Isnin, 29 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Huru hara di Hong Kong HONG KONG

Posted: 29 Sep 2014 09:00 AM PDT



Terdapat huru-hara di jalan-jalan di Hong Kong pada hari Ahad, beribu-ribu penunjuk perasaan pro-demokrasi bertempur dengan polis.

 Kerajaan China berkata, "Bantahan Occupy Central" di luar kawalan di Hong Kong pada hari Ahad dan kerajaan tempatan merayu kepada penganjur untuk menamatkan perhimpunan itu demi kepentingan bandar dan keselamatan peserta".

 "Kerajaan HKSAR adalah tegas dalam menentang tindakan menyalahi undang-undang oleh Occupy Central. Polis akan terus menangani keadaan itu mengikut undang-undang," kata Ketua Eksekutif Leung Chun-ying pada sidang akhbar.



Berpuluh-puluh kanister gas pemedih mata telah dilepaskan pada penunjuk perasaan berkumpul berhampiran pejabat kerajaan pusat selepas 06:00 waktu tempatan di Hong Kong. Walaupun berundur sekali-sekala, sekatan yang menghentikan lalu lintas di tengah-tengah bandar berterusan ke malam.

 Kelulusan yang diberikan untuk perhimpunan telah dibatalkan pada hari Jumaat selepas penunjuk perasaan menyerbu perkarangan pejabat kerajaan, mencederakan pengawal keselamatan dan pegawai-pegawai polis.

 Jumlah perhimpunan meningkat pada hari Sabtu, berikutan penahanan pemimpin protes muda.

 Puluhan penunjuk perasaan kembali pada petang Ahad, dan perhimpunan melimpah ke jalan utama. Petang Ahad, semua jalan antara Pusat dan Wan Chai ditutup kepada lalu lintas dan kereta bawah tanah melangkau stesen Admiralty.

 Majlis Negara Hong Kong dan Pejabat Hal Ehwal Macau memberitahu Agensi Berita Xinhua dalam satu kenyataan bahawa kerajaan pusat dengan tegas menentang sebarang tindakan menyalahi undang-undang yang akan menjejaskan kedaulatan undang-undang dan keamanan sosial, dan ia disokong kerajaan Hong Kong mengambil tindakan undang-undang untuk mengekalkan kestabilan sosial dan melindungi keselamatan orang dan harta di dalam bandar.

 Jawatankuasa  Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan menerima pakai resolusi pada 31 Ogos yang mentetapkan satu rangka kerja bagi pemilihan ketua bandar secara sejagat pada 2017 dan seterusnya. Penunjuk perasaan menuntut keputusan itu dibatalkan.

 Krew perubatan berada siap sedia, tetapi tidak jelas berapa ramai orang yang memerlukan rawatan. 



Occupy Central with Love and Peace

Pergerakan ini dikenali sebagai Occupy Central with Love and Peace. Penyokong gerakan ini cuba untuk memberi tekanan ke Beijing memberikan demokrasi sepenuhnya dalam bekas tanah jajahan British.

 Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai dari kedua-dua Hong Kong dan China telah memberi amaran kepada penunjuk perasaan bahawa demonstrasi seperti itu menyalahi undang-undang.

 Bulan lepas, Beijing menolak tuntutan untuk orang-orang di Hong Kong untuk secara bebas memilih pemimpin yang akan datang di bandar ini. SUMBER

OPERASI UG DI DALAM PAS IALAH MEMBUAT KENYATAAN MEDIA SECARA TERBUKA.

Posted: 29 Sep 2014 05:00 AM PDT

Ini adalah salah satu contoh operasi geng UG di dalam Pas. 

 Membuat kenyataan akhbar yang boleh menyebabkan pergeseran dalaman PR mahupun di dalam Pas sendiri berlaku.

 Nik Abduh ialah salah seorang pendokong UG (Pakatan Umno di dalam kelam) yang ingin melihat PAS berpecah dan keluar dari Pakatan Rakyat. 

 1. Kenapa Presiden PAS Hj Hadi tidak pernah menegur kumpulan ini..? 

 2. Kenapa tiada kata dua di berikan kepada mereka ini.? 

 3. Kenapa tiada tindakan disiplin keatas mereka..? 

 4. Mereka ini membuat kenyataan atas kapasiti apa..?

 JAWAPAN: Kerana Presiden PAS itu sendiri memang membenci Pakatan Rakyat kerana beliau mempunyai agenda tersembunyi bersama Umno. 

 Di belakang Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri, Nasarudin Tantawi, Zaharuddin ( Din Ayam) dan lain-lain lagi ialah Hj Hadi itu sendiri.

 Yakinlah selagi ada UG dan Hj Hadi di dalam pimpinan Pas selagi itulah masalah tidak akan selesai. ~ Tulang Besi

Patutlah marah sangat, rupa-rupanya LGE ganggu dia tido...

Posted: 28 Sep 2014 11:00 PM PDT


Benarkah ada sorang Ahli Majlis ni kaki tidor? Abu Nawas @ Haji Abu AlHafiz bongkar sikap ahli majlis tersebut... 

 •  Masalahnya dia ni kritik dasar yang dia buat sendiri. Dia ni ahli majlis. Orang yang membuat dasar kerajaan tempatan. dasar kerajaan tempatan bukan adun yg buat tapi ahli majlis. Dia la buat dasar tu. Lepas tu dia salahkan orang lain... 

•  Macam mesyuarat agung tiba tiba ajk sendiri yang kritik apa yang depa buat dalam mesyuarat agung. Pada hal semua aktiviti organisasi di luluskan oleh ajk... 

• Sepatunya dia lawan apa yang dia rasa tak betul dalam mesyuarat yang dia juga turut terlibat. 

•  Yang terkini ialah mesyuarat bajet kerajaan tempatan utk tahun depan dia tak hadir. Habis macam mana... 

•  Dia nak tipu apa... nanti orang bongkar cerita dia bawa pemaju nak beli tanah orang kampung baru dia tau 

•  Bukan sekali dia tidur dalam mesyuarat. Gambar tu pun dah bukti dia tidur dalam mesyuarat di 3 masa berbeza... 

• Tengok betul betul lokasi dan pakaian dia dalam gambar di atas semuanya berbeza. Ini membawa maksud dia tidur selalu dalam mesyuarat 

 Aku ni dah malas nak ambil tau bab politik Melayu ni... last last kita sama sama kawan juga bergaduh. .. 

dikeluarkan' dari j'kuasa tetap MPPP

Iszuree Ibrahim "dikeluarkan" daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran kritikannya terhadap polisi setinggan kerajaan negeri di muktamar PAS baru-baru ini.

 Beliau pada muktamar PAS di Batu Pahat dilaporkan mendakwa kerajaan Pulau Pinang mengamalkan dasar perumahan yang mesra pemaju seperti kerajaan BN di negeri itu sebelum ini.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow,  Iszuree masih kekal sebagai ahli majlis dan masih boleh hadir dalam mesyuarat penuh majlis.SUMBER

Iszurie berdalih

Sebelum itu, Iszuree diminta memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berita Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN.

Iszuree dalam reaksi spontan berdalih, "berita itu (adalah) manipulasi Malaysiakini."

 Dalihnya lagi, apa yang diucapkan beliau dalam Muktamar PAS Ke-60 pada pertengahan bulan lepas adalah berdasarkan teks ucapan perwakilan, yang kononnya turut disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

 Bagaimanapun, beliau gagal mengemukakan perkara yang benar berdasarkan teks ucapannya dan yang palsu berdasarkan laporan berita Malaysiakini itu, semasa disyor oleh seorang anggota mesyuarat Badan Perhubungan Negeri. 

Mesyuarat turut disyor menubuhkan jawatankuasa menilai ucapannya Iszuree tersebut.

Saari, Hasnul mengadap lembaga disiplin PAS pagi ini...

Posted: 28 Sep 2014 05:00 PM PDT


Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok. Beritanya selanjutnya di sini.

 Setelah dikutuk dan dilabel sebagai BARUA, Badan Disiplin PAS baru nak bertindak. Apakah proses ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa mereka berdua ini benar-benar pengkhianat dan patut menerima anugerah BARUA atau mereka akan dibersihkan dari label tersebut?

Implikasinya sangat serius. Kalau keduanya didapati bersalah, label tersebut akan kekal sampai bila-bila. Kalau keduanya dimaafkan, label tersebut juga masih mengharungi mereka.... Bahawa kita sebagai rakyat dapat belajar melalui episod ini, jangan nak mandai-mandai nak tolong kawan yg bila ditimpa musibah.(Jumpa orang nak tenggelam, jgn ngada-ngada nak pi terjun tolong, kena tunggu dapat kebenaran tertentu terlebih dahulu?)

Andainya, andainya....(ini adalah agak mustahil) mereka berdua didapati tidak bersalah, sanggupkah nanti Hj Hadi dan yang lain-lain itu minta maaf kerana melabelkan mereka dengan Barua? Kalau ikut rekod, memang agak payah Hj Hadi nak minta maaf.... 

Walau apa pun jgnlah risaukan sangat pasal perkara ini. Kita harap mereka berdua akan mendapat pembelaan yang adil menerusi proses ini. Rakyat akan memerhati dan turut sama menghakimi tindakan keatas mereka nanti.

Berikut ini adalah  ULASAN GB  mengenai dua orang yang dituduh Barua oleh Hj Hadi :

  Pertama heboh sangat di media sosial hari ini dengan memetik satu laporan dari sebuah portal tabloid tempatan menyatakan bahawa ADUN Morib Hasnul Baharudin akan bertanding menggunakan lambang DAP.

 Maka pelbagai kutukan dihamburkan terhadap beliau oleh sekumpulan ahli PAS dan mendesak beliau keluar dari parti.

 Sedangkan beliau hanya berseloroh berkata demikian dan beliau tiada hasrat lansung untuk melompat parti.

 Sementelah lagi bukankah Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya Mohd Daud untuk bertanding sebagai calon DAP?

 Kedua soal merit kesalahan. Kita tak tahu pertuduhan yang sebenar. Ada yang menyatakan kerana mendatangani SD. Jika itu satu kesalahan, menjadi tanggungjawab pihak pendakwa untuk membuktikan bila larangan untuk tandatangan SD itu dilkeluarkan.

 Jika dikatakan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama yang membuat ketetapan menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor ketika itu, Majlis Syura Ulama sendiri yang membuat keputusan meminta Khalid Ibrahim melanggar peraturan partinya yang telah menyuruh beliau letak jawatan. Jadi tidakkah wajar kedua-dua ADUN itu mengingkari keputusan Majlis Syura? 

 Keempat soal lembaga Disiplin. Kita tidak tahu sebenarnya siapa yang mempengerusikan Lembaga Disiplin PAS ketika ini. Perlantikannya begitu "rahsia" sehingga ahli-ahli masih kabur "who's who" di dalam lembaga tersebut.

 Kita berharap siasatan dan penghakiman akan berjalan dengana adil dan saksama. Tidak seperti masa-masa lalu dimana Pengerusi Lembaga Disiplin yang bias menyebabkan hukuman dijatuhkan jelas pincang. 

 Di dalam kes di mana Khalid Samad dan Hassan Ali di bawa ke Lembaga Disiplin pada beberapa tahun yang lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS yang pada ketika itu dipengurusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang umum tahu beliau adalah dari kumpulan UG telah menjatuhkan hukuman Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis. Khalid Samad juga digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat ketika itu.

 Keputusan itu menyebabkan banyak pihak tidak puashati dan mempersoalkan kewibawaan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pada pandangan mereka bias dan berpihak serta tidak mempunyai latarbelakang undang-undang yang telah dilantik "secara kedai kopi" sebagai pengerusi Jawatankuasa disiplin parti. 

Akhirnya hukum Allah berjalan, Allah s.w.t. menunjukkan bahawa Hassan Ali itu yang bersalah dan akhirnya dipecat dari parti dan Khalid Samad kekal di dalam PAS!9 Apa yang kita lihat Perlembagaan PAS memperuntukkan Lemabaga Disiplin PAS dilantik oleh Majlis Syura Ulama. Namun persoalan kini ialah Majlis Syura Ulama yang ada sekarang ini belum diperkasakan, peranan dan keanggotaannya belum lagi diperkemaskan, bagaimana mereka boleh membuat perlantikan tersebut?

 Keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan. Itu prinsip asas keadilan. Di dalam Islam, Rasulullah (s.a.w) berkata: Hakim ada tiga jenis, salah seorang daripada mereka akan pergi ke syurga dan dua Neraka. Satu yang akan pergi ke syurga adalah seorang lelaki yang tahu apa yang betul dan memberi pertimbangan sewajarnya, tetapi seorang yang tahu apa yang betul dan bertindak secara penindasan dalam penghakimannya akan pergi ke neraka dan seorang lelaki yang memberikan penghakiman bagi orang apabila dia jahil akan pergi ke neraka. 

 GB tertarik dengan satu poster yang beredar di media sosial:Klik di sini



Melalui sumber Whatsup : Pengerusi JK Tatatertib Disiplin ialah orang Melaka, Mohamad Buruk, seorang Peguam Syarie. Beliau mempunyai firma guaman Muhammad & Co. (lihat gambar)

Tiada ulasan: