Jumaat, 19 September 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAYSIA NIAGA DENGAN ZIONIS

Posted: 19 Sep 2014 07:00 PM PDT







PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL: KERAJAAN TERUS BERMUKA-MUKA

Portal berita Times of Israel pada tarikh 14 September 2014 telah mengeluarkan satu artikel bertajuk Malaysia favors Palestinians But Buys From Israel. Artikel tersebut telah mengesahkan berlakunya hubungan perdagangan dalam diam antara Malaysia dan Israel walaupun Malaysia sering menunjukkan sikap kritikal terhadap Israel.

Malah, Times of Israel juga memetik angka dan statistik yang sama seperti yang didedahkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini iaitu peningkatan drastik jumlah perdagangan dengan Israel bagi tahun 2013 dan juga mengesahkan sumber maklumat yang diperolehi SAMM adalah benar dan tepat.

Kegagalan MITI dan Kerajaan Persekutuan untuk berlaku tegas dalam melaksana kempen Boycott, Divestment and Sanction dan menarik balik kelulusan kabinet tahun 1996 itu, telah menjadikan Perdana Menteri dan Malaysia ditonjolkan sebagai seorang yang bermuka-muka oleh media asing.

Turut didedahkan oleh portal berita tersebut bahawa statistik perdagangan dengan Israel telah dimasukkan ke dalam ruangan "Lain-lain Negara". Sifat munafik pemerintah cuba disorok dan rakyat negara ini disajikan dengan air mata pemimpin terhadap nasib Palestine.

Lebih mengejutkan, portal tersebut menyebut bahawa selain daripada perdagangan yang dinyatakan dalam statistik rasmi, sebenarnya terdapat banyak lagi perdagangan tersembunyi yang berlaku. Adakah MITI tahu mengenai transaksi perdagangan tersembunyi yang dilakukan oleh pedagang-pedagang kapitalis ini? Apakah tindakan MITI terhadap transaksi tersembunyi ini?

MITI dan Kerajaan Persekutuan terus angkuh dan mengingkari janji untuk menilai semula perdagangan dengan Israel. SAMM sebelum ini telah mendedahkan nilai perdagangan yang menjangkau USD 1.5 billion bagi tahun 2013 dan untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2014, nilai transaksi berjumlah USD 884.7 juta iaitu peningkatan 27% daripada tempoh yang sama tahun 2013.

Apalagi helah dan dolak-dalik yang akan dikemukakan oleh MITI dan Kerajaan Persekutuan kali ini?

Kamu teruskan berbohong kepada rakyat Malaysia tetapi SAMM tidak akan berhenti membongkarkan transaksi perdagangan antara Malaysia-Israel terutamanya dalam transaksi yang melibatkan hasil pertanian negara yang dihantar ke Israel.
SAMM juga akan membongkar satu lagi pendedahan terbaru mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel dalam masa terdekat.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
 



-----------

GUNALAH POWER JIN

Posted: 19 Sep 2014 07:00 AM PDT





Hentikan isu perbezaan pendapat Hadi dengan pimpinan, kata Haron Din

Haron Din mengarahkan perwakilan muktamar yang bersidang hari ini menghentikan perbahasan berkenaan isu perbezaan pendapat antara Presiden PASAbdul Hadi Awang dengan kepimpinan lain parti.

Keadaan sudah 'cukup panas', kata timbalan mursyidul am PAS itu sambil mengarahkan mana-mana perwakilan yang ingin membawa isu berkenaan supaya tidak lagi berbuat demikian. Katanya, isu itu sudah difahami kepimpinan tertinggi PAS dan mereka akan mengulasnya dalam sesi penggulungan -


KAH KAH KAH
woit relax laaa brooo
cakap ada jin power
pakai laaaaaa
kah kah kah


----------

PEGUAM TURUN BERDEMO PULAK

Posted: 19 Sep 2014 06:00 AM PDT







KOMENTAR

anak muda bersedia
peguam akan turun
ke jalan raya


Majlis Peguam lulus usul mansuh Akta Hasutan, anjur jalan kaki aman

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam Malaysia meluluskan usul untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan mengadakan perarakan berjalan kaki secara aman (peaceful walk) bagi membantah akta yang sedang mengganas sekarang ini.

 Lebih 1,000 peguam dari seluruh tanah air menyertai mesyuarat itu dan menyokong usul agar akta kuno yang dibentuk pada 1948 iaitu semasa era penjajahan Bristish itu dimansuhkan.

KAH KAH KAH

I rest my case
my lord
this time its my lawyer
kah kah kah


-----------

APA NAJIB KATA TENTANG AKTA HASUTAN

Posted: 18 Sep 2014 10:00 PM PDT










JELAS

11 julai 2012

akta hasutan 1948
akta milik baginda queen
akta lapok  wajib dihapuskan
kata najib razak



MALAM INI KAH KAH KAH

Posted: 18 Sep 2014 09:00 PM PDT






MALAM INI


tukar tiub 

kah kah kah

Stand up comic @ Daerah Tanpa Tie #2 
bersama Isham Rais

Jumaat - 19 September 2014 - jam 2.00 petang hingga 12.00 malam - Jalan Dato' Captain Ahmad, Kluang (sebelah Arked Mara)

Jom turun ramai-ramai ke Daerah Tanpa Tie #2 

Daerah Tanpa Tie #2 disiarkan secara langsung dari www.radiobangsarutama.com


MESYUARAT PENTING PETANG INI

Posted: 18 Sep 2014 08:30 PM PDT





FACE BOOK




how cute..
















LikeLike ·  · Share



KAH KAH KAH

i rest my case
my lord 
kah kah kah
----------

MALAM INI DI KLUANG

Posted: 18 Sep 2014 08:18 PM PDT



KLUANG 

6 NOV 2010





KLUANG

MALAM INI 

19 SEPT 2014


PENJELASAN PM

Posted: 18 Sep 2014 07:40 PM PDT





ROSMAH MANSOR
MEMBINCANGKAN HAL NEGARA



Jangan kata saya kawal Najib kata Rosmah

Khuatir berhubung cakap-cakap negatif terhadapnya, isteri perdana menteri Rosmah Mansor memutuskan tidak berkongsi pandangannya berhubung pentadbiran negara ini dengan suaminya.

Bercakap ketika melancarkan buku Guide to Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, beliau kini hanya berkongsi pandangan dengan rakan-raka

"Kadang-kadang saya beritahu rakan-rakan saya, saya tidak akan beritahu suami saya, (kerana nanti) kamu semua akan cakap: 'Ah, Rosmah kawal Najib'.

"Saya mungkin cakap perkara yang benar, tetapi apabila isteri bercakap kepada suaminya, dan mungkin suaminya kata, 'Oh, kami betul, Rosmah' dan mereka akan kata, 'Ah, Rosmah kawal Najib'.


KAH KAH KAH

akhirnya
akhirnya
berita ini muvcul
kah kah kah

tapi satu dunia dah

tahu
rosmah ialah suami najib
mustahil suami tak boleh kontrol

KAH KAH KAH




---------------

Tiada ulasan: