DUNIACACAMARBA |
- [Video] Wajah Perwakilan yang Mendoakan Laknat kepada Mat Sabu dan 2 Adun yang Menyokong Wang Azizah
- "Kita bertemu di Jannah" - Cinta Jihad 'Wanita Malaysia' dengan Pejuang ISIS
- Bocor UPSR: Dua Lagi Guru Ditahan di Kedah, Jumlah Semuanya 14 Orang
[Video] Wajah Perwakilan yang Mendoakan Laknat kepada Mat Sabu dan 2 Adun yang Menyokong Wang Azizah Posted: 18 Sep 2014 11:59 PM PDT Perwakilan Baca Doa Kutuk Mat Sabu, Dua ADUN
[Malaysia Kini] Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor. Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka. Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan "nila setitik yang merosakkan susu sebelanga". "Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun," katanya dalam doa itu sambil menadah tangan. "Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa," katanya lagi Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan. Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan. Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari. Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan. Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan. "Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam? "Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam. "Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut. Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut. Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang. "Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas. -19/9/14 P/s: Belum pun reda cerita geng 50 pemuda yang didakwa memboikot ucapan Mat Sabu, kini timbul lagi isu yang lebih biadap. Namun, Allah itu Maha Berkuasa dan Mengetahui. Semoga laknat itu dijatuhkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Isu ini membabitkan PAS Terengganu dan PAS Wilayah Persekutuan. Bukan sesuatu yang menghairankan, namun kali ini cukup biadap. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada puak ini? Tunggu dan lihat. Berkaitan:
[The Malaysian Insider] Seorang perwakilan PAS menimbulkan kekecohan pada muktamar kali ini apabila dia menggunakan masa yang diperuntukkan untuk berucap dengan berdoa menyerang pemimpin dan ahli yang tidak beliau setujui. Doa sepanjang 20 minit oleh Azhar Yaakob, perwakilan dari Wilayah Persekutuan itu, memohon laknat Allah ke atas dua Adun Selangor yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor, ahli jawatankuasa pusat yang tidak bersetuju dengan presiden dan kumpulan yang beliau namakan sebagai Islam liberal dalam parti. Tindakan itu mendorong seorang perwakilan bernama Ridhuan merebut mikrofon pada akhir ucapan Azhar untuk menuntut pengerusi tetap muktamar membuat keputusan mengenai doa dalam ucapan. Ridhuan berkata menggunakan doa sebagai saluran untuk menyerang orang lain tidak Islamik dan akan mengelirukan umat Islam dan bukan Islam. – 19 September, 2014. | ||||||
"Kita bertemu di Jannah" - Cinta Jihad 'Wanita Malaysia' dengan Pejuang ISIS Posted: 18 Sep 2014 11:49 PM PDT [Astro Awani] KUALA LUMPUR: Pendedahan sebuah laman web, Buzzfeed pada Khamis menceritakan kisah seorang doktor wanita yang didakwanya dari Malaysia dalam menempuh suka duka sebagai seorang isteri kepada seorang pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Wanita berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Shams, dikatakan seorang anggota ISIS yang aktif dan sering menggunakan media sosial untuk menceritakan kisahnya termasuk propaganda ISIS. Shams yang menyertai ISIS sekitar Februari 2014, juga menggunakan nama gelaran 'Bird of Jannah', turut mengendalikan blog yang dipanggil 'Diary of a Muhajirah'. Menurut Shams dalam diarinya itu, adalah tugasnya sebagai seorang doktor untuk melakukan 'hijrah' demi tuntutan agama. "Saya tidak pernah menyebut tentang hijrah kepada kedua ibu bapa saya sebelum ini. Saya hanya memberitahu mereka semasa saya di Turki. Pada mulanya mereka kecewa, namun selepas itu mereka gembira dan menyokong saya," katanya apabila ditanya tentang reaksi ibu bapanya mengenai penghijrahannya itu. Menyelam tentang kisahnya, selepas dua bulan berhijrah, dia berkahwin dengan seorang pemuda kumpulan militan dari Maghribi. Shams menceritakan kisahnya itu menerusi laman blog ini. Shams yang berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi rakan perempuannya, bersetuju meneruskan pernikahannya dengan lelaki itu meskipun kedua mereka belum pernah bersua muka. "Saya ketakutan... gementar.. takut. Emosi saya bercampur aduk. Apabila dia menyedari kehadiran saya, dia memberi salam dan memperkenalkan dirinya, begitu juga saya. "Selepas beberapa minit, saya membuka Niqab (kain penutup muka). Dia melihat saya, dan kami bertentang mata... saya berdebar, sangat pantas seperti kelajuan cahaya." "Dia senyum kepada saya... dan kemudiannya menanyakan soalan yang saya tidak dapat lupakan sepanjang hayat saya." "Bolehkah kita bernikah hari ini? Selepas Asar?" lelaki itu berkata. "Jauh di sudut hati saya berkata tidak, namun entah mengapa saya pun bersetuju." Menurut Shams, pada hari yang sama selepas Asar, dia telah menghubungi bapanya untuk mendapatkan restu, dan kerana bapanya itu adalah walinya. Bapanya bersetuju dan turut kedengaran suara ibunya yang menjerit kegembiraan, tanda persetujuannya. Dalam kisahnya itu, Shams turut mengakui adakalanya kehidupan sebagai isteri 'mujahid' amat sukar terutama sekali apabila suaminya itu dikehendaki pergi 'berjihad', iaitu berperang dengan 'musuh'. Dia menceritakan kisah salah seorang rakannya yang dikenali dengan Umm Habiba yang kehilangan suaminya selepas 'berjihad'. Namun katanya tiada langsung luahan rasa sedih dari rakannya itu. Sebaliknya, kematian tersebut disambut dengan kegembiraan... kegembiraan kerana telah menjadi seorang 'Syahid'. "Semasa saya memasuki rumah rakan saya itu, saya lihat hampir 20 saudara wanita. Tiada siapa yang menangis... kesemua mereka tersenyum. Rumah itu berbau sungguh harum, dan terdapat banyak makanan di atas lantai. Saya terkejut, keliru," kata Shams. Shams kemudiannya didatangi Umm Habiba yang kelihatan amat ceria serta lengkap berhias dan bersolek. "Umm al Baraa ya Habibty, suami saya seorang Syahid. InsyaAllah dia sekarang di taman Jannah, berkahwin dengan Hoor-al Ayn. Hari ini merupakan hari perayaan. Hari ini hari gembira. Tiada siapa perlu menangis terutama sekali kamu yang baharu bernikah. Kamu patut sentiasa senyum." Kata-kata rakannya itu membuatkan Shams atau gelaran barunya Umm al Baraa menangis terharu kerana tidak pernah melihat seorang wanita yang begitu kuat, meskipun ditinggalkan bersama dua orang anaknya oleh suaminya itu. Shams meluahkan perasaannya setiap kali suaminya pergi 'berjihad'. Foto dari Buzzfeed Menurut Shams, rakannya itu gembira kerana telah diberitahu ibunya bahawa suaminya telah membeli sebuah rumah di syurga dan sedang menunggu mereka di situ. Katanya berkahwin dengan pejuang ISIS bererti menerima bahawa dirinya akan ditinggalkan setiap kali suaminya pergi 'berjuang', namun matlamat mereka adalah untuk bertemu di Jannah dan bukannya di dunia. "Jihad adalah isteri pertama saya, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham," kata suami Shams kepadanya. Shams yang kini hamil itu mengakui, tidak mudah untuk berdepan keadaan itu. Adakalanya dia menulis puisi di laman Facebooknya untuk meluahkan kesedihannya itu, selain merayu kepada suaminya supaya "jangan tinggalkannya terlalu awal". Selain memuatnaik mesej-mesej di Twitter, Shams juga mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan tentang 'kebaikan' ISIS termasuk mempertahankan tindakan kumpulan itu membunuh wartawan barat. Akaun Facebooknya juga sering ditutup oleh Facebook itu kerana telah melanggar polisi syarikat itu yang menentang sebarang aktiviti militan. Namun, setiap kali ditutup, Shams tetap membuka akaun baru dan nekad meneruskan 'jihadnya' itu. Ogos lalu, terdapat laporan media yang mengatakan ada wanita Malaysia yang pergi ke Syria untuk tujuan tertentu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Bagaimanapun pihak polistidak mendapat sebarang maklumatyang mengatakan aktiviti tersebut ada kaitan dengan penawaran Jihad Al-Nikah atau 'jihad seksual' oleh wanita Malaysia dengan pejuang ISIS. Namun, laporan The Malaysian Insider pada bulan yang sama mengesahkan terdapat tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan ISIS dan menawarkan 'jihad' seksual. Haider Yutim/19/9/14 | ||||||
Bocor UPSR: Dua Lagi Guru Ditahan di Kedah, Jumlah Semuanya 14 Orang Posted: 18 Sep 2014 05:34 PM PDT [Bernama] Polis menahan dua guru lelaki petang ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang setakat ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada jam 5 petang semalam bagi membantu siasatan. "Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan malam tadi. Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu. Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera dan 13 guru. Kelmarin, seorang guru wanita berumur 26 tahun ditahan di Labis, Johor dan seorang guru lelaki berumur 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan. Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. - 19/9/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan