Tukar Tiub |
- BAIK TANYA HAL MINI COOPER
- PAGI INI DI MAHKAMAH
- HOT HOT CHICKEN SHIT
- WIRA MELAYU ISLAM KANTOI
- SURAT UNTUK HAJI HADI
- LAGI MUNKEE KELENTONG
- NASI PANGGUNG KELMARIN
- DAP DAN PAS
- BERITA PENIAGA KECIL
Posted: 29 Sep 2014 07:00 PM PDT KOMENTAR satu kenyataan waras satu kenyataan berhemah dari pemimpin muda pas bijak berisi dan dewasa Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh jaga emosi Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan. "PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi. "Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-kelantan-desak-nik-abduh-jaga-emosi#sthash.jemCrqRU.dpuf KAH KAH KAH minta cerita tentang mini cooper baru boleh labon baru bijak lebong baru putar alam kah kah kah -------- |
Posted: 29 Sep 2014 06:00 PM PDT KAH KAH KAH pagi ini gwa di mahkamah kah kah kah
----------- |
Posted: 29 Sep 2014 07:00 AM PDT KOMENTAR hukum jalan raya undang undang jalan raya peraturan jalan raya ini adalah lukah untuk pungut duit kopi untuk tambah duit saku bantu pekerja jpj bila gst dikenalkan nanti ingat atau tidak bulan puasa dulu heboh nak basmi judi haram hangat hangat chicken shit semua tak jadi nanti cermin hitam ini pun sama hot hot chicken shit awalan satu dua bulan akan ramai kena saman media akan heboh keluar tv keluar akhbar lepas tu senyap lepas tu semua jadi lukah tak percaya nanti dan lihat 696 4 0 722 Peraturan baru cermin gelap bermula 1 NovemberPETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini, kata Ketua Pengarah JPJ, Ismail Ahmad. Menurutnya lagi, peraturan baru itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau sekiranya pemilik kenderaan punya alasan kukuh. "Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri. Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguatkuasa JPJ bahagian Zon Selatan di Seri Negeri, di Melaka. Judi haram: Zahid bincang dengan MB, KM - Malaysiakiniwww.malaysiakini.com/news/267883Translate this page Jul 7, 2014 - "Ini semua bagi membanteras judi haram termasuk penyitaan premis perjudian, aset ..... Dikir barat meriahkan kempen Pengkalan Kubor ...Bookie Haram biayai kempen menentang lesen Judi?darisungaiderhaka.blogspot.com/.../bookie-haram-bia...Translate this page Jun 28, 2010 - KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan ...KAH KAH KAH hot hot chicken shit KAH KAH KAH -------- |
Posted: 29 Sep 2014 06:30 AM PDT Zulkifli Noordin mohon maaf kepada bekas timbalan presiden PKR Kes saman malu Dr Syed Husin Ali terhadap Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd selesai selepas kedua-dua defendan bersetuju meminta maaf dan menarik balik dua artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan "Anjing-Anjing Pencen". Bekas timbalan presiden PKR itu mengemukakan saman RM10 juta ke atas Zulkifli kerana menulis artikel tersebut di blognya yang kemudian disiarkan Utusan Malaysia. "Zulkifli Noordin setuju kenyataan fitnah beliau di bawah tajuk 'Anjing-Anjing Pencen' di blog beliau bertarikh 19 November, 2011 ditarik balik sepenuhnya dan beliau akan meminta maaf terhadap penggunaan perkataan 'Anjing-Anjing Pencen' kepada Dr Syed Husin Ali," kata peguam yang mewakili Syed Husin. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zulkifli-noordin-mohon-maaf-kepada-bekas-timbalan-presiden-pkr#sthash.bNt9JWaf.dpuf KAH KAH KAH woit apa sudah jadi wira melayu islam minta maaf pada sosialis komunis hebat sosialis komunis ini KAH KAH KAH nota: utang puan ainon bila nak bayar kah kah kah --------- |
Posted: 29 Sep 2014 05:00 AM PDT PENYERAHAN SURAT PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN Kepada PRESIDEN PAS YB DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat. Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR. Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan. Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut: Serahan Surat 'PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN' Kepada YB Presiden PAS Tarikh: 30 September 2014 (Selasa) Masa: 10.00 Pagi Tempat: Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. (Di Hadapan Pintu Utama) Sekian. Terima kasih. Syukri Razab Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) syukri.lensa@gmail.com 019-8013 149 ---------- |
Posted: 28 Sep 2014 11:00 PM PDT Bajet 2015: Naik gaji saja tidak cukup bagi kakitangan awam Kakitangan kerajaan sedang melobi kerajaan untuk lebih daripada sekadar kenaikan gaji menjelang Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan kerana mereka risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, sekian lama mendesak kerjaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk membantu mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah di bawah RM3,000. Kira-kira 60% atau 630,000 daripada 1.05 juta kakitangan kerajaan memperoleh hanya RM3,000 atau kurang sebulan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bajet-2015-naik-gaji-saja-tidak-cukup-bagi-kakitangan-awam#sthash.9DmM2aea.dpuf Taraf hidup rakyat meningkat, purata pendapatan isi rumah 2014 RM5,900, kata Wahid Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan. "Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taraf-hidup-rakyat-meningkat-purata-pendapatan-isi-rumah-2014-rm5900-kata-w#sthash.HizSJFvM.dpuf KAH KAH KAH woit nak kelentong buat betul betul biar rakyat percaya KAH KAH KAH |
Posted: 28 Sep 2014 10:00 PM PDT SELAMAT HARI RAYA HAJI DARI DAPUR JALANAN yang miskin, yang tertindas, yang terpinggir ada yang sepanjang hidupnya berkorban, ada terkorban hasil harian dirompak, titik peluh dijilat penguasa, perasuah menghumban mereka ke dalam kitaran setan, menjadi sisa-sisa, cerita-cerita duka hidup di kota Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:- Tim Dapur Jalanan - Makaroni Goreng Caca Merba Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral Tim Milla Besday Girl - Kek / Buah Epal Tim Akademi Belia - Air Mineral / Air Kotak Kak Noreen Sekeluarga - Karipap / Tembikai Kak Ros - Puding Qish Awek cun - Kek Cokelat YANG MEMBANTU TUKANG BUAT RAMAI Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:- Quratulain, Syu, Aisyah, Hazman, Sha, Acino gagalis brickfield, Fairuz & kawan-kawan, Zharif, Raja, Nadia dan kawan-kawan Akademi Belia, Kak Noreen dan sekeluarga dari Sg Buloh, Kak Ros & kawan-kawan, Yan & geng dari Ipoh, Vince & kawan-kawan, Besday girl Milla & awek-awek dari UM, Haziqah dari UPM, Hafiz UNISEL, Daniel UniRazak, Aie dari Kemaman, Rara awek cun, Melati Rahim, Omar & Gerombolan Geng Kotak, & semua kawan-kawan yg saling tak mengenal tapi sama bantu kerja bakti di Jalan Panggung!! YANG DATANG MAKAN TERIMA KASIH SEMUA Takbir Raya mula bergema Ayam Itik terus hilang Lembu dan Kambing menjadi korban khinzir tersenyum, nasib baik tak masuk islam Selamat Hari Raya Korban YANG MENOLONG PENGUMUMAN PENTING minggu depan, ahad, 5 oktober, bersamaan dengan 10 Dzulhijjah, Raya korban. Jln Panggung tutup kedai. Dapur Jalanan OFF. BARANG JUALAN DAPUR ++ Dapatkan merchandise baru Dapur Jalanan, Arpon Dapur, pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat. ++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!! ++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873 Solidariti untuk miskin kota Dapur Jalanan Kuala Lumpur *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa* 29 September 2014 --------- |
Posted: 28 Sep 2014 08:38 PM PDT KOMENTAR dap itu ialah pas cina pas itu ialah dap melayu tugas anak muda ialah mencairkan kecinaan dalam dap mencairkan melayu dalam pas dan pkr Gadis Melayu berpurdah sertai DAPSEREMBAN: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti 'chauvinist' Cina tersebut. Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL. Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu. baca disini: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/29/gadis-melayu-berpurdah-sertai-dap/ ----------- |
Posted: 28 Sep 2014 07:19 PM PDT Parti Politik, Masyarakat dan Perniagaan di Kelantan. Umumnya mengetahui masyarakat Kelantan mempunyai budaya berniaga sejak turun temurun, dari Pasar Siti Khatijah, Wakaf Che Yeh, pasar pagi, pasar malam, stadium semasa perlawanan bola sepak, di ceramah-ceramah politik atau di mana sahaja, selagi mendapat permintaan dan ada kamahuan. Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS sejak 1990 sehingga sekarang, walaupun pelbagai cara cuba digunakan oleh kerajaan pusat untuk merampas Kelantan masih tidak berjaya walaupun mungkin ada beberapa kerusi yang telah di menangi UMNO. Ingin disentuh di sini, mengenai hal-hal kebajikan kepada peniaga-peniaga yang semakin terabai dan tidak dibela oleh kerajaan negeri pimpinan PAS umumnya. Dataran Ilmu di Jalan Dato' Pati salah satu tempat kuliah bagi kerajaan negeri pada setiap pagi Jumaat, maka tempat itu sehingga ke Jalan Sultan Ismail telah menjadi satu tumpuan kepada peniaga-peniaga dari makanan, budle, buku-buku, pakaian, tembakau rokok, cincin permata, barang antik, buah-buahan, sayur-sayur kampung dan pelbagai macam. Tempat itu menjadi tumpuan umum dan pelancong apabila ke Kota Bharu kerana jalan telah ditutup untuk diberi laluan aktiviti-aktiviti tersebut sehingga tengahari. Aktiviti perniagaan berjalan sekian lama seiring dengan aktiviti kuliah yang dijalankan, tanpa ada sekatan dan halangan daripada kerajaan negeri mahupun PBT MPKB-BRI. Ianya juga pernah diberi ulasan dalam media harakah daily. Alangkah malangnya sejak Ogos 2014 selepas Aidilfitri para peniaga tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sekiranya kuliah tidak diadakan, sedangkan sebelum ini masalah sebegini tidak pernah timbul. Perkara ini cuba dipertahankan oleh peniaga-peniaga, tetapi pihak PBT MPKB-BRI memberi pelbagai alasan yang sangat tidak masuk akal. Rentetan itu, sempena Muktamar PAS di Johor sekali lagi pihak yang berwajib telah mengeluarkan arahan untuk tidak menjalankan perniagaan kerana kuliah tidak dijalankan, pada 19 september 2014 sedangkan sebelum ini sebarang masalah mengenai pelarangan ini tidak pernah berlaku. Para peniaga di sini yang sebenarnya menyumbangkan kemeriahan aktiviti-aktiviti tersebut. Di sini juga tempat masyarakat untuk berbelanja mahupun beriadah, mendengar kuliah. pada cuti umum di pagi Jumaat, tanpa mengira parti politik masyarakat tempatan mahupun luar Kelantan ramai yang begitu teruja untuk menikmati aktiviti-aktiviti ini. Ini adalah salah satu budaya masyarakat Kelantan. Situasi ini seperti sebenarnya situasi menang-menang antara kerajaan negeri dan peniaga. Inilah kebajikan yang diinginkan oleh masyarakat Kelantan. Kepada pihak kerajaan negeri, PBT dan mereka yang terlibat nilai dan fikirkan sejenak mengenai perkara ini, mungkin ada yang berpendapat ini perkara kecil, tapi perkara ini melibatkan hasil pendapatan peniaga. Ahli exco, Yang Berhormat, ulamak-ulamak selami dan turunlah dekati peniaga-peniaga, lihat apa yang mereka niagakan, apa luahan hati mereka, saya yakin mereka bukan inginkan sumbangan wang ringgit kalian tapi sekadar ingin kebajikan dan ruang untuk mereka berusaha dan menambahkan pendapatan. Sekian, terima kasih Wan Azman bin Wan Hassan Wakil Peniaga di Medan Ilmu Kota Bharu, Kelantan. ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan