Isnin, 29 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Utusan Malaysia kena lagi!

Posted: 29 Sep 2014 06:25 AM PDT


Kes dengan Lim Kit Siang sedang berjalan di mahkamah. Kes fitnah dengan Dr.Syed Husin Ali pula terang-terang dah kalah ...

Pada awal Januari 2012, Syed Husin menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.
Dalam tuntutan itu, Syed Husin mendakwa Utusan Malaysia secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar milik Umno itu bertarikh 20 November, 2011, berjudul "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".
Sementara itu, Utusan Malaysia juga menarik semula artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November, 2011 dan juga akan membayar suatu amaun kos kepada plaintif.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..bayar..jangan tak bayar..!!!

Tiada ulasan: