WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SULTAN DAH TEMUDUGA 3 CALON
- DOA APA NI? SATU BADAN 2 NAMA?
- SURAT AHLIPAS PADA HAJI HADI
- Cubaan terakhir, PKR mohon menghadap sultan lagi
- Laaaaaaaaaaaaa......ADA HATI JUGAK RUPANYA
- ISTANA BELUM PUTUSKAN SIAPA MENTERI BESAR SELANGOR
Posted: 19 Sep 2014 06:16 PM PDT | ||
DOA APA NI? SATU BADAN 2 NAMA? Posted: 19 Sep 2014 02:58 PM PDT SUMBER ALHUSSEYN Siapa sebenarnya Dr Azhari Ariffin yang baca doa panjang ....Inilah orangnya yang sedang heboh diperkatakan orangramai kerana membelasan pimpinan parti sendiri melalui doa panjang menjela-jela. Aku pelik, kenapa mamat ni pakai nama Azhari Ariffin dalam Muktamar PAS ni? Adakah sebab dia nak jaga namanya yang sebenar dalam dunia perniagaan konsultannya? Korang boleh akses biodata Dr Azhar bin Yaakub @ Ariffin di sini Itulah nama mamat tu sebenarnya.Mengapa dia nak merahsikannya? Kalau korang google nama Dr Azhari Ariffin, kalian hanya akan diarah kepada ucapannya pada Muktamar PAS yg sedang berlangsung ini. Harap disiasat perkara ini. Berikut adalah antara doa yang beliau leterkan.Kesian para muktamirin terpaksa menadah tangan mereka begitu lama... hinggakan pengerusi tetap menegor mamat ni beberapa kali - rasang lebih dari 4 kali minta dia pendekan doa kalutnya itu. Sepatutnya mamat ni kena bahas ucapan dasar Presiden, tapi dia gi baca doa membelasah pimpinan yang tidak sehaluan dengannya. Perwakilan Kuala Kedah Ust Ridzwan Abu Bakar telah mengulas kelakuan mamat tadi tu sejurus mamat tu habis baca doa dah berpantun. Pantun pun ada.....macam-macam ada! Loklak betul! Ramai yang memuji dan mengucapkan tahniah diatas tindakan Ust Ridzwan yang berani mencegah kemungkaran yangv sedang berlaku didepan mata, sedangkan para 'alim ulama khusyu' menadah tangan diatas pentas! Ziarahlah facebook Ust Rizwan di sini
| ||
Posted: 19 Sep 2014 08:22 AM PDT 13 hrs · Salam tuan guru presiden Saya memohon supaya pilihlah pemimpin pemimpin yg ikhlas dan bersungguh sungguh bekerja sebagai pemimpin utama pas Janganlah pilih manusia yg jenis sombong dan takabur sebagai penasihat kamu.... Janganlah pilih pemimpin dan manusia yg bangga bergelar ustaz atau ulama tetapi perangai kurang ajar serta angkuh serta mulut bangsat menghina alim ulama lama lama... Contoh satu kata kata hebat beliau.." siapa imam ghazali tu...dia ada PHD ke...., saya ada PHD....beliau ada..."...bagi saya manusia ini kelulusan al azhar bukan alim ulama tapi haram jadah... Kalau boleh jangan pilih jenis penghasut masyarakat dan pencipta adu domba macam orang orang di besut ...angkuh takabur dan kurang ajar Kalau boleh jangan pilih manusia yg penipu dan jenis manusia yg tak berdisplin dlm berniaga . Tahu order barang tapi hutang liat nak bayar...sampai kena marah dgn ahli tarbiyah..baru nak bayar sampai sampai kita kena sound pulak kenapa komplen . Ini bukan jenis manusia berilmu dan layak jadi ahli parlimen ...melainkan manusia yg hampeh tak tak berguna Tuan presiden yg dikasihi...sesungguhnya kita berdiri atas kebenaran dan ilmu..jika tuan guru silap memilih maka..ALLAH TAALA akan menyekat kemenangan islam kerana kita gagal meletakkan yg hak diatas haknya.. Saya irsyad sidi.. Pasir tumboh kelantan... | ||
Cubaan terakhir, PKR mohon menghadap sultan lagi Posted: 19 Sep 2014 07:55 AM PDT Walaupun peluangnya dilihat makin tipis, PKR sehingga ke saat akhir masih berharap istana dapat memilih presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor. Di samping memohon menghadap sultan Selangor, PKR pada masa yang sama menegaskan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Azizah tidak berubah. "PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan ahli-ahli dewan negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah," kata setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution. "Oleh yang demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah." Dalam kenyataannya sebentar tadi, Saifuddin berkata, biro politik PKR yang dihadiri semua pimpinan kanannya bermesyuarat hari ini lanjutan perkembangan terbaru berhubung isu pelantikan menteri besar baru Selangor. "PKR akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan undang-undang tubuh Negeri Selangor yang dinaungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku," katanya. PKR sebelum ini sudah memohon menghadap sultan tetapi tidak mendapat jawapan positif. Perkembangan terbaru ini menguatkan spekulasi bahawa Azizah bukanlah pilihan sultan untuk mengangkat sumpah pada istiadat Selasa depan. Malah, harian berbahasa Inggeris New Straits Times hari ini memetik sumber istana sebagai berkata, menteri besar baru "bukan seorang perempuan". Sebelum ini, petunjuk-petunjuk sedia ada lebih memihak kepada timbalannya Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad. Surat rasmi belum keluar Sementara itu, Bernama melaporkan, istana Selangor akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin, secara sebelum istiadat mengangkat sumpah. Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. "Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi Bernama hari ini. Munir juga dilapor berkata setakat ini, istana tidak mengutus sebarang surat kepada bakal menteri besar Selangor berhubung perkara itu. Sebelum ini, beliau menyatakan nama menteri besar yang baharu akan hanya diketahui pada hari majlis angkat sumpah itu. | ||
Laaaaaaaaaaaaa......ADA HATI JUGAK RUPANYA Posted: 19 Sep 2014 05:19 AM PDT NAK MESYUARAT CARA ISLAM...HA..HA.HA....NAK TIRU PKR KA...????? UMNO TAK KALUT CAM NI.....habis la...orang cina dan India dok kutuk dibelakang kata PAS la ni susah mau caya.Kasi tuakr itu Hadi. Berapa lama PAS dah berjuang dengan cukup elok dan tertib..bila tiba isu MB Selangor PAS jadi porak peranda...dan yang ruginya PAS. Ya PAS akan kehilangan sokongan jika tidak bekerjasama dengan parti lain...Jika anda tidak percaya....cuba biarkan PAS bertanding sedirian.... | ||
ISTANA BELUM PUTUSKAN SIAPA MENTERI BESAR SELANGOR Posted: 19 Sep 2014 04:43 AM PDT
SELASA YANG MENDEBARKAN.... |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan