Isnin, 22 September 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAWAK BERDIRI - KAH KAH KAH

Posted: 22 Sep 2014 07:27 PM PDT






KHAMIS 

MALAM 
tukar tiub
 buat lawak berdiri
khamis malam
25 september 2014
jam 8:30 malam
pj lives arts
pj one
petaling jaya sekyen 17 



----------

SURAT PAGI INI

Posted: 22 Sep 2014 06:45 PM PDT






DARI BUCU MANA
Timbul persoalan untuk kurun ini : dari bucu mana Istana mengutip nama Azmin. Inilah yang menjadi persoalan hakiki. ini serius cool......xramai yg akan terfikir tentang benda ni. on SELANGOR DAN REALPOLITIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/22/14


------------

KENYATAAN RESMI

Posted: 22 Sep 2014 06:00 PM PDT





RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1.      MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2.      MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3.      Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4.      Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat. 

5.      Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.  

6.      Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan. 

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
22 September 2014






-----------

SELANGOR DAN REALPOLITIK

Posted: 22 Sep 2014 03:39 AM PDT






SELANGOR - KRISIS DEMOKRASI


Ketika tulisan ini digarap perlantikan Menteri Besar Selangor masih belum tuntas. Nama-nama yang dicadangkan kelihatan 'bertaburan' disebut-sebutkan oleh media baru dan lama. Ada yang saheh dan ada yang 'angin-angin'.

Dilaporkan oleh media bahawa Presiden Pas Haji Hadi Awang telah menghantar tiga nama ke Istana. Kesemua nama dari partinya. Nama siapa ini? Hanya Hadi Awang sahaja yang tahu. Manakala DAP – telah menghantar hanya satu nama : Wan Azizah Wan Ismail. Parti Keadilan Rakyat juga telah menghantar satu nama: Wan Azizah Wan Ismail.

Satu nama lagi yang disebut media ialah nama Azmin Ali. Nama ini TIDAKdisenaraikan oleh PKR. Tidak disenaraikan oleh DAP. Tidak ada parti politik dalam Pakatan Rakyat yang mengajukan nama Azmin Ali kepada Istana. Maka nama yang TIDAK disenaraikan ini sedang dan pasti akan menimbulkan permasalahan besar.

Pekara besar inilah yang wajib difahami dan disedari oleh rakyat Malaysia. Lebih besar dari nama Azmin Ali. Pekara-pekara ini bukan hanya melibatkan ahli PKR atau penyokomg Pakatan Rakyat. Pekara-pekara ini amat fudumental yang melibatkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia – tanpa mengira parti dan mazhab.


Pekara ini ialah tentang demokrasi. Demokrasi di Malaysia ini berkait rapat dengan Raja Berpelembagaan. Justeru tulisan ini akan cuba memberi pencerahan tentang demokrasi dalam konteks raja berpelembagaan.

Pertamanya tulisan ini menolak kesah-kesah karut marut tentang asal usul raja atau sultan. Sultan dan raja muncul dalam evolusi perkembangan tamadun manusia. Raja muncul merata-rata diseluruh dunia. Kemunculan mereka ini sama sahaja bentuk dan labonnya. Raja lahir ketika masyarakat pertanian masih dalam tahap paling awal. Sosok ini menjadi raja untuk memimpin kaum tani, kawasan pertanian dan menjaga kepentingan kampong.

Justeru – hari ini - tidak masuk akal kalau raja masih dianggap mewakili tuhan. Atau dianggap jelmaan tuhan diatas muka bumi ini. Ini hanya mistos yang muncul dalam zaman 'gelap'. Pencerahan telah membuka minda ummat yang boleh mentakrifkan apa yang tahyul, apa yang karut dan apa yang rasional masuk akal.


Di Tanah Melayu , saperti di negara-negara lain dalam dunia ini – raja dan sultan wujud. Zaman feudal ini bukan satu yang memalukan. Ini sebahagian dari sejarah tamadun bangsa. Tidak ada tamadun bangsa-bangsa dalam dunia ini yang dapat melarikan dari evolusi kemunculan kaum feudal ini – kecuali bangsa-bangsa yang tahap tamadunnya belum enap stabil dalam bentuk ekonomi pertanian dan mereka dilaggar penjajah yang membawa moden.

Apabila Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris datang ke Tanah Melayu - raja memainkan peranan kepimpinan yang gemilang. Kuasa ekonomi Raja Melayu kini dicerbohi oleh 'orang luar' i.e penjajah. Maka kita lihat Dato Bahaman, Mat Kilau, Maharaja Lela, Dol Said, Tok Gajah – bangun mengangkat senjata melawan penjajah. Mereka ini adalah ''kaum kerabat orang Istana' sebahagian dari struktur feudal.

Penjajah Belanda dan Portugis – kuasa penjajah awal telah 'melutu dan menggasak' kaum feudal. Ini membawa penentangan hebat dari anak tanah jajahan. Kuasa kolonial fascist Jepun ganas – justeru dapat tentangan dari semua kelas dan gulungan.

Pengalaman kuasa penjajah awal ini telah dikumpulkan oleh British. British menggunakan taktik - pecah dan perentah. Dengan licik kuasa kolonial British telah menggunakan sistem feudal ini untuk menampong dan membantu kuasa penjajah merampok dan menjarah hasil kekayaan tanah jajahan. Ada raja dinobatkan oleh British. Ada raja yang melawan British  dihalau keluar negeri atau dihantar ke Lautan Hindi. Inilah yang berlaku di Tanah Melayu.

Sistem feudal – raja dan sultan – tidak diganggu gugat. Berperang dengan Bahaman dan Maharaja Lela membawa belanja yang amat besar. East India Company datang ke Tanah Melayu untuk mencari laba bukan datang berziarah untuk mengembangkan silatul rahim beramal jariah.

Apabila mengundur kuasa kolonial British telah meninggalkan satu Perlembagaan yang menyerupai sistem pentabiran Parlimen Raja Berpelembagaan – saperti yang wujud di England. Baginda Queen telah digantikan dengan Yang DiPertuan Agong. Adat istiadat Melayu dan agama Islam telah diwakafkan kepada raja dan sultan. Ahli Parlimen – dewan rakyat dan dewan negeri - membuat hukum dan undang-undang. Para YB ini dipilih melalui pilihanraya.

Jika kita baca semuanya nampak cun dan bergetah. Tetapi dalam realpolitik hakikatnya ialah apa yang sedang kita perhatiklan berlaku di Selangor. Ini realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Apa yang sedang berlaku adalah contoh terbaik dimana sistem raja berpelembagaan telah terpesong dan menjadi lucah. Untuk memahami ini kita kembali melihat apa yang telah berlaku di Perak 2009. Kes Perak ini telah dijadikan rujukan atau 'precedent' dalam bahasa undang-undang. Nizar Jamaluddin - Menteri Besar dari Pakatan Rakyat telah digantikan dengan Zambry Kadir dari Barisan Nasional.

Ini berlaku diatas hujah bahawa Zambry memiliki sokongan terbanyak dalam Dun Perak. Sokongan terbanyak ini diyakini oleh sultan maka Zambry Kadir dilantik sebagai MB Perak. Kes tutup. Perlembagaan ditaati.

Di Selangor kita lihat pekara yang sama berulang. Khalid Ibrahim hilang kepercayaan dari partinya. Khalid gugur sebagai MB Selangor. Dr. Wan Azizah mendapat sokongan 30 Adun Selangor. Jumlah Adun Selangor ialah 56 orang – justeru 30 Adun adalah angka majoriti. Maknanya Wan Azizah pemilik suara majoriti.

Seharusnya jika mengikut raja berpelembagaan dan mengikut rujukan Kes Perak – Wan Azizah adalah MB Selangor yang baru. Ini TIDAK berlaku. Kong kalikong terjadi. Putar alam belit membelit berlaku. Dari kedegilan Khalid Ibrahim hingga ke dulak dalik Hadi terserlah. Maka masuk pula sosok yang bernama Azmin Ali.

YB Azmin Ali – di ulangi sekali lagi - namanya TIDAK ada dalam senarai. PKR – partinya sendiri TIDAK mencalonkan dirinya. Malah si Azmin ini adalah salah seorang dari 30 Adun yang menyokong Dr Wan Azizah. Malah Azmin telah menanda tangani surat Akuan Bersumpah untuk menyokong Wan Azizah.

Jika Azmin Ali dipilih oleh Istana maka ini adalah pilihan Istana. Maka jelas dilihat, jelas dibaca bahawa Azmin bukan pilihan PKR. Bukan pilihan Pakatan Rakyat. Azmin TIDAK mewakili kepentingan PKR atau Pakatan Rakyat - jauh sekali rakyat. Azmin akan dilihat dan dibaca sebagai mewakili sultan. Timbul persoalan untuk kurun ini : dari bucu mana Istana mengutip nama Azmin. Inilah yang menjadi persoalan hakiki.

Hakikatnya - jika Istana boleh mengutip nama – maka TIDAK perlu Selangor malah Malaysia juga TIDAK perlu mengadakan pilihan raya. Mungkin saban tahun , atau lima tahun sekali atau bila-bila masa sahaja si sultan boleh memilih sesiapa sahaja – malaon mana pun - untuk menjadi Menteri Besar atau Menteri Kabinet waiama Perdana Menteri sekali pun.

Justeru, pada hemat saya - apa yang sedang kita lalui ini bukan hanya tentang Selangor, tentang PKR atau tentang Azmin atau Wan Azizah. Diakui – mereka semua ini adalah pemain utama tetapi dibelakang nama-nama ini ada yang lebih penting.

Pada hemat saya yang paling penting ialah pemahaman kita semua tentang apa itu demokrasi. Apa itu suara ramai. Apa maknanya suara majoriti. Apa maknanya parlimen. Sebagai anak semua bangsa – apakah yang kita fahami tentang raja berpelembagaan.

Untuk saya ini lebih penting kerana ianya membawa implikasi yang maha jauh. Sesudah Azmin atau Wan Azizah atau Hishamuddin Rais mati – negara yang bernama Malaysia ini akan terus wujud. Ahli politik pergi dan datang. Kemenangan jangka pendek hanya kemenagan pendek.

Apa yang berlaku di Selangor ini adalah penglucahan proses demokrasi. Kesongsangan akidah dalam pemahaman apa itu suara majoriti. Para politikus mendahulu kepentingan diri. Ini dibantu pula oleh kegagalan kita semua sebagai warga untuk bersuara dan menyatakan apa yang benar dan apa yang salah. Nilai salah benar kita menjadi lucah. Paling sedih adalah kegagalan lembaga feudal yang dinobatkan oleh Perlembagan dalam bentuk Sultan.

Kegagalan yang saya maksudkan ialah kegagalan lembaga feudal untuk melintasi yang duniawi. Melihat dari mata hati Ratu Adil. Membawa keadilan bukan sahaja ke Selangor malah ke atas muka bumi ini.

Kini anak semua bangsa melihat lembaga feudal ini bertentangan dengan konsep demokrasi. Kegagalan feudal untuk menghormati suara majoriti akan membawa implikasi yang maha lama. Pada ketika ini kegagalan lembaga ini semakin dilihat jelas. Buruknya sistem feudal ini terserlah. Terbukti - krisis Selangor membuka ruang dimana raja atau sultan boleh memilih sesiapa sahaja.

Saya yakin dari keburukan ini pasti akan muncul satu sistem yang dapat menghormati dan menobatkan rasa hati dan pilihan majoriti rakyat.

EPILOK

Ketika tulisan ini tamat ditulis nama MB Selangor yang baru masih dirahsiakan. Ini adalah tanda-tanda zaman.

Pada satu ketika dahulu – dalam hikayat-hikayat Melayu lama - sebelum Menteri dilantik canang dan tabuh telah dipalu. Rakyat saentero negeri dijemput bertandang menyambut kedatangan Sang Menteri.

Yang capek datang bertongkat
Yang buta tertanya tanya
Yang pekak membakar meriam
Yang bisu bertunda-tunda

Nasi mendidih menganak sungai
Kerak nasi membusut jantan
Hampas kelapa menutup pandang
Tujuh hari tujuh malam
Sultan kenduri gegak gempita
Menyambut Menteri baru dikata

Sekarang ini:

Yang majoriti ditolak pergi
Yang rasuah dipanggil mari
Yang kelentong dijemput datang
Yang dulak dalik imam sembahyang
Nama MB masih rahsia lagi. (TT)












--------------

RAKYAT PERLU DIBERITAHU

Posted: 22 Sep 2014 12:00 AM PDT







Sabah, Sarawak berdepan ancaman keselamatan serius - Hishammuddin
KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak berdepan ancaman keselamatan serius yang mungkin dicetuskan kumpulan militan dari selatan Filipina yang ada kaitan dengan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat.
KOMENTAR
setuju ada ancaman
tapi 
kenapa ada serangan?
siapa yang datang menyerang?
kenapa ancaman ini datang?

ini kerana negara pilipina
anggap sabah milik pilipina

wajib diterangkan
wajib dijelaskan
wajib diberi tahu
kepada rakyat malaysia
bahawa:

dalam perlembagaan pilipina
sabah itu adalah sebahagian dari
wilayah pilipina



-------------

DEMOKRASI -DARI ANAK MUDA

Posted: 21 Sep 2014 09:06 PM PDT







Jika "badan tidak dipilih" memilih ketua kerajaan, masa depan negara akan tidak menentu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh kenyataan Gabungan BERSIH bahawa sistem demokrasi berparlimen akan hancur khususnya jika kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor berakhir dengan mengenepikan pihak yang mempunyai majoriti (Adun).

Pengerusinya Marian Chin Abdullah dilaporkan dalam Malaysiakini berkata, jika "badan tidak dipilih" memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

SAMM yang juga bernaung di bawah Gabungan BERSIH berpendapat, undang-undang tubuh negeri harus dipatuhi oleh semua pihak. Jika 'rule of law' ini dilanggar atas kepentingan tertentu, negara akan menjadi kucar-kacir setelah perlembagaan dipinggirkan malah Rukun Negara yang diikrar menjadi pertaruhan.

Dikesempatan ini selaku mewakili aspirasi kelompok muda, memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majority. 


Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah sendiri sama ada kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan feudalisma kerana kita akan dikenang sejarah seperti mana yang kita mahukan. Jangan sia siakan berbelas tahun sejarah perlawanan panjang.

Ya kita menjunjung Raja berpelembagaan tetapi kita sama sekali menolak feudalisma sempit yang mengikut membuta tuli.

Sekian.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia






-----------

PERNIAGAAN LENDIR

Posted: 21 Sep 2014 08:28 PM PDT




 SABAN MALAM
SETIA
MENUNGGU 

Tiada industri  seks di Malaysia, 

kata Bukit Aman

Bukit Aman hari ini menyifatkan sebuah laporan berbentuk video tentang perdagangan seks bawah umur di Malaysia 'berat sebelah' dan cuba menggambarkan negara ini sebagai sebuah pusat kegiatan seks.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata kepada The Star Online, laporan itu tidak memberi gambaran sebenar kegiatan perdagangan seks di Malaysia.

Menurutnya, kegiatan itu "tidak sebesar mana."

"Istilah 'industri seks' digunakan dalam video itu sangat salah dan negatif. Di Malaysia, memang wujud aktiviti pelacuran, sama sahaja seperti negara lain. Tetapi, penguatkuasaan kerap meminimakan aktiviti ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-
industri-seks-di-malaysia-kata-bukit-aman#sthash.iKzM4bxD.dpuf

KAH KAH KAH


woit memang betul
tak ada industri sex


tapi ada perniagaan lendir
tiap malam ada
laporan dari jalan thambypillai
jangan buat buat donnno
jangan buat buat don si
jangan jangan dah masyuuuk

KAH KAH KAH

----------

JADILAH BATU API

Posted: 21 Sep 2014 08:00 PM PDT


KOMENTAR


dari segi taktik dan strateji
lebih baik baik najib terus jadi pm
najib ada beban yang amat berat
ada altantuya
kena pikul rosmah
ada kes bawa lari duit

belajar dari pengalaman

tahun 1999 madey 
dicap sebagai zalim
kempen ini berjaya
hasilnya terangganu jatuh

dolah ganti madey
melonjak sokongan
kerana dolah dilihat
sebagai penyapu baru

sekarang kempen wajib dipusatkan
kepada najib yang lembik
najib yang membawa beban
lekatkan imej lembik ini kepada najib
tuai hasilnya nanti

NOTA
kalau kenyataan mahfuz ini
sebagai batu api
memang amat amat baik
jadilah batu api
kalau dah kering
bubuh minyak


Selepas kritikan Dr Mahathir, Muhyiddin

perlu nasihat Najib letak jawatan,

kata Mahfuz 

Muhyiddin Yassin perlu menasihatkan Najib Razak agar melepaskan jawatan sebagai perdana menteri selepas kritikan demi kritikan terus diterimanya daripada Mahathir Mohamad, kata  Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, Muhyiddin sendiri pada minggu lalu sudah menyuarakan kebimbangannya terhadap kemerosotan undi popular yang akan diterima Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Ini kata Muhyiddin yang menjadi kebimbangannya ialah PRU yang akan datang BN akan mengalami kemerosotan undi popular maknanya Umno akan merosot dari 48% ke lebih rendah.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-kritikan-dr-mahathir-muhyiddin-perlu-nasihat-najib-letak-jawatan-ka#sthash.MaZsgwVi.dpuf

KAH KAH KAH


woit
jangan tendang najib
biar muhyiddin terus frus
biar bisul menanah
KAH KAH KAH

LIMA DALAM SATU
ROSMAH HEBAT
berat badan lima  orang budak  ini
masih
belum dapat menandingi 
berat badan rosmah

---------

Tiada ulasan: