Ahad, 14 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TERKINI: DPIM Selangor yakin Dr Wan Azizah mampu tarik pelabur

Posted: 14 Sep 2014 12:26 PM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ


Kenyataan Media: Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor) merafak sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Sharaffudin Idris Shah Sultan Selangor Darul Ehsan, mohon perkenan Tuanku agar Tuanku Sultan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam Negeri Selangor berkaitan isu Perlantikan Menteri Besar yang Baharu dengan bijaksana.
DPIM Selangor  memahami bahawa Menteri Besar yang dilantik itu mestilah yang mendapat sokongan majoriti  Ahli Dewan Negeri Selangor.  Apabila seorang ADUN dicadangkan menjadi Menteri Besar dan disokong majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor ia secara langsung menggambarkan sokongan padu rakyat Selangor, kerana ADUN adalah dipilih oleh rakyat melalui proses penggundian dalam Pilihanraya.

Sebagaimana makluman yang kami terima calon yang mendapat sokongan majoriti adalah Y.B. Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ' Wan Ismail,  ADUN Selangor kawasan Kajang.

Kami DPIM Selangor menyokong penuh  DSWA sebagai MB Selangor yang baharu. Sokongan kami adalah berdasarkan kepada rekod-rekod pencapaian DSWA semenjak beliau menuntut di Universiti lagi, dimana DSWA telah mendapat beberapa anugerah daripada Institusi Pengajian, Badan Profesional serta Badan-Badan kesukarelawan dalam negara dan luar negara.

Walaupun DSWA seorang wanita beliau mempunyai bakat kepimpinan yang luar biasa, beliau dapat menubuhkan parti yang beliau pimpin hingga sekarang malah telah mengharugi empat kali Pilihanraya umum dengan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Sebagai seorang Pakar Perubatan sudah semestinya DSWA akan menjadi pemimpin yang teliti yang akan membawa penawar kepada kemelut yang berlaku di Selangor.

Sebagai sebuah badan NGO yang menaungi ahli-ahli bisnes di negeri Selangor sudah pastinya DPIM Selangor sangat mengimpikan seorang  Menteri Besar yang mesra dengan ahli Bisnes dan berusaha keras membawa pelabur luar bagi menggadakan usaha pelaburan.

DPIM Selangor cukup yakin hubungan baik DSWA di peringkat antarabangsa seperti dengan ahli perdagangan daripada Dhubai,  Turki, Filipina,  China dan Indonesia akan dapat menarik ramai pelabur-pelabur tersebut membuat pelaburan di Selangor. Dengan kehadiran para pelabur ini pastinya akan merancakkan suasana bisnes serta meningkatkan ekonomi negeri Selangor.

Peningkatan pelaburan dalam pelbagai sektor yang pastinya akan membuka banyak peluang pekerjaan juga peluang bisnes baru, peluang ini sangat dinanti-nantikan oleh generasi muda yang sedang mencari pekerjaan serta yang sedang membina kerjaya.

Dato' Haji Mat Ghazali bin Abdul Rakim
Pengerusi DPIM Selangor

TERKINI: Kekalkan Hadi, rakyat akan singkir PAS

Posted: 14 Sep 2014 12:16 PM PDT


Oleh : amirulmukminin
Dalam temubual bersama portal berita Malaysiakini, sekumpulan pemimpin profesional puak 'Erdogan' dalam PAS berkata, Muktamar PAS ke 60 di Johor tidak mungkin digunakan untuk menyingkir Hadi sebagai presiden.

"Kami tahu jika kami menekan Hadi dalam muktamar, kami akan dihukum oleh akar umbi parti. Jika kami mahu melakukannya, ia perlu berlaku tanpa sesiapa sedar ia dilakukan, secara senyap," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiar.

Dengan komen itu dan tiada harapan kumpulan Erdogan akan menyingkirkan Hadi maka masa depan PAS akan ditentukan oleh rakyat pada PRU 14.

Puak ulama yang menyangka dengan kekuatan 1.3 juta ahli, PAS terlalu ampuh dan membolehkan parti itu bergerak sendirian  tanpa kerjasama dengan mana-mana parti politik akan diajar oleh rakyat.

Keluar parti

Puak ulama terlalu angkuh dan tidak sedar ahli yang mendaftar majoritinya inginkan politik baharu menggantikan BN. Jika PAS pro BN atau keluar dari PR maka mereka sama ada akan mengundi calon PR atau tidak langsung membuang undi.

Mereka juga tidak akan melakukan gerak kerja pilihan raya, selain keluar parti dan menyertai sama ada DAP atau PKR.

PAS tidak mungkin menjadi seperti parti Hizbollah di Lubnan, yang mana biar pun mereka meletakkan perjuangan Islam di kedudukan tertinggi tetapi tetap mendapat sokongan puak Kristian dan sekular.

Di Malaysia politik berbilang kaum tidak membenarkan PAS bergerak seperti Hizbollah. BN juga terdiri dari parti terbesar Melayu yang mana Umno merupakan tunjang utama. Mereka bermain dengan isu agama, sultan dan Ketuanan Melayu. PAS tiada tempat untuk menyelitkan agenda perjuangannya dalam pentas permainan yang dikuasai Umno, melainkan bergabung dengan Pakatan Rakyat dan berjuang atas isu-isu ketelusan pemerintahan.

Hari ini, imej PAS menunjukkan mereka tidak memperjuangkan isu ketelusan dan dalam krisis di Selangor PAS menyokong kuat Khalid biar pun ketelusan Khalid diragui. Dengan menyamakan rentak perjuangan seperti Umno, PAS tidak akan mempunyai pengundi yang cukup untuk mereka meraih kuasa.

Agenda Hudud

PAS juga telah terperangkap dengan agenda Hudud yang dimainkan Umno. Umno telah menubuhkan jawatankuasa teknikal untuk meluluskan undang-undang Hudud di Kelantan. Sehingga kini jawatankuasa itu masih senyap dan tidak menyatakan sebarang perkembangan mengenai Hudud.

Dijangkakan Hudud akan terus menjadi mainan Umno sehingga tiba pilihan raya umum ke 14. Dalam keadaan ini PAS tidak mungkin survive di Kelantan tanpa Pakatan. Rakyat Kelantan difahamkan oleh media pro Umno bahawa PAS mahu Hudud dan Umno turut mahu undang-undang sama.

Situasi ini memberi kelebihan kepada Umno kerana rakyat tidak lagi mempunyai masalah untuk menyokong Umno. Malah Umno yang dihukum berdosa diundi juga dibebaskan dari label tersebut. Mengundi parti yang mahukan Hudud tentunya tidak mendatangkan dosa.

Dengan agenda Hudud, Umno akan kelihatan lebih bernilai berbanding PAS kerana mempunyai kewangan yang banyak. Rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan akan mendapat jalan raya baru, longkang, pembandaran baru, lapangan terbang, lebuh raya dan pelbagai lagi seperti rakyat Terengganu.

Sekiranya PAS mampu survive dengan ahli 1.3 juta maka mereka dipersilakan meninggalkan PR dalam keadaan Umno mempunyai kelebihan di Kelantan. Mereka akan tahu untung nasib apabila menjadi pembangkang di Kelantan kelak dan hanya tinggal dua atau tiga kerusi di Terengganu dan Kedah.

CARTA PERANGSANG SELANGOR...ADA SESIAPA YANG DIKAITKAN DENGAN INI?

Posted: 14 Sep 2014 04:36 AM PDT

Raja Petra dengan Raja Idris ni adik beradik... TGHH dengan Din Ayam ni Pak Mertua dengan Menantu...
Adik Petra dengan Menantu TGHH ni 2-2 ada Jawatan dalam GLC Selangor...
Sebab adik dengan menantu masing2 ada jawatan dalam GLC Selangor, 2-2 ni kluar lepak2 dekat London... Husnuzon.



Pasang kain rentang provokasi, Umno tiada modal – Zuraida

Posted: 14 Sep 2014 04:30 AM PDT


(Ermizi Mohamad)
AMPANG 14 SEPT: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin percaya penyokong Umno BN sengaja membuat provokasi dengan memasang kain rentang di beberapa tempat di sekitar Pandan Indah dan Ampang.
banner 2Menurut Zuraida, beliau tidak menolak tindakan sedemikian adalah strategi Umno meraih sokongan dan mahu menunjukkan seolah-olah Pakatan Rakyat membelakangkan institusi raja.
"Mereka tak ada modal dah. Jadi dengan cara begini sahajalah kononnya mereka boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap Pakatan Rakyat.
"Sedangkan rakyat tak akan terpengaruh langsung dengan provokasi sedemikian, sebab rakyat sendiri sudah bijak menilai dan memahami permainan Umno untuk meraih sokongan," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Tinjauan Keadilan Daily di sekitar Ampang baru-baru ini mendapati, beberapa kain rentang diletakkan di persimpangan jalan dan di atas jejambat yang memaparkan sokongan terhadap Sultan Selangor.
Ia tertera perkataan seperti 'Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Tuanku', 'Allah Selamatkan Negeri Selangor Di Bawah Tuanku' dan 'Rakyat Selangor Tetap Setia Di Belakang Tuanku'.
Bagaimanapun, kain rentang berwarna kuning itu tidak mempunyai nama pihak yang bertanggungjawab menulis mesej tersebut.
banner 3Lebih mengundang persoalan, ia turut digantung di kawasan Bangunan Umno Ampang, pejabat KEADILAN Ampang  dan sekitar kawasan perumahan di Pandan Indah.
"Bagi saya isu ini langsung tidak timbul sebab apa yang berlaku di Selangor sekarang ini langsung tidak membelakangkan kuasa Sultan. Ini hanya cubaan dari mereka (Umno) kononnya kemelut di Selangor kini telah meruntuhkan institusi beraja," jelas Zuraida.
Katanya lagi, beliau meminta semua pihak berhenti melakukan sebarang provokasi terhadap sentimen sistem beraja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Tiga kali tukar nama MB: Buang tabiat, undurkan Hadi

Posted: 13 Sep 2014 09:51 PM PDT

oleh  : Amirulmukminin


Idea Presiden PAS Hadi Awang akan memantau Khalid Ibrahim sebagaimana dikatakannya kepada Ketua Angkatan Muda KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pertemuan ketua-ketua pemuda Pakatan menjadi gurauan paling lucu dalam tahun ini.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Persoalannya, dengan cara apakah Hadi akan memantau Khalid? Sebelum ini Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang lebih berwibawa, bekas Menteri Kewangan dan dihormati Khalid juga tidak mampu memantau Khalid yang degil itu. Bagaimanakah Hadi yang kurang pengetahuan ekonomi dan hanya pernah menjadi MB gagal di Terengganu mampu memantau dan memberi arahan?

Jelas sekali Hadi membuat jenaka dan membiarkan seluruh negara memandang sinis kepadanya. Terdahulu Hadi juga yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos.

Kemudian mencadangkan hanya nama Azmin pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS pada 25 Ogos. Bayangkan jika AJK PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari itu bersetuju Azmin dihantar kepada sultan. Mereka akan malu besar kerana Hadi dengan kuasa vetonya menghantar nama Dr Idris Ahmad, Dr Yaakob Sapari dan Ir Iskandar Samad kepada Sultan Selangor seminggu kemudian.

Tindakan Hadi menyebabkan rakyat beragama Islam tertanya-tanya. Ustaz mengajarkan mereka jangan khianat pada janji. Malah ulama PAS sejak sedekad lalu berdakwah kerjasama dalam Pakatan mengambil model perjanjian Hudaibiah di zaman rasullullah. Namun Nabi Muhammad tidak pernah khianat pada janji sehinggalah puak Quraisy mengkhianatinya.

Adakah Hadi mempunyai dalil lain yang membenarkan beliau khianat pada janji yang dibuatnya sendiri?

Tindakan Hadi bukan sahaja merosakkan pandangan umat Islam kepada PAS tetapi juga bukan Islam. Daripada parti yang dipercayai dan dihormati oleh bukan Islam kerana mengambil Islam sebagai jaminan amanah, berakhir sebagai parti yang mungkir janji.

Janji amat penting membezakan parti yang bertanding berbanding BN. Rakyat kenal BN sering mengkhianati janji pilihan raya sebaik sahaja menang. Barang keperluan, minyak, tol dan sebagainya yang dijanji tidak naik tetapi selepas pilihan raya melambung ke langit harganya.

Jika PAS juga mengkhianati janji maka rakyat akan menyamakan PAS seperti BN. BN walaupun khianat pada janji tetapi memegang kekayaan kerajaan pusat dan masih boleh memberi pelbagai bantuan sara diri bagi memujuk rakyat. Tetapi PAS yang khianat janji tiada apa-apa yang mampu diberi kecuali sakit hati kepada pengundi.

Malah kali ini Hadi juga telah khianat pada sultan. Beliau menandatangani tiga nama dari PKR dan PAS tetapi kemudian mengusulkan penyelesaian, Khalid yang telah memohon meletak jawatan itu dikekalkan sebagai MB.

PAS dan seluruh ahlinya dalam dilema di bawah kepimpinan Hadi yang flip flop. Tidak diketahui apakah punca Hadi yang konsisten berjuang tiba-tiba seolah-olah 'nyanyuk' dan tidak ingat keputusan yang dibuatnya sendiri.

Sekiranya PAS mengikut aliran politik moden maka situasi yang menimpa Hadi ini dianggap hilang kredibiliti memimpin. Sama ada akibat masalah kesihatan ataupun nafsu peribadi mengatasi pertimbangan waras.

Ubatnya tidak sukar iaitu perwakilan PAS menghantar mesej jelas dalam Muktamar di Johor meminta Hadi berundur secara baik. Tidak ada seorang pun rakyat yang waras akan mengundi PAS jika presidennya boleh menukar nama MB tiga kali dalam sebulan.

Hadi tidak boleh diselamatkan. Kenyataannya yang terbaharu adalah penamat kepada karier politiknya. Setiap pemimpin mempunyai tamat tempoh tersendiri. Iaitu apabila keputusaannya tidak lagi relevan buat ahli parti dan rakyat yang akan mengundi.

Perwakilan perlu menunjukkan jalan keluar buat Hadi dengan menolak ucapan dasarnya. Hanya itu yang mampu dilakukan perwakilan bagi menyelamatkan PAS daripada dianggap parti nyanyuk oleh rakyat dan kalah besar dalam PRU 14.

Jika perwakilan kali ini tetap membodek Hadi sebagaimana muktamar lalu maka mereka perlu bersiap sedia menjadi parti kecil dan hanya berkuasa di beberapa kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tiada lagi kerajaan negeri.

Tiada ulasan: