Selasa, 23 September 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar TG Nik Aziz Dan TG Haji Hadi Di #prkpengkalankubor

Posted: 23 Sep 2014 07:29 AM PDT







Mereka menjamu selera sebelum ke tempat ceramah. Ayuh terus kuatkan semangat para pejuang pas. Kemoen habis-habisan!

KENYATAAN MEDIA KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP DIKESALI

Posted: 23 Sep 2014 05:50 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP DIKESALI

Saya merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng bertarikh 22 September 2014. Bagi pihak PAS, saya ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap Setiausaha Agung DAP yang menuduh 4 orang Exco Kerajaan Selangor dari PAS sebagai melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan 6 lagi bekas Exco dari DAP dan PKR apabila 4 Exco tersebut mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco selepas Exco-Exco lain dipecat oleh Menteri Besar Selangor pada 12 Ogos 2014 yang lalu. Kepimpinan PAS sebelum ini telah beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai.

Setiausaha Agung DAP harus memahami bahawa tindakan PAS mengarahkan keempat anggota Exco tersebut supaya tidak meletakkan jawatan adalah dibuat di atas pertimbangan strategi untuk menyelamatkan Dewan Undangan Negeri Selangor daripada menghadapi risiko dibubarkan akibat ketiadaan sebuah majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi eksekutif pemerintahan di negeri Selangor.

Saya percaya Setiausaha Agung DAP menyedari wujudnya peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan hendaklah terdapat minimum empat orang Exco bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus dapat berfungsi seperti biasa. Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Dengan pelantikan YAB Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh kesemua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh jentera Pakatan Rakyat wajib untuk bergerak kehadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hentikan segala serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada sesiapa. Muafakat Pakatan Rakyat harus diperkukuh dan sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutama yang diakibatkan oleh kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat.

Yang benar,

YB DATO' MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS
23 September 2014

TAHNIAH YB AZMIN, TERIMA KASIH TAN SRI KHALID, SYUKUR PAKATAN RAKYAT MASIH MENTADBIR SELANGOR.

Posted: 23 Sep 2014 05:44 AM PDT

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohd Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor.

Oleh yang demikian, PAS Selangor yakin kami akan dapat sama-sama bekerja dengan beliau demi kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Selangor.

Kami berharap di bawah pentadbiran beliau, prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat diteruskan.

Semoga Allah SWT akan menganugerahkan beliau kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid yang telah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang paling atas dan telah membawa banyak pembaharuan ke negeri ini.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau.

Kami juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pakatan Rakyat masih mentadbir negeri Selangor.

Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang.

Tetapi 4 orang Exco PAS di atas arahan PAS Pusat telah terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri.

Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri.

Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut.

Mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Contohnya mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.

4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika UMNO dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama.

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
23 September 2014

TG Presiden Pas Sedang Berkuliah #prkpengkalankubor

Posted: 23 Sep 2014 05:11 AM PDT




Boleh hadirkan diri di masjid pengkalan kubur sekarang.

Ceramah Kenegaraan Serang Pakatan Rakyat?

Posted: 23 Sep 2014 03:44 AM PDT



Kami mendapat maklumat yang modul dan sumber dalam ceramah kenegaraan menyerang pemimpin pakatan rakyat.

Rasanya ceramah guru ko ni.

Bercakap Biar Cerdik Sikit Wahai Lim Guang Eng

Posted: 22 Sep 2014 11:33 PM PDT



Masih ungkit perkara lama. Biar cerdik la sikit. Jangan nampak sangat kebodohan.

Kamu nak ke pilihanraya negeri?

Abdul Hadi ucap tahniah pelantikan Azmin sebagai MB Selangor

Posted: 22 Sep 2014 10:58 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Muhamed Azmin Ali atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Abdul Hadi turut mengingatkan supaya beliau menjalankan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya dan tidak boleh disalahgunakan.

"Jadi kita harap supaya Azmin dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa dan harta Selangor," katanya ketika ditemui di sini, hari ini

YAB Azmin Ali Angkat Sumpah

Posted: 22 Sep 2014 08:56 PM PDT



Jadikan lah jawatan ni sebagai satu amanah.

Ingat allah dan rasul.

Tiada ulasan: