Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Isu PasMA: Pemimpin PAS Patut Dengar Suara Akar Umbi

Posted: 15 Sep 2014 12:43 AM PDT


PasMA akui ada mahu singkir Hadi tapi...

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu.

Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa.

"Saya tak menafikan yang disampaikan oleh peserta-peserta. Apabila mereka bangun berucap, macam-macam cadangan dan kritikan keluar sebab memang PasMa menjadi satu wacana untuk penyokong Pakatan Rakyat memberi pendapat, kritikan dan sebagainya.

"Tapi kita bukan nak menentukan satu ketetapan. Kita beri pandangan, sama ada mereka setuju tak setuju dengan sesiapa pimpinan Pakatan, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.

Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya.

Sementara itu, ditanya sama PasMa menerima kritikan pada Hadi, beliau berkata, mereka hanya menyediakan wacana sahaja dan menegaskan ia pandangan penyokong Pakatan dalam berdepan kemelut sedia ada.

"Kita dengarlah pandangan itu dan pimpinan parti ini (PAS) patut dengar dan hadir sebenarnya program PasMa ini, (tetapi) mereka tak nak hadir," katanya yang mengecualikan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS.

'PAS Terengganu yang rugi'

Sementara itu, ditanya tentang larangan PAS Terengganu supaya anggotanya tidak menyertai NGO itu, Phahrolrazi berkata mereka tiada masalah dengan perkembangan itu.

"Tapi PAS Terengganu rugilah, sebab mereka tak ambil kesempatan dengan peranan PasMa ini untuk mendekati penyokong-penyokong," katanya.

UASAN GB

Menyamakan PasMA sebagai serpihan PAS seperti HAMIM dan BERJASA adalah satu kesilapan.

Ini kerana yang menjadi suara yang tidak sependapat dengan Presiden parti adalah dalam bilangan yang ramai, berbanding ketika serpihan HAMIM dan BERJASA ditubuhkan. Malah tidak keterlaluan jika GB menyatakaan bahawa kini, suara mereka adalah majoriti di dalam parti.

Tetapi jika masih enggan untuk menerima suara akar umbi yang ramai tersebut... maka hanya muktamar menjadi penentu.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





PAS Keluar Pakatan Rakyat Atau Golongan Konservatif Tinggalkan PAS

Posted: 14 Sep 2014 10:08 PM PDT


Samada PAS Keluar Pakatan Rakyat Atau Golongan Keservatif Keluar PAS

Aku teringat kata-kata J.F.Kennedy, Presiden Amerika Syarikat," "My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country." Maknanya negara dan rakyat lebih penting dari segala-galanya dan fikirkanlah apakah sumbangan anda kepada bangsa dan negara. Cuma yang aku hendak tekankan disini ialah setiap pemimpin harus mementingkan kesejahteraan rakyat dan elakkan daripada memikirkan hal diri dan keluarga.

Sehubungan dengan itu, bagi aku Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang agak 'tergugat' kini.

Mahu tidak mahu itulah keadaanya. Tidak pula membimbangkan kerana dalam sekelip mata sahaja ia pasti dapat dipulihkan dengan adanya 'ubat' mujarab yang boleh dijadikan penwar kepada 'penyakit' yang dihidapi kini. Penyakit dalam Pakatan Rakyat kini ialah adanya pemimpin yang aku anggap tidak sehaluan dengan pemimpin lain dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambil alih Puterajaya. Untuk dikatakan seperti musuh dalam selimut tentunya agak keterlaluan, namun yang pastinya 'barah' ini lambat laun akan merebak ke seluruh badan juga sekiranya tidak dibendung.

Kenyataan TG Haji Hadi yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan kepada kepimpinannya dan yang paling menyedihkan akan 'menggugat' pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur. Mungkin tidak……

Kenyataan TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak 'memeranjatkan'. Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan. ……What more, Khalid is an independent state assembly person without any party," Malaysiakini 13 September 2014

Menampakkan bahawa disebabkan keghairahannya yang melampau untuk mempertahankan TS Khalid sebagai Menteri besar Selangor beliau telah 'melupakan' dan terlepas pandang banyak perkara. Yang agak serious ialah tentang perletakkan jawatan TS Khalid sudah diterima oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Apakah TG Haji Hadi sudah mahu menongkah arus tentang apa yang telah diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor.

Berlainan dengan DAP yang juga merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Demi untuk memperjuangkan rakyat Malaysia DAP sanggup membuat berbagai perubahan terutama dari segi imejnya. Sejak zaman berzaman, DAP dilihat sebagai parti yang dimonopoli kaum Cina. Namun kini DAP mengambil langkah drastik menukar iemjnya agar dlihat sebagai sebuah parti yang dimiliki oleh berbagai kaum.

Keadaan ini yang membimbangkan UMNO (Barisan Nasional) yang sentiasa mengharapkan agar DAP terus menerus mengekalkan identitinya sebagai parti orang Cina.
Dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh DAP terutama dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan baru-baru ini telah dapat mengubah persepsi orang Melayu yang semenjak sekian lama beranggapan sedemikian. Walaupun tewas sekurang-kurangnya telah mula menambat hati dan mendekatkan diri orang Melayu kepada parti DAP.

Ramai yang tidak sedar dan melupai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. Dan kehadiran serikandi anak Perak untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa 'air' sudah bah tetapi 'pasir' yang tidak mahu berubah.

Kemunculan Dyana 'mengejut dan memeranjatkan' banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. 'Excitement' yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam 'ring' di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaan politik tanah air yang 'menyamankan'. Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia.

Seharusnya momentum seperti yang berlaku di Teluk Intan dan PRU 13 itu diteruskan. Maknanya kerjasama yang sungguh erat antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu diteruskan. Malangnya akibat daripada tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS yang dirasakan tentang 'kelainan'nya berbanding dengan TG Haji Hadi sebelumnya. Rakyat dari semua lapisan masyarakat dan dari semua kaum di Malaysia telah meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat merampas Puterajaya pada PRU ke 14. Setiap rakyat dari semua kaum sudah begitu yakin dengan hasrat dan perjuangan ini.

Sayang seribu kali sayang. Beberapa tindakan TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin yang agak 'usang' dari segi pemikirannya telah seolah-olah cuba melambatkan 'perjalanan' Pakatan Rakyat menuju Puterajaya. Dan kadang-kadang kelihatan seolah-olah ada 'tangan' yang menggerakkan pemimpin konservatif agar bertindak sedemikian. Dan telah timbul juga tohmahan-tohmatah yang mengatakan bahawa golongan pemimpin PAS berkenaan telah pun semacam bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin beberapa orang pemimpin PAS ( yang berfikiran usang) perlu diketepikan demi untuk meneruskan perjuangan kita ke Puterajaya. Mereka tidak seharusnya dilihat sebagai batu penghalang ke arah pencapaian matlamat rakyat Malaysia untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil dan berketerampilan terhadap rakyat.

Aku semacam bersetuju dengan Abang Mat Sabu (walaupun aku lebih tua darinya) apabila beliau mengatakan,' "The PAS Islamists should be wary of using Islam alone to get the votes of the people, for there will come a time when a "Jokowi" will be voted in by Malaysians and PAS hardline Islamists would have to mellow (down) and give their support to the one who will be getting the popular vote." Malaysiakini 13 September 2014.

PAS bukan hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam sahaja. PAS sudah pun diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat Malaysia beradasarkan keputusan PRU 13 yang lalu dimana golongan bukan Melayu telah berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat yang meletakkan calon dari PAS. Sekali lagi diharapkan agar momentum sedemikian berterusan.

Akhirnya tentulah tidak adil sekiranya aku memberikan suatu 'ultimatum' sebagai langkah untuk menyelsaikan isu yang agak kusut dalam pakatan Rakyat kini. Aku merasakan tidak ada jalan lain selain daripada samada samada PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau pemimpin konservatif dalam PAS meninggalkan PAS dan membiarkan golongan progresif dalam PAS terus mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Bukan merupakan sesuatu yang mudah…….. -abuhassanadam

ULASAN GB

Dari senario yang berlaku susulan isu MB Selangor, jelas kepada golongan yang mengisytiharkan diri mereka pro-Ulama nampaknya sudah tidak serasi dengan aspirasi Pakatan Rakyat.

Jika demikian halnya, memang benarlah cadangan penulis diatas, adalah terlebih baik bagi PAS keluar dari PR.

Ironinya sebilangan besar dari mereka tidak mahu keluar dari PR kerana mereka sedar dan tahu kemenangan PAS di dalam siri pilihanraya yang lalu adalah kerana PAS berada di dalam PR.

Mereka marah apabila diassosiasikan dengan UMNO sekalipun tindak-tindak mereka ke arah itu.

Jadi di kalangan pro ulama ini terbahagi dua - satu yang mahu ke UMNO sementara satu lagi geli untuk bersama UMNO.

Apabila PASMA diaktifkan untuk mengekalkan PAS di dalam PR, mereka menjadi cemburu. Malah PAS Terengganu melalui circular oleh Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, melarang ahlinya untuk menyertai apa-apa aktiviti PASMA. Khuatir dengan penyertaan ahli-ahli PAS Terengganu menyertai PASMA, Presiden PAS yang kebetulan orang Terengganu bakal tersingkir. Satu perjuangan yang ketara berbentuk assabiyah - kenegerian. Tiada negeri lain berbuat demikian setakat ini.

Tindakan ahli-hali PAS untuk menyertai PASMA (sebuah NGO) menyalahi undang-undang negara, malah Perlembagaan PAS sendiri kerana tiada di dalam mana-mana fasal dalam PAS yang menghalang ahli-ahlinya menyertai NGO, apatah lagi NGO itu adalah dari ahli PAS sendiri.

Jika mereka enggan untuk membawa keluar PAS dari PR, alternatif yang penulis di atas berikan ialah mereka perlu tinggalkan PAS. Sebabnya jelas, kehadiran mereka merosakkan PR.

Golongan pro-Ulama pula meminta golongan yang anti kepada mereka supaya tinggalkan PAS.

Jadi dua kumpulan dalam PAS kini berkonfrantasi, depan-depan dan senyap-senyap.

Quo vadis PAS? Biarlah muktamar tentukan.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[NAFSU IBLIS] Bapa Paksa Anak 5 Tahun Lakukan Seks Oral

Posted: 14 Sep 2014 05:25 PM PDT

Bapa Ditahan Paksa Anak Lima Tahun Laku Seks Oral

MELAKA: Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.

Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.

Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.

Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya.

Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi.

Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibupejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama. -mstar

ULASAN GB

Nafsu apakah lagi jika bukan nafsu iblis yang ada dalam diri si bapa yang tergamak memaksa anak perempuannya yang baru berusia 5 tahun melakukan oral seks?

Sungguh menjelekkan kelakuannya itu sedangkan isterinya masih ada.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT