Ahad, 14 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


GST: Petrol ada kena?

Posted: 14 Sep 2014 04:30 PM PDT

Sudah banyak forum,sudah banyak sesi-sesi penerangan tentang cukai-cukai GST yang dianjurkan dan dibuat olih pihak Jab Kastam M'sia untuk kita semua. Tetapi mereka masih main tarik-tarik tali dengan kita. Kita masih tidak dijelaskan sama ada bahan bakar keperluan harian dan utama kita semua, iaitu petrol, tidak akan dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Tetapi bila dirujuk kepada laporan akhbar The Sun pada 11 haribulan lalu, menurut kenyataan Jabatan Kastam Malaysia dalam sebuah forum bahawa kita semua akan terpaksa membayar 6% lebih apabila mengisi minyak. Ini bermakna petrol tidak akan dikecualikan daripada GST
Baru saja bulan Jun lalu, Tim Menteri Kewangan,Ahmad Maslan (yang 'tak bodoh' sebab dia dapat CGPA 3.5 semasa diuniversiti dulu) berkata kerajaan (mereka) akan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015 nanti.
Petrol dan Diesel adalah produk yang mendapat subsidi kerajaan dan bila dikenakan cukai GST keatasnya, maka sama subsidi petrol sebanyak 0.13 sen telah dihapuskan secara sulit.
Hari ini harga petrol jenis RON95 bersubsidi adalah pada kadar RM2.10 seliter, dan bila dikenakan GST harganya akan menjadi RM2.23 seliter. Itu pun kalau lah harga petrol RON95 ini masih akan dikekalkan pada harga RM2.10 seliter sehingga Julai 2015.
Perlukah kita semua menggesa dan mendesak Najib untuk kaji semula keputusan untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel dan menyenaraikannya sebagai produk cukai sifar di bawah GST? Tak perlu lah kot sebab kan dia dah cakap yang dia tak akan membebankan rakyat dengan GST ini?!
dollah yankee - Gaji 1,000 ringgit...Kalau belanja semua duit gaji tu, kita kena tambah pula 60 ringgit  'kot ataih'.untuk cukai GST.
Bila nak tipu orang kampong, Najib akan kata GST ini cukai progresif, bukan regresif. Ternga-nga makcik dengan pakcik kat felda Gunong Bongsu. Terbeliak mata orang-orang kat Dublin Estate dengaq ayat progresif dan regresif. Kah..Kah..Kah..

Cakap pusing-pusing!

Posted: 13 Sep 2014 10:30 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.


Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.
______________________________________________________

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. 

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.


dollah yankee -
Soalnya sekarang ini bukan siapa yang layak jadi MB, tetapi soalnya adalah kenapa CAKAP PUSING-PUSING?

Tiada ulasan: