DUNIACACAMARBA |
- MB Selangor Kekalkan Komposisi Exco 4:3:3
- Wanita Dakwa Dirogol Polis, Pegawai JPAM, Anggota Rela
- [Gambar] Derita Budak Ular
- Kerana Cinta, Budak 15 Tahun Minum Racun Rumpai
- Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhi Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan
- Selepas Khianat dan Tidak Sokong PR dalam Krisis MB, PAS Bertegas Mahu 4 Exco di Selangor
MB Selangor Kekalkan Komposisi Exco 4:3:3 Posted: 25 Sep 2014 01:43 AM PDT [Malaysia Kini] Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP. Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau. "10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini. - 25/9/14 P/s: Besar hati PKR dan DAP, besar hati pemimpin PKR dan DAP, besar hati Azmin walaupun mereka "dkhianati" oleh rakan sekutu di Selangor. Walaubagaimanapun, pengajaran perlu diambil daripada insiden ini kerana perkara itu boleh berlaku lagi pada masa akan datang. | ||
Wanita Dakwa Dirogol Polis, Pegawai JPAM, Anggota Rela Posted: 25 Sep 2014 01:37 AM PDT
[Mstar] KOTA KINABALU: Seorang konstabel polis, seorang pegawai di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan seorang anggota Rela ditahan di bandar Sandakan selepas seorang wanita mendakwa dirogol oleh ketiga-tiga individu terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan pada Khamis. Katanya, wanita berusia 21 tahun itu mempunyai laporan polis mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Sandakan pada 24 September. Wanita tersebut mendakwa, dua hari lalu, tiga lelaki menahannya kerana dia gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri. Salehudin berkata, dalam laporan tersebut wanita tersebut mendakwa ketiga-tiga lelaki itu membawanya ke sebuah hotel dan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka. Jelasnya, polis masih melakukan siasatan mengenai dakwaan itu. -25/9/14 | ||
Posted: 24 Sep 2014 09:38 PM PDT
[Harian Metro] Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular. Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa. Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit. Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan. "Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala," katanya. Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean. Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya. Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak. "Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya. "Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan," katanya. Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu. "Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya. "Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain," katanya. Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. - 25/9/14 | ||
Kerana Cinta, Budak 15 Tahun Minum Racun Rumpai Posted: 24 Sep 2014 09:05 PM PDT
Penangan Cinta [Harian Metro] Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. "Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih. "Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Arifin Salleh dan Jaafar Mulup/25/9/14 | ||
Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhi Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan Posted: 24 Sep 2014 06:45 PM PDT [Mstar] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun. Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun. Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut. Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir. Hukuman itu dijalankan secara serentak. Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya. Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol beberapa kali sehingga tahun ini. Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya. Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya. Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu. -STEPHANIE LEE/25/9/14 | ||
Selepas Khianat dan Tidak Sokong PR dalam Krisis MB, PAS Bertegas Mahu 4 Exco di Selangor Posted: 24 Sep 2014 06:07 PM PDT PAS Bertegas Mahu 4 Exco di S'gor [Malaysia Kini] PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empatorang exconya dalam pentadbiran Selangor. Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya. "Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas. "Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini. Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya. Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan. "Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang. Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri. Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut. "Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau. - 24/9/14 Ps/: Rakyat tahu semasa krisis MB di Selangor, kesemua Adun PAS kecuali Saari dan Hasnul menyokong Kerajaan PAS + UMNO + Khalid Ibrahim (PUKI). Rakyat juga tahu semua Adun PKR dan DAP menyokong Kerajaan PR dan calon MB PR. Sekarang ramai yang tahu bahawa nama Azmin tiada dalam senarai akhir calon MB pak lebai. Nama Azmin dan WAWI hanya dicadangkan dalam mesyuarat AJK Pusat saja sebelum divetokan oleh kata pemutus pak lebai. Pelantikan Azmin ini budi bicara sultan. Patutlah marah benar orang kuat Azmin, MP Ampang. Yang hairan, waktu pemilihan dan pelantikan exco geng "kami tak pelahap jawatang" marah benar dengan cadangan MP Ampang yang secara peribadi mahu geng pak lebai diberi kerusi sagu hati saja atas alasan tidak menyokong calon MB PKR dan tiada semangat setiakawang. Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada Azmin dan pimpinan PR di Selangor. Langkah Kajang yang admin sendiri kritik sejak awal mendedahkan macam-macam. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan