Khamis, 25 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS umpama melukut di tepi jurang....

Posted: 25 Sep 2014 09:00 AM PDT

Bertahaluf siyasi dengan Umno? Haru Din dah bagi green light…
Entri saya kali ini lebih memfokus kepada kenyataan budak asal dari Ipoh yang berkahwing dengang budak pempuang Tengganu. Kenyataangnya di sini

Pas sebenarnya umpama melukut di tepi gantang jurang. Adanya tidaklah dirasakan sangat, tak ada pun orang tak tercari-cari…

 PAS dilihat tidak memberikan kerjasama yang diharapkan dalam isu MB Selangor selain menambahkan kemelut jadi serabut.

 Kalau Haji Hadi tidak mengkhianati persepakatan yang dibuat pada 17 Ogos itu, sudah pasti tiada kekusutan berlanjutan.

 Pas sejak krisis MB Selangor seolah-olah macam tidak perlukan PKR dan DAP.PAS dengan keputusan dan egonya sendiri. Pas selama ini merasakan PKR dan DAP yg berpaut kepada kekuatan PAS …

 Sekarang PAS berlagak macam budak samseng dan gedebe dlm PR. Tapi semasa muktamar baru lalu tak berani nak usulkan supaya Tahaluf Siayasi dikaji semula.

 Pas sebenarnya mahu disingkirkan supaya orang akan tuduh dan memburukan PKR dan DAP kerana mengkhianati PAS.

Bila PAS tersingkir, maka lebih mudahlah untuknya meneruskan agenda bertahaluf siayasi dengan Umno.Itu tujuan yang tersirat. Haru Din telah fatwakan, "Kalau dengan orang kafir pun kita dibenarkan bertahaluf siayasi, apa lagi sesama Islam..."

Tapi PKR dan DAP tidak sebodoh itu. PKR dan DAP yang bijak itu akan mengikat PAS dan membiarkan PAS mati beragan dalam PR! (Bila hilang sabar , akhirnya terpaksa keluar sendiri. Berapa lama pas boleh bertahan untuk tunggu penyingkirannya?)

 PAS kalau nak keluar kena buat muktamar khas dapatkan mandat dari ahli keluar pakatan. Itu adalah susah bagi PAS sebab bukan semua ahli PAS marahkan DAP dan PKR.PAS tidak sepakat dapat perkara tersebut.Itu sebabnya dalam muktamar tidak ada yang berani usulkan supaya tahaluf siyasi dikaji semula. Tapi duk pungpang pungpang tak sudah!

Bila Azmin kompom jadi MB .....

Posted: 25 Sep 2014 02:42 AM PDT

Bila Azmin kompom jadi MB, DAP adakan mesyuarat tergempar pada 22 September dan keluarkan kenyataan menyatakan sokongannya.

Itu bukan kenyataan peribadi LGE, tetapi adalah keputusan rasmi parti DAP melalui mesyuarat.

PAS sehingga kini, belum ada satu kenyataan rasmi yang dibuat untuk menyatakan sokongannya kepada Azmin dilantik jadi MB. Yang ada hanyalah kenyataan peribadi Hj Hadi, Mustafa Ali dan PAS Selangor! Inilah kelebihan PAS…sebab itu bila-bila masa boleh U-turn!

 Bila Azmin komfom jadi MB, PAS lebih sibuk mempromo Hj Hadi yang kononnya dialah yang hantar nama Azmin maka Solten melantiknya..Wow terhutang budi tuh! 

 Sejarah mencatatkan, Azmin telah menolak tawaran 'broker suci' dari PAS untuk jadi baruanya menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

 Hj Hadi telah menghantar nama orang lain selain nama Azmin kerana marahkan Azmin membocorkan tembelangnya. Hj Hadi hanya menafikan berita tersebut sekadar menuduh media tersebut buat fitnah berniat jahat. Media tersebut tetap mempertahankan kenyataannya. Hj Hadi senyap tak kata apa hinggalah ke hari ini.

 Bila Azmin komfom jadi MB, PAS lebih sibuk mempromo bahawa 4 adunnya yang mempertahankan Khalid adalah wira kerana mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah Khalid mewakili Pakatan Rakyat? Kenapa dia pecat Exco DAP dan PKR?

 Bila Azmin komfom jadi MB, PAS lebih sibuk melobi mahukan 4 exco lama itu dikekalkan. Kalau orang kata pelahap nak jadi exco, marah pula! Serahkanlah kepada kebijaksanaan Azmin, siapa 4 orang dari PAS yang akan dilantik nanti. 

 Untunglah PAS kerana Azmin tidak berdendam apa-apa pun. Baru umumkan komposisi exco kekal status quo : 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR. 

 Bila Azmin komfom jadi MB, korang kena ingat Azmin telah dilantik oleh Solten. Azmin pun boleh ikut kelaku Sultan. Korang lawan cakap Azmin, maknanya korang derhaka kepada solten. 

Kalau Azmin suruh Hj Hadi hantar 8 nama untuk jawatan exco, Hj Hadi kena taat …. Beranikah sembah derhaka?

Tunggu apa tunggu?

Posted: 24 Sep 2014 11:11 PM PDT

Bila tiba masanya, Pas akan keluar PR

SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

 Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

 "Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

 "Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

 Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan 'kedegilan' rakan-rakan sekutunya dalam PR.

 "Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang 'degil' ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

 "Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH," katanya.

 Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

 Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR.

 Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.

 Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau.

 Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini.

 Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.SUMBER

Hadi : Ahli PAS dihalang daripada menyertai kumpulan militan

Posted: 24 Sep 2014 03:28 PM PDT

|

 PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahli-ahli yang terlibat dengan mana-mana kumpulan ekstremis yang bertindak di luar fiqh-jihad (jihad perundangan) dan bertentangan dengan etika peperangan Islam , tegas presiden parti Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini dalam ucapan dasar pembukaannya pada  ' Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat.

 "Campur tangan asing tidak harus dibenarkan di negara-negara Islam. Biar rakyat Syria menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campur tangan asing," nasihat Abdul Hadi, sambil menambah bahawa layanan yang sama perlu diberikan kepada Mesir dan Iraq.

 Ahli Parlimen Marang juga mengutuk Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kumpulan militan, yang dikenali kerana tindakan melampau mereka, berkata mereka bertindak tanpa memahami fiqh-jihad.

 "Mereka berperang sesama sendiri sehingga 3,000 terbunuh kerana perbalahan dalaman sendiri," katanya.

Menantu Hj Hadi ahli Majlis Syura Ulama lain pulak…?
Sekarang baru aku tahu, kenapa pemuda PAS kelaku macam tu....Depa tak mau patuh pada nasihat Tok Guru mereka....

Tiada ulasan: