ketololan pemerintah berdepan dengan ancaman fundamentalisme.

Gejala yang dianggap oleh kerajaan dan Umno mengancamnya dan cuba dikawalnya habis-habisan suatu waktu dulu, kini dibiarkan subur dalam jelmaan baru, jelmaan Jakim atau KDN.

Kajian fundamentalisme agama yang seharusnya disebarkan seluas-luasnya agar rakyat memahami dan berwaspada kini disorok daripada pengetahuan umum.

Jika Abdullah memerangi buku-buku kajian fundamentalisme agama, kini Najib Abdul Razak bercakap tentang bahaya pluralisme dan liberalisme agama -- seolah-olah perdana menteri kita sedang berdakwah lagak seorang anggota kumpulan Tabligh!

Tidak cukup pengharaman buku-buku, Jakim pula keliru antara diskusi isu fundamentalisme, yakni isu sosio-politik gerakan agama seperti PAS, dengan wacana "Islam liberal".

Alangkah jauhnya penyimpangan Jakim dalam memahami persoalan politik dan intelektual umat.

Jika di zaman Dr Mahathir, tokoh seumpama Ulil Abshar mungkin saja diundang untuk mengupas bagaimana kita memahami dan mendekati gerakan fundamentalis agama.

Namun, ada sumpahan tolol lain yang Jakim dan KDN harus ambil iktibar. Buku Karen, yang diharamkan pada 2005, akhirnya dibatalkan larangannya tiga tahun kemudian!

'A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity and Islam', yang melonjakkan nama Karen, ditarik balik selepas kejadian pelik pada 2007.

Sewaktu Karen diundang berucap di sebuah institut bawah Kementerian Luar Malaysia di Kuala Lumpur, sewaktu sesi soal jawab, seorang peserta menggesa kerajaan menarik balik pengharamannya.

Usulan ringkas peserta itu mendapat tepukan gemuruh para peserta lain! Menteri luar Syed Hamid Albar pasti masih ingat tepukan gemuruh itu.

Setahun kemudian, Mei 2008, KDN memansuhkan ketololannya sendiri. Apakah nasib Ulil Abshar nanti seberuntung Karen?



FATHI ARIS OMAR, seorang editor Malaysiakini, mengenali Ulil Abshar Abdalla dari dekat sejak menjalankan kajian di Jakarta sedekad lalu.

[KISAH MASYARAKAT] Bakal Pengantin Diperkosa Dua Lelaki Dalam Pacuan 4 Roda

Posted: 09 Oct 2014 08:54 PM PDT

KELAB GREENBOC


Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

"Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu.

ULASAN GB

Susah juga kes ni kerana melibatkan pihak yang sebelumnya telah melakukan jenayah iaitu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang telah dicuri daripada seorang kontraktor. Bererti pemilik kenderaan berkenaan tidak telibat.

Oleh itu, siasatan perlu menjurus kepada samada "balas dendam" daripada kenalan gadis berkenaan kerana telah bertunang dengan orang lain atau kemarahannya terhadap tunang gadis itu kerana telah merampas gadis berkenaan.

Kita serahkan kepada siasatan polis untuk menyelesaikannya.

Tambah Kerusi P'Raya: SPR Didakwa Cuba Menipu Lagi Untuk Menangkan BN

Posted: 09 Oct 2014 08:51 PM PDT

KELAB REENBOC



 
Tambah kerusi p'raya: Tidak, kata BERSIH

Dalam keadaan sekarang, penambahan jumlah kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya bertentangan dengan kepentingan orang ramai, kata gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Menurut BERSIH, peningkatan jumlah kerusi memudahkan manipulasi melalui amalan gerimander, agihan penduduk tidak sama rata dan membebankan belanjawan negara.

"Setiap kali kerusi negeri ditambah, BN akan mendapat kemenangan besar, kita tidak mahu agenda politik berlaku lagi kali ini," kata pengerusinya Maria Chin Abdullah dalam sidang media di Petaling Jaya.

Maria juga menyeru kepada semua parti politik menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu peningkatan jumlah kerusi.

Malah, beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kerusi di bawah keadaan semasa adalah becanggahan dengan kepentingan rakyat.

Menurut Maria lagi, jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menambah jumlah kerusi ia mesti menyatakan kewajaran bagi setiap kawasan dan menjelaskan cara persempadan semula dibuat.

Beliau juga mengaitkan keraguan mereka dengan daftar pemilih yang didakwanya sangat bermasalah.

"Hakikatnya bahawa persempadanan semula besar kemungkinannya berdasarkan daftar pemilih yang telah dibuktikan sebagai sangat bermasalah turut menjadi kebimbangan kami.

"Dan SPR tidak berbuat banyak untuk melegakan keraguan kami," katanya. -mk

Pembentangan Bajet, dan pujian 'cendiakawan-cendiakawan' negara

Posted: 09 Oct 2014 04:23 PM PDT



Petang nanti, jika kita tidak ada apa rancangan untuk melakukan apa-apa program keluarga, kita boleh mendengar ucapan pembentangan bajet bagi tahun 2015 oleh Dato Seri Perdana Menteri Najib di Parlimen. Pembentangan bajet ini adalah satu yang dilakukan setiap tahun untuk memberitahu rakyat jumlah akan dibelanjakan untuk pengurusan negara dan jumlah wang yang akan diperuntukan untuk pembangunan negara bagi tahun hadapan, dan ianya perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara kita.

Kita tidak tahu apa yang akan dibentangkan oleh Najib, apakah insentif-insentif untuk rakyat dan bagaimana kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan bagi menguruskan kerajaan dan pembangunan negara keseluruhannya. Setiap tahun, kecuali semasa kita ditadbir oleh Mageran dahulu, kita dibentangkan dengan belanjawan negara dan setiap pembentangan bajet itu adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Selalu dan biasanya Menteri Kewangan akan membentangkan cadangan untuk diluluskan oleh Parlimen bagaimana kerajaan mendapatkan sumber kewangan, dan apa-apa yang perlu seperti yang mana satu cukai yang akan diturunkan dan yang mana yang dinaikkan atau yang akan dimansuhkan mengikut perincian dan pertimbangan kerajaan untuk menghadapi rakyat dalam isu perbelanjaan negara pada tahun berikutnya dan dalam kes ini ialah bagi tahun 2015 nanti.

Tetapi yang pastinya sebahagian dari tindakan kerajaan dalam bajet tahun hadapan sudah pun dilaksanakan dengan menghapuskan subsidi bahan bakar sejak dua minggu yang lepas. Kenaikan harga petrol dan diesel dua minggu yang lepas sudah menunjukan yang kerajaan yang berslogankan 'rakyat didahulukan' sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan subsidi bahan api itu sehinggakan telah dihapuskan subsidi bahan api ini sebanyak 0.20 sen bagi satu litre.

Slogan 'rakyat didahulukan' itu sesungguhnya dilaksanakan dengan mendahulukan rakyat untuk menanggung masalah diatas kekurangan sumber kewangan negara kita sekarang ini. Apabila masalah kewangan negara meruncing rakyat lah yang mendahului membayar kekurangan dan mengorbankan apa yang sedia di nikmati mereka. Dalam mereka sedang dihimpit dengan kos kehidupan yang sangat tinggi, rakyatlah yang didahulukan untuk menanggung beban kerajaan sekarang ini. Seorang Menteri yang paling lucu, Hasan Malek telah meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga petrol dan diesel itu. Pandangan Menteri ini sungguh melucukan dan jangan diambil hati dengan kata-katanya itu.

Kita tidak tahu apakah kandungan ucapan Najib petang ini tetapi yang pastinya pihak media, terutamanya pihak media perdana sudah siap dan lengkap persediaan mereka untuk membariskan orang-orang yang bergelar dan bernama seperti professor-professor dan ahli perbankan yang terkenal dalam negara ini. Mereka akan ditampilkan dikhalayak ramai melalui kaca-kaca TV dari berbagai-bagai saluran untuk memuji dan menganggap apa yang akan dibentangkan petang ini merupakan satu bajet yang terbaik sejak negara merdeka.

Itulah yang selalu berlaku setiap tahun, bajet setiap tahun itu adalah bajet yang terbaik dari tahun-tahun atau pemimpin-pemimpin sebelumnya sejak merdeka dahulu. Professor-professor yang akan tampil dikaca TV pun sudah boleh diagak kerana itu sahajalah muka-muka yang akan ditonjolkan oleh media perdana kita dan mereka yang memuji itu pun sedang merangka strategi bajet pembangunan diri mereka masing-masing untuk tahun-tahun yang akan datang. Kesempatan itu akan mereka gunakan untuk menggeli pundi-pundi pemimpin yang membentangkan bajet itu walaupun belum pun berkesempatan untuk membaca teks ucapan yang panjang berjela-jela itu.

Walau bagaimana pun kita tunggu sahaja ucapan pembentangan bajet petang ini jika ada kelapangan. Kepada mereka yang sibuk dengan usaha untuk mencari rezki keluarga dan tidak ada masa untuk mendengar ucapan itu, elok teruskan sahaja tindakan mencari penghidupan kita kerana apa yang akan dibentangkan itu adalah 'predictable' bagi setengah pihak dan tidak ada apa-apa 'consequence' yang memberikan keuntungan kepada rakyat biasa seperti kita ini.

Pembentangan bajet hari ini merupakan satu 'ritual' tahunan sahaja tanpa mempunyai 'consequence' yang besar kebaikannya terhadap rakyat dan negara. Itulah yang terjadi setiap tahun. Jika kita hendak mendengar yang baik tontonlah pendapat 'cendiakawan-cendiakawan' dari universiti-universiti tempatan petang dan malam ini nanti.

Kita akan mendengar bajet hari ini sebagai bajet mesra rakyat, bajet yang terbaik dalam sejarah negara, bajet yang akan memberikan keuntungan kepada rakyat biasa, pemberian BRIM itu menunjukan kerajaan prihatin tentang masalah mereka, dan berbagai-bagai lagi pujian dari 'cendiakawan-cendiakawan' yang selalu dipanggil ke studio-studio TV untuk memuji dan menyokong bajet yang dibentangkan oleh Najib nanti.

Jika kita mahu, 'template-template' nya boleh di tulis sekarang ini, tetapi kalau ditulis, takut pula ramai yang tidak seronok mendengar komen-komen mereka nanti.

PM: Mesti laku yang tepat, bukan yang popular

Posted: 09 Oct 2014 04:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan mengenai pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.
  
Menjelang pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat esok, beliau berkata kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, termasuk mengurangkan angkanya kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus menjelang akhir 2015.
  
"Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil.
  
"Kita mesti lakukan apa yang tepat untuk ekonomi Malaysia, bukan yang popular," katanya dalam satu kenyataan.
  
Sambil berkata bahawa paras subsidi semasa tidak mampan, Najib yang juga menteri kewangan memperkukuh komitmenya ke atas rasionalisasi subsidi dengan menyatakan bahawa subsidi bahan api meningkat daripada RM1.6 bilion setahun pada 2002 kepada RM2 bilion sebulan pada 2014.
  
Beliau berkata Bajet 2015 merupakan belanjawan "pro-rakyat" yang meliputi langkah bagi mengurangkan beban kos hidup.
  
Najib juga berkata bajet itu juga akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik.
  
Perdana menteri juga menyatakan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat  1Malaysia (BR1M).
  
"BR1M akan terus menjadi sebahagian manifesto kami. Ia sebahagian daripada rasionalisasi subsidi. Dengan mengubah subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kamu akan memperoleh nilai yang lebih baik untuk wang," katanya.
  
Untuk maklumat lanjut, hubungi bajet2015@treasury.gov.my. dan layari www.treasury.gov.my untuk menonton ucapan secara langsung pembentangan Bajet, untuk membuat turun ucapan Bajet yang sudah dibentangkan, Laporan Ekonomi dan dokumen penting yang lain. - Bernama

Sekurang-kurangnya pun minta maaflah

Posted: 09 Oct 2014 04:11 PM PDT


Oleh Timmy Say 


Harga minyak naik lagi. Rakyat marhaen terpaksa menukar cara hidup mereka lagi. Kos sara hidup hari ini tidak mungkin lagi sama tiga bulan akan datang.

Frasa 'rasionalisasi subsidi' digunakan sebagai alasan. Harga petrol negara pula dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak untuk mengajar rakyat erti bersyukur dengan 'rendahnya' harga minyak.
 
Yang kerajaan tidak jelaskan sehingga kini: mengapa perlunya rasionalisasi subsidi?

Yang kerajaan masih tidak mahu menjawab ialah apakah langkah rasionalisasi subsidi ini langkah terakhir untuk menyelamatkan negara setelah langkah-langkah lain gagal?

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong penuh tindakan rasionalisasi subsidi sekiranya ia bertujuan murni menyelamatkan ekonomi negara.

Saya rela membayar lebih untuk minyak dan bersedia berkorban gaya hidup untuk disesuaikan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan syarat kerajaan juga melakukan perkara yang sama.

Apakah kerajaan sudi berkorban cara hidupnya juga?

Sebagai contoh, ketika mengumumkan kenaikan harga minyak, kerajaan juga seharusnya mengumumkan inisiatif-inisiatif seperti:

- Menghadkan perbelanjaan bil elektrik dan air bagi semua jabatan kerajaan, terutamanya Seri Perdana dan Seri Satria

- Membatalkan segala majlis makan-makan sebelum dan selepas mesyuarat

- Menghadkan jumlah anggota yang mengikuti rombongan menteri ke luar negara

- Membatalkan segala cadangan mengubahsuai pejabat jabatan kerajaan untuk lima tahun akan datang

- Menghadkan jumlah tuntutan pengangkutan pegawai tinggi kerajaan

Pada skala lebih besar, kerajaan mestilah turut memaparkan prestasi mereka dari sudut mengurangkan perbelanjaan, ketirisan dan kebocoran kewangan negara ketika mengumumkan kenaikan harga minyak.

Di sini, laporan tahunan Ketua Audit Negara boleh dijadikan ukuran prestasi kerajaan dari semasa ke semasa.

Hanya dengan ini, barulah ada orang percaya langkah menaikkan harga minyak adalah langkah untuk mengurangkan defisit kerajaan!

Bukan itu sahaja, langkah-langkah itu juga dapat membantutkan kreativiti para pengguna media sosial untuk mencipta pelbagai tulisan dan gambar menarik bersifat cemuhan terhadap kerajaan sehingga rakyat terasa mereka disembelih dan dikorbankan oleh pemimpin kerajaan dalam kenaikan harga minyak untuk membolehkan kerajaan meneruskan gaya borosnya.

Semua ini secara langsung dapat mengurangkan kerugian kerajaan dari sudut politik.

Sekiranya kerajaan merasakan cadangan saya di atas susah dilakukan, saya ada satu lagi cadangan untuk kerajaan ketika membuat pengumuman menaikkan harga minyak.

Sekurang-kurangnya minta maaflah dengan rakyat semasa membuat pengumuman tersebut.

Minta maaflah kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban sara hidup yang lebih tinggi.

Minta maaflah kepada rakyat kerana duit negara tidak lagi cukup untuk memberikan subsidi kepada rakyat. Minta maaflah kerana gagal menguruskan kewangan negara dengan baik.

Kalau susah hendak cerita faktanya, sekadar minta maaf sudah mencukupi.

Ia jauh lebih elok daripada terus kelentong rakyat dengan segala alasan yang tidak masuk akal sehingga kini. Sekurang-kurangnya kamu masih dilihat menghormati mereka.

Belanjawan PR pertahan subsidi rakyat

Posted: 09 Oct 2014 04:06 PM PDT

SALMIYAH HARUN 



 


KUALA LUMPUR: Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat meletakkan empat keutamaan yang akan menjadi tumpuan dalam tahun 2015 demi mempertahankan kebajikan rakyat.

Empat keutamaan itu adalah;

- Gaji yang adil demi memastikan pekerja mendapat perkongsian yng sewajarnya dalam membina hidup yang bermaruah

- Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum untuk mengekang kenaikan harga barang.

- Menyediakan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat yang lebih redikal untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah.

- Merancakkan ekonomi desa supaya penduduk desa tidak terus terpinggir dari arus ekonomi dan tertekan dengan kenaikan sara hidup yang turut sama mereka hadapi.

Belanjawan ini dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat ingin mengembalikan roh kebajikan dalam wacana belanjawan dan perancangan ekonomi negara.

"Mengusulkan program-program kebajikan rakyat bukanlah sesuatu yang tidak baik, mempertahankan subsidi rakyat bukan bermakna tidak pandai ekonomi.

"Malah dalam keadaan ekonomi sekarang yang semakin melebar kesenjangan miskin kayanya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkukuhkan lagi sistem jaringan sosial dan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah,"katanya.

Bahkan katanya, pentadbiran Najib Tun Razak memberi gambaran bahawa program yang membela golongan miskin dan berpendapatan rendah adalah punca kemurungan ekonomi negara.

"Subsidi petrol dan diesel banyak membantu mengelakkan kenaikan harga barang dan diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah, di pedalaman diwar-warkan sebagai bebanan yang boleh memusnahkan ekonomi negara," katanya. - HARAKAHDAILY

Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun

Posted: 09 Oct 2014 04:05 PM PDT

Oleh NIK NASRI NIK MALEK


Ayat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rasyidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut.

Kaedah fiqh pula menyebut 'tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat'.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rasyidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai.

Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan diesel yang dikurangkan kelmarin, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

Ada orang yang membuat analisis kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89 seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter).

Ia mengalami 17 kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan diesel dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.

Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barang kali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini.

Namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka.

BR1M hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat sementara.  Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema: 'negara tanah naiknya darahku'.

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA
Sebelum 1990 – RM0.89

Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)

Berita luar negara mengenai harga minyak (ketika harga minyak mula naik di Malaysia malam semalam):

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu – Telegraph UK
2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 – Bloomberg
3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun – Wall Street
4) Menteri minyak risau harga minyak yang rendah akan mengurangkan pelaburan – Reuters UK
5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran – The Globe and Mail
6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun – Edmonton Journal
7) Bank Negara Rusia bersedia dengan keadaan harga minyak yang dijangka turun – Daily Mail
8) Harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mapan – Business Week

Masa Depan PAS Dan "PAS Masa Depan

Posted: 09 Oct 2014 03:58 PM PDT

Oleh Ridzwan Abu Bakar


Masa depan politik Pas dalam persada dunia politik kuasa tanahair sedang dibincangkan dengan hebat oleh pelbagai pihak, yang menyokong, yang menentang mahupun yang memberikan harapan dan pergantungan kepada parti politik seumpama PAS yang mendokong prinsip "rahmatan lil alamin".

Apakah masa depan PAS dalam persada politik kuasa? Dan apa pula masa depan negara bersama PAS? Dua persoalan berbeza yang bermain dalam minda para pemain dan pemerhati politik yang akan mengulas dan meng"ayak" persoalan tersebut sehingga akhirnya akan mempengaruhi khalayak massa.

Apapun, apabila berbicara tentang "masa depan PAS", kita sedang berbicara berkaitan satu perkara yang ghaib, yang tidak diketahui secara pasti melainkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui. Namun, ada ukuran yang boleh kita berpegang dengannya, iaitulah ukuran sunnatullah "dan sesungguhnya sunnatullah itu tidak akan berubah ganti" (Al Fath 23).

Diantara sunnatullah ialah "anda akan tuai apa yang anda tanam", kita tidak mungkin tahu apa yang akan kita tanam esok, kerana kita juga kita tahu apakah kita masih punya esok, namun kita boleh "agak" apakah hasil tanaman kita pada satu ketika berdasarkan usaha kita menanam dan menjaga tanaman kita. Bahkan Allah mengajar kita supaya membuat jangkaan masa berpandukan "amalan" yang kita tanam di dunia ini, "Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan telitilah apa yang akan dipersembahkan pada hari esok (di akhirat kelak) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu jadi seperti orang yang lupakan Allah lalu Allah lupakan mereka" (Al Hasyr 18,19).

Kesimpulannya, masa depan PAS tidak dapat lari melainkan ia merupakan hasil dari agenda bertindak dan apa yang sedang di"tanam" oleh pimpinan kepada khalayak massa pada ketika ini.

Tiada siapa pun boleh menafikan bahawa masa depan PAS juga dirancang dengan teliti oleh pihak lain yang memusuhi PAS, namun perancangan PAS terhadap dirinya pada hari ini lebih berkesan untuk mencorak masa depan yang "bagaimana"?

Apakah "PAS masa depan?"

Sebelum meneruskan, saya ingin nyatakan bahawa kita amat yakin dengan "ISLAM" yang diperjuangkan oleh PAS, dan inilah antara penyebab utama kebanyakan orang berintima dengan PAS (paling tidak saya dan kebanyakan yang saya kenali dalam pas).

Sudah tentulah Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah Islam yang "satu satunya" dan yang "original". Lalu, kita tidak perlu bincangkan tentang Islam masa depan kerana Islam itu sendiri "sesuai untuk semua keadaan dan semua zaman". Namun, yang kita akan bincangkan adalah PAS sebagai pembawa Islam dalam zaman yang serba mencabar ini.

Islam dengan makna perbincangan aqidah, syariah dan akhlak adalah perkara yang tetap dan boleh dilaksanakan dalam pelbagai zaman. Namun, kaedah untuk menjalinkan keperluan ummat kepada Islam dan tuntutan zaman itu yang perlu difikirkan.

Secara ringkasnya, ummat diseluruh dunia sedang berhadapan dengan tiga pola faham berkaitan Islam.

1. Ada kelompok yang giat membicarakan berkaitan Islam dan cabang Aqidah, syariah dan akhlak secara terpisah. Ada yang mahukan "aqidah mesti jelas sekali pun syariah tak boleh dilaksanakan" "dakwah tanpa negara" "tegakkan kebenaran tanpa prinsip" "ibadah tanpa muamalah" dan sebagainya.

2. Ada yang mempromosikan Islam dengan wajah yang ganas, mereka memusuhi siapa sahaja yang tidak bersama mereka, dapat membunuh insan lain dan memperagakan pembunuhan itu di khalayak dianggap jihad. Tiada dialog dengan pihak lain, yang ada hanya hukum dan peraturan.

3. Ada juga sekelompok para pejuang agama yang ingin membawa Islam dengan wajah yang damai dan rahmat, agama yang membawa kegembiraan bukan kesengsaraan, agama yang mempromosikan taaruf dan dialog, agama yang menekankan konsep tasamuh, agama yang menolak taassub, agama yang sentiasa disegarkan dengan usaha tajdid, agama yang menolak sikap melampau. Pendeknya, agama yang ditawarkan adalah agama yang damai dan membawa rahmat kepada seluruh manusia.
Yang ketiga inilah yang seharusnya digambarkan berkaitan "PAS masa depan" kerana itulah Islam yang diturunkan oleh Allah swt kepada baginda ar Rasul.

PAS dan para ulamanya perlu berinteraksi dengan zaman, dan memastikan bahawa Al Quran dan as Sunnah sememangnya kitab penyelesai kemelut ummah.

PAS masa depan tidak boleh bersaing dengan UMNO dalam mentakrifkan Islam, kerana UMNO tidak layak pun untuk turut berbicara tentang Islam yang mendamaikan. Paluan kompang UMNO dalam isu agama jangan dilayan kerana itu semua adalah rencana mereka untuk mencacatkan "masa depan PAS" dan "PAS masa depan".

TG Nik Aziz terima kunjungan 30 sami Budha

Posted: 09 Oct 2014 03:53 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN Foto: RIZAL TAHIR



 


KOTA BHARU: Hampir 30 orang para sami Budha dari seluruh negeri Kelantan hadir ke majlis ramah mesra di kediaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka semalam.

Rombongan sami itu diketuai Ketua Majlis Sangha Negeri Kelantan Phra Vicharan Vuthikhon.

Tuan Guru yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, ketika ditemui berkata, kehadiran rombongan sami itu dapat mengeratkan lagi hubungan beliau dengan golongan bukan Islam.

Katanya, pada masa yang sama ianya turut mempamerkan keindahan Islam pada golongan itu.

"Sekarang ni timbul masalah bermacam-macam bangsa, Cina ada parti dia, Melayu ada parti dia, sedangkan Islam datang untuk manusia bukan untuk orang Arab atau Melayu sahaja.

"Kewajipan kita semua termasuk saya sendiri untuk memberi kefahaman Islam adalah untuk agama semua bangsa termasuk kaum Cina," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan, Lau Chin Chua, Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Lim Guan Seng dan lain-lain pimpinan hubungan antara kaum. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: