Jumaat, 10 Oktober 2014

Biaqpila

Biaqpila


BOLEHKAH MURTAD KEMBALI SEMULA KEPADA ISLAM?

Posted: 09 Oct 2014 09:00 PM PDT



Murtad yang diertikan dengan menukar agama Islam kepada bukan Islam, atau menyimpang dari akidah Islam kepada akidah kufur. Murtad adalah suatu dosa yang sangat besar, bahkan paling besar antara dosa-dosa besar, namun jika seseorang murtad dengan rela hati ingin kembali semula kepada Islam, maka pintu taubat sentiasa terbuka. Dalam sebuah hadis Qudsi, yang diriwayat Muslim, bilangan 2760 menyatakan: "Sesungguhnya Allah melebarkan tangan-Nya pada waktu malam, supaya pelaku-pelaku dosa pada siang hari bertaubat pada waktu malam, Dia melebarkan tangan-Nya pada waktu siang, supaya pelaku-pelaku dosa pada waktu malam bertaubat pada waktu siang."

Antara pelaku dosa itu, termasuklah dosa murtad yang belum dihukum ke atasnya menurut undang-undang Islam. Jika telah dihukum, maka hukuman itu sendiri bertindak sebagai pembersih dosanya di Akhirat. Mustahak juga diketahui, murtad adalah penyakit spiritual, ia mempunyai beberapa persamaan dengan penyakit fizikal. Jika penyakit fizikal ada yang masih boleh diubati, dan ada yang terpaksa dipotong anggota, maka penyakit murtad juga begitu, ada yang masih boleh dipulihkan dengan taubat, dan ada yang terpaksa dihukum bunuh.

Sesetengah ulama Islam berpendapat, dosa murtad tidak diampun Allah, kerana menurut mereka, jika dosa syirik tidak diampuni, maka dosa murtad lebih keji daripada syirik. Pendapat ini diperkukuhkan dengan bewberapa firman Allah, antaranya ayat al-Nisa': [4:48] yang membawa terjemahan:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutuka-Nya, dan Dia bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya."

Mengenai murtad pula Allah berfirman dalam surah Muhammad [47: 25] yang membawa terjemahan:

"Sesungguhnya orang-orang murtad sesudah terang kepada mereka pertunjuk, syaitanlah yang memperdayakan mereka."

Menurut tafsiran ulama dua ayat ini merupakan amaran keras terhadap mereka yang memeluk Islam, kemudian meninggalkanya. Soal sama ada dosa murtad mereka boleh bertaubat atau tidak. Ulama berpendapat, jika pihak-pihak berkenaan ingin bertaubat dengan suci hati serta menyesali kesalahannya yang lalu, serta berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan serupa, nescaya diterima taubatnya, Allah akan meredai kesalahannya yang terdahulu.

Ulama juga membincang, sama ada amal kebajikan yang dikerjakan sebelum murtad, masih kekal atau rosak binasa. Sebilangan ulama, termasuk imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat rosak atau terhapus, berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah [2: 217] yang membawa terjemahan:

"... dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, lalu dia mati dalam keadaan kafir kafir, maka merekalah orang yang sia-sia amal kebajikannya di dunia dan di Akhirat."
Namun begitu, segolongan ulama, termasuk Imam Syafie berpendapat: Ayat ini difahamkan keperitan azab yang dijanjikan terhadap orang murtad itu, bergantug kepada syarat khas, iaitu jika dia terus menerus murtad dan mati dalam kemurtadannya, tetapi jika dia bertaubat dengan taubat yang sempurna sebelum meninggal dunia, serta ikhlas dengan taubatnya, maka dia terselamat daripada azab yang pedih itu. [Tafsir al-Qurtubi, 3/48]

Justeru murtad boleh bertaubat, para ulama Fiqh menyatakan jika terdapat seseorang yang murtad, hendaklah diminta supaya bertaubat segera, kerana dibimbangi ada kuman-kuman jahatnya akan menjangkiti orang lain yang masih sihat.

Sebagai kesimpulan, murtad boleh bertaubat dan akan diterima taubatnya jika cukup syarat-syarat yang dikehendaki. Sebaik-baiknya, perbaikilah segala kerosakan yang dilakukan semasa murtad, sebagai bukti dia dengan sesungguhnya telah menyesal atas ketelanjurannya pada masa-masa silam.

dakwah

STESEN MINYAK KANTOI MENIPU

Posted: 09 Oct 2014 04:43 PM PDT

Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.


IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

"Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

"Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

"Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang
diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.

SH


Tiada ulasan: