Jumaat, 10 Oktober 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Budak Perempuan Diliwat di dalam Rumah Kosong

Posted: 09 Oct 2014 08:26 PM PDT



[Sinar Harian] IPOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladang di Pangkor, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 13 tahun dipercayai mengikuti suspek yang dikenalinya ke sebuah rumah kosong terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Menurut sumber, setelah berada di rumah rumah kosong itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

"Mangsa melawan dengan tidak menuruti permintaan suspek. Melihat mangsa meronta-ronta, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan terus meliwat menyebabkan mangsa menjerit kesakitan," katanya.

Bagaimanapun, kata sumber, mangsa berjaya diselamatkan seorang lelaki yang mendengar jeritan mangsa dari rumah kosong itu.

"Lelaki itu segera mengetuk pintu rumah terbabit untuk melihat individu di dalam rumah berkenaan. Keadaan itu menyebabkan lelaki tersebut melarikan diri.

"Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke balai untuk laporan dan membuat pemeriksaan di hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Kita sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan," katanya. -NOOR'AINON MOHAMED YUSOF/10/10/14


Paksa Isteri Khayal

Posted: 09 Oct 2014 08:15 PM PDT

[Harian Metro] Kota Bharu: Bahana bersuamikan seorang penagih dadah, seorang wanita berusia 24 tahun kini terpaksa menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di sini termasuk bagi menangani kemurungan dihadapi selepas dipaksa mengambil dadah.

Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Ayu sebelum itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun dibawa pulang ke Pengkalan Chepa, di sini, baru-baru ini oleh ahli keluarganya berikutan keadaannya yang semakin teruk.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat Ayu dikenali Wan, 47, wanita itu kini tidak ubah seperti berkhayal dan berada dalam dunianya sendiri meskipun sudah menjalani pelbagai jenis rawatan.

"Dia seperti tidak tahu di mana dia berada. Kami sekeluarga percaya dia menjadi begitu selepas dipaksa mengambil dadah jenis syabu dan didera suami yang dikahwini sejak tiga tahun lalu.

"Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Ayu dibawa menetap di Cheras, Kuala Lumpur oleh suaminya yang juga orang sana dan sejak itu kami jarang berjumpa selain hanya berhubungan menerusi telefon," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan berkata, dia tampil menceritakan kisah itu bukan untuk membuka aib keluarga sebaliknya mahu menyedarkan masyarakat bahawa pengaruh dadah mampu merosakkan orang lain yang tidak berdosa.

Jelasnya, Ayu sebelum berkahwin dengan lelaki berusia 25 tahun itu merupakan anak sulung daripada lapan beradik yang baik dan mendengar kata.

Katanya, wanita itu juga tidak pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah, apatah lagi mahu keluar melepak dan berseronok dengan rakan.

"Situasi ini memang sukar diterima terutama apabila tempoh tiga tahun perkahwinan mereka, banyak perkara yang disorokkan daripada keluarga.

"Saya hanya mengetahui keadaan Ayu tiga bulan lalu apabila dimaklumkan dia sakit tenat berkait perutnya dan berada di wad kecemasan HKL.

"Apabila kami sekeluarga ke sana, keadaan Ayu lebih menyedihkan. Dia seperti orang kurang siuman dan badannya sangat kurus," katanya yang membawa pulang Ayu untuk meneruskan rawatan di sini berikutan mempunyai masalah kewangan.

Menurutnya lagi, pada mulanya mereka tidak mengetahui punca Ayu berkeadaan begitu, namun dimaklumkan doktor bahawa Ayu mempunyai dan hanya dimaklumkan doktor yang merawat sebagai mempunyai dadah berlebihan dalam badan.

Jelasnya, rahsia suami isteri itu terbongkar apabila ibu Ayu terserempak dengan menantunya yang sedang asyik menagih dadah dipercayai syabu.

"Ketika itu juga kami syak yang Ayu turut menjadi penagih, lebih-lebih lagi apabila melihat dia seperti gelisah dan ketagihan sesuatu.

"Doktor pernah memberitahu hayat Ayu tidak lama kerana dadah berlebihan dalam badannya, namun takdir Allah SWT, dia menjadi seperti orang sasau.

"Kami sekeluarga kesal dengan apa yang berlaku, malah suami Ayu turut menghilangkan diri dan tidak lagi muncul selepas balik ke sini," katanya. - Adnan Mohamad/10/10/14

Elaun untuk Anak Dara Kekal Dara

Posted: 09 Oct 2014 08:12 PM PDT


[Harian Metro] Swaziland: Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi seks.

Bagaimanapun, pengkritik berkata, raja ranggi itu yang sudah mempunyai 15 isteri mahu memastikan isterinya yang akan datang bebas daripada wabak berkenaan. 

Setakat ini, belum ada cara ditetapkan mengenai bagaimana gadis muda negara itu akan diawasi bagi memastikan mereka tidak pernah melakukan seks. 

Anak dara Swaziland menjadi tajuk akhbar setahun sekali apabila puluhan ribu akan menari separuh bogel di depan raja pada acara Reed Dance.


MSWATI III sudah mempunyai 15 isteri.

Raja playboy negara itu, Mswati III, dilapor meluluskan skim faedah itu, kononnya dalam usaha menghalang wabak HIV merebak. 

Setiap tahun Mswati III, 46, akan memilih seorang anak dara untuk menjadi isteri barunya dalam kalangan mereka. 

Bulan lalu, dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun menjadi isterinya yang ke-15. 

Program berkenaan yang didakwa dibiayai oleh Bank Dunia menawarkan pendapatan kepada gadis di negara yang dua pertiga penduduknya meraih pendapatan kurang RM3.20 sehari. 

Pekerja kesihatan, Thabsile Dlamini berkata, kerajaan membayar elaun kepada anak dara supaya mereka menggunakan wang itu untuk keperluan masing-masing dan menolak tawaran wang untuk mengadakan seks. 

Kadar HIV di Swaziland kekal 26 peratus ketika ini, antara yang paling tinggi di dunia. - Agensi/10/10/14


Remaja Bunuh dan Lakukan Seks Buat Pertama Kali dengan Mayat Ibunya

Posted: 09 Oct 2014 07:28 PM PDT



[Harian Metro] Texas: Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa.

Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas. 

Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap. 

Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik.

Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.

Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: "Saya mengadakan seks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan seks dan ia dengan ibu saya." 

Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga. 

Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu. 

Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan. 

Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu - berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan seks dengan mayat itu. 

Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul. 

"Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan," katanya. 
Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam. 

Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup. - Agensi/10/10/14


Tiada ulasan: