Sabtu, 27 September 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TAHNIAH SARAWAK!

Posted: 27 Sep 2014 06:30 AM PDT





KOMENTAR

kita tidak pernah tahu hal ini
kita tidak diberi perncerahan
ini buktinya bahawa
antara sarawak dan semenajung
amat sadikit hubungan sejarah
malah kita tidak tahu menahu
budaya dan sejarah serawak

tahniah!


Aktivis sambut Sarawak Merdeka 173 tahun

KUCHING: Sarawak Association of People's Aspirations (Sapa), sebuah NGO yang memperjuangkan penentuan diri bagi Sarawak, selepas ini akan menyambut 24 September sebagai hari bersejarah di mana Sarawak telah ditubuhkan sebagai sebuah negara yang berdaulat.
"24 September adalah sangat penting. Ia adalah hari di mana Sarawak telah secara rasmi ditubuhkan dengan permulaan Dinasti Brooke serta Kerajaan Sarawak, "kata Presiden Sapa Lina Soo dalam satu kenyataan semasa sambutan 173 tahun Sarawak pada Rabu.
"Ini adalah tarikh bersejarah yang perlu disambut agar ia kekal utuh. Sejarah Sarawak sebagai sebuah negara yang berdaulat berkembang pada tarikh ini. "

KAH KAH KAH

woit
dah lama merdeka
napa tak beritahu

KAH KAH KAH

-------------

BERITA BANGANG

Posted: 27 Sep 2014 01:51 AM PDT








GST tingkat daya saing eksport Malaysia di ASEAN

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini pada tahun depan dapat meningkatkan daya saing negara dalam pasaran eksport di peringkat ASEAN.

Timbalan Menteri Kewangan,  Chua Tee Yong berkata, GST dapat meningkatkan jumlah dan nilai eksport negara kerana pelaksanaan itu dapat mengurangkan kos mengeksport barangan dan produk.

 

KAH KAH KAH

woit
bangang betul berita ini
bila barangan kena cukai
harga lagi mahal
macam mana nak jual
lagi tingi cukai
lagi mahalk barang
macam mana nak jual banyak

harga mahal
sempitkan pasaran


macam mana pulak
cukai boleh kurangkan
kos ekspot

semua nak tipu melayu
akhirnya melayu jadi bodoh

KAH KAH KAH

----------

SATU PANDANGAN

Posted: 26 Sep 2014 11:25 PM PDT








Kemelut politik PAS punca kekalahan di Pangkalan Kubor

PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pangkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.


Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah 'terjun jurang' kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.


Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pangkalan Kubor ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah ketika menjawat MB mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan MB Azizan Razak juga punca kekalahan Pakatan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan sesebuah pertubuhan dakwah.


----------

BERHATI BESAR

Posted: 26 Sep 2014 08:36 PM PDT





MALAM INI



KOMENTAR

kenyataan berjiwa besar
tanda kesepakatan
biduk lalu
kiambang bartaut

PAS anggap pengurangan exco pengorbanan selesaikan krisis

Walaupun PAS Selangor berkata mereka tidak memberi persetujuan dengan keputusan pengurangan jumlah exco mereka, PAS Pusat menerimanya dengan hati terbuka walaupun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS  Mustafa Ali berkata PAS memahami "kesukaran membuat pilihan" oleh menteri besar, lapor lidah rasmi parti Islam itu, Harakahdaily.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

--------

MAT SEWEL MAT LEMBIK

Posted: 26 Sep 2014 08:00 PM PDT






KOMENTAR

ini terbaik najib
di malaysia calap lain
di amerika cakap lain
tukar tiub minta panda












Tindakan Isil bertentangan Islam dan 

kemanusiaan, kata Najib - 

Najib Razak menyifatkan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.

Perdana menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.

"Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri.

"Malaysia negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau," katanya kepada pengurus dana Amerika Syarikat (AS) semasa mengadakan pertemuan di sebuah hotel pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tindakan-is-atau-isil-bertentangan-islam-dan-kemanusiaan-kata-najib#sthash.2fGrQG3t.dpuf


Najib: UMNO SEHARUSNYA 


MENCONTOHI MILITAN ISIL


Najib Razak malam tadi mengutarakan enam sifat kemulian yang perlu ada pada jentera Umno dalam perjuangan jentera kerajaan itu di negara ini antaranya ialah keberanian, dalam pada itu beliau mengambil contoh seperti yang dipaparkan oleh sesetengah kumpulan militan penganas Takfiri Timur Tengah, sebagai sifat yang perlu dicontohi.
Presiden Umno itu berkata parti itu perlu mencontohi pengeksploitasi kumpulan militan Takfiri di Timur Tengah yang mengalahkan pihak keselamatan Iraq dalam angka yang kecil.
"Sebagai contoh, apabila seseorang itu berani untuk berjuang sampai mati, dia mampu mengalahkan pasukan yang lebih besar," katanya, mencontohi kumpulan militan Takfiri Negara Islam di Iraq dan Levant (ISIL) yang terkenal dengan kekejaman dan keganasan terhadap kerajaan Iraq dan orang awamnya.

KAH KAH KAH

woit
tahu takut
takut kena bom
oleh amerika
belum kena gertak
dah ngaku kalah
ini yg madey kata lembik
mat sewel lagi lembik
kah kah kah

----------

Tiada ulasan: