DUNIACACAMARBA |
- Gadis Dapat Gelaran "Penjenayah Terseksi di Dunia"
- Wanita Dipaksa Tidur dengan 1,800 Lelaki
- Anwar Dipecat, Pejabat Penasihat Kewangan Selangor Ditutup
- Seluruh Pasukan Cameroon Peluk Islam
- DAP Sokong Azmin MB Selangor, Selar Pembelotan 4 Exco PAS
Gadis Dapat Gelaran "Penjenayah Terseksi di Dunia" Posted: 22 Sep 2014 09:25 PM PDT [Harian Metro] Kanada: Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar 'penjenayah wanita paling seksi di dunia' selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini. Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan. Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple. Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah. Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114. Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api. Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya. "Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal," kata peguamnya, Denis Lavigne. Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika melakukan jenayah. Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November. Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya 'penjenayah paling seksi terbaru dunia.' "Penjenayah ini mencuri hati saya," kata seorang pengguna Twitter. - 23/9/14 | ||
Wanita Dipaksa Tidur dengan 1,800 Lelaki Posted: 22 Sep 2014 09:09 PM PDT
[Harian Metro] Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki. Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun. Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai 'paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.' Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam. Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul 'The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.' "Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok. "Saya tahu apa yang perlu saya jawab. Saya kata seronok. "Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati," kata Annabelle dalam bukunya itu. Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun. "Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya," kata Annabelle. Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu. "Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu. Siang saya ke sekolah. Malam saya dipaksa melacur," kata Annabelle di dalam bukunya itu. Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual. Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley. Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks. -23/9/14 | ||
Anwar Dipecat, Pejabat Penasihat Kewangan Selangor Ditutup Posted: 22 Sep 2014 08:58 PM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran. Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin. Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi. "Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. "Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu. Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor. Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. - 23/9/14 P/s: Tindakan terakhir TSKI sebelum melepaskan jawatan MB Selangor. Sekurang-kurangnya kerajaan negeri akan jimat RM12 setahun. Untuk rekod DSAI dibayar RM1 sebulan untuk menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. | ||
Seluruh Pasukan Cameroon Peluk Islam Posted: 22 Sep 2014 08:06 PM PDT [Sinar Harian] MENURUT laporan Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu, kesemua anggota pasukan bola sepak pelapis kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam. Anggota pasukan Cameroon yang rata-rata dalam lingkungan 20-an mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai, baru-baru ini. Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam. Pasukan Cameroon berasal dari akademi bola sepak yang ditubuhkan khas untuk anak-anak yatim, orang gelandangan dan orang miskin. Ketua Pengarah IACAD, Dr Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam. "Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai toleransi berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri," katanya. - 22/9/14 | ||
DAP Sokong Azmin MB Selangor, Selar Pembelotan 4 Exco PAS Posted: 22 Sep 2014 05:45 PM PDT [The Malaysian Insider] DAP menyokong penuh pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetapi menyelar pengkhianatan empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS kepada Pakatan Rakyat (PR). Menurut Lim Guan Eng, keputusan menyokong Azmin dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima berita daripada pihak Istana Selangor. "Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 memutuskan untuk menyokong kenyataan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan menteri besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor melantik Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor baharu," kata setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan malam tadi. Kemelut menteri besar Selangor hampir selesai selepas Azmin disahkan bakal menjadi MB baharu dan Dr Wan Azizah juga menerima keputusan pilihan pihak Istana secara terbuka. Lim berkata, keputusan DAP selari dengan pendirian jawatan menteri besar Selangor mesti diserahkan kepada PKR. "Keputusan beliau (Dr Wan Azizah) untuk menyokong Azmin juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa MB Selangor seharusnya memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," katanya. "DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada hari ini pada jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang. Spekulasi sebelum ini mengatakan Azmin akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru, namun tiada pengesahan daripada pihak Istana hingga surat pelantikan tersebut didedahkan semalam. – Md Izwan/23 September, 2014. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan