DIALOG RAKYAT |
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015?
- Aktivis didakwa hasut dibawa ke Johor
- Azmin akan manfaatkan rizab tunai RM3 bilion
- ROS akhirnya mengalah, iktiraf CEC DAP
- Bayi lapan bulan cedera diserang biawak
- Rasuah: Seorang lagi pegawai kastam didakwa
- Barisan Exco Selangor baharu dibincang petang ini
- Hadi mahu Azmin laksana amanah rakyat
- Pekerja kargo didakwa ancam lancar bom
- Azmin jamin guna dana dengan telus
- Hadi ucap tahniah pelantikan Azmin
- Iskandar tegur Guan Eng supaya 'jangan pandang belakang'
- Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah, sambung yang putus dan tampal yang koyak'
- Oii sudah-sudahlah tu…
- Sokongan pengundi kepada Wan Rosdi makin terserlah
- Papan Iklan Royalti Minyak 'Makan Diri' BN
- PAS Selangor Sokong Azmin Sebagai MB Baharu
- "Dosa Khalid Cuma Satu"
- Azmin Kini MB Selangor Ke-15
- Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal
- Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala
- Hikayat Kajang Move
- Terima kasih rakyat Selangor!
- Azizah tarik diri calon MB Selangor
Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015? Posted: 23 Sep 2014 05:05 AM PDT Kadar Kemiskinan di Malaysia Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015? : Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh kerajaan Malaysia apabila satu demi satu menteri berkongsi angka kejayaan yang berjaya dicapai pada ketika ini. Jika sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menghidangkan statistik (SEPERTI DI SINI) di mana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM5,900 sebulan. Tidak cukup dengan itu….. (Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah. Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsian kegembiraannya dan "kejayaan menakjubkan" kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.
Sejarah Prestasi & Usaha Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia
Pasti ada yang tertanya formula apa yang digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia? Berdasarkan semakan Berita Semasa, contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut. Setiap negara ada paras dan kadar kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia. Ada yang menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang mereka didiami. Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS SarawakBagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?
Walaubagaimanapun, ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka. Apa pula respon anda? | ||||
Aktivis didakwa hasut dibawa ke Johor Posted: 23 Sep 2014 04:54 AM PDT MALAYSIAKINI Aktivis Ali Abdul Jalil hari ini didakwa sekali lagi bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Selepas dibebaskan dengan jaminan, beliau ditahan semula oleh pihak polis, sama seperti yang berlaku sebelum ini. Beliau akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk direman dan disiasat. Selepas dijamin, Ali dikerumuni penyokong dan dipeluk ayahnya Abdul Jalil Abd Rahman, 62, yang turut hadir. Orang ramai turut melaungkan "Hidup Ali!". Walaupun sudah dua minggu dalam tahanan, Ali tampil bersemangat dan sentiasa tersenyum. Bercakap kepada pemberita, beliau malah menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun tanpa senjata. "Rakyat adalah raja," kata Ali. Peguam anggap 'gangguan' Sementara itu, peguamnya New Sin Yew menyifatkan tangkapan terbaru pada anak guamnya itu merupakan "satu bentuk gangguan" dan tiada keperluan memindahkannya ke Johor. Katanya, tempat jenayah didakwa dilakukan di Kuala Lumpur, tetapi Kuala Lumpur, tempat Ali tinggal. | ||||
Azmin akan manfaatkan rizab tunai RM3 bilion Posted: 23 Sep 2014 04:46 AM PDT MALAYSIAKINI Dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali berikrar untuk memanfaatkan rizab tunai RM3 bilion dalam perbendaharaan negeri Selangor untuk "manfaat rakyat Selangor". Menurut Azmin, beliau tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-mata. "Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin. "Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini. Dalam ucapan sama, Azmin berikrar untuk menjalankan tugas secara turun padang dengan mendekati sendiri masalah penduduk Selangor. "Banyak kerja yang tertangguh selama dua bulan ini. "Cara kerja saya bukan dengan tie (tali leher) dan kot tetapi dengan lengan pendek dan seluar panjang... turun ke daerah untuk mendengar sendiri masalah rakyat dan selesaikan semuanya," katanya. Terus masuk pejabat Beliau memaklumkan orang ramai yang beliau akan terus ke pejabat menteri besar pada petang ini juga untuk membincangkan pelantikan exco yang akan diumumkan pada hari Jumaat ini. "Saya juga akan masuk ke pejabat petang ini untuk berbincang tentang barisan exco yang baru," katanya. Beliau turut berhasrat meningkatkan imej penjawat-penjawat awam Selangor untuk lebih dikenali sebagai penjawat awam yang cekap apabila bekerja dalam satu pasukan. "Saya akan mengangkat martabat penjawat awam di negeri Selangor sebagai pasukan yang boleh menjalankan tanggungjawab secara kolektif," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 300 orang hadirin. Hadirin yang hadir rata-ratanya kelihatan ceria walaupun cuaca panas terik. Mereka menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan di perkarangan rumah ibu Azmin, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang. Terdahulu, beliau berikrar untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai menteri besar baru dalam mengekalkan keharmonian di Selangor bermula hari ini. Imamkan 300 orang Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas mengimamkan solat Zuhur berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya, Masjid Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada jam 1.25 tengah hari tadi. "Amanah ini bukan satu keistimewaan tetapi tanggungjawab yang cukup besar untuk mengangkat martabat orang Melayu-Islam khususnya. "Saya harap dengan dokongan tuan-tuan saya dapat jalankan tanggungjawab ini dengan jujur dan ikhlas kerana akhirnya saya perlu menjawab pada Allah Taala. "Jadi saya berharap sekarang adalah waktu untuk kita mula bekerja. "Saya juga telah menerima akujanji dengan Tuanku Sultan Selangor untuk menjaga keharmonian di negeri ini," katanya dalam ucapan tersebut di hadapan kira-kira 300 orang menyertai solat Zuhur berjemaah diimamkan Azmin. Satu kenduri kesyukuran menyambut pelantikan Azmin sebagai MB akan berlangsung pada bermula jam 2.30 petang ini di kediaman ibunya di kampung yang sama. Azmin mengangkat sumpah sebagai MB baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di Istana Alam Shah Klang, pagi tadi. | ||||
ROS akhirnya mengalah, iktiraf CEC DAP Posted: 23 Sep 2014 04:16 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR – Kemelut 21 bulan melibatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan DAP akhirnya selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila agensi tersebut mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Dalam pendengaran kes saman DAP terhadap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, ROS bersetuju bahawa CEC DAP yang dilantik pada 29 September tahun lalu adalah sah dan boleh melaksanakan tugas. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang melalui akaun Twitternya menulis "Berakhirnya 'limbo' 21 bulan bagi DAP setelah Pendaftar Pertubuhan mengalah di Mahkamah Tinggi. CEC DAP boleh melaksanakan semua tugas dan kuasanya" Kemelut CEC DAP bermula selepas keputusan pemilihan DAP dalam kongresnya pada tahun 2012 tidak diiktiraf ROS lantaran kesilapan teknikal. DAP kemudiannya melakukan pemilihan semula pada 29 September tahun lalu sesuai dengan saranan pihak ROS. Pun begitu, ROS tetap tidak mengiktiraf jawatankuasa yang dilantik dan mengarahkan supaya badan tersebut tidak membuat sebarang keputusan, sehingga siasatannya selesai. Hakim Datuk Zaleha Zahari menggugurkan saman DAP terhadap ROS tanpa arahan kos, setelah DAP menarik balik samannya bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap arahan ROS terbabit. Dalam penghujahannya kepada mahkamah, Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata bahawa arahan yang dikeluarkan ROS pada 6 Disember 2013 terhadap Setiausaha Agung DAP bukanlah arahan yang mengikat dari segi undang-undang. "Oleh yang demikian arahan tersebut adalah tidak tidak mengikat dan hanyalah nasihat kepada DAP, dan pihak ROS mengiktiraf CEC DAP yang dilantik pada 29 September 2013." – Roketkini.com | ||||
Bayi lapan bulan cedera diserang biawak Posted: 23 Sep 2014 04:11 AM PDT Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. - Sumber WhatsApp ROMPIN – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan cedera teruk di muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, kejadian tersebut hanya disedari ibunya apabila terdengar tangisan kuat bayi tersebut secara tiba-tiba. "Bayi seberat kira-kira 9kg itu diletakkan di atas lantai dapur dan pada masa itu ibunya meninggalkan bayinya sekejap untuk mengambil sesuatu sebelum terdengar bunyi bising diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa. "Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku. Biawak itu juga cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran," katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Johari berkata, ibu bayi itu berjaya menyelamatkannya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Pulau Tioman untuk menerima rawatan. Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman kira-kira jam 4.51 petang semalam. "Bayi itu telah dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya. Sementara itu, jurucakap Hospital Mersing yang dihubungi mengesahkan bayi malang tersebut telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. | ||||
Posted: 23 Sep 2014 04:08 AM PDT DAP kecam sikap lepas tangan Bukit Aman tangani perdagangan seksRoketkini.com PETALING JAYA: DAP kesal dengan sikap lepas tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dalam menangani kes perdagangan seks di Malaysia. Adun DAP Damansara Utama Yeo Bee Yin berkata, sikap 'tidak apa' terhadap pasaran pekerja seks bernilai RM3 bilion tersebut termasuk mengangap ia sebagai bukan 'industri' tetapi hanya 'aktiviti' tidak boleh diterima sama sekali. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat SAC Datuk Roslee Chik dalam portal The Star Online, 23 September lalu menyifatkan pendedahan video 'Trapped – The Underage Sex Industry in Malaysia' hanyalah 'aktiviti' dan bukannya 'industri' kerana ia 'tidak begitu besar'. Sedangkan Havescope, pertubuhan antarabangsa yang mengumpul maklumat tentang pasaran gelap dunia menganggarkan saiz nilai pasaran gelap pekerja seks di Malaysia bernilai sehingga USD 963 juta. "Adakah pasaran gelap seks bernilai RM3 bilion tidak cukup besar untuk dipertimbangkan sebagai sebuah industri bagi Bukit Aman? "Kumpulan pekerja seks juga tergolong dalam salah satu daripada empat kumpulan terbesar jangkitan HIV oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia manakala 74 peratus daripada jangkitan HIV baru disebabkan pemindahan secara seksual berdasarkan data 2013. "Jadi, masalah perdagangan seks haram pastilah bukan 'tidak begitu besar' sebagaimana yang disifatkan Roslee. Sikap 'tidak apa' terhadap masalah kompleks ini tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menyelar kenyataan terbabit, Bee Yin menyatakan, Bukit Aman sepatutnya memandang serius untuk mengatasi perdagangan seks haram di Malaysia terutama melibatkan pekerja bawah umur. "Daripada menafi atau memperkecilkannya, kita mesti mengetahui ramai kanak-kanak (tempatan atau asing) diculik, ditipu atau diperdagangkan untuk diniagakan tubuh mereka. "Adalah lebih untuk mencari jalan penyelesaian sama ada melalui undang-undang dan penguatkuasaan daripada menolaknya ketepi termasuk mencari kesalahan dan menafikannya," tegas beliau. – Roketkini.com | ||||
Rasuah: Seorang lagi pegawai kastam didakwa Posted: 23 Sep 2014 03:59 AM PDT - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB SHAH ALAM - Seorang lagi pegawai kastam didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam sebentar tadi membabitkan kesalahan menerima suapan. Pegawai kanan kastam, Mohd Yusri Mohd Jonet, 35, yang kini berkhidmat di Cawangan Pemeriksaan Penumpang KLIA didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Tertuduh didakwa menerima suapan RM300 daripada individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya sewaktu berkhidmat di Unit Pencegahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari tahun 2004 hingga 2013. | ||||
Barisan Exco Selangor baharu dibincang petang ini Posted: 23 Sep 2014 03:57 AM PDT GOMBAK – [DIKEMASKINI] Segala perbincangan mengenai barisan baharu Exco Selangor hanya akan mula dibincangkan pada petang ini. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui media berkata, kedudukan wajah baharu itu akan ditentukan melalui perbincangan tersebut. Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan berlaku rombakan. Ditanya kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam barisan Exco tersebut, beliau berkata, tidak boleh memberi bayangan ke atas apa yang bakal terjadi. "Segala keputusan akan tertakluk dalam pertemuan nanti dan keputusan mengenai kedudukan Exco akan diselesai sepenuhnya menjelang Jumaat ini," katanya. | ||||
Hadi mahu Azmin laksana amanah rakyat Posted: 23 Sep 2014 03:53 AM PDT SINAR HARIAN Hadi Awang KUALA TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Beliau berkata, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR kini harus memikul amanah yang diberikan Sultan Selangor dan rakyat Selangor kerana pelantikan ini juga menyelesaikan isu pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Tahniah kepada Azmin yang telah dilantik sebagai menteri besar Selangor dan kemelut politik di Selangor dapat diselesaikan dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini. Katanya Pas akan kekal dalam pakatan rakyat di Selangor dan tidak pun terkilan dengan penolakan calon daripada Pas untuk jawatan itu kerana dari awal lagi Pas tidak mahukan jawatan tersebut. Berkenaan dengan majoriti dalam pakatan rakyat, yang dikatakan mahu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar sebelum ini, beliau berkata kedudukan Sultan Selangor adalah lebih tinggi dalam menentukan siapa yang layak. Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dun ke-13, berkata beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Mohamed Azmin dan berharap menteri besar baharu itu dapat meneruskan fokus dalam membela nasib rakyat di Selangor. Mohamed Azmin, 50, mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.42 pagi ini. Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008. - Bernama | ||||
Pekerja kargo didakwa ancam lancar bom Posted: 23 Sep 2014 03:51 AM PDT SINAR HARIAN Pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Syafiq Abdul Wahid, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. - Foto Bernama PETALING JAYA - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. Syafiq Abdul Rahim, 24, didakwa mengeluarkan kenyataan itu melalui Facebook atas profil Persatuan Kongsi Gelap Melayu dengan niat menakutkan orang awam. Lokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 24 Ogos lepas. Bagi pertuduhan itu, Syafiq didakwa mengikut Seskyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.- Bernama | ||||
Azmin jamin guna dana dengan telus Posted: 23 Sep 2014 03:50 AM PDT Azmin Ali menerima watikah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru daripada Sultan Selangor pada Majlis Istiadat Perlantikan Dato' , Menteri Besar dan Exco Selangor di Istana Alam Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM SHAH ALAM - Segala penggunaan dana dan perbelanjaan bagi pembangunan akan diuruskan dengan telus dan penuh amanah. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, semakan penuh akan dibuat oleh beliau untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan negeri berjalan dengan lancar. "Untuk permulaan, saya akan tumpukan kepada pembangunan di Selangor. Saya akan semak semula setiap perincian dalam semua perkara berkaitan untuk melancarkan kembali pentadbiran negeri ini. "Saya akan pastikan dana yang ada diguna dan dimanfaatkan dengan telus dan tulus," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Mohamed Azmin diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawat jawatan tersebut. Semalam, Pkr mengadakan mesyuarat tergempar bersama pimpinan parti yang lain bagi merestui perkenan sultan. Penerimaan Mohamed Azmin bagi jawatan tersebut sekaligus mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi menteri besar di negeri ini. Azmin dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi persetujuan dan menyokong sebulat suara atas pelantikannya. Mohamed Azmin tiba seawal jam 8:15 pagi bagi upacara Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang, dan kemudiannya menuju ke Masjid Klang Gate untuk menunaikan solat Zohor bersama-sama penduduk setempat. Usai solat Zohor, beliau menuju ke kediaman bondanya, Che Tom Yahaya di Kampung Klang Gate untuk berjumpa ibunya dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum meneruskan perancangan untuk mengadakan mesyuarat membincangkan kedudukan barisan Exco Selangor. | ||||
Hadi ucap tahniah pelantikan Azmin Posted: 23 Sep 2014 03:38 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Muhamed Azmin Ali atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Abdul Hadi turut mengingatkan supaya beliau menjalankan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya dan tidak boleh disalahgunakan. "Jadi kita harap supaya Azmin dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa dan harta Selangor," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Sementara itu, di Tumpat, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menyifatkan pelantikan Azmin sebagai penamat kepada segala masalah dan kemelut membelenggu Pakatan Rakyat berkenaan jawatan itu sebelum ini. Katanya, parti itu juga mengalu-alukan pelantikan Mohamed Azmin untuk menerajui kerajaan negeri selaras dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Katanya, tidak ada lagi perkara berbangkit daripada parti itu berhubung pelantikan Mohamed Azmin termasuk keperluan untuk PAS mengadakan semula mesyuarat. "Dalam PAS apa saja yang diputuskan oleh istana, kita setuju. Semuanya (sayap PAS) termasuk Dewan Ulama setuju. "Sebelum ini, mesyuarat kita pada 17 Ogos lalu pun sudah bersetuju dua nama dipertimbangkan iaitu Mohamed Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jadi tidak ada keperluan untuk itu (adakan mesyuarat)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor, di sini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta semua pihak mematuhi perkenan baginda Sultan Selangor berkenaan pelantikan itu serta mengharapkan Mohamed Azmin dapat menerajui kerajaan negeri dengan jayanya. Menyentuh mengenai tindakan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang sebelum ini menyokong Wan Azizah, Mustafa berkata jawatankuasa disiplin parti itu masih lagi menyiasat dan beliau sendiri akan memanggil kedua-duanya dalam masa terdekat. "Setakat ini memang tak ada apa-apa tindakan lagi, lepas ini saya akan panggil. Lambat, cepat ini atas persepsi orang saja," katanya menjawab soalan media berkenaan kelewatan jawatankuasa disiplin parti itu mengambil tindakan ke atas dua ADUN itu. | ||||
Iskandar tegur Guan Eng supaya 'jangan pandang belakang' Posted: 23 Sep 2014 03:36 AM PDT Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar dan Shawaliah HadirSHAH ALAM: Exco Selangor, Iskandar Samad hari ini menegur DAP kerana masih mempertikaikan penyertaan empat exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang lalu sungguhpun Menteri Besar Selangor yang baharu sudahpun dilantik. Katanya, empat exco PAS bertindak demikian bagi memastikan Selangor kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekali gus mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) mengejut diadakan. "Jika empat orang exco juga letak jawatan, (bermakna) kerajaan negeri juga telah tumbang. Mungkin akan berlaku pilihan raya negeri. Empat exco terus pertahan polisi dan prinsip Pakatan Rakyat di dalam kerajaan negeri Tan Sri Khalid di Selangor," ujar Iskandar menerusi aplikasi WhatsApp kepada Antarapos. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataan medianya selepas Azmin sah dilantik menjadi MB Selangor berkata, parti itu menyokong pelantikan itu. Beliau kemudiannya mensasarkan kritikannya kepada empat exco PAS di Selangor kerana ingkar pada prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas menteri besar. Khalid sebelum ini bertindak memecat enam exco berkenaan atas alasan mereka cuba 'mengurangkan kecekapan' pengurusan kerajaan negeri. Iskandar menegaskan Guan Eng tidak perlu toleh ke belakang dan seharusnya pandang ke depan bagi memastikan Selangor terus maju dan berdaya saing. "Lim Guan Eng sepatutnya bawa semangat baru ke hadapan. Bukannya memandang ke belakang," tambanya. Seorang lagi exco Selangor, Sallehen Mukhyi yang ditemui pemberita selepas istiadat pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah menyifatkan Guan Eng sebagai tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. "Guan Eng tidak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi pada ketika itu yang ada adalah Umno -BN kalau kita tidak ada, MB boleh pilih empat orang daripada Umno untuk jadi exco. "Jadi sebab itu saya mengatakan bahawa empat orang exco ini sebenarnya walaupun dituduh sebagai pengkhianat tapi sebenarnya kami adalah benteng terakhir untuk selamatkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Sallehen ringkas kepada pemberita yang menunggu hampir tiga jam di perkarangan Istana Alam Shah. Pada Muktamar PAS kali ke-60 di Johor hujung minggu lalu, Sallehen yang juga perwakilan PAS Selangor berkata, kesemua empat exco PAS Selangor berkorban apabila terus kekal dalam pentadbiran Khalid. Menurutnya, mereka dicemuh rakan komponen Pakatan Rakyat yang lain walhal tindakan itu diambil bagi memastikan Selangor masih dalam kawalan gagasan itu. "Walaupun kita mendapat sindiran daripada beberapa rakan-rakan dalam PR, empat kerusi inilah menjadi benteng terakhir Kerajaan PR Selangor. "Walaupun kita boleh melantik exco baru, kita tak buat begitu kerana kita mahu menghormati rakan kita dalam PR," tambahnya. Empat exco PAS itu dijangka kekal dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali. Mereka adalah ADUN Chempaka, Iskandar Samad; ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi; ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dan ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali. Azmin pagi tadi mengangkat sumpah jawatannya di Balairong Seri Istana Alam Shah di Klang. | ||||
Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah, sambung yang putus dan tampal yang koyak' Posted: 23 Sep 2014 03:29 AM PDT
ASPAN ALIAS Sah, Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Antarabangsa, yang juga Timbalan Presiden PKR Kebangsaan telah diperkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim yang dimangsakan oleh Anwar Ibrahim itu. Sekalung tahniah kepada saudara Azmin yang saudara akan memulakan tugasan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa besok, 23hb September. Akhirnya terjawab sudah siapa yang telah ditentukan takdir untuk memikul tanggungjawab dan menyambung kerja baik yang telah diselenggarakan oleh TS Khalid Ibrahim sejak enam tahun yang lalu. Dengan perlantikan Azmin Ali itu, maka jelas ia telah menggagalkan 'Kajang Move' yang diatur dan disusun oleh Anwar Ibrahim yang dinasihatkan oleh Penasihat Strategi PKR yang 'famous' itu. Bagi Azmin perlantikan beliau itu tidak boleh diterima sebagai kemenangan peribadi tetapi di sebaliknya terimalah perlantikan itu sebagai satu tanggungjawab berat untuk meneruskan ketelusan pentadbiran negeri Selangor yang begitu baik di bawah TS Khalid Ibrahim dahulu. Azmin, seorang yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam Dewan Legislatif Negeri Selangor dan begitu mahir dalam mengurus parti yang beliau sama-sama menubuhkannya pada tahun 1998 dahulu. Walaupun beliau bukan pilihan PKR tetapi ahli-ahli biasa parti itu di Selangor kebanyakan menyokong perlantikan beliau dan dalam keadaan sekarang saya dapati ramai di antara penyokong Khalid Ibrahim pun bersetuju bagi Azmin menggantikan TS Khalid Ibrahim. Saya berharap Azmin akan menjadi pemimpin negeri yang 'magnanimous' seperti yang saya sebutkan pagi tadi dalam posting yang sebelum ini. Jadilah seorang Menteri Besar yang tidak terlalu masuk campur dalam urusan pegawai kerajaan dan pelaksana yang melaksanakan tugas menyempurnakan dasar yang telah ditetapkan. Jika terlalu banyak masuk campur dalam urusan pelaksana maka memerangani isu rasuah akan tidak tercapai. Parti hanya boleh membuat dan menggubal dasar, tetapi apabila dasar telah digubal, tugas seorang ahli politik termasuk Menteri Besar hanyalah untuk memastikan dasar yang digubal itu terlaksana dengan sempurna. Saya secara peribadi bergembira dengan perlantikan Azmin ini kerana sememangnya beliau mempunyai sebab dan moral untuk menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008 lagi. Tetapi apa yang telah dipahat oleh TS Khalid Ibrahim selama enam tahun sebelum ini menjadikan tekanan terhadap Azmin untuk menyamai ketelusan TS Khalid jika tidak melebihinya merupakan satu sasaran yang sangat tinggi bagi Azmin Ali. Tetapi saya yakin Azmin mampu melakukannya, kerana Azmin sudah belajar banyak, bukan dari kesilapan beliau sendiri tetapi banyak belajar dari kesilapan orang lain khususnya mentor beliau sendiri Anwar Ibrahim. Kepada Wan Azizah, kita berharap beliau tidak berkecil hati atas perlantikan Azmin, Timbalan beliau dalam PKR. Anggaplah perlantikan Azmin ini seperti perlantikan untuk parti yang tidak ada mana-mana pihak yang menentangnya. Tentunya pemilihan Azmin ini sudah ditentukan di azali lagi kerana berbagai-bagai pihak yang selama enam tahun ini mahukan jawatan itu, tetapi dalam keadaan sekarang beliau menjadi pilihan dan diharap, beliau akan mampu bekerjasama dengan pihak Istana dan Legislatif, serta eksekutif dengan baik,. Ketiga-tiga teras sebuah negeri yang berdaulat seperti Selangor wajar 'sehayun dan selenggang' agar negeri tidak kacau-bilau oleh kerana politik sempit yang dibudayakan oleh politik baru sekarang ini. Setakat ini sahaja komen saya dan akhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Azmin Ali, yang telah tepat dan kena masanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan TS Khalid Ibrahim yang teraniaya itu. Saya yakin Azmin akan berjaya 'mentautkan yang belah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak'. Sekali lagi TAHNIAH setinggi-tingginya. | ||||
Posted: 22 Sep 2014 10:45 PM PDT Setelah 8 bulan krisis pelantikan menteri besar Selangor berlanjutan, orang ramai berpandangan para pemimpin politik perlu memberikan tumpuan kepada mereka pula.Mereka sudah jelak dengan krisis yang berpanjangan ini dan mahukan semua wakil rakyat yang mereka pilih memberi fokus kepada tugas mereka sebagai wakil rakyat. Mereka mahu jalan-jalan yang berlubang di sana sini ditampal dan mereka mahu parit serta longkang tersumbat diperbetulkan kerana ia menjadi tempat musuh manusia membiak. Mereka juga mahu khidmat kesihatan rakyat dipertingkatkan, kualiti kebersihan dan keindahan dijaga bahkan mereka juga mahu masalah kesesakan dan kelemahan sistem pengangkutan awam diselesaikan segera. Mereka juga mahu kerajaan negeri Selangor yang dikatakan kaya ini mempertingkatkan kemudahan pendidikan dan memastikan harga rumah berpatutan untuk rakyat. Tak guna kerajaan negeri ada berbilion ringgit dalam kantungnya tetapi mereka tetap berada di tahap yang sama. Wakil-wakil rakyat mereka sibuk berpolitik siang malam. Pengkhianat sana, pengkhianat sini, barua sana barua sini. Munafik sana, munafik sini dan entah apa-apa lagi yang dihamburkan. Selepas sultan berkenan melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, mereka sangat berharap parti-parti Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong beliau sepenuhnya dan mempersiapkan diri untuk maju ke depan. Tiba-tiba, DAP pula membuat kenyataan menyesali empat exco PAS yang bersama-sama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kerajaan negeri, kononnya mereka pengkhianat. Padahal semua tahu, kerajaan Khalid sementara sahaja sebelum menteri besar baru dilantik oleh Tuanku Sultan. Kalau mereka berempat tidak ada di situ, sudah tentu Khalid terpaksa melantik orang lain untuk mempastikan kerajaan itu kekal dan pilihan raya semula negeri tidak perlu diadakan. Kalau lantik orang lain, bagaimana kalau mereka daripada Umno. Adakah itu yang dikehendaki DAP? Jadi agak-agaklah sebelum membuat komen bukan-bukan dan kadang-kadang tidak perlu sebenarnya. Bila DAP dah tuduh macam tu, PAS sudah tentu akan jawab. Sekurang-kurangnya sekarang PAS teragak-agak dalam sikapnya terhadap kerajaan baru di bawah pimpinan Azmin. Sehingga tulisan ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada PAS terhadap keputusan Sultan Selangor untuk melantik Azmin sebagai menteri besar baru. Jangan-jangan PAS mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan itu dan menjadi Adun bebas ekoran kenyataan DAP itu. Ia tidak mengejutkan kalau diperhatikan daripada gaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat kelmarin. Harap-harapnya tidak begitu. Rakyat sekarang mahukan mereka pula yang dimanja. Banyak harapan mereka yang perlu ditunaikan oleh PR. Lantiklah segera para exco dan susunlah segera kakitangan di pejabat menteri besar tu. Kalau terus-terusan bergaduh, nanti ada yang jerkah... Oiii sudah-sudahlah tu www.themalaysianinsider.com | ||||
Sokongan pengundi kepada Wan Rosdi makin terserlah Posted: 22 Sep 2014 10:41 PM PDT Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan Raya Dun Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya opitimis pengundi akan memilih calon PAS berikutan prestasi tugas Wan Rosdi sebagai Penyelia Dun sejak dua penggal lalu dikenali rakyat. "Sokongan untuk pengundi memilihnya pada PRK 25 September ini semakin menyerlah, insya Allah. "Pengundi pelbagai keturunan mengakui memang mengenali calon kita yang sering menjaga kebajikan rakyat, turun ke bawah menyantuni mereka serta menyelesaikan masalah yang dihadapi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. Beliau berkata, pentingnya wakil rakyat dipilih dari pihak kerajaan negeri bagi menyelenggarakan program masyarakat khususnya yang berkaitan majlis-majlis daerah. Menurutnya, perbincangan dan perundingan begitu perlu untuk mempertingkatkan tahap kebersihan, ekonomi rakyat di Dun berkenaan. Tuduhan liar Mengenai dakwaan pihak tertentu terhadap parti rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR yang didakwa cuba mensabotaj Wan Rosdi, beliau menyifatkannya sebagai tuduhan liar. Beliau berkata, ia satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab memandangkan PKR bukan sahaja hadir bermesyuarat bersama-sama, sebaliknya petugas mereka turun ke bawah bersama dengan petugas PAS. Katanya, sewaktu Muktamar PAS sedang berlangsung di Batu Pahat, Johor minggu lepas, petugas PKR bersama petugas PAS di Pengkalan Kubor bekerja keras berkempen bersama-sama. "Malah setiap hari juga kami mengadakan mesyuarat bersama sebelum jam 10.00 pagi untuk bertukar-tukar maklumat dan padangan," ujarnya. Untuk itu, Takiyuddin memberi amaran agar tidak ada lagi tuduhan liar seperti itu. - HARAKAHDAILY | ||||
Papan Iklan Royalti Minyak 'Makan Diri' BN Posted: 22 Sep 2014 10:35 PM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, papan iklan yang dinaikkan BN itu secara tidak langsung telah mengisytiharkan pembohongan kerajaan Pusat berhubung isu royalti minyak di negeri berkenaan. "Banyak 'billboard' tentang tuntutan RM12 bilion oleh kerajaan negeri...pembohongan dan sebagainya. 'Billboard' itu akan 'makan diri' sebab rakyat akan tengok siapa yang bohong. "Walaupun billboard itu cuba menafikan apa yang kita hujah mengenai isu royalti, ia juga membuktikan kerajaan Pusat berbohong dengan rakyat Kelantan yang kononnya tak layak, tetapi tiba-tiba dibayar dalam bentuk wang ihsan yang kita tak iktiraf," katanya pada sidang media PRK Pengkalan Kubor di Markas Besar PAS di sini, Isnin. Beliau, dalam sidang media ini turut mempersoalkan perjanjian mengenai pembayaran royalti telah dibuat dengan kerajaan negeri. Beliau mendakwa, pembayaran tidak patut dibuat kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri. "Dalam perjanjian ia dibuat dengan kerajaan negeri, maka pembayaran mesti dibuat kepada kerajaan negeri, bukan melalui JPP atau pihak lain," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai papan tanda dan poster berhubung isu royalti yang semakin banyak diletakkan di kawasan Pengkalan Kubor dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari sahaja lagi. Bahan kempen mengenai isu royalti tersebut mendakwa tuntutan RM12 bilion oleh PAS dan kerajaan negeri sebagai pembohongan dan 'fitnah besar' terhadap kerajaan Persekutuan. Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, pemberian wang ihsan oleh kerajaan Pusat kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang diumumkan baru-baru ini bukanlah penyelesaian kepada isu royalti. Jelasnya, tuntutan royalti oleh kerajaan negeri adalah tetap, masih berjalan di mahkamah dan mahkamah belum membuat keputusan mengenainya. "Bolehkah kerajaan Pusat mengatasi mahkamah?. "Kalau nak bagi boleh tapi itu bukan penyelesaian tuntutan daripada kerajaan Kelantan kepada Petronas dan kerajaan Pusat selaku defendan," katanya. | ||||
PAS Selangor Sokong Azmin Sebagai MB Baharu Posted: 22 Sep 2014 10:33 PM PDT Setiausaha Mohd Khairuddin Othman berkata, ahli-ahlinya menerima keputusan Sultan Selangor yang memilih Azmin sebagai MB baharu. "Semua ahli PAS di Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan Azmin sebagai menteri besar bagi meneruskan tugas untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri ini. "Kami berdoa agar beliau mampu menjalankan tugas dengan baik. "Kami juga berharap perlantikan ini akan menamatkan segala krisis politik yang mengganggu pengurusan negeri sebelum ini," katanya. | ||||
Posted: 22 Sep 2014 10:31 PM PDT Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar. "Ada banyak kemungkinan boleh berlaku, termasuk membabitkan kontroversi tuduhan yang dilempar oleh pemimpin kanan PKR terhadapnya sebelum ini. "Beliau adalah tokoh tahan uji. Dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat tidak mustahil Khalid dimanfaatkan oleh mana-mana pihak untuk mengelolakan sebarang syarikat di negara ini," katanya. Yusmadi yang mewakili kawasan Parlimen Balik Pulau bagi penggal 2008 – 2013 berkata, Selangor bertuah kerana mempunyai Khalid sebagai menteri besar. Katanya, dalam tempoh singkat Khalid berjaya mempamerkan prestasi terpuji ketika harapan masyarakat kepada Pakatan Rakyat (PR) begitu tinggi sejak lembaga tidak rasmi itu tertubuh beberapa tahun lalu. Kata Yusmadi, kewujudan PR menyebabkan harapan rakyat di negara ini terangkat begitu tinggi dan perlu ada seorang tokoh diyakini untuk membawa aspirasi itu. Justeru, katanya, gabungan pembangkang beruntung kerana kehadiran Khalid membantu meningkatkan keyakinan ramai, sekali gus menyumbang kepada kejayaan PR menawan Selangor serta beberapa negeri lain. Bagaimanapun, kata Yusmadi, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana serangan berbentuk tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak. "Dosa Khalid cuma satu. Dia gagal bertindak sebagai anggota pasukan seperti diharap PR. Misalnya, dia gagal hadir dalam mesyuarat dan bertindak membuat keputusan yang kadang-kadang secara sendirian, namun ia dilakukan selepas melalui pertimbangan teliti," katanya. Antara kejayaan Khalid, kata Yusmadi, ialah mengumpul rizab bernilai lebih RM3 bilion. Namun di sebalik dakwaan bahawa Khalid "kedekut", Yusmadi yakin tokoh yang mengejutkan dunia bisnes antarabangsa dengan langkah "Dawn Raid" bagi menguasai Guthrie pada 1981 itu mempunyai perancangan tersendiri. "Khalid bukan orang biasa. Dia ada perencanaan sendiri dengan wang itu yang boleh digunakan untuk menambah aset Selangor jika keadaan mengizinkan, namun ia tidak difahami kebanyakan orang," katanya. Sebenarnya, kata Yusmadi, Khalid sebagai menteri besar berjaya meletakkan penanda aras yang cukup tinggi sepanjang tempoh mengetuai kerajaan Selangor. "Dia masuk PKR sendirian. Dia tidak kenal sesiapa kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, namun berjaya mentadbir Selangor dengan baik," katanya. Bagaimanapun Yusmadi menyatakan keyakinannya bahawa Azmin mampu menyambung kecemerlangan rekod Khalid selepas ini berdasarkan pengalaman Timbalan Presiden PKR itu. Mengakui Azmin berdepan dengan persepsi yang pelbagai, Yusmadi berkata, orang ramai perlu menilai tokoh berkenaan secara objektif. "Jika tidak, persepsi buruk itu akan tinggal sebagai tuduhan membuta tuli," katanya. | ||||
Posted: 22 Sep 2014 10:24 PM PDT Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi. Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin. Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin. Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat. Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut. Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu. Selain Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. | ||||
Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal Posted: 22 Sep 2014 10:19 PM PDT Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu. "Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi. "Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online. Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem. Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja. Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari. "Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi. "Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula. "Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu. "Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya. | ||||
Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala Posted: 22 Sep 2014 10:17 PM PDT Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan. "Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. "Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin. Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik. Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran. Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan. "Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. "Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah. "Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya. Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut. Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa. Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya. Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri. "Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung. "Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya. | ||||
Posted: 22 Sep 2014 10:14 PM PDT
1) Sebenarnya Kajang Move untuk ambil jalan tengah kepada pertembungan Azmin vs TSKI. Plan A mahu DSAI jadi MB digagalkan Mahkamah Move. Plan B mahu DSWA jadi MB digagalkan oleh PAS Move dan Istana Move. Akhirnya Azmin menang, TSKI tumbang. 2) PAS menggagalkan Plan B yg mahu DSWA dijadikan MB. Tapi mencadangkan dua nama DSWA dan Azmin. PAS Move tetap menggunakan Plan B PKR, dan ditambah dengan satu nama Azmin sebagai option kepada Istana Move. 3) PAS tidak tahu bahawa PKR mempunyai Plan C, iaitu Azmin menjadi MB. PKR sedaya upaya mahu Plan B walaupun mengetahui Istana Move akan menggagalkan Plan B mereka. Walhal mereka hanyalah membuka gawang seluasnya untuk PAS Move dan Istana Move menyertai Plan C mereka dengan licin dan smooth. 4) Sejak PAS menamakan Azmin sebagai calon kedua selepas DSWA untuk Istana, PKR sebenarnya sudah lega. Tujuan mereka berkeras supaya Plan B dijayakan adalah untuk mengelakkan Plan C mereja disabotaj. DAP pula seakan memahami move-move PKR, tidak membantai PAS yang mahu Plan B gagal. Kalau adapun bukan membantai PAS dari sudut Kajang Move. 5) Lihat sahaja DSAI tidak mengeluarkan apa-apa statement pun untuk membantai PAS Move yang berkeras menggagalkan Plan B mereka. DSWA dan Azmin juga diam menunggu masa. Membiarkan PAS Move menjayakan Plan C mereka tanda disedari, pada masa yang sama PAS Move akan makan diri PAS sendiri - yakni bertembung sesama sendiri. 6) Gelora dalaman PKR semakin tenang. Gelora dalam PAS pula semakin berkecamuk. Tidak akan berhenti hinggalah ke saat yang belum diketahui. Siapa yang akan menghentikannya? In sya Allah, apabila tiba masanya, akan muncullah penyelamat itu. 7) Seeloknya, selepas Azmin yang dicadang PAS berjaya menjadi MB, PAS sudah boleh hentikan kemelut dalamannya. Tak kira lah pro mana-mana pun, semua harus fokus kepada isu nasional dan rakyat. Agenda menumbangkan Umno/Bn adalah agenda bersama. | ||||
Posted: 22 Sep 2014 05:08 PM PDT KHALID IBRAHIM ULASAN Syukur Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai Dato' Menteri Besar Selangor selepas lebih enam tahun memegang jawatan ini bermula pada Mac 2008 sehinggalah ke hari ini, 22 September 2014. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama kepada rakyat Selangor yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran negeri termaju di Malaysia ini. Saya juga amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak syarikat, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang membolehkan banyak perubahan dilaksanakan berbanding pada awal pertukaran pucuk pimpinan. Saya berbangga kerana dalam tempoh enam tahun ini, Negeri Selangor yang diurus berlandaskan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik terutama kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dan lebih penting Negeri Selangor bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan. Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat yang diperkenalkan sejak 2008 menerusi program-program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kita telah membelanjakan lebih RM1.6 bilion semenjak 2008 bagi membiayai pelbagai inisiatif dan skim bersifat kebajikan di bawah MES di mana sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Selangor menikmati salah satu daripada inisiatif ini. Menerusi dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah, rizab simpanan negeri Selangor meningkat kepada RM3.3 bilion setakat ini dan sebahagian simpanan ini telah kita gunakan untuk projek-projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik. Di bawah pentadbiran saya dan rakan-rakan EXCO, Negeri Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang lebih kurang 24 peratus kepada KDNK Malaysia di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul. Kita juga telah mencapai persetujuan bersejarah dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air setelah melalui satu proses yang bermula sejak 2008 supaya semua aset air dapat dikembalikan kepada rakyat di samping memastikan perkhidmatan air bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan. Ingin saya tegaskan bahawa tawaran untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pemegang konsesi memandangkan matlamat utama adalah memelihara kepentingan rakyat kerana air merupakan antara hak asasi. Walaupun hanya satu konsesi yang belum memuktamadkan tawaran namun ia tidak sepatutnya menjejaskan tawaran yang telah kita buat sejak 2012 berjumlah RM9.65 bilion. Pada hari ini juga, kerajaan negeri telah menandatangi Perjanjian Pemindahan Aset untuk memindahkan semua aset air milik negeri bernilai RM14.92 bilion kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Perjanjian ini ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Khusrin Munawi mewakili kerajaan negeri manakala Air Selangor diwakili oleh Suhaimi Kamaralzaman. Saya berpuashati dengan perkembangan penstrukturan semula industri air Selangor yang sedang berlaku sekarang dan yakin hasrat untuk memberi semula hak air kepada rakyat sepertimana yang terkandung dalam manifesto akan tercapai. Justeru, saya berharap kepimpinan baharu kerajaan negeri akan berjaya merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memberi saham air kepada seluruh isi rumah di Negeri Selangor. KHALID IBRAHIM berkhidmat sebagai menteri besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat selama enam tahun. | ||||
Azizah tarik diri calon MB Selangor Posted: 22 Sep 2014 05:03 PM PDT MALASIAKINI Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memutuskan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai menteri besar Selangor. Katanya, beliau menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor yang memperkenankan pelantikan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baru. Berikut adalah kenyataan penuh Wan Azizah: Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka. Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu. Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor. Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan