Rabu, 1 Oktober 2014

Biaqpila

Biaqpila


CERMIN GELAP: JPJ,PUSPAKOM DAN KASTAM TOLONG BACA NI

Posted: 30 Sep 2014 09:00 PM PDT



BERIKUT SALAH SATU KOMEN MENARIK YANG DICEDUK DARI PAGE FACEBOOK JPJ BERKENAAN CERMIN GELAP:

KOMEN OLEH: Aaroniero Arruruerie

JPJ, Puspakom dan kastam under table.?Rata-rata kenderaan ini dibawa atau diimport masuk ke Malaysia daripada Jepun dalam keadaan bercermin gelap. Cermin gelap tersebut bukannya dilekatkan filem atau plastik, tetapi cermin itu memang jenis yang gelap yang dikeluarkan daripada kilang. Setiap kenderaan yang dibawa masuk ini akan melalui pemeriksaan JPJ terlebih dahulu di pelabuhan yang menjadi pintu masuk kenderaan import tersebut. Stesen verifikasi JPJ di pelabuhan akan melakukan pemeriksaan nombor indeks kenderaan, tahun pengeluaran dan beberapa pemeriksaan lagi terhadap kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan yang diimport mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Malaysia.Selepas segala prosedur dipatuhi dan JPJ meluluskan kemasukkan kenderaan tersebut, ianya diserahkan pula kepada pihak kastam untuk tujuan cukai.

Selepas segalanya selesai kenderaan tersebut barulah boleh dikeluarkan dari pelabuhan. Untuk keluar dari pelabuhan kenderaan tersebut sekali lagi akan lalu di depan mata kastam yang menjaga pintu keluar pelabuhan. Persoalannya disini, cermin gelap adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kenapa pihak JPJ boleh luluskan kemasukkannya ? Kastam pula kenapa boleh lepaskan kenderaan itu melepasi pintu pelabuhan walaupun cukai telah dibayar ?Tidak salah untuk saya mengesyaki wujudnya satu "MOU haram" antara JPJ, kastam dan pengimport kenderaan tersebut.Kastam mungkin akan menjawab bukan bidang kuasanya untuk menghalang kemasukkan cermin gelap kerana tugas mereka memastikan kenderaan yang dibawa masuk membayar cukai dan mempunyai AP yang sah. Betul...saya setuju.

Tetapi sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara, apakah salah sekiranya kastam melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang lebih atas ? Jika tugas kastam mengutip cukai, tidak perlulah lagi kastam menahan dan merampas dadah yang dibawa masuk di KLIA seperti yang selalu dilaporkan media. Kerana tugas tersebut adalah tugas polis. Tugas kastam adalah kutip saja cukai dadah, kemudian selepas dadah dibawa masuk tugas polis pula menangkap pembawa.Kerajaan sering menggalak rakyat melakukan khidmat sosial seperti melaporkan kejadian jenayah kepada polis, melaporkan kegiatan penyeludupan di sempadan, melaporkan kejadian rasuah kepada SPRM dan macam-macam lagi.

Malulah jika pihak yang ada kuasa seperti kastam tidak boleh melaporkan kepada pihak yang lebih atas tentang kesalahan yang wujud dan dilihat didepan mata mereka sendiri.Adakah ada sindiket disebalik kegiatan ini semua ? Kenapa saya berprasangka begitu ? Apabila kenderaan tersebut telah dibeli oleh pembeli, ianya perlu dibawa ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom penjual kenderaan akan menukar cermin gelap kenderaan tersebut kepada cermin cerah. Pembeli akan dikenakan bayaran sewa cermin cerah antara RM 500.00 ke RM 1500.00. Jumlah bayaran yang dikenakan berbeza mengikut model dan harga kenderaan. Jika kenderaan yang penjual untung banyak bayaran sewa cerminnya murah. Jika yang untung sedikit bayaran sewa cerminnya mahal. Selepas lulus pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan telah dikeluarkan oleh JPJ, cermin cerah tersebut akan ditukarkan kembali kepada cermin gelap yang asal.Pembeli datang untuk mengambil kenderaan mereka di pusat jualan, mereka akan dapat kenderaan yang dibeli tersebut dalam keadaan cermin yang gelap. Kemudian apabila kenderaan berada di atas jalan raya, pembeli yang menjadi mangsa saman JPJ atau polis kerana menggunakan kenderaan yang bercermin gelap. Akhirnya pembeli yang menjadi mangsa. Adakah JPJ dan Puspakom tidak tahu kegiatan tersebut ? Mustahil ! Saya gerenti 100 peratus mereka tahu. Jangan bagi alasan waktu kenderaan tersebut melalui pemeriksaan Puspakom, cermin cerah, sebab itu kita luluskan. Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawab, JPJ jangan berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu kerja lebih. Bagaimana sesuatu peraturan atau undang-undang akan mencapai maksud jika pihak yang dipertanggungjawab tidak mahu berkerja lebih ?

Undang-undang atau peraturan dibuat untuk tujuan mendidik. Bukannya bertujuan untuk menghukum. Kata pepatah kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga dalam hal cermin gelap ini. Jika JPJ betul-betul nak bendung kenderaan yang bercermin gelap, atasi dulu masalah di pintu kenderaan itu dibawa masuk. Salah satu punca kenderaan lain di Malaysia menggunakan cermin gelap kerana mereka terikut-ikut apabila melihat kenderaan import terpakai 'boleh' bercermin gelap. Apa salahnya pegawai-pegawai atasan JPJ berbincang dengan pengimport-pengimport kenderaan dan Kastam tentang larangan membawa masuk kenderaan yang bercermin gelap ? Jika perlu pergi ke Jepun pun pergilah. Beritahu pihak berkuasa berkenaan di negara itu tentang larangan membawa masuk kenderaan bercermin gelap. Kita nak eksport barang ke negara luar pun kita perlu patuhi peraturan yang ditetapkan sesebuah negara.

Penjual kenderaan di Jepun hendak menjual kenderaan mereka kepada kita, jadi mereka perlu ikutlah peraturan yang kita telah tetapkan. Australia hendak menjual kambing kepada kita pun ada syarat yang perlu kita ikut. Pengimport atau pembeli kambing perlu ada rumah sembelihan yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kambing yang binatang pun ada syarat, apatah lagi kenderaan yang bercermin gelap yang melibatkan nyawa manusia. Orang Jepun kalau kita bagi peraturan dan syarat mereka akan patuh kerana mereka terkenal sebagai bangsa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin.

Pernahkah JPJ pergi berbincang dengan pihak berkuasa berkenaan di Jepun ? Atau JPJ akan bagi alasan kita tak boleh bincang dengan Jepun, syarat itu perlu dipatuhi pengimport yang dari Malaysia ? Jika itu jawapannya kenapa masalah itu tidak selesai hingga kini ? Atau boleh jadi juga JPJ akan bagi jawapan yang paling dangkal, "pemilik kenderaan yang perlu tanggung risiko. Dah tahu salah kenapa beli kenderaan yang bercermin gelap ?" Jika itu alasan yang diberikan, lebih baik kita lepaskan sahaja dadah masuk ke Malaysia, kemudian kita bagi alasan "dah tahu hisap dadah itu salah , kenapa hisap dadah ? "Seperti yang saya katakan diatas, tujuan diwujudkan undang-undang atau peraturan adalah untuk tujuan mendidik. Bukannya untuk menghukum. Kata orang tua-tua nak matikan pokok biar daripada akarnya. Nak matikan hal cermin gelap, matikan dulu di pintu kenderaan import yang bercermin gelap itu masuk. p/s : Masalah ini telah lama berlarutan. Mustahil JPJ atau Puspakom tidak tahu perkara ini. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Jadi adalah lebih baik sebelum pihak polis memburu kenderaan yang bercermin gelap, lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ, Puspakom dan kastam.


SUMBER


CERMIN GELAP: JPJ KENA HENTAM DI PAGE FACEBOOKNYA

Posted: 30 Sep 2014 06:00 PM PDT


JOM KITA BACA SALAH SATU KOMEN DARI SEORANG PENGGUNA LAMA SOSIAL DI PAGE FACEBOOK JPJ...

Assalamualaikum warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Setelah berbulan lamanya berbincang mengenai cermin gelap dengan dihadiri oleh pakar2 hasilnya keputusan baru mengenai cermin gelap tak beza banyak dengan yang sebelumnya. Amat mengecewakan keputusan terbaru ini.

Mengapa Agong Sultan Menteri dan VIP lain dibenarkan bercermin gelap? Atas alasan keselamatan? Golongan2 ni kalau p mana Polis yang dilengkapi senjata setiap kali akan mengiringi Golongan ini kemana saja depa p siap tutup jalan. Adakah peragut beg yang pecah cermin kereta berani pecahkan cermin kereta golongan ni untuk meragut beg tangan? Cermin kereta golongan ini pun cermin kalis peluru jadi takat katok tu takkan pecah.

Tetapi kereta orang awam biasa terdedah pada risiko kerana nampak mana lokasi letak handbag dan barang2 berharga. Cermin kereta awam majoriti bukan kalis peluru. Ingat takat tinted cermin pecah tapi takkan hancur? Pencopek laknat ni ada cara tersendiri depa macamana nak kopak cermin kereta.

Malaysia beriklim tropika jadi dalam ertikata lain PANAS. Jika kebenaran untuk golongan ini bercermin gelap sebab nak bagi depa selesa awat kami orang awam tak perlu selesa. Biaq panas dalam reta saja ka? Bayangkan parking reta kat parking awam yang tidak berbumbung 30 minit pun bahang dalam kereta macam nak sama oven. Jangkamasa panjang boleh merosakkan interior dalaman kereta. Golongan ni takpalah sebab depa beli kereta rasmi guna duit rakyat dan jika depa beli kereta peribadi pun takpa sebab duit depa belambak tak macam kami ni golongan pertengahan dan bawahan.

Kalau golongan ini tau panas dan tak selesa begitu juga kami ni. Kami yang ada anak kecil ni kalau dok reta lama2 depa tak selesa panas sepasai, bahang kepanasan matahari lagi. Silau dek pancaran cahaya matahari.

Saya minta JPJ tolong semak semula ketelusan cahaya ini. Logikkah kereta nak cermin gelap kena minta kebenaran JPJ sedangkan kereta ni kami beli siap bayaq cukai guna duit kami sendiri. Bukan dapat subsidi dari kerajaan pun.

Janganlah bersikap golongan tertentu saja yang boleh cermin gelap. Kalau beginilah cara JPJ patutnya golongan seperti Agong Sultan Menteri VIP juga tidak dibenarkan bercermin gelap.

Tu tak kira lain ada setengah pegawai JPJ saya ulang ADA SETENGAH PEGAWAI JPJ yang bercermin gelap. Memang JPJ tidak membenarkan pegawai2 bercermin gelap tetapi realitinya reta depa juga bercermin gelap gila2. Takat keluar notis depa bawa reta lain atau nek motor p reja.

SUMBER

JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

Tiada ulasan: